Dikemas kini pada September 4, 2011.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
*(Versi penuh)"Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw telah bersabda; 'Allah SWT berfirman: 'Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepada-Ku. Jika dia berzikir (mengingati-Ku) dalam dirinya maka Aku akan mengingati-Nya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut nama-Ku di dalam sebuah perhimpunan (majlis) maka Aku mengingatinya di dalam perhimpunan yang lebih baik daripada perhimpunannya." (Riwayat Imam Bukhori no.7405 dan Imam Muslim no.2675 - dipetik dr majalah Solusi 25 m/s 35)
**Terima kasih kepada anonymous guest yang meninggalkan link dan penjelasan ringkas di shoutbox berkenaan sedekah jariah. (sedekah yang apabila diberi sekali,pahalanya berterusan selagi mana sedeqah itu bermanfaat@digunakan oleh orang lain) Semoga Allah Taala membalas jasa anda. :) boleh pergi ke link ini untuk penjelasan lanjut
Assalamualaikum wbt.
Para pembaca yang dialu-alukan,
Pernahkah anda mendengar istilah "sedekah jariah"?
Oh mesti! Apatah lagi pada bulan Ramadhan al-Mubarak (yang mulia) ini, anjuran bersedekah bagaikan meniti dari bibir ke bibir saudara-saudara muslim sekalian. Meluncur laju, bagaikan air terjun bukan? (tersenyum)
Ha, itulah yang saya hendak berkongsi pada hari ini, walaupun hampir terlepas "kereta api Ramadhan" kali ini. Iyalah, sudah 22 Ramadhan 1432H, memang terasa seperti menaiki shinkansen Jepun.
Sering kali saya tertanya-tanya, "Sedekah tu aku taulah ape maknenye. Bagi duit, pakaian, makanan..pendek kata apa-apa jenis bantuanlah kepada yang memerlukan. Tak semestinya kepada muslim sahaja. Asalkan mereka memerlukan, ha, itu dah dikira sedekahla kan. Of course aku akan mengutamakan saudara-saudara setauhid sendiri, dah ibarat adik-beradik sendiri kan. Tapi itu tak bermaksud aku tak leh bantu non-muslims. Mereka pun manusia ape?"
"Tapi...kenapa aku selalu dengar orang cakap "Sedekah jariah"? Kenapa "jariah"? Apela maksudnye ye? Macam name orang pun ade..."Jariah" hehehe.."
Maksud Sedekah Jariah
Para pembaca yang dikasihi Ar-Rahim,
Para pembaca yang dikasihi Ar-Rahim,
Nak tahu tak siapa cikgu yang bijak betul mengajar saya maksud "jariah"? (tersenyum)
Eh, siapa lagi kalau bukan 'cikgu' yang paling genius di dunia ini?
Tentulah al-`Alim dan al-Hakim (العليم والحكيم). Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Tengok namalah, iye tak? (tersenyum)
(Ok kawan-kawan, sila semak mushaf masing-masing ye)
"Pada hari itu banyak (pula) wajah yg berseri-seri. Merasa senang kerana usahanya (sendiri). (Mereka) dalam syurga yg tinggi. Di sana (kamu) tidak mendengar perkataan yg tidak berguna. Di sana ada mata air yang mengalir." (Maksud surah al-Ghasyiyah 88 ayat 8-12)
"Fiihaa `ainun jariah" yang bermaksud "Di sana (syurga) ada mata air yg mengalir".
Ha...jeng3x! Ada pun perkataan "jariah" dalam surat cinta Allah! Ish3x...cari punya cari, fikir punya fikir..rupa-rupanya ilmu itu berada begitu dekat dengan kita. Terpulanglah kepada siapa yg ingin memburu dan memilikinya.
Berdasarkan pengamatan sendiri, saya berpendapat bahawa istilah "Sedekah Jariah" bermaksud bantuan yang dihulurkan kepada golongan yg memerlukan, yang dilakukan secara berterusan.
Subhanallah. Alhamdulillah. Setelah hampir dua puluh tahun membaca surah al-Ghasyiyah, akhirnya Allah Taala membuka hatiku untuk mengambil sedikit iktibar daripadanya.
Sahabat2,
Cuba bayangkan keadaan air yang mengalir. Atau lebih baik, pergi dan lihatlah sendiri sungai yang mengalir. Ataupun ketika sedang berkelah, amati air terjun yang bukan sekadar mengalir, malah mencurah-curah sehingga membentuk batu-batu di bawahnya.
Biarlah sedikit, asalkan konsisten. Mata air yang setitis, tetapi jika setiap hari mengeluarkan setitis, demi setitis, bukankah ianya membentuk sungai di lereng-lereng gunung?
Kemudian apabila Allah tambahkan nikmat keseronokan bersedekah, membantu fakir miskin, maka insya-Allah, ditambahkan pula 'kelajuan jariah' itu..daripada sungai menjadi air terjun yang deras menderam...membentuk dan mengindahkan landskap gunung..
..ibarat menghidupkan sikap sayang-menyayangi sesama muslim, akan membentuk masyarakat yang harmoni dan bertimbang rasa. Tidakkah kedua-dua pemandangan itu sama cantik, sama padan, sama menenangkan? (tersenyum)

Tidak terhenti setakat itu!
Anda pernah lihat sungai berhenti di pergunungan?
Tidak!
Bahkan hukum alam menunjukkan tanda-tanda kebesaran penciptanya...sebatang..dua batang sungai..menuruni curam gunung..bermula di hulu, mudik ke hilir, dan bertemu di muara...
Para sahabatku yang dirahmati Allah Taala,
Usah biarkan sedekah terhenti pada kelajuan air terjun atau sungai sahaja. Perderaskan lagi kelajuan...buktikan hamba2-Nya yang beriman mampu menyaingi hukum alam!
Jika sungai mencipta lautan, maka RM1 mencipta RM10.
Jika Selat Melaka mencipta Laut Cina Selatan, maka RM 10 mencipta RM50.
Jika lima lautan bergabung membentuk lautan bumi, maka RM50 seorang mukmin bergabung dengan RM50 semua muslimin di Malaysia menjadi...lautan bantuan yang tiada bertepi.
Cara men'jariah'kan sedekah
Sedikit lagi perkongsian pendapat, 2 cara untuk men'jariah'kan sedekah:
1. Sedekah yang berterusan.
Sedikit pun tidak mengapa, asalkan dilakukan berterusan. Contohnya, biarlah orang mengatakan kita kedekut, sekali ke masjid cuma menderma seringgit. Tapi jika kita ke masjid sekurang-kurangnya sekali sehari, bukankah kita sudah menyumbangkan RM30 untuk bulan itu sahaja? Berbanding mukmin lain yang menyedekahkan RM10 mungkin untuk sekali dia ke masjid. Tetapi jika dia melakukan hanya sekali, bukankah anda yang mendahuluinya dalam kebaikan? (tersenyum) subhanallah...itulah kuasa istiqamah.
"Amalan yg baik ialah amalan yg berterusan walaupun sedikit." (HR I. Ibnu Majah - Solusi 25 m/s23)
2. Sedekah membangunkan tempat ibadah atau tempat mengajar ilmu
Menderma kepada pembangunan institusi kebajikan (rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, dll), institusi pembelajaran (sekolah, maahad tahfiz dll) atau tempat ibadah (masjid, surau, dll) pada saya mempunyai kelebihan kerana tujuannya lebih jelas dan murni.
Selalu terbayang di fikiran, alangkah beruntungnya melabur untuk membina infrastruktur demi tujuan menuntut ilmu ataupun beribadah kepada Allah (masjid).
Bayangkanlah berapa ramai manusia yang mendapat manfaat hasil pembinaan maahad tahfiz, rumah anak-anak yatim dan masjid. Betapa banyak insan yang mendapat teduhan daripada bumbungnya, betapa banyak insan yang dapat menyihatkan tubuh jika dapat membuang najis dengan selesa, betapa banyak wajah yang dapat bersujud mengingati Tuhan dengan aman.
Saya selalu berfikiran, bahawa segala amal soleh yang berlaku di tempat-tempat sedemikian, saya juga akan mendapat saham pahalanya, jika saya turut menyumbang walau sedikit. Kadangkala amalan yang dilakukan tidak sempurna dan tercalit kelemahan. Harapan yang tersemat di hati ialah semoga pahala amal soleh yang dilakukan oleh insan yang lebih sempurna imannya, lebih ikhlas hatinya, dan lebih sempurna amalannya turut tempias kepada para penderma.
Marilah kita menderma sambil berniat demi menyediakan kemudahan yang kondusif supaya manusia dapat mengingati Tuhan, sama ada melalui munajat (solat) atau menuntut ilmu.
Dan ingatlah infak ke jalan Allah dengan ikhlas akan "mengalirkan" pahala pada saat kita menjadi golongan yang sangat memerlukannya.. Pada saat kita meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk beramal semula dengan lebih bersungguh-sungguh...
Jalan-jalan Jariah
Di sini disertakan beberapa jalan untuk saya dan para pembaca bermula menyediakan bekalan untuk kematian, satu-satunya kenyataan yang pasti.
1. http://amanpalestin.net/
Aman Palestin menawarkan peluang untuk umat Islam berinfak, khususnya pada bulan Ramadhan ini. Anda boleh melawati laman mereka dan melihat bagaimana anda boleh membantu umat Palestin. Antaranya ialah membiayai pakej berbuka puasa. Dan puasa siapakah yang lebih baik berbanding puasa manusia yang tidak akan pernah berputus asa dalam menentang kezaliman dari musuh-musuh Allah?
2.Global Peace Mission-GPM-Malaysia
Mari membantu menghukurkan sumbangan untuk saudara muslimin di SOMALIA yang kini menghadapi krisis kebuluran akibat kemarau yang teruk. Ramai yang terpaksa berpindah ke negara jiran kerana ketiadaan sumber makanan. Malah ramai yang sudah menjadi korban. Situasi dijangka meruncing dengan kehadiran wabak taun.
Sumbangan tunai anda boleh disalurkan melalui akaun bank berikut:
BIMB : 14-023-01-002922-4
Maybank: 5642-2161-1602
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-6188 3230.
3. Maahad Tahfiz Darul Quran wal-Qiraat, Pasir mas, Kelantan.
Memerlukan dana untuk pembinaan masjid tiga tingkat Masjid Imam Syafie. Boleh bank-in ke akaun Bank Islam:
-03027010032451 (MASJID IMAM SYAFIE)
Atau sumbangan untuk maahad:
-03027010014625 (MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN WAL-QIRAAT, PASIR MAS)

Dari Umar al-Khattab ra."Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda; 'Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat, dan setiap amalan itu bergantung kepada apa yang ia niatkan..." (HR I. Bukhori dan I. Muslim. - dr kitab Riadhus Solihin)
Dan ingatlah infak ke jalan Allah dengan ikhlas akan "mengalirkan" pahala pada saat kita menjadi golongan yang sangat memerlukannya.. Pada saat kita meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk beramal semula dengan lebih bersungguh-sungguh...
Dari Abu Hurairah ra. bhw Nabi saw bersabda, "Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya melainkan ilmu yang bermanfaat, SEDEKAH JARIAH dan anak soleh yang sentiasa mendoakan (kebaikan) untuknya." (HR I. Muslim )
Jalan-jalan Jariah
Di sini disertakan beberapa jalan untuk saya dan para pembaca bermula menyediakan bekalan untuk kematian, satu-satunya kenyataan yang pasti.
1. http://amanpalestin.net/
Aman Palestin menawarkan peluang untuk umat Islam berinfak, khususnya pada bulan Ramadhan ini. Anda boleh melawati laman mereka dan melihat bagaimana anda boleh membantu umat Palestin. Antaranya ialah membiayai pakej berbuka puasa. Dan puasa siapakah yang lebih baik berbanding puasa manusia yang tidak akan pernah berputus asa dalam menentang kezaliman dari musuh-musuh Allah?
2.Global Peace Mission-GPM-Malaysia
Mari membantu menghukurkan sumbangan untuk saudara muslimin di SOMALIA yang kini menghadapi krisis kebuluran akibat kemarau yang teruk. Ramai yang terpaksa berpindah ke negara jiran kerana ketiadaan sumber makanan. Malah ramai yang sudah menjadi korban. Situasi dijangka meruncing dengan kehadiran wabak taun.
Sumbangan tunai anda boleh disalurkan melalui akaun bank berikut:
BIMB : 14-023-01-002922-4
Maybank: 5642-2161-1602
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-6188 3230.
3. Maahad Tahfiz Darul Quran wal-Qiraat, Pasir mas, Kelantan.
Memerlukan dana untuk pembinaan masjid tiga tingkat Masjid Imam Syafie. Boleh bank-in ke akaun Bank Islam:
-03027010032451 (MASJID IMAM SYAFIE)
Atau sumbangan untuk maahad:
-03027010014625 (MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN WAL-QIRAAT, PASIR MAS)
Alamat: Jln Sek Keb Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan.
4. Kempen Mencari Rakan MTAT (Maahad Tahfiz at-Taufiqiyyah) Machang Kelantan
Maklumat lanjut boleh didapati pada Solusi isu 34.
Butiran:
Hj Wan Mohd Taufit b. Abu Bakar,
Pengerusi Tabung Pembangunan,
Kompleks Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah,
Kg Pek, 18500 Machang, Kelantan.
emel: taufiqiyyah@gmail.com
tel: 019 912 6779
Jalan beramal itu banyak, maka pilihlah yang mana yang disukai.
Jalan hidup hanya satu, kematian penghujung yang pasti.

"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya melainkan ilmu yang bermanfaat, SEDEKAH JARIAH dan anak soleh yang sentiasa mendoakan (kebaikan) untuknya." (HR I. Muslim )
Nota:
**Terima kasih kepada anonymous guest yang meninggalkan link dan penjelasan ringkas di shoutbox berkenaan sedekah jariah. (sedekah yang apabila diberi sekali,pahalanya berterusan selagi mana sedeqah itu bermanfaat@digunakan oleh orang lain) Semoga Allah Taala membalas jasa anda. :) boleh pergi ke link ini untuk penjelasan lanjut
No comments:
Post a Comment