Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Puasa 20 Jam Sehari di Arctic Circle!


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Umat Islam di negara Arctic Circle berpuasa 20 JAM SEHARI???

Terkejut telinga, eh jantung mendengar ulasan pembaca berita NTV7 semalam.

La, ingatkan kita je yang 'menderita' puasa 14 jam sehari, rupa-rupanya ada lagi saudara-saudara kita yang lagi mencabar Ramadhannya! Takdela..puasa kerana Allah mana ada istilah 'menderita' kan? (senyum) Semuanya kita lakukan kerana sayangkan Allah. Kerana mengharapkan reda Allah.

Bayangkan kawan-kawan,
waktu bersahur mula pada pukul 3 pagi, berbuka puasa pukul 11.30 malam!

Maknanya, dalam masa 3 1/2 jam tulah nak berbuka, solat maghrib, solat isyak, tarawih, pastu sahur terus. Lebih-lebih lagi bekalan makanan halal sukar didapati. Hmm, tak terbayang macam mana keadaan seorang ibu nak memasak untuk keluarganya.

Tapi itulah realiti bagi suatu keluarga Sudan yang berhijrah daripada negara mereka dan kini menetap di Finland, salah satu negara yang terletak di dalam Arctic Circle.

Apa itu Arctic Circle?

Silalah baca wikipedia, the popular online library atau google saja. Sekarang kan zaman 'jari menguasai dunia' (zaman touch screen dan internet)..haha.

Negara-negara di Arctic Circle

Ringkasnya, Arctic Circle ni satu lingkaran imaginatif dekat Kutub Utara bumi. Maksudnya kalau anda pergi ke Finland, Norway, Greenland, Rusia atau mana-mana negara yang termasuk di dalam Arctic Circle, selama-lamanya anda tak akan berjaya menjumpai garisan Arctic itu, walaupun anda mengorek sehingga ke lubang cacing. Ia cuma lingkaran yang dilukis oleh manusia di atas peta, untuk memudahkan pembahagian kawasan dan mencipta satu subjek di sekolah, iaitu Geografi. haha.

Garisan merah kat atas tu lah "Arctic Circle". Oh geografiku..

Jadi,
bila anda ke Big Apple atau Dunkin Donuts, jangan ingat perut sendiri je. Sambil-sambil memilih juadah untuk berbuka tu, ingatla saudara-saudara kita nun jauh di Kutub Utara yang berpuasa dalam iklim yang lebih mencabar berbanding kepanasan khatulistiwa yang kita keluhi saban hari, di mana matahari beraja di langit selama 20 jam sehari. (Arrgghh..kalau aku ketulan ais mesti dah lama cair..)

20 jam sehari...waah


Aaah..donut Arctic Circle idamanku..



Tuesday, September 6, 2011

Muhasabah Ramadhan 1432H


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

*******

Mengimbau kenangan Ramadhan
Seminggu berlalu pergi
Entah ia akan kembali?

Ramadhan
Mengikut pusingan waktu
Pasti bertamu lagi
Asalkan takdir semesta belum tiba di penghujung
Cuma..adakah Tuhan mengizinkanku
Menjadi tetamunya sekali lagi?

Monday, August 22, 2011

Jalan Jariah Ramadhan

Dikemas kini pada September 4, 2011.

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Para pembaca yang dialu-alukan,

Pernahkah anda mendengar istilah "sedekah jariah"?


Oh mesti! Apatah lagi pada bulan Ramadhan al-Mubarak (yang mulia) ini, anjuran bersedekah bagaikan meniti dari bibir ke bibir saudara-saudara muslim sekalian. Meluncur laju, bagaikan air terjun bukan? (tersenyum)

Ha, itulah yang saya hendak berkongsi pada hari ini, walaupun hampir terlepas "kereta api Ramadhan" kali ini. Iyalah, sudah 22 Ramadhan 1432H, memang terasa seperti menaiki shinkansen Jepun.

Sering kali saya tertanya-tanya, "Sedekah tu aku taulah ape maknenye. Bagi duit, pakaian, makanan..pendek kata apa-apa jenis bantuanlah kepada yang memerlukan. Tak semestinya kepada muslim sahaja. Asalkan mereka memerlukan, ha, itu dah dikira sedekahla kan. Of course aku akan mengutamakan saudara-saudara setauhid sendiri, dah ibarat adik-beradik sendiri kan. Tapi itu tak bermaksud aku tak leh bantu non-muslims. Mereka pun manusia ape?"

"Tapi...kenapa aku selalu dengar orang cakap "Sedekah jariah"? Kenapa "jariah"? Apela maksudnye ye? Macam name orang pun ade..."Jariah" hehehe.."

Wednesday, August 3, 2011

Kelebihan Tarawih - Hadis Palsu

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Biarlah saya bercakap straight to the point.

Jika anda pernah terbaca atau terdengar tentang kelebihan menunaikan solat sunat tarawih seperti berikut:

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam 1 : Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-2 : Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-3 : Para malaikat di bawah ' Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-4 : Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-5 : Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-6 : Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-8 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-9 : Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-10 : Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-11 : Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-12 : Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-13 : Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-14 : Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-15 : Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-16 : Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-17 : Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-18 : Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-19 : Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-21 : Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-22 : Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-23 : Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-24 : Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-25 : Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-26 : Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-27 : Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-28 : Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-29 : Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-30 : Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Atau hadis lain yang seumpama dengannya, maka dengarkan perkataan saya ini: HADIS INI MAUDHU` 
(موضؤ) yang bermaksud PALSU.




Saturday, July 30, 2011

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan lafaz bismillah, saya mulakan.
'Menghidupkan' kembali catatan maya yang usang.

Dengan lafaz alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran.
Kerana nafas masih menderu, nadi tetap berdenyut, dengan izin Tuhan.

Dengan lafaz assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ku sambut sahabat dan teman
Yang sudi berkunjung ke ruang mayaku ini, di ambang Ramadhan.

Wahai ikhwan dan akhawat,
Mungkin pada Ramadhan yang lalu, kata-kata ini pernah menyapa telinga kita. (Tersenyum) Benar, seolah-olah hanya itulah yang dilakukannya terhadap kita; sekadar menyapa. Buat diriku, seperti itulah yang berlaku.

Seolah-olah belum pernah kudengari bait-bait kata yang mewangi itu sebelum ini.
Kata-kata dari hati yang paling bersih dan ikhlas, tidak akan ditemui lagi sinaran cahaya seperti itu di atas, di permukaan bumi ini.

Kerana pemilik hati itu telah lama pergi...jasadnya tidak lagi bergerak..bumi sunyi daripada derap sandalnya yang dirindui...bukankah benar ku katakan, sinarannya tidak lagi wujud di atas bumi ini?

Kata-kata yang tidak dapat kucapai melalui mimpi sekalipun..bagaimana mungkin? Mataku tidak pernah bertentang dengan matanya...wajahku tidak pernah bertemu wajahnya. Takdir kami tidak bersimpang di bumi nyata. Namun Ya Allah, kesempatan yang tidak dikurniakan kepadaku, kuharap dan kupanjatkan doa, semoga Engkau dengan rahmat dan kurnia-Mu, menyimpan peluang itu...pada Hari yang tiada tempat lari bagi manusia. Pada Hari manusia semuanya menggigil ketakutan..sepi..tidak kedengaran suara melainkan bisikan..Pada Hari seorang anak tidak dapat menolong bapanya..seorang bapa tidak dapat membantu anaknya..Pada Hari manusia itu dapat memberi pertolongan kepada umatnya..maka, Ya Allah Taala, pertemukan kami di persimpangan itu. Pertemukan kami pada permulaan kehidupan abadi Ya Allah. Izinkanlah syafaat baginda Muhammad ibni Abdullah saw ke atasku, keluargaku, para guru, sahabat-sahabatku, kenalan-kenalanku. Amin, perkenankanlah wahai Rabbul `Alamin.

Walaupun tidak berkesempatan untuk duduk bersama-sama muslimin-muslimat pada zaman itu, untuk bersama-sama mendengar pesanan Rasul utusan Allah acap kali menjelang Ramadhan, syukur alhamdulillah, Allah mengurniakan kesempatan ini untuk kita pula, bersama-sama menghayati pesanan baginda. Subhanallah, dengan kemajuan teknologi berbekalkan akal kurniaan Tuhan, kita mendapat kesempatan yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi terdahulu, untuk tetap bersama-sama mendengar pesanan Rasulullah saw, walaupun jasad kita berada di lokasi yang berlainan, walaupun jasad kita bertaburan di seluruh dunia...teknologi telah memadamkan sempadan lautan dan benua, antara negara, dan dalam negeri. Marilah bersama memanfaatkan inovasi jaringan internet untuk 'mendengar' khutbah Rasul saw...di ambang Ramadhan...

Mimbar Masjid Nabawi