Showing posts with label Impianku. Show all posts
Showing posts with label Impianku. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Hubungan Istimewa


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku dan dia.

Aku...dan Dia.

Memiliki hubungan yang istimewa.

Setiap kali teringat kepadanya, aku mampu tersenyum seorang diri.

Orang kata, hanya orang gila yang berjalan sambil tersenyum seorang diri.

(tersenyum)
Aku hanya ingin katakan kepada mereka, "Well folks, aku bahagia sebegini. Biarkanlah aku...sebenarnya andalah yang tidak tahu what you have been missing."

Dan aku mampu berlalu dengan senyuman yang semakin melebar.

Semakin mekar. 
Yang kuharap semekarnya cintaku kepada-Nya..dan seluas cinta-Nya kepadaku.

Ya, bersama-Nya...aku punya hubungan istimewa.

Monday, April 16, 2012

Strategi Serampang Dua Mata


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya tidak tahu apa yang orang lain mahukan.

Tetapi yang penting saya tahu apa yang saya mahukan.

Saya mahu Islam berjaya di dunia dan di akhirat.

Ooops, sekejap, rasanya ayat itu seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Eh, kebenaran tidak memerlukan permission sesiapa untuk berjaya. Bahkan sesuatu yang benar itu PASTI akan berjaya.

Di dalam mahkamah, yang dicari ialah kebenaran.

Di dalam setiap persoalan, yang dicari ialah jawapan yang benar, bukan kenyataan yang bercanggah.

Itulah sunnatullah atau hukum Allah. Bukan hukum alam atau mother nature. Kerana mother nature juga merupakan ciptaan Allah. Maka hukum 'mother nature' ialah hukum Allah.

Islam ialah kebenaran yang akan tertegak meskipun umatnya tidak berusaha menegakkannya. Meskipun umatnya kadangkala membawa fitnah kepadanya.

Namun, syurga Allah hanya untuk mereka yang berusaha menggapainya...hanya mereka yang melepasi 'penapis' berbentuk ujian menegakkan agama-Nya akan layak menjadi penghuni syurga yang kekal abadi.

Saturday, July 30, 2011

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan lafaz bismillah, saya mulakan.
'Menghidupkan' kembali catatan maya yang usang.

Dengan lafaz alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran.
Kerana nafas masih menderu, nadi tetap berdenyut, dengan izin Tuhan.

Dengan lafaz assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ku sambut sahabat dan teman
Yang sudi berkunjung ke ruang mayaku ini, di ambang Ramadhan.

Wahai ikhwan dan akhawat,
Mungkin pada Ramadhan yang lalu, kata-kata ini pernah menyapa telinga kita. (Tersenyum) Benar, seolah-olah hanya itulah yang dilakukannya terhadap kita; sekadar menyapa. Buat diriku, seperti itulah yang berlaku.

Seolah-olah belum pernah kudengari bait-bait kata yang mewangi itu sebelum ini.
Kata-kata dari hati yang paling bersih dan ikhlas, tidak akan ditemui lagi sinaran cahaya seperti itu di atas, di permukaan bumi ini.

Kerana pemilik hati itu telah lama pergi...jasadnya tidak lagi bergerak..bumi sunyi daripada derap sandalnya yang dirindui...bukankah benar ku katakan, sinarannya tidak lagi wujud di atas bumi ini?

Kata-kata yang tidak dapat kucapai melalui mimpi sekalipun..bagaimana mungkin? Mataku tidak pernah bertentang dengan matanya...wajahku tidak pernah bertemu wajahnya. Takdir kami tidak bersimpang di bumi nyata. Namun Ya Allah, kesempatan yang tidak dikurniakan kepadaku, kuharap dan kupanjatkan doa, semoga Engkau dengan rahmat dan kurnia-Mu, menyimpan peluang itu...pada Hari yang tiada tempat lari bagi manusia. Pada Hari manusia semuanya menggigil ketakutan..sepi..tidak kedengaran suara melainkan bisikan..Pada Hari seorang anak tidak dapat menolong bapanya..seorang bapa tidak dapat membantu anaknya..Pada Hari manusia itu dapat memberi pertolongan kepada umatnya..maka, Ya Allah Taala, pertemukan kami di persimpangan itu. Pertemukan kami pada permulaan kehidupan abadi Ya Allah. Izinkanlah syafaat baginda Muhammad ibni Abdullah saw ke atasku, keluargaku, para guru, sahabat-sahabatku, kenalan-kenalanku. Amin, perkenankanlah wahai Rabbul `Alamin.

Walaupun tidak berkesempatan untuk duduk bersama-sama muslimin-muslimat pada zaman itu, untuk bersama-sama mendengar pesanan Rasul utusan Allah acap kali menjelang Ramadhan, syukur alhamdulillah, Allah mengurniakan kesempatan ini untuk kita pula, bersama-sama menghayati pesanan baginda. Subhanallah, dengan kemajuan teknologi berbekalkan akal kurniaan Tuhan, kita mendapat kesempatan yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi terdahulu, untuk tetap bersama-sama mendengar pesanan Rasulullah saw, walaupun jasad kita berada di lokasi yang berlainan, walaupun jasad kita bertaburan di seluruh dunia...teknologi telah memadamkan sempadan lautan dan benua, antara negara, dan dalam negeri. Marilah bersama memanfaatkan inovasi jaringan internet untuk 'mendengar' khutbah Rasul saw...di ambang Ramadhan...

Mimbar Masjid Nabawi

Monday, June 13, 2011

Penganiayaan Terhadap Anak Yatim

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah ar-Rahman. Allah ar-Rahim. Sungguh, memang Engkaulah yang layak ke atas nama-Mu itu. Sungguh, hanya Engkaulah tempat bergantung yang sebenarnya para anak yatim dan piatu di bumi ini. Sepertimana Engkau melindungi Nabi-Mu Muhammad saw yang yatim;

"Bukankah Dia (Allah) mendapatimu (Muhammad) sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu)" (Surah ad-Dhuha 93:6)

maka, seperti itu jugalah hamba-Mu meyakini perlindungan-Mu sentiasa bersama mereka yang telah kehilangan ibu bapa.

Sunday, July 25, 2010

Stormreaders - Melangkah Dari Zon Selesa

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar para sahabat? Sudah lama kita tidak berbicara bersama. Tapi, tidak mengapa. kerana walaupun kekurangan masa, malah tidak pernah juga bersua muka, tapi ikatan hati dan ukhuwah kita tetap kekal, kerana Allah itu Kekal Abadi. Selagi hati2 kita bersatu dalam akidah yang sama, iaitu pegangan "La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah", maka selagi itulah kita akan kekal berhubung. Itulah indahnya ukhuwah di dalam deen Islam ini. Ukhuwah yang merentasi sempadan dan zaman. (tersenyum)

Namun, saya minta maaf sangat2. Sebenarnya banyak perkara lain yang lebih baik dan lebih ingin saya kongsikan di sini, tapi masa tidak mengizinkan. Kita masing2 mempunyai kewajipan sendiri yang harus dilaksanakan. Belajar, mengajar, berniaga, memberi nasihat, dan sebagainya. Tidak lupa juga kewajipan akhirat kepada hati dan roh kita, yang sentiasa memerlukan zikir, iaitu ingatan kepada Rabb dan Pencipta.

Sahabat2,

Maafkan saya kali ini, kerana bersikap tamak dan ingin mempromosikan sesuatu mengenai diri ini. Insya-Allah, lain kali saya akan cuba memberikan pengisian yang lebih menarik, apatah lagi Ramadhan semakin menghampiri. (senyum terkenangkan Ilahi)

Sahabat2, terutamanya sahabat yang sama tanah berpijaknya diri ini (Malaysia),



Pernahkan anda mendengar tentang stormreaders? Ribut pembaca?? Atau membaca bagaikan ribut?? (ketawa) Ya, ya, boleh dikatakan begitu.

Kerana matlamat syarikat stormreaders sdn bhd ini, sebuah anak syarikat MLM milik Telaga Biru Sdn Bhd, ialah untuk mewujudkan "ribut membaca" dalam kalangan rakyat Malaysia ini.

Tak sukalah saya, secara peribadinya, melihat remaja2 dan anak2 kecil hanya mengenali komik, kreko dan arena sebagai idola bacaan mereka. Ataupun gempak stars, utopia, gila2, ujang dan pelbagai lagi majalah yang pada pandangan saya, tiada pengisian yang bermanfaat, ataupun sangat kurang jika dibandingkan dengan apa lagi 'isinya' yang 80% lagi itu. Ataupun bahan bacaan seumpama itu tetapi hanya berlainan 'lidahnya' (bahasa inggeris) seperti tabloid Galaxy dll.

(Tapi bagaimana saya dapat menyenaraikan contoh2 ini? -ketawa- sudah tentu kerana saya juga bekas pembacanya -ketawa lagi-)

Memang!

Waktu sekolah menengah, saya ingat lagi, saya sanggup bangun dan bersiap awal, sebelum pukul 7 dan berjalan sehingga ke pondok pengawal (di pintu pagar besar sekolah), kerana apa? Semata-mata hendak mendapatkan Kreko edisi terbaru drpd vendor surat khabar/majalah di depan pintu pagar sekolah tu! Tak percaya? Percayalah~(lagu Siti Nurhaliza)

Haiya, gila ka apa? Kalau dengan niat nak sampai ke kelas awal untuk buat pre-reading sebelum kelas mula...hmm..jangan mimpilah. Bak kata orang2 muda sekarang, "Takde maknenye semua tu."

Tapi kawan-kawan,

Bila dah besar ni, well, besar sikitlah kan, kadang2 kita 'bertukar mata'.

???

(ketawa)

Bukan..hehehe. Bukannya ambik biji mata lepas tu barter dengan member. (ingat kartun ka??)

Maksud saya, kita bertukar perspektif. Bukankah perspektif itu pandangan? Jadi, seolah-olah kita bertukar mata lah kan (hahaha..jangan marah ye)

Apabila umur meningkat sehari demi sehari, sebulan demi sebulan, setahun demi setahun, se...se ape lagi ye? Nak kata setinggi, aku memang takkan meninggi dah...alahai..(senyum)

Apabila kedewasaan menjengah (cewah ayat bunga pulak~), kematangan menyapa, maka...(macam puisi la pulak)

Hish! (suka sangat mengarut..kesian para pembaca yang tidak bersalah...ampun)

The point is dear friends,

When you get older, so does your perspective. Ianya akan berubah. Cara kita melihat hidup berubah. Prinsip2 kita akan berubah. Wajah kita juga akan berubah, (harap2 bukan disebabkan pembedahan letak plastik atas muka ya, kalau semulajadi kedut tu tak apalah).

Bila dah sampai ke umur begini, saya toleh ke belakang semula dan...

Masya-Allah. Astaghfirullah. Dan pelbagai lagi zikrullah yang terkeluar.

Satu perkataan berganda cukup. Cukup menggambarkan seluruh kehidupanku dulu. Apakah perkataan itu?

Sia-sia.
Sia-sia.
Sia-sia.

(nasib baik tak tambah "l" kat hujung tu..haha)

Kalau bahasa arab, katanya "lagha". Bahasa Melayu pun, ada juga lagha, samalah maksudnya, sebab kita menyerap daripada bahasa Arab. Kalau bahasa Inggeris..hmm..lasagna??

eh, tu makanan Garfield la..haha

Ya ummu hurairah, cukup2lah tu cakap perkara lagha. Cepat kembali ke pangkal jalan cerita!

Baiklah.
Sahabat2 yang kukasihi dan dikasihi Allah Taala,

Saya benci. Sungguh. Saya benci. kerana saya banyak mensia-siakan hidup saya sebelum ini. Sekarang ini pun, tidak lah boleh dikatakan saya 100% menggunakan masa dengan bermanfaat, tak boleh. Saya juga perlukan masa rehat, saya manusia yang ada pasang surut tahap tenaganya. apabila sihat dan bertenaga, maka saya cuba isikan dengan perkara2 berfaedah. Tatkala diuji Allah dengan penyakit, sama ada fizikal atau mental (malas), saya cuba menepis setakat yang mampu. Apabila tidak mampu, saya mengadu padaNya, agar diberi lebih banyak kekuatan untuk menolak lagha dan pembaziran masa. Sama2lah kita berusaha untuk menjalani kehidupan dengan pengisian yang bermanfaat.

Sekarang, kreko, hanya tinggal kenangan. Adalah disimpan di almari rumah lama, takpelah, sekurang-kurangnya bubuk ade rumah.


Budayakan pembacaan berfaedah untuk generasi muda

Saya tak mahu generasi adik2 saya, membuat silap seperti saya, sedangkan saya boleh menghalangnya. Saya tak mahu mereka 'melaghakan' hidup mereka dengan bahan2 bacaan yang...entahlah...indescribable. Tidak dapat diungkapkan dengan kata2.

Yang pasti, saya tak faham apa kebaikan membaca bahan2 sebegitu. Kerana seperti yang saya katakan, mata saya telah bertukar. Saya...dah tak nampak lagi sebarang kebaikan untuk sepanjang hari menghadap anime, manga dan yang seumpamanya. Saya tak nak jadi kera sumbang, dan hanya bertemankan watak2 manga dalam dunia khayalan saya. Sedangkan ramai lagi manusia yang lebih...bermanfaat untuk dikenali. Seperti anda, sahabat maya saya.

Lalu, bagaimanakah caranya, cara saya, untuk mengubah mata2 adik2 di luar sana?

Hmm..nak buat pembedahan..(menggeletar) habislah mata anak orang.
Nak letak cermin mata, hish, rosak juga mata anak orang.
Habis..tak ada ke cara hendak 'menukar mata' adik2 ummah kesayanganku, tanpa merosakkan mata2 mereka?

Haa..

Alternatif.
Berikan mereka alternatif.

Alternatif apa?
Bahan bacaan alternatifla.
Supaya mereka boleh melihat sendiri yang mana yang lebih baik bg mereka.

Mata seseorang memang tak boleh tukar. Takkanlah nak sesuka hati saja memaksa manusia menukar sudut pandangan masing2. Kita sendiri pun tidak suka kepada sesuatu yang bersifat paksaan, lantas, wajarkah kita memaksa orang lain? Tepuk kepala tanya minda.

Apa yang boleh kita tukar di sini ialah 'sajian mata' itu. Mata pun bersantap juga kawan2, tapi dengan cara melihatlah, bukan dengan cara mengunyah, kenyang lepas tu "Burrp! Alhamdulillah".

Jika kita tidak dapat menukar pandangan, maka kita berikan pemandangan yang pelbagai.

Biar si pelihat menilai sendiri, mana yang dia rasakan baik atau mana yang lebih dia sukai. Dengan itu, kita tidak memaksanya, dan kerelaan itulah sebaik-baik cara pengajaran.

Jadi, berbalik kepada Stormreaders sdn bhd.

Kenapa saya mengatakan, "Melangkah dari zon selesa?"
Kerana saya tiada ilmu, pengalaman apatah lagi bakat dalam perniagaan.
Benar, syarikat ini ialah sebuah syarikat perniagaan yang membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan buku, atau senang cerita, tokei kedai buku.

Hanya sahaja pendekatannya berbeza, sesuai dengan perkembangan teknologi sezaman. Anda tidak perlu membuka kedai, tidak perlu modal sewa kedai, membeli rak2 buku dsb. Kerana kedai buku anda bersifat online/maya. Pelanggan akan memesan buku di 'kedai' anda, dan Stormreaders akan menguruskan penghantaran. Mudah bukan? Dan sudah tentulah hasilnya dapat juga kepada pemilik kedai, anda sendiri.

Tapi sahabat2, ini dunia. Tiada perkara yang percuma dalam dunia ini, melainkan dosa percuma, haa yang itu senang nak dapat.

Jadi, sedikit peruntukan tetap diperlukan. untuk menjadi ahli biasa-rm90, distributor/pengedar-lebih kurang rm200-300. Maklumat lanjut boleh didapati di website rasmi: http://www.stormreaders.com.my/

Sahabat2,
saya amat berbesar hati sekiranya sahabat2 sekalian berkunjung ke kedai maya saya di http://www.stormreaders.net/fatimazahra .
Datanglah apabila ada kelapangan.

Ini memang di luar zon selesa saya. Entahlah, saya tidak tahu mengapa tiba2 saya mendaftar menjadi ahli Stormreaders dan tiba2 ingin berniaga. Walhal, habuk ilmu berniaga pun tidak ada dalam simpanan bank ilmu yg tak seberapa ni. Mungkin saya terlalu mengikutkan perasaan, dan bertindak secara impulsif. Sahabat2, elakkanlah sifat impulsif ni, kerana ianya berbahaya kepada masa depan. Sepatutnya harus berfikir dengan lebih mendalam lagi. Tapi, perkara sudah terjadi, apa guna lagi dikesali. Saya tak nak ikut syaitan yang bersifat ,"kalaulah aku buat begitu, pasti sekarang tak jadi begini.."

Sekarang ini saya ingin mencuba terlebih dahulu, dalam masa yang sama, pelajaran tetap keutamaan pertamaku.

Semoga para sahabat sekalian membantu saya dalam memberi pemandangan (bahan2 bacaan) yang lebih bermanfaat kepada adik2 ummah kesayangan kita, melalui pembelian di kedai maya saya dan juga melalui pelbagai cara lain yang difikirkan sesuai.

(Ya, saya jujur, memang saya ingin mempromosikan kedai saya dalam ruangan blog pada kali ini. Semoga kejujuranku dibalas dengan kejujuran sahabat2 ku. ameen.)

Sehingga kita berbicara lagi lain kali, insya-allah, janji2ku, atau yang berbunyi seperti janji dalam pemahamanmu, akan cuba kutunaikan mengikut kemampuanku.

Ilal liqa' (semoga ketemu lagi) :)


Iqra' bismirabbikal lazi khalaq (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan)

Tuesday, June 29, 2010

Saat Langit Berwarna Merah Saga...

Selasa, Jun 29, 2010.

Orang kata, lagu ialah salah satu cara untuk mengekspresikan diri. Kan tema Hotlink pun "ekspresikan dirimu"? (ke aku salah..haha)

Ku ketemukan lagu ini ketika membaca blog seorang sahabat. Sedangku asyik meneliti blognya, tiba2 lagu ini kedengaran melalui corong laptopku...
Merah Saga (Palestin) oleh Shoutul Harakah

Rangkap 1

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
(ulang R1)

Rangkap 2

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Rangkap 3

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cintaNya
(ulang R3)

Ulang R1

Ulang R2

Ulang R3
Ulang R3
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cintaNya

Jika benar kata orang itu, maka lagu ini pada kaca mataku, sangat sesuai dan tepat sekali mengekspresikan situasi..di bumi Palestin. Hah..sebenarnya ia bukan sekadar situasi, kan sahabat2? Situasi...hah! Situasi apakah yang berlanjutan sehingga puluhan tahun lamanya? Ia bukanlah situasi, tetapi krisis. Ya, perkataan "krisis" barulah tepat, mengekspresikan perasaanku...dan seharusnya perasaan dunia, terhadap bumi di dalam lagu ini.

Wahai bumi Palestin,

Seandainya engkau, wahai tanah orang2 Palestin, boleh mendengar, dan memahami bicaraku, maka dengarkanlah:

Ya Falastina,

Bolehkah engkau...memaafkan diriku?
Aku tahu..aku tidak layak untuk meminta begini kpdmu, malah, hanya kepada Allah Taala sepatutnya kuminta ampunan.

Akan tetapi...tahukah engkau, ya bumi Falastina, bahawa hatiku berasa bersalah? Rasa bersalah ini, yang membuatkan terkeluarnya kata-kata anehku, meminta maaf kpd bumi? Kepada tanah?

Anehkah? Sudah gilakah aku..kerana berkata-kata dengan tanah, seolah-olah ia dapat memahami bicara hatiku? Seolah-olah..ia hidup?

Bahkan! Mengapa tidak? Bukankah aku juga asalnya drpd tanah? Malah bukan sebarang tanah, malah tanah daripada planet yang bernama bumi ini! Yang bernama al-Ardhu ini! Apakah aku bukannya benda hidup?

Bukankah juga, sewaktu Allah Taala mahu mengambil tanah drpd bumi, Dia memerintahkan malaikatnya supaya meminta kpd bumi? Mengapakah Allah Taala meminta..jika benar bumi tidak bernyawa? Jika bumi itu bukan hidupan, mengapa perlu meminta? Mengapa (dengan izinMu Tuhanku, untukku menggunakan kata2 sebegini) tidak diambil sahaja tanah untuk dijadikan asal Nabi Adam a.s. jika benar bumi itu tidak bernyawa?

Bahkan, kisah ini bersambung lagi, dengan bumi menjawab kpd malaikat yang diutuskan Allah Taala itu, bahawa ia enggan? Bumi, sahabat2ku, enggan? Bumi mempunyai sifat? Bumi..mempunyai kemahuannya sendiri? Jika ini bukan bukti bumi itu bernyawa..maka apakah lagi?

Ya bumi Falastina,

Sebab kedua, mengapa aku berkata-kata kepadamu, ialah kerana...aku tidak mampu untuk berkata terus dengan manusia yang mendiamimu. Bukan yang bernama Israel itu! Tidak! Mereka bukan penghunimu yang sah! Mereka penyamun, perompak keji, bertaraf antarabangsa! Bukan dengan mereka yg ku maksudkan, ya bumi Falastina.

Akan tetapi, mereka yang terhimpit itu. Di suatu tempat bernama Gaza, dan tebing Barat. Dengan merekalah...aku tidak mampu untuk berkata secara empat mata.

Tiada wang? Benar, itu juga sebabnya. Aku memang tiada wang untuk ke sana. Untuk bertemu, mencium dan berpelukan dengan saudara2ku (yang sejantina semestinya)..di sana. Untuk memeluk mereka erat2, bersalaman dengan mereka, tidak mahu melepaskan jabat tangan itu. Seolah-olah begitu.

Akan tetapi, sebab yang utama ialah...aku..tiada kekuatan. Dan sebab ini jugalah, yang menyebabkan aku malu, untuk berkata terus kpd mereka, maka jadilah aku, sperti orang gila lagaknya, berkata-kata dengan bumi yang tiada bersuara.

Ya bumi Falastina,

Tahukah kamu? Tahukah kamu..betapa malunya aku saat ini? Betapa pilunya hatiku? Betapa aku ingin menangis saat ku menaipkan bait2 kata ini..kerana apa? kerana aku..tidak mampu berbuat apa2..yang benar2 dapat membantu saudara2ku, penduduk bumimu, ya Falastina.
Demonstrasi? Itu..juga tidak salah. Malah, sekurang-kurangnya, dapatlah kami, melepaskan amarah kami kepada Israel laknatullahi alaihum (semoga laknat Allah ke atas mereka semua). By all means, teruskanlah berdemonstrasi itu.

Akan tetapi, SIAPAKAH YANG MENDENGAR? SIAPAKAH YANG TAMPIL MEMBANTU? SIAPAKAH..YANG BERJAYA DIBANGKITKAN RASA TANGGUNGJAWABNYA, SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA, YANG BERANI TERANG-TERANGAN MENGEJI PERBUATAN ISRAEL KOTOR ITU YANG SUDAH BERLARUTAN SELAMA 60 TAHUN? ADAKAH? DI MANA? TUNJUKKAN KPDKU, SIAPA PEMIMPIN YANG BERANI ITU!

...

Tiada. Hanya sunyi sepi menemani demonstrasi2 itu.

Ya bumi Falastina,

Tahukah kamu, betapa lemahnya aku? Betapa lemahnya aku...sehingga..boikot pun tak mampu!! Aku..belum mengambil serius, isu2 pemboikotan. Aku..hanya pendengar tika ini. Aku, belum lagi menjadi 'pentindak'. Aku tahu..melalui kawan2 dan sumber2 yang pelbagai..tentang syarikat2 besar dunia, yang menjual produk2nya..kemudian..dihulurkannya wang2 keuntungannya itu, kepada PATI bumimu, ya Falastina.

Ya Falastina,

Apakah bezanya jika aku....menghulurkan sendiri wang itu kpd Israel??! Seolah-olah seperti itu...lantaran tindakanku..untuk tidak mengambil tindakan. Fahamkah bicaraku yang berbelit ini? Maksudku, samalah sahaja seperti aku memberikan wangku, wang mak dan ayahku, kpd Israel laknatullahi `alaihum (walaupun aku tidak rela), kerana aku masih membeli ...malah...memakan..produk2 mereka. Ya Allah..apakah yang kulakukan ini? Kerana itulah aku malu...kerana memang benar..aku tiada kekuatan.
Tiada kekuatan...untuk membuang sedikit diet harianku, yang sememangnya tidak akan berkurangan pun rezeki2 lain di bumi Allah ini.

Tiada kekuatan...untuk berjihad melawan penyakit M iaitu MALAS..sedangkan saudara2ku sudah bermandi darah dalam jihad mereka fi sabilillah.
Tiada kekuatan...untuk meluruskan wajahku, dadaku, seluruh tubuhku, ketika menghadap kiblat yang satu.
Bagaimanakah...dapatku bebaskanmu, ya Falastina, sedangkan diriku juga belum bebas daripada belenggu syaitan? Sedangkan diriku..masih lemah lagi dalam jihadku melawan hawa nafsuku, menepis godaan syaitan yang tidak kenal erti putus asa?

Ya bumi Falastina,

Maafkan aku...

Maafkan aku...

Maafkan aku...

Kerana terpaksa menunggu...lama lagi..untuk pembebasanmu.
credit to Nurul Huda Idris for introducing me this song :)

Saturday, April 17, 2010

Al-Jannah pada Kaca Mataku: Sebuah Perkongsian

Ditulis pada Sabtu, April 17, 2010.
Dikemas kini pada Ahad, April 18, 2010.

Assalamualaikum sahabat2. Hari ni saya kene cepat, sebab nak bertolak ke Taiping ambil adik yang nakal tu..(Hehe dia nak balik rumah..alala kesiannya :D)

Tapi, walaupun dalam keadaan yang kelam-kabut ni, rasa seperti nak menulis sesuatu juga. Rasa seperti ingin berkongsi sesuatu juga.

Al-Jannah.

Siapakah yang tidak mengenali nama itu?

Saya kenal. Kak Jannah! :) Rakan sekuliah..(ketawa)

Bukan. Bukan Jannah nama orang. Nama tempatlah.

Nama tempat yang..jika kita berpegang teguh pada agama-Nya, insya-Allah Allah Taala akan suka..akan berkenan memberikan kita tempat tinggal di sana..

Ada berapa Jannah/syurga ya? Maksud saya, bukanlah syurga itu berada di banyak tempat, cuma berapa..emm..'jenis' mungkin?? Oh, bukan2. Saya rasa mungkin syurga yang berbeza tingkatnya. Orang-orang yang beramal soleh mungkin tinggal di syurga ini, dan para syuhada mungkin tinggal di syurga yang tingkat lain pula. (Suka hati ja nak rasa2..)

Maaflah, kekurangan ilmu..:)

Allah, sungguh saya telah terlupa akan nama-nama syurga. Yelah, kali terakhir yang saya ingat sewaktu di sekolah rendah lagi. Di Sek Ren Al-Islah, Pinang Tunggal, Kedah. (Pinang Tunggal?) Tak pernah dengar? Hmm..tak apa. Dimaafkan sebab sek ni tak terkenal pun. Tapi sek ini banyak jasanya ..berjasa menambahkan ilmu di dada sewaktu umurku setahun jagung.

Yang saya ingat nama syurga ialah: Jannatul Firdaus, Jannatul Ma'wa, Jannatun Na`im.. ha. Itu sahaja yang saya ingat..

Al-Jannah. Destinasi impian setiap manusia. Terutamanya mereka yang sedang menanti. Sedang 'transit'..di alam barzakh.

Dalam bahasa Inggeris, ia dinamakan Heaven. Dalam bahasa ibunda kita, dinamakan syurga. Dalam bahasa adik-beradik kita (bahasa Indonesia) dinamakan pula surga, tidak banyak bezanya.

Al-Jannah. Sukarnya untuk digapai. Sukar pula untuk digambarkan dengan kata-kata.

Al-Quran al-Karim sering menyebut tentang al-Jannah ini. Buku mulia itu sering menggambarkan al-Jannah sebagai balasan Allah terhadap mereka yang beriman dan beramal soleh.

Syurga yang mengalir anak sungai di bawahnya...Bagaimanakah halnya? Sungai, mengalir di bawah tanahkah? Tanah yang lutsinar sehingga dapatlah kita melihat alirannya..?

Astaghfirullah al-azim.

Usahlah kita membayangkan keadaannya di sana. Kalau nak bayangkan juga..silakanlah. Tetapi..ketahuilah bahawasanya..akal manusia tidak mungkin dapat membayangkan, tidak sekali-kali dapat menggambarkan keadaannya. Kecantikannya.

Bagaimana mungkin? Sedangkan tiada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke sana, tiada seorangpun pernah menyaksikannya dengan mata sendiri..

Lantas, bagaimana mungkin kita dapat menggambarkannya? Bagaimana mungkin kita dapat menceritakannya?

Hm..itulah al-Jannah di akhirat.

Namun, pada hari ini, saya ingin berkongsi..mungkin anda boleh berkata "perasaan" saya di al-Jannah.

???

Bukankah saya sendiri menyatakan tiada makhluk pun pernah menjejakkan kaki ke sana? Habis, macam mana pula saya berperasaan berada di sana?

Tenang sahabat2.

Benar. Tiada manusia..yang pernah pergi ke sana, melainkan Adam a.s dan Siti Hawa a.s. Benar. Tiada percanggahan di situ.

Namun..pernahkah anda terfikirkan..syurga dunia? Al-Jannah fid dunnia.

Saya..ingin berkongsi detik2..perasaan saya..di al-Jannah fid dunnia ini.

Pada Malam Tautan Kasih itu
Sesungguhnya hati2 yang berkasih-kasihan telah bertaut
Hati2 orang2 muslim
Hati2 orang2 beriman
Yang belajar sebumbung
Selama hampir satu tahun
Telah bertaut
Dalam kasih mereka..sesama ikhwan
Dalam kasih mereka..sesama akhawat
Dalam kasih mereka..sesama sahabat.

Pada Malam Tautan Kasih itu
Aku telah melihat
Bagaimana hati2 yang berbeza pendapat
Menangis..
Dalam tangisan yang sama
Sama rentaknya
Sama iramanya
Dan sama..penyebabnya.

Apakah penyebabnya?
Yang menyebabkan titisan2 murni itu
Terus menitik
hingga menjadi aliran sungai
Yang berlekuk di pipi masing2

Penyebabnya..
Kata-kata sahabat mereka Hilmi
Yang berkata-kata
Antara Perkataan paling tulus pernah kudengari
Jujur kukatakan
Aku sudah tidak berapa mengingati
Bait2 kata yang yang dituturkannya pada malam itu
Namun yang pasti..
Kata2 saudara mereka itu..
Mengajak kami mengenang kembali
Mengajak kami mengimbas kembali
Tentang kedua insan yang paling bermakna dalam hidup kami.

Mengenang semula
Jasa ibu dan ayah
Yang memberikan yang terbaik buat kami
Supaya kami punya peluang
Berada di sini..
Di tanah Kuantan
Bumi bertuah ini.

Supaya kami belajar
Supaya kami terdidik
Akal dan jiwa kami
Supaya ianya diasuh
Dalam didikan Islam sejati
Insya-Allah.

Di dalam kegelapan
Di dalam ketiadaan cahaya
Di dalam suasana syahdu
Yang sengaja diciptakan
Kumpulan sahabat2 kami
Yang berusaha merancang malam khas itu

Di dalam gelita itu
Aku merasakan..
Kedamaian
Keikhlasan
Tangisan anak2 yang mengingati
Ayahanda dan bonda
Yang mungkin sedang beristirehat di anjung rumah
Menikmati angin malam yang dingin

Terdetik
Berbisiklah hatiku
"Walau sekeras mana hati seorang manusia..
Lembut juga ia dengan ingatan pada ibu bapa
Walau seego mana tangisan cuba ditahan
Pecah juga tubir dek cintanya mereka pada ummi wa abi.."

Oh alangkah sucinya kasih anak2 muda ini
Tangis mereka dalam kegelapan
Tangis mereka dalam keikhlasan
Tangis mereka dalam keinsafan

Oh alangkah nikmatnya
Jika kasih seumpama ini
Jika kasih bermagnitud sekuat ini
Turut bertaut sesama ikhwan
Sesama akhawat
Sesama saudara seagama..

Wahai Rabb,
Sungguh aku telah bersaksi pada malam itu
Bahawa sesungguhnya
Itulah sebenar-benar kebahagiaan
Itulah sebenar-benar kenikmatan
Itulah sebenar-benar
Syurga impianku.

Syurga di mana penghuninya
Saling mengasihi saudaranya
Di mana penghuninya kelak
Amat mencintai mengucapkan salam sesamanya
Tempat di mana penghuninya
Tidak putus dalam tasbih dan tahmid pada-Mu Yang Esa..
Tempat di mana munajat kepadamu
Sujud hamba2-Mu kepada-Mu
Adalah abadi dan selama-lamanya..

Wahai Tuhan..
Wahai Tuhanku Allah Yang Esa..
Hatiku tidak mampu lagi berdusta
Bahawa sesungguhnya..
Itulah..sebenar-benar gambaran
Syurga padaku..
Itulah dia..al-Jannah..pada kaca mataku.

al-Jannah. Padaku, bukanlah setakat kehidupan yang penuh nikmat. Namun padaku..ianya tempat di mana semua penghuninya sentiasa..tidak putus2 bertasbih memuji Allah, pencipta, penguasa Alam semesta.

Di mana semua penghuninya, sangat sukakan solat. Sangat gemar berbincang, berkata-kata perihal nikmat kurniaan Allah Taala. Tidak lagi berkata-kata yang sia2, sebagaimana yang dilakukan di dunia dahulu.

Tempat di mana penghuninya mengucapkan syukur pabila ingin makan buah-buahan yang diberkati di sana..

Sebuah taman di mana penghuninya, orang2 Islam dan beriman, mengasihi satu sama lain melebihi diri mereka sendiri..sepertimana yang dilakukan di dunia dahulu. Tidak pernah berubah..dan tidak akan berubah, walau selamanya.

Padaku, pada kaca mataku..itulah kehidupan penuh kenikmatan yang aku impikan.

Tuesday, April 21, 2009

Rindu


Rindu

Rindu itu
Suatu rasa
Tapi bukan sebarang alat
Boleh mengesannya

Bolehkah mata kasar
Merasai rasa rindu itu?
Bolehkah telefon bimbit
Mencerminkan rasa rindu itu?
Bolehkah satelit tercanggih milik AS
Menjejak rasa rindu itu?

Tidak.
Tak mungkin
Kerana rindu itu
Hanya dapat dirasai oleh hati
Bahkan
Bukan semua hati yang dapat mengecapi nikmatnya rindu
Seperti yang terakam di dalam nyanyian Hijjaz
“Rindu itu adalah, anugerah dari Allah”

Rindu itu
Bermacam-macam ragamnya
Kadangkala rindu pada ibu
Kemudian terbayang pula wajah berusia ayah
Terkenangkan rambutnya yang majoritinya sudah putih
Dan sememangnya tidak banyak lagi yang tinggal
Lantaran terlalu kuat dia bekerja
Memerah minda dan tenaga
Demi memberi kami makan KFC
Pizza Hut, dan Kenny Rogers
Oh, sungguh mewah hidup kami
Jangan bimbang ya abi,
Jangan pula marah ya abi,
Anak nakal ini hanya bergurau
Walaupun nakal,
Tidak mungkin anak ini meninggalkanmu
Mengabaikanmu di hari-hari tuamu,
Ini janji anakmu.

Sudah puas rindu pada orang tua teristimewa,
Melayang pula ingatan ini
Pada Akhi dan Ukhti

Aku hanya punya
Satu akhi
Dan satu ukhti
Ditambah semuanya
Jadilah kami bertiga
Bukannya tiga abdul
Tapi masih utuh hubungan
Lebih kukuh kasih kami
Daripada abdul bertiga itu

Hai akhi,
Janganlah terlalu gusar
Sesungguhnya takdirmu telah ditetapkan
Hiduplah dengan penuh kegembiraan
Hiduplah dengan penuh keceriaan
Sesungguhnya kamu, hai abangku,
Lebih bernilai
Lebih berpotensi
Lebih hebat

Berbanding apa yang difikirkan diri
Apa yang tinggal kini
Apa yang diperlukan hanya tinggal
Percaya pada diri sendiri
Itulah kunci yang selama ini dikau cari.

Duhai ukhti,
Kelebihan ukhti
Banyak sekali
Indah paras rupa
Membuatkan kakakmu ini ‘menderita’
‘Menderita’ sakit jiwa
Tapi sakit itu tiada makna
Kerana dikau tetap adikku
Adikku yang tercinta.


Selalu sahaja ceria
Lucu, suka berjenaka
Mungkin disebabkan nama kamu
“Farah” yang membawa makna
Keceriaan, keseronokan dan kegembiraan
Tapi, yang paling hebat sekali kelebihanmu
Ialah membuatkan kepala umi dan abi
Berpinar-pinar
Berputar-putar
Dek sikapmu yang tidak ambil peduli
Akan hal sekelilingmu
Oleh itu sentiasa memerlukan perhatian orang dewasa

Wahai adikku,
Cepat-cepatlah dewasa
Supaya ibu dan ayah yang dirindui
Tidak lagi bimbang
Keadaan kamu di asrama.

(Tapi seronok juga
Kalau kamu terus jadi anak kecil
Boleh lihat kepala umi dan abi
Berputar-putar setiap hari..
Hehehe)

Rindu di hatiku
Masih banyak lagi yang berbaki
Lantas
Apa lagi yang dapatku
Lampiaskan
Tempiaskan
Rintik-rintik hujan
Dari badai gelora rindu ini

Oh, sudah tentu
Bagaimana aku
Boleh lupa
Untuk merindui
Teman-temanku di luar sana.

Aduh teman,
Kerana kamulah yang paling jauh
Jauh jaraknya dariku saat ini
Kamulah yang paling aku rindukan.
Kadangkala
Temanlah yang lebih memahami diri
Temanlah yang selalu berada di sisi
Meminjam telinga untuk dibuat penadah suka duka
Kadangkala amarah yang dihambur
Tapi teman-temanku
Tetap setia di sampingku
Setia menadah
Tidak berpaling tadah
Maka
Adakah wajar kamu semua tidak kurindui?

Wahai teman,
Teman masa kecilku,
Teman zaman remajaku,
Serta teman-teman sedewasaku,
Tahukah kamu
Hatiku sarat dengan rindu?
Bayangkan sahaja ibu mengandung
Ibarat itulah kasih dan rinduku
Pada kamu semua
Tiada satu benda
Tiada satu harta
Yang dapat bertanding
Merebut tempat
Takhta pertama di hatiku.

Oops!
Sebentar,
Mungkin ada satu perkara
Yang bisa mengalahkan
Rasa rindu dan kasihku pada teman-teman sekalian
Ingin tahukah kamu?

Apakah lagi yang dapat mengalahkan rinduku pada kamu?
Benda apakah yang lebih hebat
Lebih tinggi nilainya di hatiku?

Wahai teman,
Ketahuilah,
Yang dapat menandingi kasihku padamu
Hanyalah
Kasih yang lebih tinggi
Kasih yang lebih unggul
Kasih yang lebih sejati
Itulah
Kasih Rabbul `Izzati
Serta kasih Rasul-Nya
Yang tidak lekang di bibirnya
“Ummati, ummati”.

Pesanku duhai teman,
Cintailah Tuhan dan Rasul-Nya
Melebihi kasihmu pada segala benda
Dan aku berani berjanji
Bahawa kasih kita akan terus abadi
Kasih kita akan terus tersulam
Menanti masanya
Kita bertemu kembali
Di pintu syurga yang abadi.
Insya-Allah,
Kerana itu bukan janjiku,
Bukan janji perdana menteriku,
Tetapi janji
Al-Kholiq, Maha Pencipta
Kepada para hamba-Nya.

Aku kan menanti..
Bersama rindu di hati
Pertemuan kita
Di akhirat sana.

Allah,
Kabulkan do`a
Hamba-hamba-Mu
Yang saling terikat
Rasa rindu yang hakiki.
Amin.

Adakah kalian sedang melihat bintang yang sama sepertiku..? Sungguh..hatiku basah dengan tangisan kerinduan pada teman-teman sekalian..