Showing posts with label Wahai Hawa. Show all posts
Showing posts with label Wahai Hawa. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Hideous Uses of a Bag


بسم الله الرحمان الرحيم
In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

To start a hideous post with a phrase so pure, is unthinkable.

But then, to not begin your activity with "bismillah" (which means 'in the name of Allah), you will lose the intended blessings for said activity.

Though Allah is the Most Gracious and the Most Merciful, some of His creations have proven to be..merciless.

And so I present to you some of the hideous and heinous modern day usage of a bag:



Wednesday, April 27, 2011

Seindah Ciptaan Telur - Kitalah Terasnya

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Perkongsian hari ini sebenarnya sudah lama tertangguh. Saya berharap para sahabat sekalian, terutama para wanita akan mendapat manfaat daripada penyampaian kakak usrah saya ini (tersenyum).

Al-Quran 37:48-49

Pada suatu petang yang mendamaikan, kami berusrah di sebuah taman rekreasi berdekatan dengan universiti. Setelah aku dan para akhawatku kelihatan telah duduk dengan selesa, di tepi tasik, kami bertilawah surah as-Soffat bermula daripada permulaan surah sehinggalah ayat 57. 

Selesai berkongsi pendapat tentang ibrah yang masing-masing dapati, Kak Sarah memulakan 'agendanya'. (tersenyum semasa menulis ini)

"Haa, adik-adik, sebenarnya kali ini akak nak bercerita pasal...telur!"

"Fokus kita ialah pada ayat 48-49 yang berbunyi;

"Dan di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang bermata indah, dan membatasi pandangannya.
Seakan-akan mereka ialah telur yang tersimpan dengan baik."

Sunday, July 4, 2010

2 Hakim Syariah Wanita Pertama di Malaysia

Ahad, Julai 4, 2010.

Assalamualaikum semua.

(senyum)
Apehal pulak senyum tiba2 ni? Belum cakap apa2 lagi dah senyum sorang2. Hish, gawat ni..(gelak)

Takdela. Saya cuma sangat gembira, tumpang gembira sebenarnya, dengan perlantikan dua wanita sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Mahkamah Putrajaya dan Mahkamah Persekutuan (Syariah High Court judges at the Putrajaya and Federal Territory courts).

Kenapa nak gembira? Kan biasa hakim baru dilantik di Malaysia ni..

Hish, memanglah biasa, tapi yang luar biasanya, hakim WANITA. Tahu siapa itu wanita? Ha, saya salah seorang la. Sebab itulah saya tumpang gembira.

(senyum lagi)
Hmm..alhamdulillah. Lepas ni, janganlah lagi ada manusia yang bising2 mengatakan wanita didiskriminasi dsb.

Sahabat2,
kebelakangan ni saya selalu terfikir antara lelaki dan wanita. Terfikirkan, apakah kelemahan, dan juga kelebihan masing2. Dan memikirkan, kenapakah Allah Taala memberi mandat kepimpinan khas kepada lelaki, dan bukannya kepada wanita? Sehinggakan perkara ini dijadikan isu oleh sesetengah pihak, yang mengatakan Islam mendiskriminasikan wanita, tidak memberikan kebebasan dan hak2 yang sama rata seperti yang diberikan kepada lelaki.

Fikir, dan terus berfikir. Kerana daripada aktiviti berfikirlah akan datang jawapan kepada persoalan, bukannya dengan aktiviti menuding sana sini. Tidak salah untuk bertanyakan "kenapa begini? dan kenapa pula begitu?" di dalam agama, tetapi jika asyik bertanya, agak2, jawapan akan datang mengetuk di depan pintu rumahkah? Jika asyik melontarkan soalan, tetapi tidak pula berusaha mencari jawapan, lalu ke manakah akhirnya?

Jadi, aktiviti berfikirku terus berjalan.

Dah dapatkah jawapan, anda bertanya?

Hoho, mana mungkin. Jangan terlalu cepat mengharapkan jawapan, sahabat2. Bukankah ulama2 terdahulu bertungkus-lumus dalam mencari ilmu, menulis kitab, mengumpulkan hadis2 sahih dsb? Mereka mengembara jauh dari tanah kelahiran mereka, sahabat2ku sekalian. Bertahun-tahun pencarian mereka untuk suatu ilmu yang picisan. Lantas, janganlah mengharapkan jawapan yang berkualiti dan memuaskan dengan sekadar sepintas lalu berfikiran. (confirm tatabahasa salah..haha)

Jawapan..mungkin adalah. Tapi, jawapan itu sekadar tekaan, bukan hipotesis yang dibuktikan. huh..siapakah mahu mendengar penjelasan yang berupa tekaan diri semata-mata? (Saya pun tak nak dengar..haha)

Berbalik kepada persoalan, kenapakah Allah Taala memberi tugas memimpin umat manusia kepada lelaki, manakala wanita pula kelihatan diketepikan dalam hal ini?

Wallahu `alam (Allah Maha Mengetahui).

Laa..kalau setakat wallahu `alam, aku pun boleh ckp..apa daa..

Haha. Saya tak marahkan sesiapa. Memang betul, sesiapa pun boleh cakap "wallahu `alam". Budak kecil pun senang je ulang balik, bila dah diajar.

Tapi, saya cuma menyatakan hakikat, iaitu memang benar, hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui jawapan kepada segala persoalan, dahulu, kini dan selama-lamanya.

Saya tidak pandai2 mengaku, bahawa saya tahu jawapan kepada this particular question. No, I never said that.

Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat masing2. Dan hak untuk menyuarakan pendapat masing2. Serta hak untuk memilih untuk mendengar atau tidak.
Tak nak dengar, tak mengapa. Silalah berhenti setakat ini.

Namun, jika sudi meneruskan pembacaan, bermakna anda sudi meminjamkan mata, telinga serta buah fikiran. For that, I can't thank you enough.

Pada pendapatku, segala ketentuan Allahu Taala, sememangnya telah sesuai dengan fitrah kejadian masing, baik lelaki, mahupun wanita.

Dari perspektif wanita;

1. Wanita tidak dibebankan (saya ulang, dibebankan) dengan amanah kepimpinan negara, tetapi diberi tanggungjawab mengasuh dan mendidik generasi pemimpin yang seterusnya.

2. Padaku, kelembutan dan daya kefahaman perasaan yang mendalam, sangatlah sesuai apabila ingin memahami pemikiran kanak2 yang most of the time didominasi oleh perasaan. Iyalah, mereka(kanak2) kan belum matang..

3. Oleh itu, sebab itulah, Tuhan Pencipta alam melahirkan anak manusia melalui rahim wanita, bukannya drpd lelaki. Kerana apa? Kerana wanitalah yang paling sesuai memikul tugas ibu. Kerana sifat kami (cewah :) ) yang rata2nya penyayang dan penyabar (insya-Allah) sudah sesuai untuk mendidik dan membesarkan anak, yang amat memerlukan sifat2 ini, sejak dari detik kelahiran mereka, malah ada yang memerlukan sehinggalah ke detik kematian mereka.

Manusia, ialah makhluk yang penuh beremosi. (Tengok WC saja sudah..haha) Emosi sejak kecil haruslah dibimbing dengan baik dan stabil. Emosi, atau sifat yang baik, ditanam dan dibajai dengan kasih Tuhan manakala sifat2 yang keji diasingkan dan diminta perlindungan kepada Rabbul `alamin. Siapa lagi yang lebih 'pakar' dalam bab emosi, kalau bukan wanita, kan? (kenyit mata)

Sahabat2 wanitaku,
Tak perlulah berasa malu dengan sifat malu dan lemah lembut kita. Itu fitrah. Saya pun tak pasti apa maksud sebenar fitrah, tapi saya agak, mungkin ia sesuatu yang sebati dengan diri, tak dapat dipisahkan. Kenapa nak malu dengan ciptaan Tuhan? Saya..sukakan skill (?) yang dikurniakan kepada diri ini. Sebab..ini kurnia Tuhan. Apa yang Allah Taala kurniakan, saya mensyukuri, atau saya cuba mensyukuri. Come on, tiada manusia yang sempurna. Selagi saya bergelar manusia (which is selama-lamanya kot), saya juga sama, tidak terlepas drpd dosa. How could I be (lepas drpd dosa)? Sedangkan Allah itu maha Adil, saya yakin Dia adil terhadap semua hamba2Nya, kecuali mereka yang bergelar nabi dan rasulNya.

Oleh itu, wahai hawa, berbanggalah dengan apa yang kau miliki. Orang lain ketawakan kita? (hinjut bahu) lantaklaa..haha. Kenapa kita perlu pedulikan pandangan manusia, sedangkan pandangan Pencipta yang lebih mahal hargaNya? Pedulikan mereka tu, they're not worth our time.

Apa pun, bukanlah bermakna wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Lihat sahaja hari ini dua orang wanita, Suraya Ramli, 31 tahun, dan Rafidah Abdul Razak, 38 tahun berjaya melakar sejarah, dengan rasminya perlantikan mereka sebagai Hakim Syariah wanita pertama di Malaysia. Bukan senang boleh mendapat kedudukan sebegini, apatah lagi pada usia yang agak muda. Mereka terlebih dahulu harus mendapat perkenan Agong sebelum diluluskan.

Akhir kata, tahniah buat saudari Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak di atas kejayaan kalian. Doaku agar kalian tabah dan sentiasa adil dalam melaksanakan tanggungjawab. Ameen ya Rabbal `Alamin.

Lagi berita;

p/s: saudari Suraya masih bujang ya :)

Dari kiri: Suraya Ramli, orang Sabah, dan Rafidah Abdul Razak, orang P.Pinang

Tuesday, June 8, 2010

Antara Dua Pemikiran: Pendapatku dan Kebijaksanaan Tuhan

Tuesday, June 8, 2010.

Assalamualaikum semua.

Sorilah lambat update pasal topik ni. It's been a busy week, right?
Dengan serangan keji ke atas kapal-kapal bantuan ke Gaza dan protes serta reaksi penduduk dunia..busy2. Banyak berita pasal hal tu..masih belum kelihatan dengan jelas apakah kesudahan daripada rentetan peristiwa2 tersebut..semoga hasil yang baik akan jelas pada akhirnya.

Baiklah, marilah kita kembali kepada topik perbincangan kita; Antara Dua Pemikiran.

Antara dua pemikiran.

Antara dua pemikiran.

Antara dua pemikiran.

Huh?

So..? Your point is..?

Haha..itulah pointnya - antara 2 pemikiran.

(mai dah penyakit merepek ku..)

Tapi memang betul pun. Kan tajuk akan menggambarkan isi kandungan. Contohnya surah at-Taubah menggambarkan ayat2 yg menceritakan dosa dan pengampunannya mungkin, kerana at-Taubah bermaksud "taubat" atau "ampunan" secara kasarnya. Kalau papan tanda kedai tu tertulis "Dunkin Donut", mestilah kedai tu menjual donut. Takkanlah nak jual fried chicken pulak kan? (ketawa)

Oklah.

Apabila kita asyik menyebut-nyebut "antara dua pemikiran"..mestilah kita tertanya-tanya; "Pemikiran siapakah yang dimaksudkan?" Tambahan lagi, ia spesifik merujuk kepada "dua benda". Jadi soalan seterusnya; "Siapakah, atau apakah dua benda yang dimaksudkan?".

Hmm..soalan yang bagus.

Jika anda mengikuti siri2 yang lepas, anda akan mendapati bahawa "dua" yang dimaksudkan di sini ialah dua jantina manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Atau seperti yang saya telah tuliskan, ar-Rijal dan an-Nisa'.

Mengapakah saya memilih untuk membandingkan dua jantina ini dari segi pemikiran?

Takde pape. Saja2. Suka-suki. (haha)

Emm, itu pun betullah juga. Memang suka2. ataupun saja, terasa nak banding, tak boleh ke? (haha)

Betullah, memang saja2.
Tapi apa salahnya kan? Kan kita ni yang manusia, tak terasa curious ke nak tahu perbezaan dua jantina yang diciptakan Tuhan ini? Tuhan itu satu. Tuhan itu Esa. Sedangkan kita diciptakan berdua. Kenapa Allah Taala nak ciptakan manusia dan kebanyakan makhluknya yang lain dengan dua jantina? Satu tak cukup ke? Buat apa nak banyak2, buat bikin problemas saja..(hmm)

Entahlah. Saya pun tak tahu jugak. Saya kan sama macam kamu. Otak sama besar..ehh, sama kecik. Yelah, kecikla kan, kalau nak dibandingkan dengan pengetahuan al-`Alim, Yang Maha Mengetahui. Apalah sangat yang manusia tahu. Tahu tentang penciptaNya? Sikit sahaja yang dia tahu. Itupun melalui wahyu kepada para Nabi. Tahu tentang dirinya (manusia)? Lagilah sedikit (berbanding pengetahuannya tentang penciptaNya).

Disebabkan tak tahulah, manusia menjadi curiga dan ingin tahu.

Kelebihan manusia, mostly terletak pada akalnya. Kerana kalau tak kerana kepintaran akal, kamu ingat kita boleh terbang macam burung? wooshh! Dalam movie tak acilah, guna special effects. Nak terbang ke marikh pun boleh buat.

Kalau bukan kerana kepintaran yang picisan itu, adakah kita menyangka dapat menyeberangi lautan? Bahkan, manusia yang tak tahu berenang pun boleh merentas lautan Allah yang luas! Macam mana tu..? Tak tahu berenang, tapi boleh menyeberang lautan..? Sekarang dah tak hairanlah soalan2 sebegini. In fact, nanti orang ingat saya gila kot..tanya soalan pelik2, macam zaman batu.. (haha)

Satu-satunya sebab manusia boleh mendominasi bumi Tuhan ini ialah kerana yang berada di dalam kepalanya itu, iaitu otaknya. Tapi, untuk manusia, dinaikkan sedikit tarafnya berbanding makhluk2 lain yg melata di bumi ini, iaitu dikurniakan akal berbanding hanya otak.

Jadi, tidakkah anda semua, yang mestinya manusia juga (atau ada alien sedang membaca??) tidak berasa curious untuk memikirkan mengenai pemikiran masing2? Oklah, saya mengaku, ayat2 saya memang memeningkan..tapi bersabarlah ye. Saya nak tulis apa lagi, sabar ajelah. (senyum) kalau ekstrim sangat dah pening tu, janganlah teruskan membaca, nanti saya kena saman plak. (zaman skrg ni mcm2 boleh saman..)

Secara peribadi, saya seronok memerhatikan kejadian diri. Tengok banyak kali pun tak apa. Saya tak rasa bosan. Sebab setiap kali saya memandang tangan, jari, kaki, telinga, dan bermacam2 lagi, saya akan mendapati sesuatu yang baru, yang tak pernah terlintas di hati saya sebelum ini. Jadi saya tak bosan (jungkit bahu sambil tersenyum).

Lepas itu, saya melihat pula kepada dua jantina manusia. Hmm..memang lain. (memanglah..daa)
Semuanya lain. Perangai lain. Cara menyelesaikan masalah lain. Cara melihat masalah pun lain. Kesimpulan; cara berfikir lain2.

Hmm..kenapa lain pula? Kenapa Allah tak ciptakan sama saja, kan senang? Tak adalah kes gaduh2 , terutamanya dalam housestair sampai habis cerai-berai, anak2 yang tergadai.

Ha! Aku tau! Sebab tak nak kasi hidup ni bosan?
Hmm..mungkin. Tapi takkan setakat itu saja?

Pada pandanganku, Allah Taala menciptakan cara pemikiran yang berbeza supaya kedua-dua ar-Rijal dan an-Nisa' saling menampung kelemahan masing2. So that both complement each other.

Kedua-dua ar-Rijal dan an-Nisa' tidak sempurna. Baik dari segi cara berfikir ataupun dari pelbagai aspek kehidupan yang lain, kedua-duanya saling memerlukan. Apabila kedua-duanya bergabung tenaga, idea serta usaha, akan lahirlah manusia yang hampir2 sempurna. Manusia tidak akan mencapai kesempurnaan hakiki. Kerana kesempurnaan hakiki hanyalah milik pencipta, bukannya yang diciptakan.

Jadi sahabat2,
kesimpulan antara dua pemikiran ini; kedua-duanya tidak sempurna. Kedua-duanya punya kelebihan, dan juga kelemahan tersendiri. Namun, apa yang indah pada ciptaan Ilahi ini, ialah kedua-duanya boleh menyeimbangkan antara satu sama lain. Kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. Kelemahan ar-Rijal ditampung oleh an-Nisa', manakala kelemahan an-Nisa' ditutupkan pula oleh ar-Rijal.

Ar-Rijal ialah kumpulan yang jarang dipengaruhi oleh emosi tatkala diperlukan untuk membuat keputusan. Perkara ini bagus dan amat diperlukan dalam diri seorang pemimpin. Namun, adakalanya bergantung kepada logik akal sahaja tidak cukup untuk membuat keputusan yang terbaik. (maaf, saya tak dapat fikirkan contoh) Maka, di sinilah an-Nisa' menyeimbangi golongan ar-Rijal. Pada pandanganku, an-Nisa', selalunya, kuat berpegang pada emosi. Saya sendiri begitu, apabila melihat sesuatu kejadian. Namun, kadangkala 'pertimbangan' emosi juga penting, dan alat terbaik apabila berhadapan dengan sesetengah perkara.

Contohnya, dalam mendidik anak kecil. Anak kecil..tak sama fikirannya dengan kita. Kita juga seperti mereka, a long time ago. Dan kita telah terlupa akan fikiran kita sewaktu umur seperti mereka, kerana realiti dunia telah mendewasakan kita, menukar cara pemikiran kita. Tapi pada si anak kecil, apalah yang ia tahu.

Dia tak tahu apa itu UMNO, PAS, BN, etc.
Dia tak tahu apa itu yahudi, zionis dan Gaza.
Dia tidak mengerti yang lain, selain dunia kecilnya, di mana dia hanya mahukan perhatian dan kasih sayang orang-orang di sekelilingnya, tentunya ibu dan bapa.

Ibu dan bapa itu siapa? Kalau anak kecil dia menuding sahaja kepada yang mendukungnya itu. Tapi bagi kita yang sudah dewasa, kita tahu siapa mereka. Iaitu sepasang ar-Rijal dan an-Nisa'.

Kadangkala si ayah, iaitu ar-Rijal, geram dengan sikap anak yang tidak dimengertinya. Macam2 kerenah anak, menangis, merengek, mahu itu, perlu ini dsb. Ayah tak faham, dia telah berikan segala-galanya untuk anaknya, makan, minum, pakai, tempat tinggal, lampin, buai, mainan, McD..tapi kenapa anak ini asyik menangis..?

Perlu saya katakan, bukannya saya bermaksud ar-Rijal langsung tidak faham kerenah anak, cuma kurang cenderung. Sebaliknya, ibu iaitu an-Nisa' lebih pantas menangkap apa sebenarnya yang tidak kena dengan anaknya.

Iaitu perhatian. Kasih sayang. Apakah "perhatian" dan "kasih sayang" ini? Itulah perasaan, ya an-Nisa'. Dan di manakah tempat tinggal perasaan2 manusia? Di mana lagi kalau bukan di hati.

An-Nisa' yg lebih dekat dengan hati, jadi lebih pantaslah kami memahami kehendak anak, yang pada akhirnya, di sebalik semua mainan dan layanan yang menyebabkan ibu bapa tidak sempat 'bernafas' itu, apa yang si anak mahukan ialah perhatian. Mereka mahukan kita meluangkan masa dengan mereka, kerana itulah yang membuatkan mereka terasa disayangi, bukannya material2 lain. In the end, they want their parents, not their parents' gifts.

Jadi, apalah signifikan contoh anak ni ye? (Senyum). Well, mungkin anda rasa saya terlalu membesar-besarkan contoh kecil ini hanya untuk menjustifikasikan pandangan saya bahawa ar-rijal dan an-Nisa' saling memerlukan. Well, again, itu terpulanglah pada pandangan masing2. Mungkin kata anda betul. Tapi, saya percaya, pendidikan anak sejak dari saat pertama kelahirannnya, sampailah kematiannya, jika ditakdirkan ia pergi dahulu, teramatlah penting. Kenapa?

Kerana anak itu generasi manusia seterusnya. Kerana apabila kita, generasi tua (ya, sedarlah anda dah tua! :) ) pergi meninggalkan bumi ini, siapakah yang menjadi pengganti? siapakah yang akan meneruskan amanah Tuhan sebagai khalifah? Anak kecil itu. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab generasi tua untuk mendidik generasi muda itu, agar apabila kita meninggalkan mereka nanti, mereka tahu kepada siapa hendak bergantung, dan kepada siapa hendak meminta pertolongan. Iaitu Allah Yang Menciptakan kita semua.

Saya tidak mengatakan ayah tidak pandai mendidik anak. mungkin juga sesetengah mereka lebih bagus berbanding an-Nisa'. Cumanya, an-Nisa' yang selalunya lebih dekat dengan hati masing2, jadi lebih mudahlah kami dekat dengan hati anak2.

Peranan yang ditetapkan oleh Ilahi ini, untuk golongan an-Nisa' sebagai ibu, saya rasa sangat sesuai dengan jiwa, perwatakan dan pemikiran an-Nisa'. Sedangkan Allah Taala turut menetapkan peranan yang tidak kurang hebatnya kepada ar-Rijal, iaitu sebagai pemimpin manusia. Sememangnya tugas yang sangat berat.

In the end, all of this writing, is JUST MY OPINION. Saya hanya melihatnya drpd kaca mata sendiri. Dan setiap orang berlainan kaca matanya. Gunalah kaca mata masing2, dan pertimbangkanlah setiap perkara, ujian dengan sebaiknya, baik bertanya kepada akal, mahupun hati.

But maybe, there is something that we see in common.

And that is; Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (senyum).

Sunday, May 30, 2010

Antara Dua Pemikiran: Kecenderungan an-Nisa'

Ahad, Mei 30, 2010.
Dikemas kini pd jam 7:08pm.

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa berada dlm rahmat Yang Esa hendaknya.

Maaf di atas kelewatan sambungan "Antara Dua Pemikiran", saya menghadiri program nun di utara hampir sepanjang minggu lepas :).

Baiklah, seperti yang dijanjikan, kali ini kita akan bersama-sama menelusuri dan cuba memahami pemikiran an-Nisa'.

Siapakah an-Nisa'?

An-Nisa' ialah salah satu antara dua jantina manusia di bumi ini. Manusia hanya ada dua; lelaki dan perempuan. Ar-Rijal dan an-Nisa'. Betul; an-Nisa' bermaksud perempuan.

Dahulu kita telah berbincang mengenai gaya ar-Rijal berfikir. kita sedia maklum ar-Rijal lebih cenderung memikirkan penyelesaian kpd sesuatu masalah, atau dalam erti kata yang lebih mudah, mereka melihat kebanyakan situasi sebagai masalah yang harus dicari cara untuk mengatasinya. Minda mereka ialah minda "How to". How to do this, how to overcome that etc.

Sudah kita kenali pemikiran satu jantina insan ini. Tidakkah ia membuatkan anda tertanya-tanya..apakah pula gaya pemikiran jantina lawannya?

Apakah kecenderungan pemikiran an-Nisa'?


(senyum tipis)

Saya berada dalam kateori an-Nisa' ini, jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk memahami diri sendiri, dan para insan yang lain yang berada dalam kategori ini.

When presented with a situation or a problem, an-Nisa' doesn't immediately see the solutions. Apa yang mereka nampak?

Sebab. Musabab. Kenapa jadi begitu.

Sahabat2, inilah kecenderungan an-Nisa', iaitu mereka terlebih dahulu berusaha memahami kenapa perkara itu berlaku. perkara pertama yang terlintas di kaca mata mereka ialah; KENAPA.

Atau mungkin lebih tepat lagi, yang terlintas di HATI mereka.

Ya, inilah intipati 'pemikiran' an-Nisa'. Iaitu HATI.

An-Nisa' melihat kehidupan mengikut kaca mata hati. Dan kerana itulah, mereka..atau kami lebih cepat bersifat emosional berbanding ar-rijal.

Contohnya sekarang, isu pembuangan bayi macam dah menjadi cerita tetap di dada2 akhbar tempatan. Apabila ar-Rijal membacanya, saya kira, saya agak..mereka akan berfikir,
"Macam mana nak atasi masalah ni ye?"
Atau
"Apakah peranan yang kita sebagai mahasiswa dalam menangani masalah ni?"
Bukanlah I'm implying that guys/ ar-rijal ini tak ada perasaan, tapi perasaan marah itu akan cepat hilang dan berganti dengan mindset "HOW TO" seperti yang dinyatakn sebelum ini.

Tapi bagi kami an-Nisa', kami..mudah tenggelam dengan perasaan hati. Hati kami akan sayu melihat gambar2 di surat khabar-surat khabar itu. Lantas berkatalah hati2 kami,
"Kenapalah manusia begini? Kenapalah ada manusia yang berperangai macam binatang ini? Sedangkan tuhan telah mengangkatnya, melebihkannya berbanding yang lain..kenapa masih tergamak mereka membuang anak2 sendiri??"
Lebih kurang beginilah persoalan yang bermain di benak fikiran kami. Or at least, mine.

Dalam kupasan yang lalu saya telah mengakui kelebihan ar-Rijal yang pantas dalam menyelesaikan kemelut. Maka tidak adillah jika saya tidak mengulas lebih lanjut, tentang apakah pandangan saya tentang kecenderungan pemikiran an-Nisa' ini.

Kita selalu mendengar orang berkata, especially dalam soal bercinta, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa." Memang betul, kata2 ini tak salah. Jadi..an-Nisa' yang cenderung mengikut kata hati, akan binasakah??

Woa. Brek sekejap. Wait seminit. (Bahasa ape ni..haha)

Nanti dulu. Nanti. Sabaq sat..(keluaq dah kedah dia..)

Yang dikatakan akan binasa itu, ialah apabila mereka mengikut hati semata. Apabila mereka membutakan petunjuk yang lain dan menurutkan kemahuan semata-mata. Apabila an-Nisa' membuta-tuli merajakan hatinya dalam membuat keputusan. Ketika itu, hancurlah dia..kerana pilihannya sendiri.

Apakah tiada jalan untuk mengelakkan diri daripada krisis ini? Apakah an-Nisa' terperangkap dengan sifat lahiriahnya yang semulajadi? Apakah Allah Taala sengaja menciptakan an-Nisa' dengan sesuatu yang memusnahkan diri mereka??

Astaghfirullah al-azim.

Betapa mudah manusia menuduh pencipta-Nya dengan tuduhan yang bukan2. Dengan tuduhan yang tiada ilmu.

Saya..sebagai salah seorang yang diciptakan an-Nisa', sebagai salah seorang manusia yg ditakdirkan menjadi an-Nisa', tidak percaya bahawa Allah Taala akan memberikanku sesuatu yang akan membawa bencana kepada diri. Aku tidak percaya bahawa Allah Taala telah melemahkan an-Nisa'. Aku tidak percaya bahawa Allah Taala hanya melebihkan ar-Rijal, dan menolak semua kelemahan manusia kepada satu jantina sahaja, yakni an-Nisa'.

Tidak. Aku menolak kesemua tuduhan yang tidak berilmu ini.

Lantas, ke manakah hala tuju perbincangan ini? Apakah buktiku? Apakah kebenaran kata2ku?

Pertama sekali, kebenaran bukan terletak pada kata2ku. Mahupun tulisanku. Kebenaran ialah milik-Nya. Bukankah Dia bernama Al-Haqq, bermaksud, Yang Maha Benar, atau Pemilik segala kebenaran? (Translation needed)

Aku hanyalah hamba-Nya, yang diberikan sedikit petunjuk, untuk menjelaskan 'kelemahan' an-Nisa' ini. Untuk menukarkan 'kelemahan' ini kepada kelebihan yang amat besar. Marilah sama2 kita menilai, sejauh manakah kebenaran pandanganku ini.

Pada pandanganku, melalui dua retina mataku, an-Nisa' memang lemah. JIKA. JIKA, mereka bergantung kepada hati 100% untuk memutuskan suatu perkara. Ketika itu mereka..saya, sebenarnya berajakan nafsu. Ketika itu saya memilih untuk menjadi hamba an-nafs dalam membuat pertimbangan. Bahkan, ketika itu saya bukanlah membuat pertimbangan. Saya membiarkan nafsu menguasai diri. Maka, di manakah pertimbangan pabila kuasa membuat keputusan didominasi 100% oleh an-nafs (nafsu)?

Namun an-nisa' sekalian, janganlah gusar. Kerana terdapat satu jalan penyelesaian yang cukup mudah kepada 'kelemahan' kita ini.

Iaitu;
"Asy-hadu alla ilaha illallah, wa anna muhammadur rasulullah"

Berimanlah kepada Allah, yang telah Menciptakan kamu dengan sebaik-baik kejadian.

Angkatlah iman menjadi nakhoda hatimu, maka selamatlah kamu dalam pelayaran kehidupan duniawi ini. Campaklah nafsu itu dari bahtera hatimu. Throw your nafsu overboard, dan biarkan ia lemas dalam lautan hidayah Tuhanmu. Benarkanlah cahaya iman itu merajai hatimu, dan kamu akan mendapati, ia tidak mahu pun takhta hatimu. Ia tidak pernah menginginkan kekuasaan mutlak kepada kerajaan hatimu, tetapi ia meminta kepadamu. Ia meminta izin kepadamu, untuk menjadi penasihat tertinggi hatimu. Angkatlah iman menjadi bendaharamu, dan kamu akan mendapati ianya menjadi teman setiamu, sehingga akhir hayatmu.

Sahabat2ku, yang kukasihi,

Sahabat2 an-Nisa'ku, yang kusayangi,

Ingatkah kamu akan pesan Nabi kita SAW akan hati? Saya hanya ingat intinya, tapi saya tidak tahu kata2nya satu-persatu. Tapi sebagai permulaan, eloklah kita memahami inti sabdanya terlebih dahulu, sabda baginda SAW,
"Di dalam setiap anak adam, ada seketul daging di dalam dadanya, yang apabila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh badannya. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya daging itu ialah hati."

Perlukah saya tekankan lagi kepentingan hati di dalam tubuh anak Adam, sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri telah menjelaskan dengan sebaik-baik penjelasan.

Katanya, hati amat penting dalam tubuh manusia. Kalau hati baik, maka individu itu keseluruhannya akan baik. Baik tutur katanya, baik tingkah lakunya, segala-galanya baik insya-allah. Sebaliknya, jika hati itu buruk, maka buruklah perangai manusia itu. Which brings us to the final question; who controls the heart?

Siapakah raja hati kita?

Hanya ada dua candidate, nafsu dan iman. The good news is, we can vote who will be king. (senyum)

Jadi pilihlah. Dan anda tahu yang mana yang baik dan yg mana yang buruk.

Jadi an-Nisa', are you satisfied with my view of the heart, which is the heart of our thinking? Maksudnya, adakah anda berpuas hati tentang pandangan saya tentang hati, yang juga nadi pemikiran kita? Itu..terpulanglah. Pada saya, saya amat bersyukur dgn hati kurniaan ilahi ini, dan saya tidak mahu menjadi yang lain, selain an-Nisa'. Kerana saya percaya, yang terbaik untuk saya ialah menjadi an-Nisa', bukannya ar-Rijal. I will never know, but I believe, that being an-Nisa', is the best thing for me.

Wahai an-Nisa', kita ialah golongan yang cenderung untuk memahami, dan kurang cenderung untuk benar2 memikirkan solusi. Namun itu tak bermakna kita lemah drpd mereka. Oh no girls. Don't think about it that way.

Instead, think about it this way. Berdasarkan hadis2 Rasulullah SAW tentang hati, memang jelas baginda menekankan betapa pentingnya hati kepada setiap manusia. Rasulullah sebagai manusia yg diturunkan al-Quran kepadanya, pasti antara manusia yang paling memahami makhluk ciptaan bernama manusia. Kerana 2 perkara; pertama baginda sendiri seorang manusia, dan kedua kerana al-Quran itu sumber wahyu dari pencipta manusia. Lantas apabila digabungkan kedua-dua elemen ini ke dalam satu manusia terpilih, iaitu Muhammad al-Amin, maka segala nasihat yang datang drpd mulut baginda, tentang manusia, saya berpendapat, ialah nasihat terbaik yang boleh didapati berkenaan manusia. Maknanya, saya sangat berpegang kepada apa yang Muhammad al-amin ini katakan. Jadi, apabila baginda berkata-kata akan perihal hati manusia, maka saya percaya kepadanya. Jika dia mengatakan bahawa ciri hati menentukan akhlak yang akan terzahir pada seseorang insan, maka saya percayakan kata2 itu.

Jadi, apakah kaitan kata2 Muhammad SAW tentang hati manusia ini, dengan kecenderungan pemikiran an-Nisa', anda bertanya..?

Begini.

Pertama, an-Nisa' berfikir berpandukan hati. Tidaklah bermaksud intelek akal diketepikan terus, cuma kita lebih gemar mengikutkan kata hati..betul, bukan? Mengaku sajalah wahai an-Nisa'..dan janganlah kita malu dengan kecenderungan ini. Kerana walaupun sekilas kelihatan lemahnya pemikiran berdasarkan hati ini, tapi ia juga punya kelebihan yang telahpun ditentukan oleh Allah al-Hakim. Allah Yang Maha Bijaksana ini, tahu..dan sangat tahu menyeimbangkan kejadian penciptaan manusia ini.

Walaupun akal memainkan peranan utama dlm membuat keputusan, tapi ada satu perkara akal tak dapat lakukan. And that is to feel.

Akal tak faham apa itu perasaan. Ia berfikir secara logik. 1+1=2. Adakah kamu telah makan atau belum? Jawapan kpd soalan ini hanya ya, atau tidak ataupun sudah atau belum. Akal berfikiran lurus dan tidak dapat memahami spektrum perasaan. Ya, spektrum kawan2. Spekturm perasaan yang pelbagai warna dan irama. Spektrum yg hanya hati dapat memahaminya.

Dan apakah perasaan yang paling besar nikmatnya di bumi ini? Itulah...perasaan mendapat hidayah.

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.

Perasaan yg datang selepas solat. Perasaan yang menular setelah membaca ayat2 al-Quran yang mulia. Perasaan yg diiringi dengan sebak dada yang amat.

Aneh tapi benar. Benar2 dirasai. Hanya hati yg dapat memahami. Hanya hati dapat mengetahui, apabila hidayah menyentuh sanubari. Hanya hati yang dapat mengakui, bahawa inilah..agama yang suci.

Itulah keistimewaan hati; hanya dengan hati, dapatlah insan itu merasai hidayah yang mengetuk pintu hatinya. Hanya dengan bantuan hati, dapat insan mengakui bahawasanya Tuhan itu hanya Satu, dan Dialah Allah Yang Maha Esa.

Sebagai pengakhiran, saya ingin berkongsi pengalaman, yang dirasai oleh hati ini.

Sahabat2,
Jika ada sesiapa bertanya kpdku, kenapakah kamu menganut Islam? Baik muslim, mahupun non-muslim, jawapanku padanya ialah;
"Aku tidak tahu."

Tapi, apa yang aku tahu ialah, aku tidak..tidak dapat menafikan rasa hatiku. Hatiku yang tiba2 menjadi lembut tatkala membaca ayat2 suci al-Quran. Hatiku, yang mengiyakan ayat2 itu. Hatiku yang berkata, "Maha Suci Allah, sesungguhnya tiada Tuhan melainkan engkau, dan Muhammad itu pesuruhMu".

Benar, dengan tahap ilmuku kini, aku tiada bukti untuk membenarkan ayat2 al-Quran itu. Mungkin beberapa orang telah membuktikan kebenaran sebahagian ayat2 al-Quran dengan kajian saintifik, tetapi aku yang tidak tahu, dan tidak mengambil tahu. Mungkin satu hari nanti, aku akan dapat berbicara di hadapan khalayak ramai, sambil membenarkan ayat2 al-Quran itu, pabila ilmuku cukup besar nanti. Insya-allah.

Namun apa yang aku pasti ialah, hatiku membenarkan ayat2 itu. Hatiku mengiyakan ayat2 itu. Dan aku amat yakin, bahawa mereka yang masih tidak beriman, walhal telah mendengar wahyu ini dibacakan di hadapan mereka, ialah orang2 yang sendiri memilih untuk menutup hati mereka. Mereka sendiri yg memilih utk menolak perasaan benar oleh hati masing2. Aku dan mereka sama sahaja, manusia. Jadi, apakah bezanya hatiku dgn hati2 mereka? Apakah mereka tidak merasai hidayah yang sampai kpd mereka? Or did they choose to ignore it, as I have chosen to accept it?

Aku tak percaya Allah Taala hanya memberikan hidayah kepadaku, dan kepada anda semua, dan meninggalkan manusia2 lain. Kerana aku lihat kami semua sama sahaja. Nikmat yg kami dapat, sama sahaja. Allah Maha Adil dengan pemberian nikmatnya, maka adakah Dia tiba2 memberikan nikmat terbesar hanya kpd setengah manusia?

Yang melebihkan setengah manusia drpd yg lain, ialah manusia itu sendiri, bukan Allah. Bukan Allah Taala. Aku dan kamu semua, kita semua, sama sahaja dengan mereka yang belum beriman. Ada apa2 kelebihan yang kamu nampak ada pada kita tiada pada mereka? Atau sebaliknya? Mereka kaya harta? Jadi kita kaya budi bahasa. Mereka punya banglo besar di dunia, kita dijanjikan istana di akhirat. Siapa yang lebih? Siapa yang kurang?

Tak ada. Tiada siapa lebih, tiada siapa kurang. Kita semua sama saja.

Lantas, apakah yg menyebabkan mrk belum beriman, dan kita beriman?

Puas aku berfikir, namun tiada jawapan lain yg kutemukan, melainkan mereka sendiri memilih utk menidakkan hati mereka.

Lagipun, iman itu subjektif. Bukan mudah sebenarnya, untuk beriman kpd Allah. Untuk menyembah Allah 5x sehari. sekurang-kurangnya. Kerana Allah Taala itu ghaib.
Bagaimanakah kita dapat menyembah sesuatu yang ghaib, dan patuh pula kpd suruhan dan laranganNya?

Al-Quran. Di sinilah al-Quran itu menjadi mukjizat. Di sinilah aku mengakui bahwa al-Quran itu sebesar-besar mukjizat.

Aku membacanya, dan hatiku berasa sesuatu.

Aku membacanya lagi, dan perasaan itu datang lagi.

Aku membacanya lagi dan lagi, dan perasaan itu tetap ada.

Tidak pernah ia tidak bertandang setiap kali aku membacanya. Membacanya dengan harapan mencari petunjuk yg benar. Membacanya, sambil mengikhlaskan hati inginkan suatu petunjuk yg benar. Maka perasaan itu never failed to come. It's always there.

Maka bagaimanakah dapatku menolaknya? Pabila bukan sekali dua ia datang, tapi SETIAP KALI ia datang. Tidak pernah berputus asa mengetuk pintu hatiku, meminta izin untuk masuk. Bolehkah anda bayangkan..hidayah-Nya..meminta izin untuk masuk..? Sedangkan Dia bisa sahaja memaksa aku tunduk kpdNya..

Itulah Allah Taala. Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Wahai an-Nisa'..
Puas hatikah kamu tentang kekuatan, kelebihan hati?

Di mana akal tidak berjaya memahami, di situ peranan hati.

Di mana akal tidak dapat mengerti, apakah gunanya menyembah yang ghaib, hati mengerti.

Hati tahu akan kebenaran yang hakiki.

Maka jadilah hati tidak jemu2 berkata "La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah.."

Ya ar-Rijal, saya harap anda tidak terasa hati, dan insya-allah, saya yakin, anda tidak terasa pun. Kerana anda semua tidak begitu cenderung mengikutkan rasa hati. Tapi, saya tidak pernah mengatakan bahawa anda tidak mempunyai hati. Cuma, anda kurang cenderung kepadanya, berbanding kami an-Nisa'. Bukan maksud saya, iman an-Nisa' lebih kuat berbanding ar-rijal..TIDAK. Siapakah yang mengatakan kebohongan itu? Bahkan yang menyebarkan iman itu ialah dari golongan ar-Rijal; Muhammad SAW.

Sahabat2ku,
Siapa beriman, dan siapa tidak, siapa lebih tinggi darjatnya, dan siapa kurg sedikit darjatnya, semua label2 itu...adalah hak-Nya. Bukan hak kita. Oleh itu, janganlah kita pandai2 melabel setengah muslimin kafir, dan menghalalkan darah mereka, hanya kerana berbeza pandangan tentang beberapa perkara. Jika salah seorang drpd kita salah, maka betulkanlah. Jangan terus melekatkan label "kafir" kpd mereka. Takutlah kita kpd Allah..jika kita benar2 beriman kpdNya.

Ya ayyuhan-Nisa', before we part, let me just say one thing.

"Jika ar-Rijal Allah jadikan sebagai pemimpin umat manusia, maka ketahuilah, ingatlah, dan bergembiralah, bahawasanya Allah Taala menjadikan an-Nisa' sebagai yang melahirkan pemimpin2 itu."


Sekian..bersambung di bahagian "Antara Dua Pemikiran: Penutup"

Saturday, April 10, 2010

Dedikasiku Buat Ummu Sulaim binti Malhan

Sabtu, April 10, 2010.

Segalanya bermula
Di Petaling Jaya
Sewaktu aku masih lewat remaja
Bosannya..keluh hatiku
Kenapakah begitu susah untuk mencari
Kisah-kisah sahabat dan sahabiah
Rasul cintaan ilahi?
Hanya sahaja aku belajar
di Centre for Foundation Studies UIAM
Namun kenapakah cerita para pejuang Islami
Bagaikan debu-debu hama di rak-rak perpustakaannya?
Sukar sekali untuk ku
Menemukan tajuk buku
Yang kudambakan itu.

Kuteruskan jua pencarian
Meneliti
Rak demi rak
Tingkat demi tingkat
Buku demi buku
Kerna manalah tahu
Jariku berhenti pada tajuk
Yang kudambakan itu.

Syukur!
Alhamdulillah!
Al-`Alim Maha Mengetahui hasrat hatiku
Dialah yang memperjodohkanku
Dengan buku
Yang kudambakan itu.

Maka ku selak helaian demi helaian
Ku tatap isinya dengan penuh kepuasan
Penuh kenikmatan
Kerna diriku..jiwaku
Ketandusan..
Kekeringan..
Inspirasi daripada para pejuang pencinta Ilahi.

Mahukah kamu
Mendengar suatu kisah
Yang menakjubkan hati
Ummu Hurairah?
Marilah..tidak rugi..
Terutamanya para Umm atau bakal Umm
Di luar sana..

Ismuha (namanya) Ummu Sulaim binti Malhan
Bukanlah nama kelahirannya
Tetapi merupakan kunyah (gelaran hormat)
Masyarakat Arab padanya
Lantaran seorang anaknya bernama Sulaim

Sungguh
Telah takjub hati Ummu Hurairah
Membaca kisah Ummu Sulaim
Kehebatannya..'keunikannya'..
Amat menarik hati
Keimanannya..amat menjadi inspirasi.

Namun..Pabila tiba saatnya harus kupulangkan kembali
Buku yang
Kudambakan itu..
Oh, alangkah baiknya jika aku dapat memiliki sebuah
Terasa ingin membeli sahaja cetakan itu
Tapi..mengenangkan..hanya dua jilid sahaja
Buku itu di Taman Ilmu & Budi yang luas
Mungkin..ada juga jiwa yang tandus sepertiku
Lantas kalau aku mengambilnya untuk diri sendiri..
Ke manakah jiwa2 yang tandus itu
Akan melampiaskan kerinduan mereka?
Lalu kubiarkan sahaja..ku pulangkan kembali.

Lalu terkuburlah seketika
Nama wanita Ansar yang
Pernah sesaat
Memberi inspirasi
pada penaip warkah ini..

Setiap hari..
Cuba kuingati..
Siapakah namanya..?
Siapakah wanita itu..?
Wanita yang pertama kali kukenali
di Petaling Jaya itu..
Namun Allah Taala..
Melupakan aku daripadanya..
Buat seketika
Aduh!
Kenapakah tidak ingat juga?
Hanya kisah hidupnya yang tersemat kemas
Dalam hatiku..
Akan kuingati
Sehingga mati

Berputarlah roda kehidupanku
Lalu aku selamat menamatkan
Pengajian asasku di PJ
Dan aku terdampar pula di pantai timur semenanjung
Di Kuantan..
Ibu kota Pahang yang Makmur

Sungguh, telah terlupa aku
Akan namanya..
Namun kisahnya..masih segar
dalam sanubariku
Seolah-olah
Baru semalam aku
Menyelak helaian buku lama itu.

Buku kedua
Berjudul "65 Gambaran Kehidupan Sahabat"
Kupinjam daripada seorang sahabat

Tahukah kamu apa yang berlaku?
Ummu Hurairah kembali bertemu Ummu Sulaim?
Oh..sayang sekali.
Tidak.
Belum lagi. (Senyum)
Tetapi..terdapat kisah sahabat lain yang menarik hatinya pula..
Dengarkanlah..

Ismuhu Anas ibn Malik.
Anas?
Man Anas (siapa Anas)?
Subhanallah..
Rugilah di dunia
Dan rugilah di akhirat
Bagi mereka yang tidak mengenali
Anas ibn Malik.

"Diriwayatkan drpd Anas ibn Malik, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda.."

Ya sahabat2ku.
Inilah dia
Salah seorang daripada 3 insan
Yang berjasa paling besar
Kerana meriwayatkan paling banyak hadis Nabi SAW
Buat generasi terkemudian..
Buat kamu dan saya.

Lelaki Ansar ini
Telah bersama-sama Rasulullah
Sedari umurnya 10 tahun
Ketika budak2 kecil yang lain bermain dengan teman2 sebaya
Budak lelaki Ansar ini menghabiskan kebanyakan hayatnya
Dengan Rasul Allah penyelamat manusia
Sehinggalah wafatnya Nabi tercinta
Tika umurnya masuk 20 tahun

10 tahun yang amat berharga
10 tahun yang amat kudamba
10 tahun yang dikurniakan Allah
sebagai hadiah
buat Anas ibn Malik.

Lalu kenapakah..
puisi yang semakin berjela
semakin berjeda ini
didedikasikan
Buat Ummu Sulaim binti Malhan?
Sedangkan penulisnya mengisahkan Anas ibn Malik sekali di dalamnya?
Bukankah lebih adil
Untuk judulnya berbunyi
"Dedikasiku Buat Ummu Sulaim dan Anas ibn Malik"?

(Tersenyum)
Bahkan..
Sahabat-sahabatku..
tidakkah kamu perasan sesuatu?
Sesuatu PERSAMAAN antara kedua karakter
Yang menakjubkan hati penulis?

(Tersenyum lagi)
ANSAR
Mereka berdua drpd golongan Ansar.

Jadi..ia tetap tidak memberikan
klu buat hati2
Yang sudah penat membaca jedaanku ini
Yang sudah tidak tahu ke mana arah tujunya..

Maaf
Maaf ya sahabat2ku sekalian.
Hanya sahaja aku menangguhkan sehingga di penghujung
Supaya efek klimaks itu benar2 terasa! (ketawa)

Ummu Sulaim binti Malhan
ialah ibu Anas ibn Malik

Anas ibn Malik ialah anak Ummu Sulaim dan suaminya,
Malik, sewaktu kehidupannya sebelum Islam.

Aku juga terkejut
Kerana..
Rupanya Allah Taala
Menghidupkan kembali
Namanya yang sekian lama aku mencari
Dengan cara yang begitu halus sekali
Dia..mengingatkanku kepada
Antara wanita yang paling kuhormati,
Ummu Sulaim
Dengan kisah anaknya pula, Anas ibn Malik
Sekaligus menambah pengetahuanku
Tentang para sahabat Nabi yang lain
Yang sememangnya kuingin mengetahui
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah
Wallahu akbar.

Bagaimanakah akhirnya ku mengetahui hubungan anak dan ibu ini?
Pada buku ketiga
"35 Sirah Shahabiyah" karya Mahmud al-Mishri.

Ya Ummu Sulaim..
Niatku bukan untuk merepek
dalam dedikasiku kepadamu
Kini..akan kukongsikan
Bersama sahabat2ku di luar sana
Tentang
Kenapakah
Engkau begitu menakjubkan hatiku.

Ya Ummu Sulaim,
Tahukah engkau bagaimana aku membuka ke helaian cerita mengenaimu?
Sedangkan ada 34 shahabiah Rasul yang lain di dalamnya
Lalu..bagaimanakah aku..
Mengetahui bahawa kamulah
WANITA YANG TELAH KU TERLUPA NAMANYA..
TETAPI TETAP KUINGATI KISAHNYA..?

Kerana ini..
"16. UMMU SULAIM - Mas Kawinnya adalah Dua Kalimat Sahadat"

Ya!
Kerana isi kandungan yang tertulis sebegitu
Kerana itulah..
Aku lantas mengenali
Bahawa engkaulah
WANITA YANG TELAH KU TERLUPA NAMANYA..
TETAPI TETAP KUINGATI KISAHNYA.

Dan di sinilah aku mengetahui..
Bahawa Anas ibn Malik
Budak kecil yang engkau berikan kepada Rasul
Supaya dididik dan diasuh oleh Baginda SAW
Bahawa dialah anakmu.

Katamu,
"Ya Rasul - Anakku Anas..yang masih kecil ini, biarlah dia menjadi pelayan (khadam mungkin) anda. Sudilah kiranya, anda berdoa untuknya."
Rasul lalu bersabda,
"Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anaknya."

Ya Ummu Sulaim,
Sesungguhnya engkau amat meyakini kebenaran yang dibawa Rasul Allah
Lalu engkau telah buktikan dalam catatan sejarah
Melalui dua perkara:

Pertama,
Engkau memberikan anakmu Anas
Untuk diasuh di bawah jagaan Rasul Allah SAW
Kerana engkau amat meyakini
Bahawa Muhammad ini memang sebenar-benar Nabi dan utusan
Dan beruntunglah sesiapa yang hidup bersamanya..

Dan yang kedua wahai Ummu Sulaim,
Engkau mencipta sejarah
Sebagai wanita muslimah pertama
Yang menetapkan syarat mas kahwinmu
..Syahadatain..

Ketika datang Abu Thalhah meminangmu
Kau katakan kepadanya dengan santun,
"Orang sepertimu tidak pantas ditolak. Akan tetapi kamu orang kafir. Sedangkan saya seorang muslimah. Tidak patut bagi saya menikahimu."
Balas Abu Thalhah,
"Lihatlah mas kahwinmu."
"Apa mas kahwinku?"
"Emas dan perak."
"Aku tidak ingin emas dan perak. Aku ingin kamu masuk Islam."

Kata2mu itu..
Yang menyebabkan namamu
Ku terlupa kerana alpanya seorang manusia
Tapi kisahmu
Melekat kuat
Seperti gam gajah (Aduh, slack kat sini :) )
Di dalam ingatanku..

Ya Ummu Sulaim!
SATU lagi kisah..
Yang ingin kukongsikan pada malam ini
Berkenaan denganmu..
Dan berkaitan denganku.

Lantaran mengambil subjek "Halaqah"
Maka aku harus menghafal beberapa ayat dan hadis
Antara ayat Al-Quran al-Karim yang harus kuhafal ialah
Surah Al-Hasyr : 8-10

Ya Ummu Sulaim..
Hanya kamu dan suamimu Abu Thalhah
Yang mengerti apakah maknanya
Ayat2 ini kepada kamu berdua

Mahukah kamu..
ya kamu sahabatku yang sedang membaca
tahu apakah rahsia
apakah makna di sebalik ayat2 ini?

Allah berfirman,
"..Dan mereka (orang2 Ansar) mengutamakan (orang2 muhajirin) di atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka sangat memerlukan (apa yang mereka berikan itu).." -Al-Hasyr:9-

*Abu Hurairah menuturkan, "Seorang laki2 menemui Rasul dan berkata, 'Ya Rasul, saya mengalami paceklik (?? - bhs indonesia).'" Rasul bertanya kpd para isterinya, "Mereka tidak memiliki suatu makanan pun." Lalu Rasul berkata kpd para sahabatnya, "Siapa saja yang menjamu orang ini, pasti dia dirahmati Allah."

Seorang lelaki Ansar berdiri dan berkata, "Saya sanggup ya Rasul." Sahabat ini lalu mengajak tamu tadi ke rumahnya. Ia berkata kpd isterinya, "Di ruang tamu ada tamunya Rasul. Suguhkan semua makanan yang kita punya." Si isteri menjawab, "Demi Allah, kita hanya punya makanan untuk si kecil."

Si suami berkata, "Kalau begitu, jika si kecil terasa lapar dan meminta makan malam, maka usahakan agar ia tertidur. Setelah itu marilah kita ke ruang tamu dan jangan lupa matikan lampu. Biarlah malam ini kita melipat perut kita." Si isteri pun melakukan apa yang diminta suaminya.

Keesokan harinya, laki2 itu menjumpai Rasul, lalu Rasul bersabda,
"Allah takjub kepada sepasang suami isteri tersebut. Lalu Allah menurunkan firman-Nya;
"..Dan mereka (orang2 Ansar) mengutamakan (orang2 muhajirin) di atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka sangat memerlukan (apa yang mereka berikan itu).." -Al-Hasyr:9-

Suami isteri tersebut ialah Abu Thalhah dan Ummu Sulaim.

Wahai Ummu Sulaim~
Kisahmu menambat hati~
Keteguhan imanmu tiada setanding~
Lelaki kafir memeluk Islam kerananya~
Anakmu menjadi muhaddisin hasil didikannya~
Oh, alangkah indahnya..
Jika kita dipertemukan Allah di syurga..~

Rujukan:
1. 35 Sirah Shahabiyah, Jilid 2, tulisan Mahmud al-Mishri. (2006). Terjemahan Asep Sobari, Muhil Dhofir. Al-I'stishom Cahaya Umat: Jakarta Timur. m/s 35, 39, 41.
2. 65 Gambaran Kehidupan Sahabat, Jilid 1, tulisan Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-Basha. (2006). Terjemahan Ust Abdul Hakam bin Jaafar dan Ust Mohd Noor bin Daud. Prospecta Printers Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. m/s 1.

Wednesday, June 3, 2009

Iblis Berdialog dengan Nabi Muhammad SAW-bhgn 7

Wednesday, June 3, 2009

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Di manakah kediamanmu?

Iblis : Di rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (bahan pujaan itu) maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah-tambah kenyakinannya terhadap pekerjaan mereka yang syirik itu. Betapa ramainya umat Tuan Hamba telah hamba pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?

Iblis : Di rumah wayang (panggung wayang) dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas).

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?

Iblis : Hamba hendak mengganggu orang yang sedang bersolat, tetapi hamba sangat takut kepada seseorang yang tidur di situ.

Aik? Kenapa hendak takut kepada orang yang sedang tidur pula? Sepatutnya iblis takut akan orang yang sedang bersolat kerana orang yang bersolat itu tandanya dia alim. Tapi, betulkah macam itu? Sebenarnya Rasulullah SAW juga pelik dengan jawapan iblis itu..

Rasulullah SAW : Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat kepada Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula kepada orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang itu (mungkin) dalam keadaan lalai.

Iblis : Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, mudahlah hamba merosakkan solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila hamba menggoda dan cuba merosakkan solatnya, hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu.

Oo..itu rupanya sebab iblis takut kepada orang yang sedang tidur itu. Apakah kesimpulan yang dapat dilihat di sini? Kesimpulannya ialah, ilmu itu amat penting. Begitu penting ilmu itu sehingga dapat membuatkan iblis ketakutan. Kerana apabila seseorang itu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan, iblis akan susah hendak menggodanya. Iblis juga mengerti akan hakikat pentingnya ilmu, cuma takkanlah dia hendak memberitahu kita, cucu-cicit Nabi Adam a.s. Takkan hendak membongkarkan 'rahsia' yang begitu penting kepada musuh ketatnya? Bodohlah kan, namanya.

Sebenarnya ianya bukanlah suatu rahsia pun. Kita sendiri dapat melihat kesan ilmu itu kepada individu, masyarakat dan negara. Individu berilmu mengajarkan apa yang diketahuinya kepada masyarakat di sekelilingnya, lalu masyarakat itu mengajarkannya pula kepada masayrakat di kawasan lain. Hasilnya lahirlah masyarakat yang berakhlak dan negara yang maju.

Tapi, kalau dicakapkan sampai berjuta-juta kali pun, tidak ada gunanya, kalau kita tidak faham-faham juga. Yang penting kita kena faham kenapa guru-guru asyik 'membebel' kepada kita setiap hari tentang kepentingan ilmu. (Ilmu, ilmu, ilmu..hisy, tak ada benda lain ke nak dicakapkan?) Orang cakap banyak kali supaya masuk dan menembusi rangka otak kita yang keras itu. Kerana memang, tersangat penting ilmu itu. Hendak dicakapkan bagaimana lagi? Terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada untuk mendengar dan mengambil tindakan, atau sekadar membiarkan nasihat-nasihat itu berlalu di tepi telinga, lalu ditiup pergi oleh angin. Setiap orang bebas menetukan bagaimana jalan kehidupan masing-masing. Guru-guru hanya mampu 'membebel' tapi diri kita sendirilah yang menentukan sama ada ianya sekadar 'bebelan' atau nasihat berharga.

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sabdanya yang lain, "Tidur orang yang alim lebih baik daripada ibadat orang yang jahil."

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?

Iblis : Suara orang yang menyanyi dan berpantun seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang menyanyi, berpantun, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta berselawat kepada Nabi.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?

Iblis : Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! SEbab apakah engkau gelapkan hati manusia?

Iblis : Mereka yang makan dan minum dengan mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal, serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh dan orang yang memenuhi perutnya dengan kenyang sekali.

Berdasarkan pengakuan iblis di atas, golongan-golongan yang iblis gelapkan hatinya ialah:

1.Orang yang makan dan minum dengan harta yang haram kerana buta/ tidak berusaha mencari yang halal
2.Orang yang banyak tidur, sehingga matahari telah pun tinggi, jadi dia termasuklah juga dalam golongan yang meninggalkan solat subuh
3.Orang yang makan sehingga terlalu kenyang

Maka hendaklah kita berwaspada daripada menjadi walau salah satu pun golongan di atas kerana syaitan dan iblis akan suka serta mudah menggelapkan hati kita. Apabila hati sudah gelap, maka susahlah cahaya untuk memasukinya. Cahaya di sini boleh disifatkan kepada beberapa bentuk. Misalnya cahaya yang bersifat simbolik, seperti nasihat. Atau cahaya hidayah, atau kehadiran malaikat. Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku dahulu, bahawa kadang kala malaikat akan terbang masuk ke dalam hati manusia, lalu menasihati hati kita supaya menjadi manusia yang baik. Tetapi jika hati itu gelap dan hitam, maka susahlah malaikat, atau nasihat, atau hidayah Allah SWT untuk masuk ke dalam hati kita. Dan Rasululah berpesan, "Jika baik seketul daging di dalam dada manusia itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika jahat daging itu, maka binasalah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati."

Satu perkara yang harus kita selalu ingatkan diri kita, ialah jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Walau jahat dan gelap manapun hati seseorang manusia itu, jika Allah mengehendaki, maka dalam sekelip mata sahaja manusia itu akan mendapat hidayah. Semuanya berlaku mengikut kehendak dan kekuasaan-Nya.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?

Iblis : Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang daif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT. Dan orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama dengan hamba.

Orang yang bakhil atau kedekut dikatakan musuh Allah SWT. (Astaghfirullah) Apakah kita benar-benar tahu apa maknanya menjadi MUSUH ALLAH? Beranikah kita hendak bermusuh dengan Tuhan pencipta alam?
Manakala orang yang tidak mahu membayar zakat akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah sekali, bersama dengan syaitan yang diikuti jejak langkahnya ketika di dunia dahulu. Betapa beratnya hukuman ke atas mereka yang tidak mengeluarkan zakat ini.

Allah kejam? (ketawa) Bahkan Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Ilmu saya tentang berapa sebenarnya bahagian yang perlu dibayar sebagai zakat daripada harta milikan seseorang, serta ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengannya adalah sangat sedikit. Saya memang tidak tahu, atau mungkin tidak mengambil tahu. (Sekarang rasa sangat menyesal kerana tidak memberikan tumpuan betul-betul dalam kelas pendidikan islam..) Apa yang saya tahu, harta yang Allah kurniakan kepada kita, ada bahagiannya untuk orang fakir miskin. Jadi, dengan membayar zakat, kita sudah memberikan hak mereka daripada harta kita. Ini soal hak. Secara tidak langsung, kita sudah menunaikan hak-hak mereka. Sebab itulah mengeluarkan zakat dikatakan membersihkan harta. Membersihkan harta daripada yang bukan hak kita.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?

Iblis : Orang yang berhasad dengki, da orang yang tidak mempelajari hukum Islam, serta semua perempuan yang jahat, dan perempuan yang merosakkan dirinya, serta perempuan yang menjual maruahnya.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Jika seseorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?

Iblis : Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba.

(Sabda Rasul : Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah SWT baginya pahala seribu ulama dan seribu syuhada)

(Sabda Rasul : Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala ke atas mereka :

1.Dihilangkan keberkatan dalam pencarian rezeki
2.Didatangkan oleh Allah ke atas mereka seorang ketua atau raja yang zalim
3.Dikeluarkan mereka dari dunia dalam keadaan tidak beriman)

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Jika umatku solat berjemaah, bagaimanakah keadaanmu?

Iblis : Sesungguhnya segala simpulan tipu daya hamba telah dileraikan.

(Sabda Rasul : Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara :

1.Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran
2.Diangkatkan daripadanya seksa kubur oleh Allah SWT
3.Dianugerahi orang itu kitab tulisannya (amalannya) dari sebelah kanan
4.Melalui titian di atas neraka dengan sepantas kilat
5.Dimasukkan Allah SWT ke dalam syurga tanpa hisab dan tanpa sebarang seksaan

Sabda Rasul lagi : Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat - serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah. )

Posted at 10:36am

Friday, May 29, 2009

Iblis Berdialog dengan Nabi Muhammad SAW-bhgn 6

Friday, May 29, 2009

Mari kita terus bersama-sama mengenali dan membongkarkan rahsia Iblis terhadap umat Islam, bersama Rasulullah SAW.

Sebelum itu, saya ingin memberi sedikit peringatan kepada mereka yang ada penyakit lemah jantung, supaya membaca perlahan-lahan, atau lebih baik meminta orang lain membacakan permulaan dialog pada kali ini. Saya khuatir anda tidak dapat nak..menerima hakikat perbuatan Iblis yang dibongkarkan pada kali ini. (Sebab kali pertama saya membaca bahagian ini, saya juga rasa seperti nak tercabut jantung dari badan..apabila dibaca berulang kali juga, masih terasa perasaan yang sama..walaupun sudah boleh dikawal sedikit..) Sebenarnya saya tidak tahu macam mana nak tulis permulaan dialog kali ini, sebab saya mestilah terlebih dahulu membacanya. Dah menggigil-gigil dah ni. Tapi, tidak mengapa! Demi anda semua, saya gagahkan jua! (Berlagaknya..)


Rasulullah SAW : Hai Iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?

Siapa pula yang Iblis paling suka?

Iblis : Iaitu apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu di ari-arinya (kemaluannya) selama 40 hari, maka hamba akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, menjadi tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukur atau mencabutnya..

(Menggigil) Tidakkah kamu ge..geli mendengarnya? Memang tidak dinafikan lagi, Iblis dan syaitan ialah puak yang pengotor! Ada ke patut dia..main..buai-buai kat bulu ketiak manusia? (Buai laju-laju sampai pokok sena..) Geli, geli! Tapi, salah kita juga. Siapa suruh simpan bulu panjang-panjang? Siapa yang pengotor, syaitanlah sahabatnya..eeii..

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Siapakah saudaramu?

Iblis : Iaitu orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, `asar dan maghrib, hamba akan beratkan hatinya sehingga menjadi malas mengerjakan solat.

(Apabila hendak tidur bacalah, "bismillahir rahmanir rahim" sebanyak 21 kali)-
Ini pedoman daripada buku yang sama, tetapi jika anda berasa keberatan untuk membacanya, kerana merasakan terlalu panjang, pada hemat saya, cukuplah sekiranya anda membaca doa sebelum tidur yang anda ketahui, walaupun anda mahu tidur siang sebentar. Mohonlah kepada Allah SWT supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan, supaya kita akan terjaga apabila masuk waktu solat yang seterusnya.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?

Iblis : Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarus Al-Quran serta solat di waktu malam.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?

Iblis : Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah, serta beriktikaf di dalamnya.

Lafaz niat iktikaf
Nawaitul `itikafa fi hazal masjidi sunnatal lillahi ta`ala. (Sahaja aku
iktikaf di dalm masjid ini sunat kerana Allah Taala.)



Rasulullah SAW : Hai Iblis! Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?

Iblis : Orang yang taat kepada ibu bapanya serta membantu menjaga makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda, "Bermula syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibu bapa".

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Apakah pula yang merantai engkau?

Iblis : Penjual yang betul timbangan dan sukatannya, ukuran dan tukarannya.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?

Iblis : Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalamu `alaikum warahmatullahi wabarakatuh), dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan (dua muslim tadi) apabila berpisah keduanya.

Kenapa seseorang menangis? Yang pastinya bukan kerana saja-saja atau suka-suka. Melainkan orang itu gila atau tidak waras akalnya. Iblis meratap kerana kita, anak Adam yang beragama Islam diampunkan dosa oleh Allah SWT apabila memberi dan menjawab salam.

Sekejap. Kenapa pula hendak meratap tentang perkara yang baik seperti itu? Jawapannya cuma satu, iaitu Iblis tidak suka kita diampunkan dosa. Dia dan segala yang bersekutu dengannya mahukan manusia melakukan banyak dosa, supaya kita turut masuk ke dalam neraka, bersama-sama dengan mereka.

Baiklah rakan-rakan, perhatikan dan ambillah pengajaran, bahawasanya inilah satu contoh dendam kesumat yang tiada tandingan, tiada bandingan di dunia ini. Iblis tidak ingin melepaskan kita, sangat benci dan dendam kepada kita, sehinggakan tindakannya meratapi pengampunan dosa itu (seperti di dalam perbualan) seolah-olah menggambarkan, "Kalau aku tidak dapat menikmati syurga, maka kamu hai anak Adam, jangan harap dapat masuk syurga!" Ini ialah pandangan saya.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW tidak sukakan sikap berdendam, baginda lebih banyak mengutamakan sikap pemaaf daripada segala-galanya. Pernah saya terbaca di dalam buku "Cerita-cerita Peperangan di Zaman Rasulullah SAW", karangan Syed Semait, diterbitkan di Singapura, yang menceritakan pelbagai kisah perang yang dialami oleh baginda rasul. Diceritakan di dalam Perang Uhud, di mana tentera muslimin mengalami kekalahan dan mayat-mayat tentera Islam yang tumpas di medan perang diperlakukan dengan sebegitu kejam oleh tentera musyrikin. Tentu anda tahu tentang peristiwa Sayyidina Hamzah r.a, bapa saudara nabi sendiri, yang diburaikan segala isi perutnya ke tanah, malah hatinya(jantungnya pada hemat saya) turut digigit oleh Hindun. Bukan beliau sahaja, malah ramai lagi tentera Islam yang diperlakukan dengan kejam, dipotong-potong anggota badan mereka, padahal mereka telah menjadi mayat. Di dalam buku tersebut, diceritakan lagi bahawa Rasulullah SAW sangat sedih dan pilu dengan kejadian yang menimpa tentera Islam itu, sehinggakan baginda mahu membalas dendam pada peperangan yang akan datang. Tetapi, Allah SWT menenangkan baginda dan melarangnya daripada berbuat demikian serta Allah menyuruh baginda memaafkan kekejaman musyrikin itu. Maka Nabi menuruti perintah Allah SWT lalu dimaafkan kesemuanya.

Apabila kisah-kisah ditulis dan dibukukan, kebanyakannya telah diringkaskan, demi beberapa sebab. Mungkin penulis tidak mahu terlalu memanjangkan cerita, atau tidak mahu pembaca terlalu menumpukan perhatian kepada kisah tertentu, kerana bukan itu matlamat utama buku tersebut. Mungkin juga untuk mengelakkan buku menjadi terlalu tebal, nanti tiada pula yang sanggup membacanya. Hakikatnya, cerita di dalam buku tidak dapat memberi gambaran yang sebenar tentang kisah yang diceritakan. Sekadar bergantung kepada ilmu dan kepintaran pengarang untuk menggambarkannya dengan sebaik mungkin. Mana mungkin kita memahami perasaan kehilangan ahli keluarga di medan perang. Tambahan pula, terpaksa melihat jenazah mereka dipermain-mainkan. Rasa cukup terhina, terluka, pilu. Betapa besarnya sifat pemaaf baginda, walaupun baginda berasa amat marah, namun tetap baginda maafkan, kerana mengikut perintah Tuhan. Allah lebih mnegetahui yang terbaik untuk hamba-hambanya. Dan ternyata, sehingga kini, ramai yang mengagumi sikap pemaaf Rasulullah, sehingga menjadi teladan yang berguna buat manusia. Mungkin itulah hikmahnya Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW memaafkan perbuatan jahat kaum musyrikin ketika itu.


Rasulullah SAW : Hai Iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?

Iblis : Orang yang minum arak atau tuak atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana bahayanya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan penceraian.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Siapakah yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?

iblis : Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan wajahnya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila lelaki terpandang belakang perempuan itu, maka terpandanglah lehernya yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (si lelaki).

Manakala jika terpandang hadapannya (hadapan si perempuan), hamba hiaskan dadanya supaya bergetaran serta hamba panah tepat pada jantung hati keduanya, atau salah satu (antara lelaki dan perempuan) sehingga tergerak syahwatnya.

Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya, dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya...

Posted at 11.46pm

Friday, May 22, 2009

Iblis Berdialog dengan Nabi Muhammad SAW-bhgn 2

Friday, May 22, 2009

Terlebih dahulu saya memohon maaf di atas kelewatan menyambung siri "Iblis Berdialog dengan Nabi Muhammad SAW".

Sebenarnya saya baru balik bercuti dari Indonesia, jadi tiada kesempatan masa untuk menyegerakan sambungannya. (Perkara baik mengapa harus dilewatkan bukan?)

Mari kita ikuti sambungan 'sembang-sembang' Iblis dengan Nabi Muhammad SAW...


Rasulullah SAW : Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar seksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?

Hai laknatullah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberi pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberi kekuatan kepada anggota engkau?

Iblis : Adalah sekaliannya itu ialah anugerah Allah SWT Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takbur serta khianat telah menyebabkan hamba melakukan sebesar-besar kejahatan.
Tuan Hamba juga sedia maklum bahawa hamba pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan hamba telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Hamba pun mendiami tempat hamba dan beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepada hamba sekaliannya mengenai dijadikan-Nya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka hamba membantah kerana tidak suka berkhalifah.

Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan hamba dan sekalian malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali hamba seorang enggan bersujud dan hamba telah mengingkari hukum-Nya.

Maka hamba dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknati-Nya hamba sehingga Hari Kiamat. Wajah hamba yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Hamba sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam.

Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan.

Hasad dengki hamba menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka.

Akhirnya hamba telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan.

Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati.

Itupun hamba masih tidak berpuas hati sehingga hamba dapat melakukan pelbagai tipu daya ke atas sekalian anak cucunya sehinggalah ke Hari Kiamat.

Tetapi Tuan Hamba telah menghalang pekerjaan hamba dengan menarik mereka supaya memeluk Islam.

Adapun sebelum Tuan Hamba diputerakan ke dunia ini, hamba bersama-sama bala tentera hamba mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bidaah dan karut.

Tetapi apabila Tuan Hamba zahir ke dunia ini, maka hamba tidak diizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan hamba tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umat Tuan Hamba. Ramai malaikat yang menjaga dipintu tiap-tiap lapisan langit dan jika hamba berdegil untuk naik ke langit, nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera hamba daripada golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Hamba dan bala tentera hamba amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula Tuan Hamba dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekalian raja-raja dan di khalayak ramai.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?

Iblis : Pertama, hamba palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran sama ada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka.

Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba...

Petikan dari buku "Rahsia untuk Umat Islam", terbitan E Noble Marketing, Ogos 2007, susunan Nazri Zakaria, m/s8-11.

Rakan-rakan seagamaku sekalian, apakah yang anda rasa pada saat ini? Adakah anda berasa geram dan marah dengan perangai atau sikap syaitan/iblis yang tidak habis-habis dengkinya kepada Adam? Dendam si Iblis hanya kepada Nabi Adam a.s yang tidak melakukan apa-apa kesalahan pun kepada Iblis (laknatullahialaihim), tetapi dendamnya itu turut dilampiaskan juga kepada keturunannya. Dan siapa pula keturunan Nabi Adam a.s yang dimaksudkan? Tepuk dada sudah tahu itulah kita.

Saya ingin berkongsi suatu "rahsia" kepada sesiapa yang mahu. Kalau tidak mahu usahlah diteruskan membaca artikel ini. (Hehe..tapi bila sebut sahaja perkataan "rahsia" mestilah hati sudah tertarik mahu tahu bukan?..)

Ehem2x. Macam ini.

Saya sudah agak lama memerhatikan ragam dan keletah masyarakat akhir-akhir ini. Maklumlah, orang tengah bercuti, setiap hari duduk rumah tengok tv ajelah. Takpun pergi 'shopping' atau keluar jalan-jalan sekali sekala..The main point is, aku tak ade kerja lain, jadi aku pun mulalah "hobi baru" ni..iaitu menganalisa manusia. (gelak)

Masih berminat nak tahu? Ke korang dah mula rasa aku ni tengah mengarut tah hape-hape? hehe..

Ok, daripada pemerhatianku secara tidak langsung, cara termudah untuk mengenali seseorang itu ialah dengan berbual dengannya. Yes, the easiest way to get to know somebody better is to talk. To him/her. (Janganlah cakap sorang-sorang pulak..)

Jangan memandang rendah dengan 'kuasa' kata-kata(the power of words). Buktinya? Senang aje, tengok berapa banyak manusia yang tertipu dengan kata-kata iblis dan syaitan..yang murtad, yang kafir, yang tamak, sombong, bakhil dan bermacam-macam lagi sifat buruk manusia yang semakin lama makin jelas kelihatan. Dan..dan..jangan juga kita lupa bahawa Rasulullah SAW bersama-sama Al-Quran yang diwahyukan kepada baginda telah berjaya mengislamkan generasi demi generasi manusia, telah berjaya mengubah MASYARAKAT DUNIA menjadi makhluk yang bertamadun dan berakhlak baik. Bukankah Al-Quran itu cuma sebuah buku? Cuma buku yang dipenuhi dengan kata-kata? Tapi bagaimana SEBUAH BUKU boleh menyebabkan kita menangis dan menginsafi perbuatan yang lalu? Jika benar Al-Quran adalah karangan Muhammad SAW, yang buta huruf itu, yang tidak tahu membaca dan menulis itu..jika benar sepertimana dakwaan mereka yang kafir..jika benar..saya tanya anda semua, bagaimana kitab itu boleh membuatkan kita menangis? Bagaimana sebuah buku boleh menyebabkan kita jatuh sayang kepada Muhammad SAW..sedangkan kita TAK KENAL PUN ORANGNYA? TAK PERNAH JUMPA, TAK PERNAH TENGOK RUPA PARASNYA? Tak pernah..tak pernah jumpa pun walau sekali. Hanya mengenalinya melalui kisah-kisah yang diceritakan turun-temurun, yang tidak mengisahkan raut wajahnya, tetapi kebanyakan ceritanya menghuraikan betapa tingginya akhlak baginda.

Magis? Sihir? Macam Harry Potter? (gelak) Oh, jadi, Muhammad berjaya menyihir jutaan manusia dengan kitabnya..selama lebih 14 abad lamanya, meskipun dia telah mati(wafat)? Begitu? Wah, hebat benar kuasa kata-kata 'karangan' insan bernama Muhammad ini!

Tapi, apa pula kata dua dari Muhammad (SAW) ini? Dia tidak mengatakan bahawa Al-Quran itu ciptaannya. Karangannya. Hasil buah fikirannya. Tetapi katanya, "Saya hanyalah pemberi peringatan buat sekalian alam ini. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Muhammad itu pesuruh Allah. Sembahlah Allah, Tuhan Semesta Alam. Al-Quran ini ialah wahyu dari Tuhan, Pencipta Alam Semesta. Berimanlah kamu kepada Allah Yang Maha Esa. Dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun."

Banyak lagi pesanan Muhammad (SAW). Orang-orang kafir mendakwa bahawa Al-Quran itu 'karangan' Muhammad (SAW). Tapi, Muhammad (SAW) pula berkata Al-Quran itu wahyu dari Tuhan. O..key.. Jom sama-sama berfikir. Daripada kedua-dua pernyataan di atas, siapa yang kamu lebih percaya? Takkanlah nak ikut cakap orang luar, sedangkan 'penulis' itu sendiri telah menyatakan "Al-Quran itu wahyu Tuhan". Tidakkah bodoh namanya kalau kita dengar cakap-cakap orang luar yang TIDAK BERASAS. Bahkan, mereka boleh semak sendiri sejarah Muhammad (SAW) dan akan jelaslah bahawa baginda sememangnya TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS. Macam mana pula baginda nak tulis sesuatu yang begitu cantik susunan bahasanya seperti Al-Quran? Bahkan, bangsa-bangsa bukan Arab di seluruh dunia turut mengakui kecantikan, keindahan gaya bahasa Al-Quran.

Nah, sekarang kamu percaya kekuatan kata-kata? Kalau tak percaya silalah baca semua buku dalam dunia ini, termasuklah kitab Bible dan kamu bandingkan sendiri, kitab mana yang paling hebat.

Ok. Berbalik semula kepada "rahsia" yang hendak saya kongsikan.
Kalau kita hendak mengenali hati budi seseorang dengan sebenar-benarnya, kita tak boleh menilai dengan sepintas lalu sahaja. Tidak bolehlah hendak memutuskan bahawa seseorang itu jahat pada pertemuan kali pertama hanya kerana dia berwajah bengis dan menyinga. Mungkin pada waktu itu dia sedang ditimpa masalah yang besar, seperti kecurian wang, jadilah muka dia macam nak makan orang. Cuba kalau kali pertama kita berjumpanya dalam keadaan dia baru lepas makan ke, atau dia dapat CGPA yang bagus, jadilah mukanya cantik dan berseri. Habis tu, bagaimana pula kita hendak betul-betul memahami dirinya yang sebenar? Soalan yang bagus. (gelak) Jawabnya kita haruslah meneliti kata-katanya.

Apa kata kita cuba memahami si Iblis ini? Allah SWT telah menegaskan berkali-kali, saya ulang, berkali-kali di dalam 'surat'-Nya kepada kita, di dalam Al-Quran bahawa IBLIS ITU MUSUH KAMU YANG NYATA. Tidak dinyatakan musuh lain di dalam Al-Quran, melainkan, BAGI MANUSIA, IBLISLAH MUSUH KETATNYA.

Secara peribadi, saya tidak suka bermusuh-musuhan. Untuk apa? Tiada faedahnya. Lebih baik berdamai. Semua orang akan 'happy' dan hidup dengan aman. Tapi..si Iblis (laknatullahialaihim) pula yang asyik mahu berdendam dengan manusia. Saya ditakdirkan menjadi seorang manusia, jadi saya tiada pilihan lain, saya harus berdepan dengan dendam iblis dan bala tenteranya. Saya ulang, saya tiada pilihan, bukan saya yang mahu bermusuh, bukan kita yang mahu mencari gaduh, akan tetapi jika kita tidak mempertahankan diri sendiri, nescaya binasalah kita, masuk nerakalah kita bersama-sama dengannya. Itulah ertinya "musuh".

Jelas sekali bahawa IBlis ini musuh yang berbahaya. MUsuh yang paling bahaya ialah musuh yang dendamnya tidak pernah surut. Sebab itu Allah SWT berpesan, mengingatkan kita selalu bahawa "SESUNGGUHNYA IBLIS ITU MUSUH KAMU YG NYATA".

Demi keselamatan kita dan generasi yang akan datang, bukankah elok dan baik sekali jika kita mengenali musuh ini? Bahkan musuh kita juga berusaha mengenali kita supaya diketahui kekuatan dan kelemahan kita. Kekuatan kita mereka elakkan, dan kelemahan kita mereka eksploitasikan. Kamu tidak berasa rugikah jika tidak mengenali musuh yang berbahaya ini?

Perhatikan betul-betul. Perhatikan dengan teliti butir bicara iblis dengan Nabi Muhammad SAW. Cara dia berbicara dengan Nabi. Perhatikan setiap tutur katanya dan kamu akan dapat mengenali, siapa sebenarnya iblis ini.

Di sini saya ingin berkongsi analisa saya terhadap cara iblis berbicara. Ini hanya pendapat semata-mata. Andai saya tersilap, anda dialu-alukan untuk memperbetulkan kesilapan fakta tersebut.

Dalam perbualan di atas, dan juga akan saya sambung dalam siri-siri akan datang, saya mendapati iblis masih menghormati dan mengakui Allah SWT sebagai Tuhan Yang Esa. Setiap kali dia ingin menyebut berkenaan Allah, dia menyebut "Tuhan Azza Wajalla", "Allah SWT", "Tuhan Yang Maha Besar" dan seumpamanya. Hal ini menggambarkan iblis memang mengakui kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Tetapi, apabila dia menyebut tentang Nabi Adam a.s, dia menyebutnya "Adam" sahaja. Tiada kata Nabi atau kata-kata memujinya sepertimana kita apabila menyebut tentang Adam, kita berkata "Nabi Adam a.s".

Anehnya, apabila merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, dia menyebut pula "Tuan Hamba". Di dalam buku yang saya petik perbualan di atas tiada teks asal di dalam bahasa Arab, jadi saya kurang pasti apakah perkataan asal yang akhirnya diterjemah kepada bahasa Malaysia menjadi "Tuan Hamba". (Mungkin asalnya ialah "Ya Maulana" atau "Ya Saiyyidina" dll.) Apa pun, kelihatan iblis mempunyai rasa hormat kepada Nabi Muhammad SAW, meskipun baginda tetap keturunan Nabi Adam a.s. Mungkin iblis berkata begitu kerana takut kepada Allah SWT. Tetapi, di awal perbualan, iblis bersumpah bahawa setiap perkataannya ketika itu ialah benar. Allah lebih mengetahui.

Apa yang saya dapati di sini ialah satu karekter iblis. Dia masih mengakui "La Ilaha Illallah". Dan dia juga menghormati Nabi Muhammad SAW. Tapi kawan-kawan sekalian, di saat dia diperintahkan berbicara dengan Nabi Muhammad SAW, dia masih belum melupakan dendamnya pada Nabi Adam a.s. Bolehkah anda bayangkan, begitu lama masa telah berlalu, tapi dendamnya pada Nabi Adam a.s tidak pernah berhenti. Padahal ketika itu dia sedang berhadapan dengan penutup segala nabi dan rasul. Zaman dunia sudah hampir berakhir. Dia juga tahu tentang itu. Saya yakin, dia tahu.


Tapi, hanya kerana dendam lamanya itu, Allah SWT meletakkan iblis dalam
golongan "kafir", iaitu tidak beriman.

Seperkara lagi, saya rasa dendam iblis sungguh tidak berasas. Dendamnya pada Nabi Adam a.s., tetapi dia menghormati Nabi Muhammad SAW yang merupakan keturunan Adam juga. Malah, dalam suatu kisah lain, iblis pernah meminta kepada Nabi Musa a.s supaya berdoa kepada Allah meminta diberikan peluang untuk diampunkan. Nabi Musa a.s gembira mendengar permintaan taubat iblis itu lalu berdoa. Kemudian disampaikan kepada iblis bahawa Allah SWT bersedia menerima permohonan ampun itu dengan syarat ; iblis bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kamu tahu apa jawab iblis? Jawabnya, "Sedangkan ketika Adam hidup pun aku tidak bersujud padanya, inikan pula ketika Adam telah mati." Kemudian iblis berlalu pergi. Inilah penyakit dendam. Saya juga tidak faham sifatnya. Benarlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ambillah pengajaran, kawan-kawanku. Disebabkan iblis tidak mahu bersujud/beri penghormatan kepada Nabi Adam a.s. ketika Allah SWT berfirman begitu, dia ialah kafir. Dan siapa yang mengikutinya juga kafir. Saya yakin, terdapat hikmah yang besar di sebalik semua ketentuan Ilah.

Janganlah kita sebagai keturunan Nabi Adam a.s berbangga atau berlagak pula hanya kerana ketika itu Allah SWT memerintahkan sekalian malaikat (termasuk iblis) bersujud/memberi penghormatan kepada Nabi Adam a.s. Itu tidak bermakna kita ialah makhluk terhebat di antara semua ciptaan Tuhan. Tidak. Tidak sama sekali. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajar kita begitu. Al-Quran tidak pernah 'berkata' begitu. Kita semuanya hamba Allah. Kecil, besar, manusia, jin, semuanya hamba Allah. Tiada satu pun di atas yang lain..kecuali, Allah Yang Maha Tinggi. That's it. That's the simple truth.

Saya percaya Allah SWT Yang Maha Bijaksana menetapkan takdir ini sebagai pengajaran..untuk semua makhlukNya. Saya rasa..Allah SWT ingin menguji iblis di saat itu..apakah dia akan patuh kepada perintah-Nya..walaupun perintah itu 'nampak pelik' sedikit. Dan iblis memilih untuk mengingkari perintah Allah. Ya..dia telah diberi pilihan, dan dia memilih sendiri jalannya.

Bagi manusia, ini satu pengajaran yang besar sebenarnya. Iaitu..Taatilah segala perintah Allah. Sama ada kamu suka atau tidak, taatilah perintah-Nya. Sabarlah dalam mentaatiNya. Yakinlah bahawa Allah SWT itu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Apa yang diperintahkan kepada kita sememangnya baik untuk diri, keluarga dan masyarakat. Allah dah tahu macam mana sifat manusia yang sebenarnya. Apa yang ditetapkan sesuai dengan kemampuan kita. Percayalah.

Percayalah. Percayalah pada-Nya.

Bagi saya, itulah perkara paling penting yang Allah cuba diajarkan kepada kita. Percaya pada-Nya. Hanya Dia.

p/s: kepada kaum hawa, jangan marah ye, pasal saya 'highlight' "kerana perempuan itulah" dalam dialog di atas. Sebagai peringatan sahaja. Bukan mengatakan ini semuanya salah perempuan, oh tidak. Cuma.. itulah pengaruh wanita ke atas kaum lelaki. Kita harus bijak memanipulasikan 'pengaruh' ini, iaitu, gunakannya ke arah kebaikan. Contohnya menasihati suami kelak supaya berakhlak baik dsb.

Posted on 11:40pm