Thursday, May 14, 2009

Iblis Berdialog dengan Nabi Muhammad SAW - bahagian 1









Thursday, May 14, 2009
Apa pendapat anda? 'Comel' tak gambar-gambar ini?
Beristighfar banyak-banyak dan mintalah perlindungan Ilahi (Astaghfirullah wa na`uzubillah).
Tidak kiralah bagaimana 'comel' imaginasi pelukis tentang paras rupa syaitan, berwaspadalah, mereka tetap MUSUH ANAK ADAM.
Siapa ANAK ADAM ?
Kitalah, cucu-cicit Nabi Adam a.s
Mereka ini banyak kawan-kawan sekelian. Sangat banyak. Entah-entah sama bilangannya dengan jumlah anak Adam Sekarang ini. Boleh anda bayangkan.. betapa ramai bala tentera iblis ini?
Dan mereka ini sangat berbahaya. Bahaya sebab dendam mereka. Mereka tidak akan sekali-kali membiarkan kita hidup aman, selagi kita tidak ikut cara hidup mereka yang melalaikan, menjijikkan itu, selagi kita tak kafir macam mereka, selagi kita tidak ikutkan kata-kata manis mereka, selagi itulah mereka tidak akan MELEPASKAN KITA.
Anda perasan atau tidak, segala pesanan Nabi Muhammad SAW (hadis Baginda) serta banyak perintah Allah (firmanNya di dalam Al-Quran) banyak mengingatkan kita tentang BAHAYA SYAITAN.
Berapa kali anda ketemu "Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata." atau "Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana mereka itu musuh kamu yang NYATA."
Setidak-tidaknya, anda membaca surah YaSin pada malam Jumaat setiap minggu, bukan? Pasti ketemu firman Allah yang tidak jemu mengulang-ulang benda yang sama ini.
Untuk apa diulang begitu banyak kali peringatan ini? Bukannya Allah tidak mengurniakan manusia dengan akal fikiran, (Maha Suci Allah) Sesungguhnya Dia Amat Berkuasa lagi Maha Mengetahui segala ciptaany-Nya. Janganlah kita sombong sebegini.
Kamu tahu kenapa Allah berkali-kali mengulangi, "Sesungguhnya syaitan itu MUSUH KAMU YANG NYATA." ?
Pertama : Memang syaitan itu seteru manusia pun! Kamu tak perasankah berapa banyak manusia yang bertopengkan syaitan? Merata-rata kat bumi ni! Pembunuh, perogol, pembuang bayi, peragut..
Kedua : Sebab dendam syaitan tak pernah akan padam. Bagaikan api neraka yang tidak akan padam. Kalau malap sikit, Allah SWT akan menjadikan api itu lebih tinggi dan menjulang-julang daripada sebelumnya! Macam tulah dendam kesumat syaitan terhadap manusia!!
Tetapi, tak kira betapa kuat aku menjerit pun, suaraku tak mungkin sampai kepada hati-hati yang gelap itu. Seperti ketika Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya menyeru manusia mengerjakan haji, maka berkatalah Nabi Adam kepada Tuhan, "Wahai Tuhanku, suaraku tidak dapat sampai kepada (hati) mereka." Maka firman Allah SWT, "Sesungguhnya tugasmu hanyalah menyeru dan kamilah yang menyampaikan."
Maka di sini saya berdoa semoga Tuhan membuka kembali tirai hati-hati kita agar kembali mengingatiNya. Agar kita kembali sedar dengan musuh manusia yang nyata ini.
Sesungguhnya musuh manusia hanya satu. Bukan pemimpin yang zalim. Bukan hakim yang tidak adil. Bukan pencuri, perogol. Bukan Israel.
Tetapi : AS-SYAYATIN (syaitan)

Sebab syaitan yang menghasut mereka menjadi begitu. Ditambah pula dengan hati mereka yang sememangnya tidak sukakan perintah Allah SWT.
.
Pernahkah anda terdengar suatu cerita, iaitu kisah Nabi Muhammad SAW berdialog dengan iblis, musuh sekalian anak adam?

Jika belum, marilah kita sama-sama 'mendengar' perbualan yang benar-benar terjadi hampir 1430 tahun yang lalu...

Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa Raja Iblis dan menyuruh Raja Iblis menghadap Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW bagi membuka segala rahsia kegemaran dan kebencian Iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda Rasulullah SAW serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekalian umat Baginda SAW.

Malaikat menyatakan titah Allah SWT kepada Iblis :
"Hai Iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya engkau menghadap ke hadhirat Rasulullah SAW dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad SAW. Hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan diseksa dengan azab yang amat keras."
Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, Iblis berasa dahsyat dan amat gerun sekali.

Dengan segera Iblis datang menghadap Baginda Rasulullah SAW dengan menyamar menjadi seorang tua yang buta sebelah matanya serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Rasulullah SAW.

Iblis pun bertanya :

"Ya Rasulullah! Mengapakah tuan hamba tidak menjawab akan salam hamba kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah SWT?"

Maka sabda baginda Rasulullah SAW :

"Hai aduwullah musuh Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan helahmu? Patutkahengkau dengan urusanmu itu hendak menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Allah Adam a.s sehingga terkeluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau serta Nabi Allah Ayub a.s engkau tiup asap racun semasa Baginda sujud di dalam solatnya hingga begitu lama Baginda menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan Nabi Allah Daud a.s dengan perempuan pahlawan Urya dan Nabi Allah Sulaiman a.s meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya untuk melarikan cincin Baginda; demikian juga beberapa Anbiya a.s.w.s serta para ulama yang telah menanggung kesengsaraan dan pengkhianatan oleh perbuatanmu yang khianat."

"Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangant mulia di sisi Tuhan Azza Wajalla. Hanya salam engkau sahaja aku tidak ingin menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini terlaknat serta telah ditentukan kepada engkau ke dalam neraka yang amat keras bagi menyiksa dirimu. Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah Iblis yang menjadi raja segala syaitan telah datang dalam bentuk penyamaran. Apakah tujuan engkau datang menghadapku ini?"
Maka sembah Iblis,

"Ya Nabi Allah, janganlah Tuan Hamba murka. Demi sesungguhnya, Tuan Hambalah Nabi terakhir lagi mulia dan kekasih Allah SWT maka dapatlah Tuan Hamba mengenali hamba. Ya Nabi Allah! Tujuan kedatangan hamba ke mari adalah dengan izin Tuhan Azza Wajalla. Allah SWT telah mengutuskan MalaikatNya dengan titah supaya hamba datang menghadap ke hadhirat tuan hamba. Ini supaya Tuan Hamba dapat bertanyakan apa juga persoalan mengenai umat Tuan Hamba. Hamba sedia mengkhabarkan secara terus terang mengenai tipu daya hamba di atas sekalian manusia bermula dari zaman Nabi Allah Adam a.s sehinggalah ke zaman yang akan datang selepas zaman Tuan Hamba. Mereka yang hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya mereka binasa dengan tipu daya hamba yang amat halus."

"Ya Nabi Allah! Setiap pertanyaan Tuan Hamba akan hamba jawab satu persatu dengan sebenar-benarnya tanpa sembunyi."

Kemudian raja Iblis pun bersumpah dengan nama Tuhan dan berkata :

"Ya Nabi Allah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun, nescaya hancur leburlah diri hamba terbakar menjadi abu!"

Mendengarkan pengakuan raja Iblis dan sumpahnya, maka Rasulullah SAW berasa amat sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk menyiasat segala perbuatan raja Iblis dengan disaksikan oleh sekalian sahabat yang hadir di majlis berkenaan. Ianya juga akan dijadikan senjata atau perisai kepada sekalian umat hingga kemudian hari.

DIALOG

Rasulullah SAW : Wahai Iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?

Iblis : Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah musuh hamba yang paling besar dari segala seteru hamba di muka bumi ini.

Maka Rasulullah SAW merenung wajah Iblis hingga membuatkan Iblis menggeletar segenap tubuh badan dan anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda.

Iblis : Ya Nabi Allah! Hamba mampu menyamar sebagai sesiapa juga termasuk haiwan bersekali dengan suara-suara yang tepat. Hamba ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai Tuan Hamba kerana jika hamba melakukan yang demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu!

Hamba bersungguh-sungguh merentap iktikad anak Adam supaya menjadi kafir ialah kerana Tuan Hamba bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh dengan Islam. Begitulah juga kesungguhan hamba menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Hamba tarik sekalian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Hamba berharap mereka akan masuk ke neraka bersama-sama dengan hamba serta kekal di dalamnya buat selama-lamanya.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?

Iblis : Ya Nabi Allah! Hamba goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.

Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan minum dan berbuat kemungkaran.

Sesetengahnya hamba lalaikan dengan harta bendanya daripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan yang terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang hamba perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran.

Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka hamba akan menggoda dengan bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka.

Lalu hamba hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad dengki sehingga melakukan perzinaan.

Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri.

Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal ibadat, hamba akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan.

Hamba juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang.

Maka telah ramai umat Tuan Hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana hamba menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya.

Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takbur, `ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong.
Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain.

Demikianlah hamba menghasut mereka semasa siang, malam, pagi dan petang...

Petikan buku Rahsia untuk Umat Islam, E Noble Marketing, Ogos 2007, susunan Nazri bin Zakaria.

Posted at 8:45pm.

Wednesday, May 13, 2009

Recent Sign of the Coming of Imam Mahdi a.s

Wednesday, May 13, 2009

I decided to make this quick post because I feel it's a really important topic to share.

Harun Yahya is writing a new book which I hope will soon be available on bookshelves worldwide. He believes that the issue about the coming of Imam Mahdi a.s should not be kept quiet. On the contrary, he feels it should be constantly brought up, especially to public knowledge.

I, for one, agree. With the current Muslim community so big, and with more people embracing Islam in years to come (insya-Allah), the issue regarding the coming of Imam Mahdi a.s should be talked upon more.

Let's admit it. The world, the earth isn't going to last forever. It's dying. Everybody knows that. The ozone layer has holes, which is an old story by the way. Despite efforts to "patch up" the holes which is the visible destruction our actions have done(using air-cond, aerosols-that includes the mosquito and coacroach sprays,etc.), it seems like it's earth's future is still not guaranteed. Earthquakes, tsunamis, volcanic eruptions, tornados, virus, flu, brid flu, swine flu, influenza h1n1..the list goes on. Oh, let's not forget war, violence, injustice, crime and other bad things that are potential life takers.

Now, do we all agree that the end is coming whether we like it or not?

Right, the end. As muslims, our duty is to believe in the day of judgement. In fact, we are not considered fully muslims in terms of 'hukum agama' if we do not beleive there is a judement day (Hari Kiamat). There are many names of that day, mentioned in the Al-Quran. Al-Haaqqah, al-Qariah, ad-Deen, etc.

Although we do not really know when exactly it's going to happen, we are presented with the signs leading to it. One of the most well known signs is this : that Imam Mahdi a.s will appear amongst mankind, to lead muslims and to destroy the Dajjal.

And there are signs showing when Imam Mahdi is going to appear. Many signs are narrated in Rasulullah's (SAW) hadith. And according to Harun Yahya, they have been coming true for the past 30 years, and are still continuing.

The latest sign is this. A picture caught on an astronomic telescope, the Chandra X-ray Observatory (CXO)...





Image posted at http://www.harunyahya.com/ on May 5, 2009



Look carefully. Do you see a hand reaching out towards the red mass of stars? I know there's only 4 fingers that are visible, but I think it definitely looks like a hand.

There's a hadith that goes like this :


Conlicts and disputes will persist until a hand appears from the sky and a
voice cries, "The Mahdi is your Amir".
The sign of that day : a hand will extent from the sky and people will look at it and see it. (Ahmad Ibnu Hajar
al-Makki(Haytami), Portents of the Anticipated Mahdi, Al-Kawl Al-Mukhtasar fi
Alamat Al-Mahdi Al-Muntazar, p53.)

The image is not yet released to the public, I think. Because I went to check at the NASA website, and there's no record of it yet. Usually it takes some time before new images are released (due to research reasons). Sometimes it may take up to a year, usually because researches need to examine the image first.

Anyhow, whether you want to believe it or not, it's entirely up to you.

I just feel responsible to share this with you.

For me, as muslims, whether any sign shows up or not, I still believe time is going to end, and Imam Mahdi will come.

Besides, we are going to die too, some day.

Source:www.harunyahya.com

p/s : the image is clearer at http://www.harunyahya.com/
p/s/s: do you think it's a coincidence that now that technology is advancing so fast, we can even view distant, very far away stars, that suddenly "a hand in the sky" appears? Why not just show a "hand in the sky" as cloud formations? That way it still means "a hand in the sky", right? Hmm.. i think that if a cloud -like hand had appeared instead (as in the hadith), humans can easily dismiss it as something that occured by chance (maybe the wind feels like blowing clouds into a hand today, yesterday I saw a rabbit..) or something of the sort. But stars..their creations are things that amazes even the most intelligent people on earth. See, Allah has cleverly dismiss any chance of denial among humans. But..those who don't believe, will never believe. And those who believe, will believe even stronger.

Allah bersumpah di dalam Al-Quran bahawa sesungguhnya sumpahnya demi bintang adalah suatu sumpah yang besar (hebat), jika kita mengetahui.

Posted at 1:41pm

Pening Pening Lalat

Pening-Pening Lalat

Wednesday, May 13, 2009

Warrrgggghhh..!!

Apa tu?

Jangan risau, tu bukan bunyi godzilla mengganas.

Cuma..malu sikitla nak cakap..tu bunyi sorang manusia. Menguap. Iaitu akula.

Maaf! Gomennasai! Sorry! (Bahasa Arab ape ye?)

Aku tak tahula apa yang tak kena dengan diri sendiri kebelakangan ni. Nak kata tak cukup tidur, cukup pe. Emm..bagi orang lain yang lebih mengenali diri ini..tentunya lebih tahu perangai aku macam mana..(gelak)

Tapi, akhir-akhir ni, semakin tak terkawal pening kepala ni. Aku asyik terfikir je apa sebabnya. Entahlah. Entah-entah sebab terlalu banyak berfikir tak? (Pulak dah..)

Mak aku cakap, mungkin 'blood pressure' rendah. Aku pun berfikir, mungkin jugak. Selama ni pun, setiap kali aku pergi ambil tekanan darah, kakak-kakak 'nurse' tu selalu pelik.

"Apasal rendah sangat ni? Eh, Jue (bkn nama sebenar) ko ambik lain," kata sorang kakak.

"Takdelah. Ok la ni,"kata kakak Jue.

"Ish, tapi ni rendah sangat ni..mesin ni tak betul kot.."

Hmm, berbalahla korang ye. Takpe la. Apa-apa pun, memang dari dulu lagi macam ni. Mak aku pun 'low blood pressure'. Mungkin memang dah genetik.

Tapi, sekadar nak minta pendapat, bacaan macam ni ok tak :

-104/49 atau
-92/59

Hehe..kalau ada dari kalangan doktor di luar sana..tolong la bagi nasihat apa yang patut ye, macam makanan apa yang patut diperbanyakkan, senaman ke.. Sebab dah banyak sangat makan ni haa..

Tolooong..rasa macam nak ikut terbang dengan lalat-lalat kat belakang rumah tuu..pening..pening..pening lalat..

Posted at 12:00pm

Tuesday, May 12, 2009

Antara Politik dan Kepimpinan

Tuesday, May 12, 2009

Kecewa.

Itulah satu-satunya perkataan yang paling tepat menggambarkan perasaanku ketika ini.

Aku tidak akan kecewa kerana soal cinta. Kerana yang aku cintai tidak pernah mengecewakanku walaupun sekali. Hanya aku sahaja, hamba-Nya yang berkali-kali mengecewakannya.

Aku kecewa pasal hal lain. Hatiku patah, kecewa melihatkan manusia yang digelar "pemimpin".
Tetapi, siapalah aku. Perasaanku tidak penting. Pada pandangan mereka, aku hanyalah satu lagi 'tiket' mereka untuk bergelar wakil rakyat. Aku hanya satu lagi undi yang tidak membawa apa-apa makna, melainkan apabila hampirnya musim pilihan raya. Mungkin cuma waktu itu aku ini begitu berharga bagaikan emas membukit. Bahkan, aku ingin ketawa saat ini. Terasa lucu untuk menuturkan kata-kata begini, kerana aku belum pun layak mengundi di negara sendiri.

Memang aku belum layak mengundi, namun suara aku juga berhak kedengaran.

Aku sedih dan kecewa melihatkan sikap 'pemimpin' pada zaman kini. Tidak payahlah lihat negara-negara maju, lihatkan tanah air sendiri pun sudah mencukupi.

Kebelakangan ini, aku semakin jarang membelek akhbar. Tapi, berita yang satu ini tetap sampai kepada pengetahuanku. Masakan tidak, seluruh Malaysia kecoh tentangnya.

Saya merujuk kepada peristiwa 7 Mei 2009 bertempat di Dewan Undangan Negeri Perak yang telah menyaksikan betapa para pemimpin yang dipilih sendiri oleh rakyat Perak telah menghancurkan demokrasi yang kononnya menjadi pegangan mereka.

Tidak kiralah siapa yang betul atau siapa yang salah, kedua-dua pihak BN dan PR benar-benar telah mengecewakan saya. Mujurlah saya bukan rakyat Perak. Kalau tidak dah berlaku gempa bumi agaknya.

Akibat kekecohan yang berlaku pada 7 Mei lalu, hanya 5 usul yang dibentangkan di Dun Perak. (atau mungkin memang ada 5 sahaja)Perkara yang paling memalukan agaknya ialah tertangguhnya ucapan pembukaan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selama hampir 5-6 jam.

Saya bukan orang media. Apatah lagi orang yang 'masak' dengan suasana politik di negara sendiri. Saya cuma seorang..rakyat daripada 27 juta rakyat Malaysia saat ini. Jadi, apalah sangat maklumat yang saya tahu tentang peristiwa pada hari itu.

Perkara yang menjadi tumpuan media ialah keengganan speaker Pakatan Rakyat bangun dari kerusi Speaker DUN. Sehinggakan pihak polis terpaksa mengangkat kerusi itu keluar, dan kemudian barulah kerusi itu dibawa masuk semula ke dalam dewan.

Sikap apakah ini?

Mungkin PR ingin menunjukkan yang merekalah yang masih berhak ke atas pemerintahan Perak. Tetapi ini adalah satu tindakan yang menunjukkan ketidakmatangan mereka! Kalau benar mereka mahu memimpin rakyat Perak, ini bukan caranya! Kalau betul dari segi undang-undang BN merampas kuasa, maka tunggulah dahulu sehingga kes ini benar-benar telah selesai.
Kemudian bolehlah mereka menuntut hak mereka kembali. Tetapi, bukan dengan cara keanak-anakan seperti ini!

Saya tidak berpihak kepada sesiapa pun. Saya cuma tidak suka pemimpin menunjukkan contoh yang tidak elok. Apatah lagi saya masih awal remaja. Kalau 'kecil-kecil' lagi saya sudah melihat mereka begini, maka bagaimanakah saya akan menyokong mereka pads masa hadapan? Meskipun mereka adalah pihak yang benar-benar dianiaya.

Pihak PR menuduh BN merampas kuasa di Perak. Kemudian BN pula mempertahankan keputusan mereka, mengatakan kepada rakyat umum bahawa keputusan mereka mengikut undang-undang negeri Perak dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara. Aduhai..di celah-celah semua ini, isu siapakah Menteri Besar Perak yang sah juga masih hangat dalam perdebatan.

Dan, berita yang terbaru ialah, semalam (11 Mei) Mahkamah Tinggi Negeri Perak memutuskan bahawa Dato' Seri Nizar masih ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Sekarang persoalannya, siapakah pula yang bakal memerintah kerajaan negeri Perak? Adakah kini kuasa beralih kepada Dato' Seri Nizar dan PR? Tetapi, mengikut akhbar NST 11 mei semalam, Perdana Menteri pula berkata "sekarang ini apa yang penting ialah semua pihak saling menghormati hak masing-masing. Tidak semestinya membentuk kerajaan yang baru." (Lebih kurang begitulah yang saya rumuskan)

Habis tu, bagaimana sekarang? Apakah keputusannya??

Geram saya melihat semua yang berlaku ini. Kalau awal-awal tadi saya katakan saya cuma kecewa, sekarang saya jadi geram pula.

Bagaimana tidak geram? Sementara orang-orang besar, wakil-wakil rakyat yang berada di 'atas' itu berbalah sesama sendiri, siapa yang sebenarnya mendapat impak daripada semua ini?? Siapa lagi kalau bukan rakyat! Rakyat Perak!

Kasihan saya melihat pergolakan di negeri Perak. Tidak kira siapa yang menang, siapa yang kalah, yang sengsara rakyat juga! Siapa yang mahu membuka perniagaan dan melabur wang di negeri yang keadaan politiknya begitu tidak menentu? Ibarat menabur wang dalam ribut taufan, habis terbang duit-duit itu nanti. Usaha yang sia-sia, tidak menjamin apa-apa pulangan, bahkan merugikan sahaja. Ini hanyalah satu contoh antara kerugian-kerugian lain yang telah dan bakal dialami rakyat Perak.

Para rakyat sekalian, inilah orang-orang yang memimpin dan menentukan nasib 'pelayaran' negara ini.

Sangat berbeza dengan para pemimpin yang menjadi idaman hati.

Apabila tibanya saat-saat seperti ini, saya akan bertambah-tambah rindu untuk menoleh ke belakang. Untuk mengenang kembali, cahaya kepimpinan Islam pada zaman sebelum kita.

Saya merindukan Salahuddin Al-Ayyubi. Tariq bin Ziyad. Abu Ubaidah Al-Jarrah. Umar Al-Khattab. Abu Bakar As-Siddiq. Umar Abdul Aziz. Ramai lagi. Dan bagaimana mungkin tidak merindui insan yang menjadi perintis kepada semua pemimpin unggul ini, yang mencungkil bakat kepimpinan dari dalam diri mereka, sehinggakan nama mereka tercatat puluhan ribu kali di dalam buku-buku sejarah? Nabiku, Muhammad SAW, Rasulullah SAW.

Pada saat dunia di ambang kejatuhan sosial, sungguh ironi ketika mana teknologi dan ilmu-ilmu sains semakin pesat berkembang menguasai dunia. Bagaimana kemajuan teknologi boleh menyebabkan kemerosotan bangsa? Tak faham saya.

Rasulullah, apa yang kamu takutkan sudah menjadi.

Dunia penuh fitnah, tidak tahu lagi siapa yang bercakap jujur dan siapa pula yang berdusta.

Apa yang patut kami lakukan? Apa yang harus kami lakukan, ya Ilahi?

Turunkanlah hidayah-Mu kepada hati-hati yang masih berhajat kepada-Mu.

Ya Rabb, turunkanlah hidayah-Mu kepada kami,pimpinlah kami dan pimpinlah pemimpin-pemimpin kami yang masih teguh kepada-Mu. Amin.


Lihatlah 'pemimpin' kita 'beraksi'...

p/s: tiada niat untuk menimbulkan perpecahan di sini. Itu perkara yang paling saya minta dijauhkan daripada menimpa Malaysia. sekadar pendapat dan luahan rasa.

Posted at 11:30am

Monday, May 11, 2009

Pesan Ibuku Buat Ummah


Monday, May 11 2009


Ibuku

Engkaulah

Ratu di hatiku

Seringkali itulah

Umpama ungkapan yang dilafazkan

Para insan yang bergelar anak

Lafaz yang menjadi saksi

kasih kami buat ibu-ibu


Wanita

Yang bertarung nyawa

Bagaikan bakal syuhada

Kelihatannya beraksi di medan perang

Namun hati mereka kuat memuji Ilahi

Menghunus mata pedang bukan demi mempamerkan keganasan

Kekuatan mahupun keperwiraan

Tetapi tahukah kita

Sedarkah kita

Bahawa mereka bertarung demi supaya

Kita mengenal

Siapa itu Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Janganlah kita turut mengalpakan diri

Kepada insan yang juga berjuang

Bertarung nyawa

Supaya kita dapat melihat dunia

Sehinggakan ada yang gugur

Di medan kelahiran


Wahai ibu

Ummi

Emak

Dan mama

Kami ingin sekali agar kamu mengetahui

Bahawa setiap hari adalah

Hari Ibu bagi kami


Selamat Hari Ibu

Tanggal 10 Mei 2009 menyaksikan seluruh dunia menyambut Hari Ibu buat kesekian kalinya. Setiap hari Ahad yang kedua (second Sunday) pada bulan Mei, maka itulah hari Ibu tahun itu. Macam-macam hadiah dan penghargaan yang anak-anak berikan sebagai 'pengiktirafan' jasa ibu. Tetapi, ianya menjadi 'puppet' apabila anak-anak hanya mengingati ibu-ibu pada hari itu sahaja. Ataupun dijadikan medan promosi oleh pasar raya bagi melariskan jualan mereka, sekaligus menipu pengguna supaya membeli barang-barang yang dilabelkan sebagai "hadiah buat ibu tercinta".

Hei, jangan marah dulu! Saya bukannya mengajak anak-anak untuk tidak menghadiahi barangan istimewa buat ibu kita. Sebagai seorang anak yang ibunya masih bernafas di dunia ini, saya juga mempunyai perasaan sayangkan ibu saya. Sudah tentu saya juga ingin menggembirakan hatinya.

Tapi, tahukah kita apakah hadiah yang paling berniai buat seorang ibu?

Perhatian, belaian kasih, kata-kata yang sopan serta lemah - lembut, pertolongan, kejayaan dalam hidup. Itu. Itulah yang paling dimahukannya.

Dan yang paling utama : Mendengar kata-katanya.

Masih ingatkah kita saat-saat kita 'tertinggikan' suara terhadap ibu? Dan juga ayah? Pernahkah kita berhenti sejenak daripada menonton televisyen dan menghitung berapa kalikah kita berkata, "Ala..kejap lagilah mak..nanti angah buatlah..". Adakah kita ingat yang punggung kita masih 'terlekat' di hadapan kaca TV dan tugasan itu telah pun diselesaikan oleh ibu?

Saya? Bukan hendak mengutuk diri, tetapi amatlah jarang saya mengingati semua itu.

Merendah diri? Tidak. Saya tidak rasa begitu. Hakikatnya semua itu pernah dilakukan. Ya, memang pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat.

Habis, apakah yang tersimpan di dalam kotak ingatan diri?

Gelak ketawa. Enjoy dengan member. Tengok Spongebob. Smallville. Main permainan pokemon. Minta dibelikan 'teddy bear'. (Sekadar contoh ya teman-teman)

Sayalah orangnya yang 'tertinggikan' suara itu. Sayalah yang ambil mudah segala permintaan emak, yang meminta saya menolongnya, sampaikan pertolongan saya tidak lagi diperlukan. (Sebab kerja tu dah siap pun.) Sayalah manusia, anak yang mementingkan diri itu.

Nak tahu tak? (Tak nak pun takpe, saya nak cerita juga..)

Bila dah besar, bila kita pula yang bakal membesarkan generasi kecil, ketika itulah baru "celik mata". Pada masa itu, barulah tersentak. Tersedar bahawa selama ini aku dijaga. Bagai menatang minyak yang penuh. Penuh berhati-hati agar tidak tertumpah walau setitik. Walaupun aku bukan minyak, tapi aku boleh memahami perasaan minyak itu. (Gelak)

Barulah aku sedar yang aku tak akan sampai ke tahap aku sekarang ini kalau emak tak melahirkan, mendidik dan membesarkanku. Kalaulah mak buang aku kat tepi semak..bagaimanakah nasibku kala ini? Entah-entah dah lama jumpa Tuhan.

Suka saya ulangi, inilah hakikat.
Bahawasanya IBUKU TIDAK MEMBUANGKU.
Malah IBUKU DI SISI,
MENYUSUKANKU,
MEMBASUH NAJISKU,
BERJAGA MALAM KERNA TANGISKU.


Kamu tahu apa pula hakikat diriku? Hakikatnya aku telah buat endah tak endah dengan ibuku. Mungkin ada yang berpendapat aku ini terlalu menghukum diri, tapi, seperti yang aku katakan, inilah hakikat. Memang perkara yang lepas akan kekal menjadi yang lepas..tetapi aku tetap tak dapat memaafkan diri dengan apa yang telah aku buat. Lagipun kuasa memafkan bukan terletak di tanganku. Mujurlah Yang Maha Adil yang akan mengadili, jadi semua manusia akan mendapat hak mereka masing-masing.

Di sini inginku berkongsi satu pesanan. Suatu mesej mudah yang emak selalu berpesan kepada kami anak-anaknya :


"Innamal a'malu binniat. Setiap amal itu bermula dengan niat. Walau apapun
yang kita lakukan, niat di hati hanya Allah Yang Mengetahui. Jadi, asas sesuatu
perbuatan itu ialah niat. Yang penting ialah niat yang ikhlas. Dan selalulah
percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Bagiku, apa yang dapat diertikan daripada mesej ibuku ini ialah Allahlah yang paling penting melebihi segala-galanya. Dan..setiap perbuatan itu bermula dengan niat, bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW :


"Umar Al-Khattab berkata : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda
: Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amal, tergantung pada niat. Dan setiap
orang teranggap (bergantung) kepada apa yang ia niatkan. Maka siapa yang
berhijrah (dari kafir kepada Islam) semata-mata kerana taatkan Allah dan
Rasulullah, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasulullah. Dan siapa yang
berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia niatkan." (Riwayat
Bukhari dan Muslim)


Dijelaskan Imam Nawawi r.a di dalam kitabnya Riadhus Solihin, bahawa hadis ini menegaskan betapa pentingnya niat dalam menentukan sesuatu amal itu sah atau tidak, dan oleh sebab itulah ulama meletakkan niat sebagai rukun pertama di dalam semua ibadah. Lihatlah betapa pentingnya niat hati yang ikhlas dalam penentuan sesuatu amal itu diterima atau tidak.

Inilah pesanan Rasulullah kepada kita, umatnya. Ia jugalah perkara paling utama yang dipesankan kepadaku dan adik-beradikku.

Inilah 'pesan ibuku buat ummah' .

Posted at 4:40pm

Saturday, May 9, 2009

A Busy Saturday For A Lazy Bee


Saturday, May 9 2009


Hello, everyone.


My, my. What a day today has been.



Weekends are meant for relaxation..I'm not complaining, of course. I relaxed all my body muscles today, of sorts.


The Morning Story


Mr. Sun sure was surprised to see me bright and early at Taman Tasik Permaisuri this morning. Suddenly I was already jogging side by side with my dad-dy-o.


Today, the usually lazy me have no idea why I felt so adventurous. I said to dad:


"Hey dad, let's take the slopy(berbukit) track today!"


"Really? Ok, no prloblem!," was his reply.


So off we went. (Mum decided not to come along because of her knee problem..)


The park surprised me with new surroundings that I never thought existed before. There were actually a lot more slides, swings and exercise utilities for the public to use. Only that people seldom take the hill path..because..you know, to "conserve energy"..that they, hehe, I failed to see all of the park's beauty.


"Huh..huh..haaa..."


"Ehem..dah penat??"


"Eh, mana ada! Huh..hmm..what fresh air! Wow, what big trees!..."


Guess who's the huffing and puffing one?

I'll give you 10 ringgit if you got it wrong..(chuckles)


Honestly, it was like being in a mini rainforest. Big, tall trees, many types of ferns..and rattan-like trees dangling on the high branches..all it lacks is a few tigers and elephants. (haha, like I'd want to meet one in front of my face)


The Afternoon Story

In the afternoon mom, dad and I visited my second cousin at HKL. His name is Mohd Syahdan. I don't really know him very well. Actually he was hospitalised almost a week ago, but only today did we had the chance to finally visit. At first, my other relatives said that his condition in a 50-50 percent chance..like it was a matter of life or death. But, alhamdulillah, he recovered.


But..it..was..still eerie seeing him up close. He was placed in High Dependency Ward, where only 2 visitors per patient were allowed in at one time.


Oh, what? Oh, sorry! I forgot to tell why he was in the hospital in the first place. His wife told me that doctors say he is suffering from the Steven Johnson Syndrome. It all happened so fast. First he was just taking antibiotics. Then rashes start to appear. At first, a local clininc doctor diagnosed that he had chicken pox. However, several hours later, his face, hands, legs, in short his whole body was peeling off (bersalin kulit). Really, I'm not joking. In fact, what I saw today is so much better than the first day he got hospitalised. His wife, Kak Jun showed me the earlier pictures. My God, the skin on his back peeled off until it showed the red flesh underneath! If that's not enough, he also felt hot. It was like burning alive. Alhamdulillah, he is recovering.


If there's one word to describe it, like dad said, "like a victim of the Palestine bombing".


The Evening Story

It so happened that tonight was the birthday of the little girl next door, Sarah. So, her parents are making a barbeque party and invited us too. So, dad and I went out once again to shop for a present for the dear girl. We ended up buying a cute Barbie handbag (the label says "penbag"..whatever that means). When we got back, it was already dark.


The Night Story

Man, Uncle Zul and Aunt Asma sure had many realtives! I think that many live quite near. The house was full of sound and laughter by the time we arrived. Oh, there was also a balloon man, he was very skilled at twisting ballons, making swords, puppies, flowers..The food was quite good. I ate nasi lemak and mee goreng and sotong bakar and kambing panggang and nasi lemak and milk punch..(What? Can't a girl eat?)I didn't eat the cake though.


Oh, something interesting happened. I met a 'boyfriend'. In fact, he was wearing the same coloured t-shirt as me! Dark green! And before I left, he kissed my hand!! (hehehehahaha..!!)

How romantic..right? But, I didn't know his name..owh, what a pity.


Ok girls. Actually my 'boyfriend' is only 5 years old, I think he's Sarah's cousin. And he kissed my hand because he wanted to 'salam' me!! (Laughs maniacally)


Ok people, that's it. A busy day for a lazy bee. Actually, I don't think I'm that lazy..


Posted at 11:30pm

Friday, May 8, 2009

Ke Mana Air-air Itu Menghilang??

Friday, May 8 2009
Sejak dua hari lepas ni, aku asyik minum air je. (haha) Ok, memang manusia normal tak boleh hidup tanpa air. Paling kuat pun boleh bertahan 3 hari aje.
Tapi, yang aku peliknya, ke manalah perginya air-air yang bergelen-gelen aku minum tu??
Hello? Ada sesiapa di luar sana yang boleh membantu aku?
Bangun daripada tidur je, aku minum.
Waktu sarapan, sudah tentulah minum. Kalau tak dah lama mati tercekik..aku ni kalau makan laju tau..kalah michael schumacer..eh..tak..nama tu dah lapuk..haa..kalah Jenson Brown..
Kalau nak diikutkan, setiap satu jam lebih sikit, aku akan rasa dahaga.
Dan sepanjang hari ni, aku asyik miinum aje.
Tapi..psst..nak tahu tak? Aku tak tahu ke mana air-air tu pergi!!
Yela..memangla air masuk ke dalam perut, tapi, yang aku musykilnya...aku tak rasa nak pergi ke tandas pun!!
Korang jangan ingat ni benda main-main! Ni pelik bin ajaib nih!
Mana boleh aku minum air dekat satu liter lebih (emm lebih kurangla) tapi sikit pun tak terasa.
In fact, lagi dahaga ada la..

Agak-agaklah kan..ke manala perginya air-air tu? Nak kata aku bersenam sampai peluh memercik..ce wah..takdenye nak memercik. Setitik pun tak keluar.
Mungkin..mungkin..time aku tido keluar 'air nira basi' kot? tu..kira air la jugak kan??

Alala..comelnye 'aku'
Okeylah. Dah puas aku merepek.

Actually, aku rasa sebab cuaca. Ya, memang tak dapat dinafikan lagi. Sebab inilah satu-satunya alasan yang paling logik berbanding alasan-alasan yang kita dah pun bincangkan sebentar tadi.. ngeh3x..
Betul, tanyalah mana-mana orang KL, mesti diorang pun akan cakap benda yang sama. Panas! Panas! Pisang goreng panas! Mai beli mai! (ok aku merepek lagi..)
Tapi, memang panas. Menurut termometer yang melekat kat dinding rumah aku, purata suhu harian, tak kiralah pagi ke, malam ke..ialah 30'c! Rekod tertinggi setakat ni ialah 31.5'c! (ada ke point 5?) Yang paling rendah pulak 29'c. Hmm, macam tak ada beza je..
So, aku rasa sudah selesailah kemusykilan "Ke mana air-air itu menghilang".


Jaga-jaga ye kawan-kawan. Rasanya 'global warming' ni bukan mainan saintis, tetapi realiti yang kian terasa bahangnya. Tak bohong punye. Memang petanda dunia nak kiamat dah..

Dunia di ambang kiamat..

Hai, dunia dah nak kiamat, tapi manusia berperangai macam tak ada malapetaka besar yang akan datang..makin banyak kumpul harta adalah..

p/s: sebenarnya aku nak cakap pasal global warming, dan betapa cepatnye ia sedang berkembang saat ini! Tapi ini ajelah yang mampu aku bagi..
Posted at 11:33pm

Monday, May 4, 2009

Tak Sakit…Tapi Masuk Hospital?

Monday, 4 May 2009

“Angah, tahu tak abang Haneef masuk hospital bila?”

“Ha? Bila masa pulak abang Haneef masuk hospital?”. Aku terpinga-pinga. Setahu aku abang aku itu sihat walafiat.

“Abang Haneef masuk hospital 4 haribulan Mei ni, dia dapat sakit puan..” sambung ibuku sambil tersenyum.

Eerrk! Kejap, kejap! Ulang sekali lagi. Abangku ‘dapat sakit puan’??

Ok, ok. Bertenang semua. Sebenarnya abangku dengan rasminya masuk bahagian klinikal atau praktikal dalam pakej 5 tahun pembelajarannya sebagai seorang mahasiswa kedoktoran.

(hahahaha..) Kesian korang semua..terkejut ye?

Bangganya aku dengan abangku seorang ni. Memang ada seorang je pun.

Masa berlalu dengan amat pantas. Sedar-sedar abangku telah pun memasuki bahagian kedua pengajiannya iaitu bahagian klinikal. Macam baru minggu lepas kami sekeluarga menghantarnya di KLIA buat pertama kalinya, untuk berlepas ke Jogjakarta.

(hehehe..) Aku amat seronok apabila mengetahui bahawa dia mendapat bahagian sakit puan atau ‘gyneacology’ sebagai divisyen pertama tempatnya bertugas. (kekeke) Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa perkara ni sangat lucu.. Hmm, mak aku cakap, abang Haneef mungkin akan belajar cara-cara sambut bayi..dan macam-macam lagilah dalam bidang sakit puan. Aku terfikir, “Wah, ‘bestnye’ ada pengalaman sambut bayi..emm ‘jeles’nye”.

Tapi, abangku berkata padaku di dalam smsnya, “’Best’ tapi letih juga. Lepas ni dah takde masa free. Balik bilik cuma untuk makan dan tido je. (dan solat juga tentunya)”. Lebih kuranglah smsnya.

Ya, betul juga kata abangku itu. Aku cuma nampak ‘part’ yang ‘best2’ je, terlupa pula ‘part2’ yang kurang ‘best’ seperti tak ada lagi masa untuk diri sendiri, semua masa haruslah ditumpukan pada pesakit.

Angah ucapkan selamat berjaya kepada abang Haneef. Jangan lupa jaga kesihatan diri sendiri..jangan asyik ingatkan pesakit makan ubat, tapi diri sendiri tak makan ubat.

Jangan terlampau ‘stress’. Just enjoy the process (yeye je..) Jadilah doktor yang penyayang dan diminati ramai. (esp perempuan2 cantik..haha)

p/s: apa nama hospital ‘internship’ abangku ye?? Lupa nak tanya
p/s/s: Untuk abangku : Jangan lupa bagi ‘nurse2’ cantik ‘tersangkut’ ye..hehe

Posted by Ummu Hurairah at 4:45 pm

Selamat Hari Lahir Adikku!

Monday, 4 May 2009

Hari ini, 4 mei 2009, genaplah umur adikku menjadi 16! Wah, adikku dah besar rupanya! (Memang dia sentiasa lagi tinggi daripada aku pun)

Semalam kami satu keluarga menghantarnya pulang ke MRSM Taiping. Adikku kelihatan bermuram durja. Agaknya rasa tak seronok sebab terpaksa dihantar pulang ke ‘penjara’. Dahla tu, kene pulak esok hari jadi dia. Takpelah, sabar ye wahai adik, demi menuntut ilmu.

Sempena hari jadi adik yang ke-16 ni, Kak Ngah ada pantun untuk adik..


Sambil makan kerepek mengomel-ngomel,
Dah 10 minit, hai belum berhenti mengomel,
Adikku yang manis lagi comel,
Janganlah bermasam muka, nanti dah tak comel.

Pergi kelas terkedek-kedek,
Sampai di kelas, muka cikgu dah terpampang,
Bukan niat akak nak membodek
Sekadar nak tengok hidungmu kembang.

Minum teh O dalam gelas,
Hari itu orang belanja,
Bila sudah sampai angka enam belas,
Ertinya tamatlah sudah masa bermanja.

Ada awan adalah redup,
Tanda nak hujan, itulah berita,
Kalau rasa susahnya hidup,
Ingatlah, ramai lagi yang menderita.



Membeli-belah di pasar raya,
Mencapai sekotak susu lembu,
Kalau adik tak percaya,
Bukalah tv, tengoklah Bersamamu.

Suatu hari lukis huruf v,
Esok pula lukis huruf d,
Kakak tahu, tiada masa tengok tv,
Kalau macam tu baca surat khabar pun jadi.

Ucaplah salam ketika bertemu,
Moga kemesraan terjalin di hati,
Adik, lihatlah di sekelilingmu,
Sebenarnya banyak perkara yang harus dirai.

Bunga bermula dengan kudup,
Akhirnya berputik mewarnai nusantara,
Usah terlalu difikirkan kesusahan hidup,
Lagipun hidup ini cuma sementara.

Selepas dicuci alangkah bersih,
Melihat baju bersih, oh alangkah bahagia,
Hidup ini bagaikan kanvas putih,
Adik warnakanlah dengan warna-warna ceria.

Berlari-lari di halaman rumah,
Terlanggar tiang, berbunyi “gedegang!”
Jadilah seperti namamu Farah Sakeenah,
Membawa maksud gembira tetapi tenang.

Nak beli ikan, pergilah ke pekan,
Naiklah bas bernombor 12,
Akhir kata kakak ucapkan,
Selamat hari lahir ke enam belas.

Ok, adik! Have a happy birthday! May Allah bless you, always.


Posted by ummu hurairah at 4:40pm

Sunday, May 3, 2009

Balik kampung

Hai..ada sesiapa rindukan saya tak? (kekeke)

Sebenarnya saya berada di kampung halaman ibu dekat Bedong, Kedah..

Balik kampung memang 'best'. Memang nikmat. Terutama kalau kita memang tinggal di bandar. Apatah lagi kalau bandar tu namanya Kuala Lumpur. Memang berbeza.

Dekat KL dengan 'traffic jam'nya..dengan ikan tak 'fresh'nya..apa lagi? Oh, jangan dilupakan udara yang sememangnya kotor dan berdebu..

Berbeza bila kita berada dalam suasana desa..ah permainya. Kebetulan pulak, nama tempat tinggal aku kat Kedah ni namanya Permaipura Golf and Country Club. Tapi, janganlah tertipu ye, sebab tak macam golf and country club pun. Kalau orang pertama kali datang, mesti diorang ingat tempat ni tempat 'penanaman lalang secara komersil'...

Yes. That's right. Pemaju tempat ni (bukan nak kata, tapi memang dah terang lagi bersuluh) memang tak bertanggungjawab. Dibiarkan aje lalang-lalang tu tumbuh sesuka hati..agaknya dah banyak 'keluarga' burung puyuh dalam semak samun tu..

Habis tu, kita tanya lagi, kenapalah negara aku ni tak maju-maju? Dari segi teknologi, wow, Malaysia tak kurang hebatnya! Ada Multimedia Super Corridor (walau pun aku tak tau apa fungsi sebenarnya..hehe), ada dua syarikat komunikasi gergasi yang saling bersaing untuk mendapatkan pengguna iaitu Celcom dan Maxis..ada Low Yat, kompleks yang sangat terkenal dengan gedung-gedung yang menjual alat-alat elektronik dan teknologi tercanggih.

Tapi, kenapa..why..oh why Malaysia masih tak berapa nak maju jugak?

Aku rasalah kan, sebab 'mindset' masih mundur. Sebab sikap segelintir (entah-entah kebanyakan) masyarakat kita yang hanya mahukan kesenangan tapi tak nak berusaha mencapainya. Takut nak mengambil risiko. Terutamanya orang Melayu. Orang Melayu jangan marah ye, saya pun orang Melayu jugak. Kalau kita hendak maju, kita kenalah tenang menerima kritikan. Dengan kritikan membina, barulah kita dapat memperbaiki kelemahan. Apabila kelemahan dapat diatasi, barulah kita dapat bergerak ke hadapan.

Umpama seseorang yang membawa kereta, tiba-tiba terasa semakin berat.. Kenapa pulak ni? Nak kata orang-orang dalam kereta ni 'berat badan', semuanya normal-normal saja. Habis, kenapa terasa semakin...berat?

Kita pun memberhentikan kereta di bahu jalan. Laa..rupa-rupanya tayar pancit. Patutla 'berat'..
Jadi, apa yang kita lakukan? Mestilah mengatasi masalah yang dihadapi. Tukar tayar yang pancit dengan tayar ganti, ataupun menelefon mekanik. Barulah kereta boleh bergerak. Barulah kita boleh 'bergerak ke hadapan'.

Apa-apa pun, balik kampung memang mendamaikan. Semalam aku dapat tidur dengan nyenyak. udara malam sungguh dingin, tenang dan damai. Tak perlu kipas atau 'air-cond'.
Walaupun cuma udara, tapi bagiku ianya cukup nikmat.

Hari ini aku akan menghantar adikku pulang ke MRSMnya. Kesian dia, esok hari jadinya tetapi sudah terpaksa pulang. Nak buat macam mana..hehehe

Thursday, April 30, 2009

Atas Nama Industri

Apakah maksud industri? Industri bermaksud perusahaan, biasanya secara besar-besaran, untuk membuat , menghasilkan atau mengeluarkan barangan.( Kamus Dewan Edisi Ketiga, m/s 490)

Pada zaman sekarang, perkataan “industri” merajai dunia. Lebih daripada itu, ia merupakan titik ukur kemajuan sesebuah negara.

Lihat sahajalah, berapa banyak kategori industri yang sudah lama bertapak beserta kemunculan industri-industri baru, bagaikan cemdawan tumbuh selepas hujan. Industri perikanan, industri asas tani, industri barangan kosmetik, industri pembalakan, industri desa, industri perbankan. Industri, industri, industri. Hai, pendek kata, semua aktiviti hendak dilabel “perindustrian”.

Malang sekali, abad ke - 21 telah menyaksikan tumbuhnya aktiviti salah laku atau lebih spesifik lagi, maksiat dengan begitu berleluasa, juga atas nama industri.

Anda tahu apa yang saya maksudkan?

Itulah industri seni tanah air.

Sejak seminggu yang lalu, setiap kali ada segmen iklan di televisyen, sudah menjadi kewajipan iklan AIM 16 terpampang di skrin. Malah, saya sudah dapat mengagak, selang satu iklan, pasti selepas itu iklan AIM ke-16 akan menyusul. Terutamanya di ntv7. Sampaikan muzik tema iklan itu pun dah terngiang-ngiang dalam kepala saya.

Apa yang paling menyedihkan hati ialah anugerah-anugerah sedemikian akan lebih menggalakkan pertumbuhan “industri” tersebut.

Saya amat suka sekiranya diadakan majlis-majlis penganugerahan kepada individu-individu tertentu, bagi meraikan pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang yang diceburi. Majlis anugerah cemerlang di sekolah-sekolah, sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja yang diadakan setiap tahun adalah antara contoh-contoh majlis-majlis anugerah yang positif.

Masakan tidak, kita meraikan para pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran dan menghargai para pendidik serta kakitangan awam yang bertungkus-lumus dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Hasilnya, tentulah kalau bukan semua, tetapi sekurang-kurangnya segolongan daripada mereka akan lebih bersemangat untuk terus menjalankan tugas masing-masing, sama ada belajar, mengajar atau mentadbir urusan-urusan am.

Sangat berbeza dengan AIM atau anugerah yang seumpama dengannya. Bukanlah bermaksud untuk menghentam habis-habisan majlis sebegini, tetapi sememangnya industri tersebut tidak perlu wujud ‘in the first place’!

Perlukah kita kepada “indusri-industri” sebegini? “Industri” yang menggalakkan pendedahan aurat, terutamanya aurat wanita, juga mempromosikan suara mereka yang sepatutnya ialah aurat. Bahkan, kini majlis-majlis berprestij itu dijadikan medan bagi pereka-pereka fesyen untuk mempromosikan rekaan-rekaan mereka di atas ‘karpet merah’. Suatu lagi industri yang tidak perlu tetapi malangnya semakin diminati dek dorongan yang diberikan secara tidak langsung.

Selepas ini apa pula? Adakah majlis-majlis anugerah industri seni tanah air akan membuka suatu bidang baru, misalnya menjadi medan ‘pertempuran’ penggunting-penggunting rambut profesional pula? Inilah ‘cendawan-cendawan’ yang tumbuh selepas hujan.

Rakyat Malaysia selalu bersuara mahukan kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran supaya ditukar kembali medium pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik kepada bahasa ibunda, iaitu bahasa Malaysia. Mereka mahukan supaya bahasa Malaysia dimartabatkan kembali di tanah air sendiri. Kita mesti mempunyai identiti sendiri, kata rakyat Malaysia.

Soalnya, mengapakah mesti mereka atau sebenarnya kita berdebat tentang isu-isu sebegini sedangkan gaya hidup masyarakat kini sangat cenderung ke arah barat?

Soal bukti, tidak perlulah diungkitkan lagi, sebab majlis-majlis yang dilabelkan ‘berprestij’ inilah merupakan antara bukti yang jelas rakyat Malaysia, terutamanya yang mengaku beragama Islam, sememangnya tidak sayangkan identiti sendiri. Majlis yang dikaitkan dengan “glam”/’glamorous’ dan ‘red carpet’ bukankah asalnya dari Barat?

Buat pengetahuan umum, sekarang ada satu rancangan realiti bernama “Worldstar Search” (kalau tidak silap) yang mencari model dan artis untuk diberikan peluang untuk ke Hollywood. Memang ramai yang menyertai rancangan tersebut di mana mereka akan diadili oleh beberapa orang juri di atas kriteria-kriteria tertentu sebelum mereka akan mara ke peringkat terakhir. Di penghujungnya, mereka yang ‘bertuah’ akan dapat pergi ke Hollywood. Sebenarnya, saya kurang pasti apakah motif rancangan ini. Apa-apa pun, para artis dan model yang saya tonton di kaca tv semalam kelihatan teruja kerana terpilih ke peringkat akhir. Teruja kerana dapat peluang untuk bertemu bintang pujaan mereka di Hollywood…

Jadi, kalau budaya sendiri tidak diangkat, buat apalah hendak berdebat isu-isu yang relatifnya kecil (seperti PPSMI) jika dibandingkan dengan isu kemerosotan akhlak ini.

Anehnya, kalau orang kata “kemerosotan akhlak” ataupun “peningkatan gejala sosial” semua orang akan marah. Tapi, apabila BENDA YANG SAMA tetapi kita cuma ‘rebranding’ sikit kepada AIM, Worldstar Search, OIAM dan lain-lain ‘brand’, diam seribu bahasa..

Inilah realiti negara Islam Malaysia..atas nama agama melalak tapi tidak bertindak, atas nama industri bisu dan dibiarkan, agaknya bunyi cengkerik di pagi hari pun lagi kuat.

Wednesday, April 29, 2009

Ilmu Hisab yang Menginsafkan - bahagian 2


Adakah anda masih berminat untuk mengetahui tentang ‘garisan yang misteri’ itu?

Baiklah. (sebab kesian punya pasal aku bagitahu la..)

Guna mata anda..dan pusing tapak tangan ke atas..dan..tada!
Dah nampak ‘garisan-garisan misteri’ tu?

Hehehe, saya minta maaf sebab buat anda saspen je.(ke korang dah agak dah??) Sebenarnya garisan yang saya maksudkan itu ialah garisan di atas tapak tangan kita.

Cuba perhatikan, dalam banyak-banyak garisan itu, ada beberapa garisan yang lebih jelas berbanding ‘calaran-calaran’ yang lain.

Sesetengah orang akan guna garisan-garisan atas tapak tangan manusia untuk menilik nasib dan masa depan mereka.

Pernah dengar tak, kalau garisan yang macam nombor satu tu, terus bersambung dari hujung ke hujung (maksudnya tak terputus), itu tandanya orang itu berjimat-cermat. Sebaliknya, kalau garisan ‘nombor satu’ itu Cuma sekerat jalan saje, maknenya orang tu seorang yang boros! (Habis tu aku ni borosla ye..)

Aku tak percaya yang nasib ataupun peribadi seseorang dicerminkan melalui tilikan tapak tangan ataupun kepercayaan tahayul lain yang seumpama dengannya.

Apa yang menjadi asas keyakinanku kini ialah semua yang berlaku dalam peredaran masa yang masih berjalan ini, semuanya, adalah dengan kuasa dan izin pencipta garisan-garisan ajaib di atas tapak tangan makhluk bernama manusia.

Semenjak aku belajar ilmu sains, atau lebih spesifik lagi, biologi, aku telah mengetahui bahawa hidupan bernyawa yang paling kecil ialah sel. Lantas, aku selalu membayangkan diriku..yang bermula dari bukan satu sel, tetapi percantuman dua sel berlainan jantina, yang mana dari pertemuan itulah..aku berkembang menjadi individu hebat serta berilmu yang berupaya menekan papan kekunci untuk menulis dan melakarkan bibit-bibit kehidupanku di atas skrin blogger.

Sepertimana yang selalu diulang-ulang di dalam Al-Quran, bahawa Allah SWT menciptakan makhluk-Nya dengan berpasang-pasangan, iaitu dari dua, barulah makhluk-makhluknya boleh berkembang biak di atas bumi ini. Sedangkan Dia, adalah Yang Maha Esa, hanya satu. Itulah bezanya kita dan Dia. Kita diciptakan berpasangan, haiwan juga berpasangan, bahkan pokok juga ada bahagian jantan dan betina, sedangkan Allah ialah Pencipta kita yang satu.

Tetapi manusia selalu alpa.


Selalu leka.


Terlalu bersuka ria.


Sehingga lupa pada pencipta.


Malah, terdapat golongan manusia yang menidakkan kewujudan Ilah. Bermula daripada teori evolusi Darwinisme, yang menyatakan bahawa hidupan terjadi secara “spontan” dan terus “berevolusi” dan akan “terus berevolusi” agaknya, sehingga bila pun tidak dinyatakan. Seperti tiada penamat. Padahal Charles Darwin sendiri sudah tidak wujud di dunia ini. Oh, ironisnya Darwinisme.

Oleh sebab itu, diriku percaya, bahawa garisan-garisan yang seolah-olah diukir di atas tapak tangan manusia itu, merupakan suatu bentuk peringatan. Peringatan bahawa adanya yang menciptakan kamu. Bahawa kamu tidak terjadi sendiri. Bahkan sangat mudah untuk hidupmu terhenti.

Justeru, jika kamu berasa letih dan kecewa dengan hidup di dunia ini ataupun sebaliknya berasa terlalu ghairah dengan kemewahan yang dimiliki, berehatlah sebentar, makan kit-kat dan lihatlah garisan-garisan di atas tapak tangan sendiri.


Kepada yang kecewa, janganlah cepat berputus asa, kerana sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang kafir.


Manakala kepada insan yang suka kepada wang dan segala kekayaan anda, sehingga masih merasakan tidak cukup lagi, ingatlah bahawa harta itu bukannya milik anda. Allah menganugerahi harta yang berlonggok-longgok itu ialah supaya kamu memberikan bahagian-bahagiannya kepada mereka yang berhak melalui kaedah zakat. Bukannya menyakitkan hati si fakir miskin dengan Mersedez Benz, banglo tiga tingkat dan kilauan cincin-cincin emas yang tersarung di jari-jemari anda. Ingatlah ada yang mengawasi, kalau bukan polis, pencuri. Kalau bukan pencuri..hmm..anda tentu tahu siapa lagi yang mengawasi, bukan?

Gunakan hanya 5 minit daripada 24 jam=1440 minit sehari untuk merenung tapak tangan sendiri. Gunakan juga kemahiran matematik anda dan silalah tambah. Kanan, 18, kiri pula 81..jadi jumlahnya...100! -1=99..hehe

Doa itu senjata orang-orang mukmin


Doa dipohon bukan dengan telinga..bukan dengan
perut..tetapi dengan menadah kedua tapak tangan..Sambil meratap dan mengharap, janganlah lupa untuk mengingati..pemilik nombor 99 ini..iaitu Penguasa Alam Semesta, yang memiliki 99 nama yang mulia.


Kalau benar kamu kasih pada-Nya..dengan spontan..bibirmu akan melekat pada garisan-garisan peringatan itu, bersama titisan-titisan air yang berjuraian dari mata..

Tuesday, April 28, 2009

Ilmu Hisab yang Menginsafkan-bahagian 1

Akhirnya. At last. Berkesempatan juga nak tulis blog.

Akibat terlalu banyak benda nak dibuat, tambah lagi aku ni seorang ‘master planner’, wah, memang hebat satu hari ni!

Cuci tandas (rajinnya), sapu sampah, makan pagi, tengok tv, solat, basuh kain, jemur kain, baca novel (aik?)..

Itu nak buat. Ini nak buat. (padahal benda-benda biasa je..kuang3x)

Oklah. Ape-ape pun sempat jugak menceriakan blogku ini dengan bahasa dan tulisanku yang sungguh berseni, kucar-kacir dan kepasaran. (tak payah cari, takde dalam kamus dewan punye..)

Sebenarnya, buntu jugak memikirkan apa yang nak ditulis. Apa yang nak dikongsi. Sebab dah lewat ni. Lagi 20 minit masuk hari yang baru.

Fikir punye fikir, punye fikir…punye fikir..

Tiba-tiba…

Garisan.

Ya. Itulah yang ingin saya kongsikan pada malam ini tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Garisan.

Tapi, bukan sebarang garisan. (hohoho..misteri tak?)

Kalau bercakap pasal garisan, para peminat seni, pelukis terutamanya, meeesti suka. Saya tahu, sebab masa sekolah menengah dulu pernah belajar Pendidikan Seni. Iya dong, pendidikan seni, sewaktu aku berada di tingkatan 1, dong.

Teman-teman sekalian, kalau mahu tahu, perkara pertama sekali yang diajarkan oleh guru ialah ga ri san. Cikgu menyuruh kami melukis seberapa banyak jenis garisan yang dapat kami temui. Bingung sekali aku dibuatnya. Apa ini? Belajar garisan? Budak-budak kecil pun tahu dong! Hmm..tetapi selepas itu, bila sudah dewasa sikit, baru aku faham dan sadar bahawa bila mana seseorang pelukis itu bijak memanipulasikan garisan, wah, bisa kaya dirinya! Boleh jual lukisan hingga berjuta-juta ringgit..eh..rupiah! Ya, apa boleh buat, itulah seni. Memang aneh sedikit bidang seni ini.

Baiklah, mari kita pulang ke Malaysia. Garisan yang ingin saya ceritakan bukannya garisan yang dipelajari di dalam bilik-bilik seni. Tetapi, garisan ini sebenarnya, dimiliki oleh semua orang! Ya, bahkan setiap garisan ini unik dan tidak sama antara satu individu dengan individu yang lain!
Semakin misteri nampaknya..hahaha...

Anda mahu tahu apakah garisan ini? Mahu?

Jawapannya...tunggu besok sajalah..aku nak tidur dah..hehehe

Monday, April 27, 2009

Susah Senang dalam Kematian





Bahagia hidup di dunia...seperti tiada nilainya pabila mengenangkan tujuan seterusnya



Dalam kehidupan adakalanya kita jatuh. Kemudian kita bangun semula. Ada kalanya kita susah dan ada masanya kita senang. Itulah kehidupan.

Ironi sekali, kematian juga begitu.

Sedangkan kehidupan..dan kematian..adalah dua perkara yang bertentangan antara satu sama lain. Malah mereka ini adalah ‘musuh’ sejak azali lagi kerana sifat semula jadi masing-masing yang saling bertentangan.

Hidup. Bererti dapat menarik nafas sedalam-dalam yang kita mahukan. Bererti otak masih sihat mengawal atur proses-proses metabolik dalam badan. Bererti jantung masih kuat mengepam darah dengan kekuatan yang setanding enjin yang memacu kereta-kereta di jalanan.Bererti dapat berjalan, berlari, makan, minum, pendek kata apa sahaja yang kau mahukan, dapat dilakukan!

Oh, hebat bukan kehidupan ini?

Tapi, bagaimana kalau saya beritahu anda bahawa segala keseronokan hidup yang anda kecapi sehinggalah saat ini, akan hilang dalam masa 24 jam lagi?

Saya tidak merepek. Tidak. Malah apa yang saya sedang perkatakan ini telah terjadi, dan mungkin sedang terjadi ketika ini, dan sudah pasti bakal terjadi.

Iaitu semua yang hidup PASTI MATI.

Baiklah, mungkin bukan 24 jam lagi, tapi adakah kita tahu tepat pukul berapakah Izrail akan datang menjemput kita? Lebih tepat lagi, menjemput roh kita ke alam seterusnya? Di mana di sana kita akan menjalani dan ‘menikmati’ suatu lagi tempoh, tempoh penantian, sebelum tiba Hari Yang Dijanjikan itu.

Tidak boleh bukan? Tiada siapa pun yang dapat meramal tentang ajal, baik ajal sendiri, mahupun ajal orang lain.

Bilakah aku akan mati?
Di bumi manakah aku akan disemadikan?
Dalam keadaan apakah aku mati?
Adakah aku mati dalam keadaan yang hina ataupun dimuliakan?
Apakah sebab aku mati? Sakit, ditembak, ditikam, atau mati mempertahankan negara?

Semuanya soalan. Tiada satu pun jawapan.

Tapi, ada satu perkara penting di sini. Iaitu kita semua akan mati.

Senang sahaja kan, untuk sebut “mati”?

“Matilah kau, anak tak guna! Menyusahkan mak bapak! Baik kau tak payah hidup
dalam dunia ni!!” (Contohnya)

“Aah, pergi mampus la dengan kau punya nasihat tu! Yang kau sibuk tu kenapa? Tak ada kerja lain ke?”(Contoh lagi)

Kan, senang sangat kalau hendak sebut perkataan “mati” ini.

Apa lagi yang “senang” kalau disebutkan bab mati ini?

Hendak matilah, senang. (Apa ni??) Tak, maksudnya, mudah sahaja untuk seseorang manusia atau sesiapa sahaja makhluk bernyawa untuk menemui mautnya.
Tarik picu pistol, dah boleh bunuh orang. Ambil parang tetak kepala orang, tambah lagi seorang jenazah. Sampaikan saya pernah terbaca dalam satu buku cerita detektif, pembunuh guna daging lembu yang beku sebagai alat pembunuhan! Keras sangat sampai boleh dibuat pemukul kepala. Kreatif juga, kan pembunuh itu?

Itu baru mati sebab dibunuh. Ada banyak lagi sebab kematian. Misalnya wabak penyakit. Wabak ialah penyakit yang berjangkit, ertinya ia boleh merebak dengan sangat cepat di dalam suatu komuniti itu sebelum kita sempat berbuat apa-apa. Semalam, dalam warta berita dilaporkan tentang kumunculan wabak “selsema babi” di Mexico yang telah pun meragut beberepa puluh nyawa. Sesiapa sahaja yang baru pulang dari melawat Mexico telah disuruh untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di negara masing-masing, untuk mengesan adakah mereka juga terkena wabak itu. Ini merupakan langkah berjaga-jaga kerajaan agar virus selsema itu tidak merebak ke seluruh negara, jika benar ada yang telah membawa masuk virus itu (secara tidak sengaja). Sekarang, satu dunia dalam keadaan berjaga-jaga, terutamanya Asia kerana rantau ini pernah dilanda ‘sepupu’ wabak itu beberapa tahun sebelum ini iaitu selsema burung.(H5NI)

Alangkah mudahnya mati?

Tapi hakikat mati hanya ashab al-kubur sahaja yang tahu. Dan Allah SWT tentunya.

Peritnya rasa apabila roh sedang berpisah dengan jasad, dari kaki, pusat, dada, tekak dan sebagainya, tidak tergambar rasanya. (Maaf, saya kekurangan ilmu) Kita, orang-orang yang menziarahi mereka yang sedang nazak, hanya dapat melihat dari tepi dan tidak mampu hendak memahami keperitan azab yang sedang dilalui. Bukankah ada riwayat mengatakan sakit mati itu hanya satu persepuluh daripada kesakitan melahirkan anak? Jika begitu, dapatkah kita bayangkan apabila sakit ibu-ibu melahirkan digandakan sepuluh kali ganda dan diletakkan atas kita sekaligus pada satu saat, yakni saat malaikat Allah Izrail a.s menarik roh kita? Sedangkan sesetengah lelaki bergelar suami pun pengsan ketika menemani isteri mereka bersalin, inikan pula wanita. Bukan ingin mengatakan wanita lemah, tetapi hakikatnya memang begitu. (Hahaha..ape ni??)

Jadi, untuk mati senang tetapi menghadapi mati..cukup susah. Apakah kita sudah bersedia? Dalam mungkin…24 jam lagi?
Semoga bertemu kembali, dalam 24 jam lagi. Mungkin. (",)

Saturday, April 25, 2009

Excruciating Origin

Did you ever wonder where the word "excruciating" originates from? Excruciating carries the meaning of "extremely painful" according to Oxford Advanced Learner's Dictionary, 2000 Edition on page 456. Hmm..nice page number, don't you think? 456, an easy number to remember..as I hope we will all remember the origins of the word "excruciating".

A few weeks ago, Christians celebrate the Holy Week, which is a whole week of commemorating the events that lead to Jesus's death and resurrection, based on my understanding.

The Holy Week started with Palm Sunday, where Christians remember the Sunday on which Jesus triumphantly enters Jerusalem. I don't know of any special or specific events on the the Monday, Tuesday and Wednesday leading to Maundy/ Holy Thursday. But on Holy Thursday, they believed was the day of the Last Supper, before Jesus was to die the next day, which they named Good Friday. Then on the coming Sunday Jesus came to life, which is called Easter Sunday. Do you know of "Easter Bunny" or "Easter Eggs"? Yup, it's actually a celebration based on the Easter Sunday, the day Jesus was 'resurrected'. (And I used to like to celebrate easter..)

Ok, after all that talk about the Holy Week, "excruciating" still isn't on the screen, right?

All right, here comes the "excruciating" aka extremely painful part.

The word "excruciating" literally means "out of crucifying". In Christianity, their believe is that a Holy son of God, Jesus, had to sacrifice himself so that the sins of everyone on this planet will be redeemed. What is the method of this so-called sacrifice? Jesus was nailed on a big cross and left to hang there until he died. This is called "crucifixion".

Crucifixion dates back to the Roman Empire where it is used as a death penalty, reserved for the worst criminals.

What I want to emphasise here is the reality of crucifixion. Do we really know how it really feels to be firstly, NAILED onto a pole/stick, then have the pole stuck upright on the ground WHILE WE'RE STILL STUCK TO IT? Well, not us, but whoever is being crucified.

In Islam, we believe that it was not Prophet Isa a.s who was crucified. Instead, it was another person who, by the power of Allah, suddenly attained Prophet Isa's face.

But the point is, have we ever wondered what's it really like for the person who is being crucified?

While I was checking my mailbox, I found this amazing article entitled "The Scientific Death of Jesus" by Dr. Mercola. http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/04/09/The-Scientific-Death-of-Jesus.aspx

In brief, the article tells in a scientific perspective of the pain that Jesus endured during the crucifixion period. You can check out the article in full in the link above complete with a video clip.

However, I would like to point out a few details that I feel I should share as a muslim.

No.1 I had always thought that 'Jesus' was nailed ON THE PALMS. But, in that article, it said that in fact, Jesus had been nailed through HIS PULSES. (Between the bones of radius and ulna, at his wrist, I think) Because, if the nails were hammered through his palms, the flesh of his palms would SIMPLY TEAR OUT DUE TO THE BODY WEIGHT. (Tangan akan terkoyak sebab tak dapat menampung keberatan badan) So, even Christians themselves don't really know the facts about their belief, because it shows on the many crucifix (the statue of a cross with the body of Jesus on it) that they made. Usually, the nails are on his palms. Or there were simply no nails at all.

No.2 The pain was not only due to having nails hammered onto the palms, but also the effect of being hanged onto a pole. On the cross, the person must use his back muscles in order to keep breathing, because the torso was being pulled down by gravity and thus cannot function normally. (Try imagining) Also keep in mind that both feet are also nailed together on the cross. Therefore, the person is supporting his body weight with (gulp) his feet while trying to breathe at the same time. Now, do we realize the painful "experience" of the crucified?

No. 3 In the article it is also mentioned that Jesus shed EVERY DROP OF BLOOD from his body until there was no more blood in his body that he started to pour liquid from the nailholes. It lasted for almost three hours. Only then, did he died.

We should not limit crucification in terms of Christianity only. Did you know that Japan also

practiced this form of punishment during the Meiji era?

Crucifixion in the Meiji era

And..do you know that even NOW some countries have this sort of punishment written in the law of their country? Iran, is one of the countries still practicing crucification based on the interpretation of this Quranic ayah :

'The punishment of those who wage war against Allah and His Messenger, and strive with might and main for mischief through the land is: execution, or crucifixion, or the cutting off of hands and feet from opposite sides, or exile from the land: that is their disgrace in this world, and a heavy punishment is theirs in the Hereafter.' Surah 5:33

I'm not saying Iran is cruel or anything. That is their country and their law. Furthermore I am also a muslim, so I believe in the Quran. And, I also do not know what sort of crimes are punishable by crucification in the country. It could be the crimes are so evil that the only deterrent would be some kind of likely punishment.

Having said all of the above, I would like to share my personal view on this matter.

Ok. Firstly, I believe that it was not Prophet Isa a.s that had been crucified, as Christians do. I believe it was one of the people that Prophet Isa was sent as a Prophet, the same as Prophet Muhammad was sent as the Last Prophet and for all mankind that was on the cross at the time. In the Quran, it is told that the Jews changed the words of the bible/Injil to suit their own demands. It is also told that Prophet Isa never claimed to be the son of God and only came to bring his people back towards prostrating to the only one God there is which is Allah and to do good as well as avoiding sins. He was a messenger, just like every other messenger before him and the one last messenger after him.

Yet, look at what has prevailed. There are many religions across the world. Two dominant religions are Christian and Islam. When there should only be one. Because the essence of both religions is the same! The only difference is that Christians never accepted Nabi Muhammad as the Last Prophet. Thus, we are two, when it should only be one.

The person who Cristians thought was Jesus, was one of the many humans who wanted to kill Prophet Isa a.s. Alhamdulillah, Allah the Almighty had saved him from the painful death on the cross. The people of Prophet Isa a.s rejoiced for they thought they had killed the messenger of Allah. When they had only killed one of their own, without knowledge of course.

I feel that whoever was on the cross at the time had suffered unimaginable pain. Imagine plotting to kill one man, when suddenly you yourself was being captured instead! Imagine the confusion of that man! He must have said, "No, I'm not Isa you fools! I'm one of you! You've got the wrong person!" And in the end, nobody listened to him because little did he know, his face was the face of Prophet Isa a.s. There he was, nailed on the cross, with his own people jeering happily before him. What could have been his last thoughts? Did he finally admit that there is no God but Allah, and that Prophet Isa is His Messenger..? Only Allah knows. Even if that were his last thoughts, he no longer had the life to tell his people.

Alhamdulillah, thank you Allah, for saving your Prophet Isa from the excruciating death he could have had. Perhaps, one day, we might be able to see him..when the end draws near.

Sources:
http://en.wikipedia.org/wiki/Crucifixion#Cross_shape
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/04/09/The-Scientific-Death-of-Jesus.aspx
http://www.entourages.com/barbs/holyweek.htm








Friday, April 24, 2009

Ayuh, Mari Berpesta!!

Dalam dunia ni ada berjenis-jenis pesta. Pesta makan semestinya. Pesta tari-menari pun ada. Pesta berkaraoke pun ada. Pendek kata, macam-macam jenis pesta ada. Dan semuanya mestilah memerlukan tenaga, baik daripada pihak penganjur mahupun para peserta pesta. Pagi tadi aku telah berpesta dengan tiga orang member yang namanya tidak akan disebutkan di sini demi melindungi hak-hak peribadi. (tah hape-hape ntah)..Seronok gua cakap lu..

Cup! Jangan fikir bukan-bukan! Kami pergi pesta buku la.. KLIBF 09-Kuala Lumpur International Book Fest 2009 dekat PWTC.

Waaah..banyak betul penerbit media bercetak kat situ. Memang meriah. Nak buku ape, cakap..eh, cari je, meesti ada. Buku latihan UPSR, PMR, SPM, STPM dan apa2 lagi jenis peperiksaan ada kat gerai-gerai Sasbadi dan Pelangi. Oh, Fajar Bakti pun ada kot..tapi tak sempat nak pergi 'usha'..banyak sangat. Banyak buku dan sudah tentunya ramai juga manusia yang bertandang. Masing-masing datang dengan tujuan tersendiri. Remaja, tengok novel-novel cinta. 'Businessman' belek buku-buku 'management'. Ibu-ibu tengok buku-buku masakan, resepi kuih-muih dan buku-buku sulaman manik. (Tapi ada jugak yang bukan mak tapi dia teringin nak beli buku2 camtu..hehe) Bapak-bapak tengok majalah-majalah sukan dan automobil.

Fuh..KLIBF tu ambik 'space' sampai tiga tingkat. Dekat tingkat atas sekali ada dijual buku keluaran penerbit luar negara macam buku-buku 'medicine', 'dentistry', 'nursing' (farmasi takde la pulak). Harga pun murah sikitla daripada biasa. Sahabat-sahabatku tadi..tak saaabaar nak beli buku-buku itu..sampai nak juling biji mata. (mata diorang, bukan mata aku..kih3x) Agaknya kalau ada kredit kad, dah angkut satu kedai tu..(melampau gile..) Tapi, takpela..tak boleh beli, boleh pegang pun dah kira 'best'la tu.. 'Last-last' sekali kitorang dapat FREE A4 PAPER.. pak cik India tu kasi kitorang 'flyer' kedai dia banyak-banyak supaya bos dia ingat dia buat kerje dia dengan 'excellent'nya...huahuaha...Dia cakap bawak balik la 100 flyer..buat conteng2 tulis nota...

Mula-mula aku tak cadang nak beli ape-ape (yela tu) teTAPI..akhirnya aku aku beli 4 buku dan sedikit majalah..hmm..memang seronok dapat tengok buku banyak-banyak macam tu..banyak kitab-kitab agama..rupa-rupanya masyarakat Melayu ni prihatin juga hal-hal agama..ramai yang membelek buku-buku agama..baguslah tu..

Bila sampai rumah, wadus..penat bangat sih. Nak tidur awal la malam ni...

Kepada sesiapa yang belum berkunjung sila lah pergi, hari terakhir hari Ahad ni..

p/s: esok pukul 5-7 ptg Habiburrahman el-Shirazy nak dtg..

p/p/s: terjumpa sepupuku Adibah..what a nice surprise..

Thursday, April 23, 2009

Some Recent News Mainland and Abroad


Assalamualaikum.


(yawn)..I feel like a lion resting in an African desert..his mighty jaws wide open due to the semi-sleepy state just after dawn.. He looks up..and a group of birds soar into the wide blue sky.

Guess what they say is right, "The early bird catches the worm". Guess they're just going to get they're worm then..(yawn)


That's right. I'm one sleepy lion. Cause this lion's on holiday...kekeke


It's been two months now, my holiday, that is. So, I've got at least another two months before I'll be on the go again.. yes sir..ry . I bet things will be real rough at Kuantan..


People always..always..always say..that you only appreciate things when they're gone. When I'm too busy even to take a nap, I'll complain that I done have enough holidays.

But..but..(shakes my head), when the hols finally DO come, what did I say?

Come on.. can anybody guess?? I'll treat you a cornetto! (hehehe)


Alright, time's up! No cornetto for you guys!..


Well, you know how teens are..whoops! We're not teens anymore.. I forgot. A lot of my friends are already celebrating their 20th birthday.


WOW. The big 2 0. That's 2 in front. Soon it'll be 3 in front..and 4...and 5...and..and..soon I'm going to hear, "Grandma Timi!!" (kekeke)


Yikes! Anyway..what was I going to talk about?


Right. When I really get the chance to stretch my legs, I found that there was nothing much to do. (sigh) And you know what? I wish the holidays are OVER so that I could start learning again. Ha ha..what is this, some kind of joke? No..no..no..it's just something called the "boredom symdrome". Yeah, it hits me ALL THE TIME.


Anyway, with all this bountiful time I've got, I've resulted to reading the newspapers regularly, well, almost. And lately I loved to watch live news, to catch up on what's going on in Malaysia as well as around the globe. In fact, I've practically read every page and column on the newspaper. In Malay you call it "khatam"..


Let me try to recall recent events...


Firstly, there's the recent and ongoing war in Sri Lanka. It looks like the government's military plan to destroy the LTTE(Liberation Tigers Tamil Eelam, i think) once and for all. International agencies are calling for a ceasefire so that the trapped civilians might get treatment. But, it seems they won't stop until LTTE's leader is either caught or killed. Tens of thousands of innocent people lost their homes and had to move due to the "war". I guess it's a civil war.


Our Indonesian counterpart are having their elections, giving a chance for new leadership to take over. So far, SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) is leading.


Back in Malaysia, a variety of events are taking place.


Does the word Penanti ring a bell?

Yes, the contoversial resignation of Mohamad Fairus Khairudin as DPM 1 has opened the road for ANOTHER by election, after the three previous ones we just had. The government is saying that it's a waste of people's money. PM also decided that BN will not contest IF a by election is held. On the other hand, some people are saying that BN are afraid they would lose again, just like in Bukit Gantang and Bukit Selambau. The EC(Election Commission) is yet to decide whether to hold a by election or not.


We also seem to be having a 'series' of express bus crashes lately. The most recent involved a double-decker bus in which 6 were killed. After investigations, it was revealed that the driver had many summones and even arrest warrants, all for speeding. If I'm not mistaken, the co-driver also got summones for speeding as well.

Looks like Malaysia is not learning from past experience. "Pisang tidak berbuah dua kali", but Malaysians are certainly 'letting' bananas fruit more than once.


What else? Well, there's the ONE MALAYSIA concept. It's been pretty much highlighted by various streams of media. There are already songs on the TV about One Malaysia barely a week it was introduced by the PM, not to mention headlines in the newspapers. I bet talk shows will take on the idea next. Maybe in Hujah, every Tuesday night, tv9. (9.30pm)


Well, that's about it, besides the sports section. Rafael Nadal once again championed the tennis tournament he was in. King of Tennis then..and Roger Federer's in a bad time in his career right now, maybe that's why he decided to tie the knot recently! Yes, he got married recently, to whom, I'm not sure. Chelsea made a major comeback under new coachmanship, Guus Hiddink. (Though I prefer Liverpool). A pity Liverpool got bashed by Chelsea. As for Man U..well the Red Devils still have a chance of winning the Premier? League.. It's pretty unfair because their team is pretty invincible, with Wayne Rooney and Rio Ferdinand, and of course Christiano ronaldo..


Well..so much for news..





Wednesday, April 22, 2009

Earth has a TWIN!


Earth has a twin? What ever could that mean??


Hold your horses, everybody, because the scientist have found a planet that is almost similar to our home planet. They say it is life-inhabitable. You know, because there are enormous protions of water and that the planet is neither too far away nor too near from the nearest star, so that the water is not too hot that it evaporates, and not too cold that it becomes ice. Conclusion, that planet's water is in liquid form.


Gliese 581e. That's what they're naming Earth's "twin". Not very catchy though (chuckels)


Gliese 581e is not in our solar system. In fact, it was very recently( i think it was yesterday, while we were sleeping) found to be 20 1/2 light years away from Earth. Sooo..it..is..quite far.. Doesn't seem possible to visit it yet..unless you're superman..


You should go read this news report at Yahoo! - http://news.yahoo.com/s/ap/20090421/ap_on_sc/eu_britain_new_planet


It's really cool that scientists have found Earth-like planets. I wonder how big the universe really is..


Terapi Manual Magnetik


Akupunktur..hmm..yang itu dah biasa dengar.

Refleksologi..pun dah selalu sangat dengar. Dekat supermarket pun banyak je pusat-pusat refleksologi, urut kaki, urut tapak tangan, nak urut badan pun boleh.
Tapi aku takkan pergi mana-mana pusat mengurut atau SPA..sebab..aku tak tahan geli..!

Kalau orang urut sikit pun dah terhinjut-hinjut tahan gelak..tak boleh nak bayang apa akan jadi kalau aku pergi SPA..mesti orang lain ingat aku ni pelik..takpun orang gila..hahaha

Pagi tadi aku tonton MHI lagi. Kebelakangan ini aku selalu tengok MHI la. Tapi, bagus jugak MHI ni..jadi pendorong aku untuk bangun awal..hehehe..
Sebab tajuk-tajuk yang dikupas memang 'best'.

Ehem, aku pun boleh tengok Ally Iskandar...
(Aku baru kenal yang mana satu Ally..)

Ok2. Sebenarnya aku nak berkongsi satu tajuk yang menarik yang dibincangkan pagi tadi.
Tajuknya "Terapi Manual Magnetik / Magnetic Manual Therapy".
Tak tahulah sama ada ni bidang yang masih baru di dunia, tapi rasanya baru nak bercambah kat Malaysia. Bersama MHI ialah Encik Shamsul. Dia dijemput untuk berkongsi teknik rawatan alternatif itu.

Apa sebenarnya teknik yang digunakan untuk merawat pesakit-pesakit En. Shamsul ni?

Kata En. Shamsul, dia menggunakan teknik mengurut untuk mengawal cas-cas dalam badan supaya kesakitan akan hilang. Tapi dia menegaskan, dia cuma boleh merawat simptom2 dan bukan puncanya. Lagipun, punca sesuatu penyakit itu mungkin banyak, tidak terhad kepada satu2 punca sahaja.

Tapi, boleh percaya ke ni?? Boleh ke 'main-main' dengan cas dalam badan boleh melegakan kesakitan badan? Macam ada 'superpower' pulak En. Shamsul ni..

Hmm..mengenai persoalan ini, En. Shamsul menjawab,
"Saya telah menjalankan kajian klinikal selama hampir 12 tahun. Melalui rawatan yang saya jalankan ke atas pesakit2 saya, telah terbukti keberkesanan teknik ni dan saya juga menjumpai titik-titik di mana saya namakan "titik magnetik"(kalau tak silap, salah sori ye En. Shamsul) yang akan saya urut dan saya dapat kawal cas-cas elektrik(supaya seimbang kembali kot)".
Bila difikirkan, ada betulnya. Sebab sains memang telah membuktikan bahawa dalam badan manusia memang wujudnya cas-cas elektrik, iaitu hasil penghantaran dan penerimaan impuls dalam sel-sel neuron. Hmm, menarik kan?

Tambah En. Shamsul lagi, hasil kajiannya selama 12 tahun itu, dia mendapati "titik-titik magnetik" yang dijumpainya lebih tersusun dan lebih sistematik berbanding titik-titik akupunktur yang bertaburan secara rawak. Dia tunjukkan gambar yang dibawa bersama ke MHI, ada gambar perbandingan titik magnetik dengan titik akupunktur. Memang nampak titik magnetik lebih tersusun, seolah-olah kalau kita buat satu garisan menghubungkan antara titik-titik itu, kelihatan macam buruj pulak. Buruj pun kita 'imagine' ada garis yang menghubungkan antara bintang-bintang yang bertaburan kan?

Pengubat rawatan alternatif ini turut menyatakan bahawa dia telah dan masih menulis buku-buku mengenai Terapi Manual Maknetik ini, terbitan sendiri rasanya.

Kalau nak mengetahui lebih lanjut, bolehlah melawat website ini : http://www.medicmassage.net/
ataupun nak 'calling-calling' terus pun boleh: 019-3808132 (En. Shamsul)
Selamat berjaya, En. shamsul. Saya rasa ini satu bidang yang menarik untuk diceburi..