Thursday, August 26, 2010

Malam Ni Raya!

Hah?

Biar betul ni??

Anak bulan pun belum muncul lagi, tiba-tiba saya cakap malam ni raya?



Ya ummu hurairah, adakah engkau terlalu excited untuk menyambut raya?
Sampaikan engkau lupakan Ramadan yang masih ada?

Astaghfirullahal azim...

Malam Raya = Malam dirai

(tersenyum)

Wahai sahabat2ku sekalian,

Tak semestinya hari raya ialah Hari Raya Aidilfitri . Bukankah kita juga mempunyai satu lagi hari raya, iaitu Hari Raya Aidiladha? Yang itu pun kita namakan "hari raya" jugak kan?

Pernahkah kita fikirkan; kenapa?
Kenapa yang di bulan Syawal dipanggil "hari raya", dan di bulan Zulhijjah juga ada juga "hari raya"?

Haa..jawapannya (tapi ni bukan skema ye, tak semestinya jawapan saya ni 100% betul; ini cuma pandangan peribadi) ialah...ianya peristiwa yang kita raikan.

Suatu keraian.

Suatu perayaan.

Suatu yang kita nanti-nantikan...

Yang dinanti pada bulan Ramadan

Jadi, cuba sahabat2 fikirkan...ada tak apa2 peristiwa yang kita nanti-nantikan, pada bulan Ramadan yang mulia ini?

Solat sunat tarawih?
Alhamdulillah jika kita ternanti-nantikannya.

Tapi, solat sunat tarawih dilakukan setiap hari, sepanjang bulan mubarak ini. Jadi, dengan berlalunya masa, 1 ramadan, 2 ramadan, sehinggalah ke malam2 seterusnya, ianya menjadi suatu kebiasaan (insya-allah) bagi umat muslimin di seluruh dunia. Jaaadi, pada pandanganku, ianya lama-kelamaan menjadi suatu yang sudah lagi tidak dinanti.

Bukannya saya bermaksud meremehkan kelebihan dan keindahan solat sunat tarawih itu..tidaklah. Mana ada. Mana mungkin.

Fikirkan lagi wahai para sahabatku.

Apa lagi yang istimewa pada bulan Ramadan yang indah ini?

Lailatul qadri?

Masya-allah. Alhamdulillah. Baguslah, dan bersyukurlah jika kita mengingati, malah merindui lailatul qadar.

Lailatul qadar...
Sememangnya kemuncak segala malam pada bulan Ramadan.
Satu malam, tetapi Allah subhanahu wa taala merahmati umat muslimin dengan menjadikannya senilai dengan 1000 bulan!

Dalam bahasa mudahnya;

1 malam al-qadar = 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan

Subhanallah. Maha Suci Allah.

(Menarik nafas)

Hebatkan?
Hebat tak lailatul qadar?
Bukan..bukan..sepatutnya; hebat kan Pencipta lailatul qadar?

Ya sahabat2 yang dirahmati Allah Taala,

Tidakkah kita merasakan betapa Tuhan itu sayangkan kita? Tidakkah terasa lagi, kasih sayangnya pada kita? Tidakkah terzahir lagi, nikmat dan rahmat ar-Rahim kepada hamba2Nya?

1 malam para sahabatku.
Adakah sampai 24 jam?

Tidak sampai 12 jam pun, bukan?

Baiklah, dalam masa tidak sampai 12 jam, kita dianugerahkan 83 tahun 4 bulan (lebih kuranglah). Berapa jamkah 83 tahun dan 4 bulan?

24 000 jam.

Maka, kita ganti masuk kedua-dua formula di atas maka jadilah formula terulung;

1 malam = 24 000 jam.

Hebat tak?
Tak rasa lagi..?
Kenapa tidak?

Rasa2nya...adakah seluruh hayat kita akan sampai 83 tahun dan 4 bulan?

........

Wallahu`alam (Allah Maha Mengetahui).

Setiap makhluk bernyawa ada ajal masing2.
yang bezanya cuma kita tidak tahu, awalkah, atau lambat sedikit kah?
Waktu mudakah, atau waktu rambut semuanya berwarna kelabukah?

Ingatlah; Nabi Muhammad SAW pun wafat pada usia 63 tahun.

Ini sebagai contoh, kematian seorang manusia. Agaknya...ummu hurairah bilakah?

Agaknya...para sahabat ummu hurairah, bilakah?

Seistimewa Lailatul Qadar

Dah berjela pasal lailatul qadar, rupa2nya, malam raya pada kaca mataku, bukanlah malam 1000 bulan itu.

Lailatul qadar memang istimewa.
Tapi, 1 drawback/kelemahan.

iaitu: Tiadalah di dalam pengetahuan seorang manusia pun, akan bilakah sebenarnya malam itu akan hadir.

Sekurang-kurangnya, tiadalah di dalam pengetahuan manusia yang masih bernadi.
Rasulullah SAW memang tahu...tapi, demi kebaikan umat baginda, baginda merahsiakan tarikh sebenar malam itu.

Satu klu baginda SAW ialah; carilah lailatul qadar pada 10 malam yang terakhir.
Insya-allah, mari kita sama2 nantikannya.

Ya ikhwan, wa akhawat,

Sebenarnya saya masih belum mendedahkan "Malam Raya" yang saya asyik sebut-sebutkan ni. (leceh bebenor nak menunggu ye :) ) Bersabarlah wahai sahabatku, sesungguhnya sabar itu sebahagian drpd iman. (cewah, tetibe pulak kan~ haha)

Ok2.

Sebenarnya semua orang ada pandangan masing2. Cuma saya mohon, janganlah sahabat2 sekalian mentertawakan saya, walaupun tidaklah sampai ke cuping telinga saya, tapi saya ttp berharap agar kita sama2 menghormati pandangan masing2. (senyum)

Sahabat2 yg di dalam ingatan, (bukan dalam kenangan ye)

Setiap orang ada suatu yang istimewa di hati masing2.

Saya juga tidak terkecuali.

Apatah lagi pada bulan yang penuh barakah ini, lagilah dekat di hati saya, dan anda semua juga semestinya. (tersenyum lagi)

Dan apakah yang membuatkan Ramadan begitu dekat di hati saya?

Sudah tentulah kerana ianya satu peluang untuk lebih mendekatkan diri kpd Pencipta.

Sahabat2 tahukan, yang Allah Taala memandang tinggi ibadah puasa, malah memilih puasa secara spesifiknya, sebagai suatu ibadah yang hanya untuk Dia?

Apabila kita bersolat, solat itu ialah untuk kebaikan diri kita, agar kita sentiasa mengingatiNya.

Apabila kita besedekah, insya-allah pahala itu untuk diri kita, sebagai bekalan untuk ke syurga insya-allah.

Apabila kita memberi nasihat yang baik, maka nasihat itu berguna untuk orang yg kita nasihati dan juga berguna, sebagai muhasabah/renungan diri sendiri jugak.

Tengok, semua ibadah lain, semua kebaikannya untuk diri kita.

Tapi, puasa, Allah berfirman di dalam hadis qudsi;
"Semua amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu bagi-Ku. Dan Aku yang akan memberikan ganjarannya."
(drpd Abu Hurairah, riwayat imam Bukhari dan imam Muslim)

Allah.

Allah kata, puasa itu untuk Aku.

Kalaulah seorang hambaNya yang berasa dirinya sangat hina lagi fakir, maka sesungguhnya hatinya akan melonjak kegembiraan mendengarkan kata2 Tuhannya ini, kerana akhirnya, dirinya yang hakikatnya fakir di hadapan Penciptanya, dpt juga memberikan sesuatu 'hadiah' untuk Tuhannya.

Alangkah beruntungnya hamba2 Allah yang diberikan hidayah kepadanya.

Puasa.
Bulan untuk berpuasa.
Itulah keistimewaan Ramadan.

Akan tetapi, kenapa saya menyebutkan "malam raya"?

Ya, dengan berjela-jelanya saya telah menyebutkan antara lain kelebihan, keistimewaan Ramadan, yang saya tahu, dan saya lihat.

Tapi, saya masih belum membukakan kepada para sahabat, apakah "malam" yang dimaksudkan?

Malam apakah yang begitu istimewa, sehingga ummu hurairah menyifatkan ia seperti "malam raya"?

Malam apakah yang begitu menggembirakan hati ummu hurairah, sehingga gembiranya dia seperti sudah sampai malam 1 syawal?

Malam apakah yang begitu dinantikan...begitu diraikan...begitu dialu-alukan oleh ummu hurairah, si penaip warkah maya ini?

Ya ikhwan wa akhawat yang kucintai di jalan Allah,

Itulah malam..nuzul Quran.


Firman Allah,

"(Puasa itu) pd bulan Ramadan yg diturunkannya Al-Quran pd bulan itu utk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk yg membezakan antara yg hak dgn yg batil..."

Al-Baqarah: 185

Malam Al-Quran, kalamullah diturunkan.

Malam kalam cinta Tuhan kepada manusia ciptaan-Nya diturunkan ke langit dunia dengan izin-Nya jua.

Inilah malam yang kuraikan.

Inilah malam yang kunantikan, tidak kurang penantian seperti ternantinya aku mencari al-Qadar.

Inilah malam yang menggembirakan.

Inilah Malam Raya buat ummu hurairah, hamba Allah yang tercari-cari Tuhannya, di segenap ceruk langit dan bumi.

Bukanlah aku ingin melihat Zat-Nya, maha Suci Allah. Tidaklah mampu kornea kecilku menangkap keagungan Zatmu ya Rabb.
Akan tetapi, aku sentiasa dapat 'melihat' Engkau, walau di mana jua kedua kakiku membawaku menjelajah bumi-Mu.

Ku terlihat pepatung, maka aku 'nampak' Engkau.

Ku terlihat pokok semalu, maka aku teringat pada Mu.

Ku teruskan penglihatan ke bawah, ke arah debu, pasir dan tanah...dan aku terkenang kehinaanku.

Bahawasanya...
aku daripada itu.

Asalku drpd tanah, yang aku pijak2 setiap hari itu.
Yang berada di bawah tapak kakiku itu, itulah aku.

Dan bahawasanya aku drpd air yang terpancar...
lalu Engkaulah yang memperelokkan penciptaanku, maka jadilah rupaku sempurna seperti yg kutatap di cermin pada setiap hari.

Wahai Tuhan,
Sesungguhnya aku belajar semua perkara ini, tidak lain tidak bukan, dari kalam-Mu.

Dari Al-Quran ya Rabb.

Dan bahawasanya aku bersaksi, bahawa Al-Quran,

ialah sebenar-benar mukjizat..mukjizat Nabi Muhammad bin Abdullah SAW.

Dan bahawasanya, Muhammad SAW tidak mungkin menuliskan Al-Quran.
Kerana padaku, tiada kitab lain yang menyerupai, walau satu zarah pun, dengan Al-Quran.

Jika benar Muhammad SAW menulis, mengarang sendiri Al-Quran, maka terangkan kepadaku;
mengapa hatiku tidak terasa perasaan yang sama kuat magnitudnya ketika membaca Al-Quran, mengapa tiadanya perasaan yang sama itu, tatkala aku membaca hadis2 baginda SAW...?

Jelaskanlah padaku...
kenapa tidak sama...
sedangkan jika benar baginda 'pengarang' Al-Quran, kenapa dengan membaca hadis Nabi SAW, tidak dapat kugantikan nikmat membaca Al-Quran kpd hatiku?

Kenapa tak sama...sedangkan ianya dari sumber yang sama?

Jelaskanlah padaku, wahai orang2 yang bersangka-sangkaan kpd Muhammad SAW yang di luar sana...

Kerana itulah, kerana luar biasanya kesan Al-Quran itu kpd hatinya, ummu hurairah memandang malam ini, malam 17 Ramadan 1431 H, sabagai malam raya buat dirinya.

Kerana meraikannya jugalah, dia(saya) berusaha juga mencoret warkah di ruang mayanya, sebagai sedikit tanda keraiannya pada malam nuzul Quran.

Dan, kerana ingin berkongsi sedikit...peristiwa yang dirasakan cukup istimewa, maka dirasakannya perlu untuk menulis juga, walaupun sekejap, sbagai perkongsian buat sahabat2 yang teristimewa di hatinya...

17 Ramadan 1431 H

Kira2 beberapa jam selepas isyak

Inilah dua, antara banyak firman Ilahana yang Allah tujukan khas buatku, pada malam ulang tahun nuzul Quran...yang paling menyentuh qalbi (hatiku)...

Firman Allah

"Wahai manusia! Telah dibuat satu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dpt menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu utk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak akan dpt merebutnya kembali dr lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah."

(Al-Hajj :73)

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk kamu di dlm agama. (ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu org2 muslim sejak dahulu. dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat, dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dialah sebaik-baik pelindung dan penolong."

(Al-Hajj :78)

Allah Berkata-kata kpdmu, Kalaulah Kamu Mendengarkan





Sahabat2,
sebelum saya menoktahkan ayat terakhir, saya ingin berkongsi pengalaman iaitu, Allah Taala sebenarnya 'berkata-kata' kpd kita, melalui Al-Quran.

Ustazah saya suka berkata, "Perasan tak, Al-Quran seolah-olah menjawab apa yg di dlm fikiran kita waktu tu, sama ada ada sesuatu yang membebankan fikiran, ataupun yang menggusarkan hati, membuat kita tak tenteram, Al-Quran macam tahu2 je, nak 'cakap' apa, supaya kita tenang semula."

Maksudnya, Allah Taala yang menggerakkan hati kita untuk membaca Al-Quran waktu tu. Allah yg menggerakkan tangan kita utk membuka muka surat2 tertentu. Bagi saya, itu tandanya Allah sayangkan kita, dan ingin mengajarkan kita suatu ilmu baru yg kita tak tahu lagi sblm ni.

Jadi, ayat2 surah al-Hajj, yang saya 'kebetulannya' terbaca pada malam ni, sebenarnya sangat tepat dengan peristiwa2 yang berlaku kpd diri saya sejak akhir2 ini. Peristiwa2 tu, tak perlulah saya ceritakan kat sini, kang bila pulak nak habis bebelan ummu hurairah ni. (senyum)

Yang penting, ingatlah; Allah tidak pernah melupakan kita, sebaliknya kitalah yang melupakan Dia.

Kalau kita rasa jauh dengan rahmat Allah, rasa hidup ni susah, tak cukup masa nak study, sempit fikiran, sempit dada, mungkin itu tandanya kita dah terlupa sesuatu yang penting kpd diri kita.

Kalau tak percaya, cuba berbalik kpd Tuhan, kata orang, jaga waktu solat, kurangkan bergosip/chatting/mengumpat (susah kot nak katakan "No to gossip!" 100% :) ), selalu telefon mak ayah (jangan asyik ingat mak atau pak lagi satu yang ade we kat blkg tu )..pendek kata buatlah kebaikan, iaitu perkara yang Allah suka.

Tengok2, nanti, tiba2 rasa hidup ni seronok, rasa langit tu sangat luas, rasa ada masa nak study dan still ada masa nak meronggeng..hmm. Kan lain rasanya? Jadi, di mana titik perubahan yg crucial tadi? Ingat Allah.

Ingatlah Allah. Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.
Yang menurunkan Al-Quran.
Rahmatal lil `alamin (sbg rahmat utk seluruh alam).

Selamat Hari Raya. Mohon maaf zahir dan yang batin. :)

Monday, August 23, 2010

When Ramadhan Flies

If before I thought only planes, birds, and flies can fly...

Well..

They can still fly. (smiles) Of course all those things can fly. My thoughts didn't change.
They just went through minor adjustments; which is the addition of - even months can fly.

Yup.
Even things never born with wings can fly. Just look at us. Can't we fly? Hey, haven't you ever heard of Kent Clark? Yaah, the somewhat nerdy clerk who turned out to be a superhero who has incredible strength and yes, the ability to fly. There you have it - a flying man. (When you put it that way, "superman" doesn't seem super at all..haha..)

Allright2. Superheroes are fantasy. Fantasy is fiction. Something that you can make up.

But really, humans can fly.
Well, maybe not naturally, but with the aid of technology, we didn't just fly, we even shot through the atmosphere and into space! Whoa...

Now, don't you think that something not born with wings can also fly?
why not? We have proved ourselves wrong, time and time again.

Sometime ago, a bleeding person in war would have died instantly, because there was no technology or medicinal advancement to help save him. But now, even patients diagnosed with cancer can still have some chance of prolonging his life, a chance that our great-great-great.....grandpas and grandmas didn't have.

Truly, we continue to surpass our own limitations, time and time again.

(where in the world am i going with this???)

Anyway, i just wanted to say that, of course, even Ramadhan can fly.

Perhaps a better way of saying this would be; time flies too.

Starting from 30

While most muslims would count the days of Ramadhan from 1,2,3 and so on, I prefer to start counting backwards. In other words, it's a countdown.

Not that I am so eager to see Syawal that I am willing to let Ramadhan pass! Of course, Hari Raya Aidilfitri is a special event all muslims look forward too. It is a festivity. It is a celebration. It is the day we have won the battle against our nafs (easy translation:lust). Our nafs of eating too much for our own good, our nafs of sleeping too much, also too much for our own good (a good example is mua/me hehe), our nafs of being angry without a reasonable cause. The list goes on.

So, when Raya finally comes, of course I too am happy, because I have managed to hold back my many forms of nafs (every human has one nafs, but it is in many forms), bi iznillah (with Allah's permission). It is something that our prophet Muhammad SAW encourages his ummah to do. To be happy and joyful after Ramadhan has ended.

But my countdown is not for this joyous occasion.
No, it is not.

In fact, I am sad.

My dear sahabahs,
I feel...sad, because I know, that Ramadhan will soon come to an end.

Perhaps some of you, my dearest sahabahs, feel that it is still early, as today is only 13th of Ramadhan 1431 H. But then again, may you share what it is in my heart and soul...the sadness that we feel together, thinking that:

"Yes, 13th. There is still 14th, 15th, until 30th insya-allah.
But then, what comes after 30th?
It comes back to 1.
1 syawal."

Syawal...

No longer ra.ma.dhan.

When will it come again?

When will it come back again?

When will Ramadhan...come flying back to me..to us again?

And if Ramadhan is indeed like a boomerang, it will surely come back again.

But the real question is...will we?

Will 'our' time become a boomerang too?

Or will Izrael a.s, the malaikah (angel) of death, visits us first, before Ramadhan comes flying back to us?

Oh Ramadhan,
I pray we will meet again

If not in this lifetime,
Then perhaps the next.

Illal liqo' ya Ramadhan. (until next time, oh Ramadhan)

Wednesday, August 11, 2010

As-Saum: Antara Kaca Mata Makhluk dan Khaliq

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat sejahtera serta rahmat Allah dan barakahNya, kpd kamu semua.
Itulah mafhum/maksud kpd ucapan salam yang kita ucapkan kpd setiap muslim yang kita temui, sama ada di pertengahan jalan hendak ke suatu destinasi, ataupun ketika hendak masuk ke rumah/bilik seorang muslim, sebagai tanda meminta izin kpd pemilik bilik/rumah, supaya dia perasan akan kehadiran kita.

Seorang sahabat mengajarku tidak lama dulu, bahawa tanda atau cara muslimin menunjukkan kasih sayang kpd muslim yg lain ialah dengan cara di atas; yakni menyebarkan salam sesama kita.

...

Tahukah kamu, saya sebenarnya tak reti sangat nak menyebarkan kasih sayang dengan cara yang dianjurkan Rasul kita ini? Kelakar bukan? (pelik sebenarnya..) Pelik, tapi benar. Saya tak reti..ataupun mungkin tak biasa memberi salam sebagai tanda sayang kpd muslim yang lain. Kalaupun terjumpa di pertengahan jalan, entah kenapalah berat sangat lidah ni nak mengucapkan walau salam yang paling ringkas; "Assalamualaikum". Seolah-olah nak beri, tapi tersekat di celah2 kerongkong ni haa..(membebel sorg2)

(senyum) Pelik kan? Kadang2 walaupun terhadap sahabat2 yang sangat saya kasihi...saya tak mampu. Dalam hati, saya rasa malu. Hish! Sebenarnya ni malu tak bertempat namanya! Tapi..itulah kekurangan yang saya cuba perbaiki. Doakanlah agar saya mampu menzahirkan rasa kasih terhadap saudara seagama dgn cara yang sangat digalakkan oleh Rasul SAW ini.

Walaupun tak boleh secara lisan, sekurang-kurangnya di sini, saya dapat juga menzahirkan rasa sayang kepada kamu semua, yang sedang membaca saat ini. Mungkin kamulah tempat saya berlatih menzahirkan kasih sayang.. (macam pelik je ayat ni..hmm)

Baiklah, sudahlah dengan mukadimah yang jauh terpesong dengan tajuk..

Jika tadi saya menjelaskan maksud ucapan salam, kini izinkan saya menjelaskan maksud "as-Saum".

As-Saum (alif lam sod wau mim) atau pluralnya as-Siam (alif lam sod ya' alif mim) bermaksud: puasa. (maaf jika as-siam bukannya plural as-saum - sesiapa tlg betulkan saya) Mudah je kan? As-saum ni ialah perkataan Arab yang bermaksud puasa dalam bahasa Melayu.

Allah Taala, Tuhan kita berfirman, mafhumnya;

"Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas org2 sebelum kamu; mudah-mudahan kamu bertakwa".
-surah al-Baqarah: 183 -

Wahai sahabat2ku,

Tidakkah kita mendengar? Mendengar apa? Mendengar ayat2 yg lisan kita sendiri melafazkannya..

"Ya ayyuhallazina aamanu = Wahai org2 yg beriman"

Tidakkah kamu mendengar kata2mu sendiri? Hakikatnya ianya kata2 Allah Taala, akan tetapi bukankah kita sendiri yg membacakannya? Jika kita sombong (na'uzubillahi min zalik - kami mohon perlindungan Allah drpd itu) dan tidak mahu mendengar firman2 Allah, apakah kita masih boleh mentulikan telinga terhadap kata2 yang kita sendiri lafazkan? Tidakkah bodoh namanya, tidak mendengar apa yang lidah kita sendiri mengucapkan..?

Tetapi kebanyakan manusia tidak mahu memikirkan...

Wahai sahabat2ku yg dikasihi Allah,

Dalam firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 183 ini, Tuhan kita menggunakan kalimah "orang2 beriman" untuk merujuk kpd muslimin muslimat dahulu, kini dan yang akan dtg. Allah Taala menggunakan kalimah yang cukup lembut untuk memberitahukan perintahNya kpd kita, yakni wajib bagi setiap org yang mengaku dirinya muslim, supaya berpuasa. Mengapakah Allah Taala secara spesifiknya menggunakan "org2 beriman"? Kenapa Allah tidak berfirman sahaja, "Wahai org2 Islam"?

Pada pandanganku, mungkin terdapatnya kaitan antara iman dan puasa. Memang kita sendiri tidak dpt mengetahui, adakah kita tergolong dalam kalangan mukmin (org2 beriman) atau adakah kita ini dalam kategori muslim sahaja?

Buat pengetahuan sahabat2, muslim itu bererti menyerah diri kpd Allah. Bererti apabila kita mengaku diri ialah muslim, bermakna kita menyerahkan diri, kehidupan, kematian, segala masa, usaha dan tenaga, hanyalah untukNya. Bererti, kita bertawakkal dan redha dengan setiap takdir yang telahpun ditetapkan olehNya. Bererti, pada akhirnya, kita yakin penghujung "jalan kehidupan" dunia ini hanyalah satu; iaitu untuk kembali menemuiNya.

Sedangkan iman hanya akan datang selepas kita muslim. Kerana itulah dikatakan, seseorang yang muslim tidak semestinya seorang mukmin. Tetapi seorang mukmin pasti ialah seorang muslim. Ringkasnya, mukmin ialah satu tahap, tinggi sedikit di atas muslim.

Sahabat2 yang dirahmati jasmani dan rohani,

Saya tidak maksudkan firman Allah Taala di atas hanyalah utk segolongan drpd kita sahaja.

Bukan.
Bukan untuk yang mukmin sahaja.

Maha Suci Allah, Dia Maha Penyayang, ar-Rahim.

Sesungguhnya kita biasa mempunyai perasaan sayangkan sesuatu/seseorg bukan? Sayangkan mak, ayah, kucing, motor dsb.

Tapi, tidak mungkin kasih sayang kita terhadap benda2 tersebut, dapat menandingi kasihNya kpd kita.

Ya Allah...sesungguhnya barangsiapa yang berkata, "Kasih sayangku terhadap keluargaku, guru2ku, sahabat2ku melebihi kasih sayang sesiapa jua di bumi ini." Maka sesungguhnya...dia telah silap. Silap. Silap. Silap.

Sesiapa yang berkata begitu, maka sesungguhnya, dia belum benar2 merasai hebatnya...lazatnya...Maha Besar lagi Maha Agungnya kasih Allah Taala kepada hamba2Nya.

Sahabat2,

Saya tidak percaya Allah Taala pilih kasih terhadap hamba2Nya.

Kalau Allah begitu, sudah lama saya terpinggir drpd hidayahNya.

Sudah lama Bilal bin Rabah yang berkulit hitam tersisih drpd kasihNya.

Tetapi lihat. Lihat apa yang diberikanNya kpd hamba2Nya!

Bilal bin Rabah sahabat yang dekat dengan nabi Muhammad SAW, penghulu semua nabi. Beliau mendapat anugerah mengumandangkan azan sewaktu detik2 awal kelahiran Islam. Apa lagi anugerah yang lebih besar, selain dpt bersahabat dan hidup bersama Rasul Allah SAW serta bersama2 baginda mengembangkan ajaran Islam? Beritahulah pada saya...apa lagi yang lebih besar drpd itu...

Allah...tidak pernah memandang rupa paras sebagai tanda utk diberikan anugerahNya. Kamu tahu apa yang dilihat dalam pandanganNya?

Hanya satu.

Itu. (menunjuk)

Yang berdegup dalam dadamu itu.

Ya, yang itu. Yang berdegup, yang satu yang berdegup dalam dadamu itu, ya mukmin.

Ya ayyuhallazina aamanu!

Allah Taala sebenarnya memanggil hati2 kamu!

Dia menunggu hati2 kamu, supaya beriman kpdNya. Itulah yang Dia maksudkan dengan firmanNya "Wahai org2 yang beriman".

Dia tidak kisah, kamu itu muslim atau mukmin. Jika pada pengetahuanNya kamu mukmin, alhamdulillah, ayatNya ini pasti memberikan kegembiraan kpd hati2 kamu. Tapi, jika pada pengetahuanNya kamu muslim, maka inilah seruan/perintahNya dgn cara yang amat halus dan berlemah lembut.

Allah menyeru kamu, mengajak kamu supaya masuk dlm golongan org2 yang beriman! Allah Taala menunggu kamu ya ayyuhallazina aamanu! Apa lagi yang kamu tunggu? Allah sedia menantimu. Sesungguhnya Dia telah sedia menantimu sejak sebelum lagi turunnya ayatNya ini, sebelum 1400 thn yg lalu lagi! Dan saya meyakini, Dia tetap menunggumu, walaupun sehingga ke akhir hayatmu..

Wahai sahabat2ku,

Ramadhan.
Telah tiba.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Allah Taala menantimu sewaktu Ramadhan ini.

Hari ini pembukanya. 1 Ramadhan. Kamu tahu tinggal berapa lagi?
Sama ada 28 atau 29 hari sahaja lagi.

Soalan saya kepada kita semua: Kita mahu tunggu sampai bila untuk menyahut seruan Allah ini? Sampai Ramadhan ke berapakah kita hendak menunggu, barulah kita bersungguh mengejar pahalaNya? Sampai bilakah...Allah harus menunggu kita...untuk masuk ke dlm golonganNya yang mukmin?

Allahu akbar.

Wahai sahabat2,

Sekarang tibalah kita ke inti perkongsian. (dah nak habis, baru sampai kpd intinya ye)

Ilmu baru yang saya dapat drpd usrah dan juga petikan drpd majalah Solusi isu 12.

Hakikat dua pandangan berbeza, tentang satu perkara yang sama...

Marilah kita sama2 hayati; As-Saum, antara kaca mata makhluk dan khaliq (pencipta)...

...............................................................................................................................................................

Kata Siti kpd Aminah, "Eh, aminah, ko nak tau satu cerita tak?"

Aminah: Ape dia yg mcm best ko nak cite tu?

Siti: Tadi kan, dalam lecture hall...bla3...

1/2 jam kemudian

Siti: bla3...titik. Eh, apasal ko senyap je minah?

Aminah: Takdela..aku khusyuk dengar cerite ko tu...

(Sebenarnye Aminah cuba menahan nafasnya, lantaran nafas Siti yg sebenarnya sedikit berbau disebabkan dia berpuasa. Tapi demi menjaga hati Siti, Aminah menyembunyikan perasaan sebenarnya tu)

Ha..sebenarnya, personally, saya pun rasa nafas saya berbau waktu puasa. Tak tahu kenapa, mungkin itu bau mulut kerana penuh dgn air liur sepanjang hari, dah tu tak dapat nak cuci dengan cara minum air kosong, kalau kumur banyak2 kali, makruh pulak. (pebende yang aku ngarut ni..)

Takpelah. Itu semua pendapat masing2 kan. Pendapat sesama makhluk.
Ha, nak tahu apa pendapat/pandangan Khaliq pula?

Samakah pandangan Khaliq dengan makhlukNya? Adakah Allah juga memandang mulut org2 yg berpuasa itu sedikit busuk atau berbau?

Marilah kita sama2 hayati cebisan hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim ini:

"Demi Allah yg diri Muhammad di tanganNya, bau mulut org yg berpuasa bagi Allah lebih harum drpd bau kasturi...."

Subhanallah.

Anda semua pernah bau kasturi tak? Saya tak pastilah bau kasturi tu macam mana. Macam limau kasturi ke? Entahla..yang pasti baunya pasti wangi, kerana Allah membuat perumpamaan "lebih harum drpd kasturi".

Saya rasa nafas saya berbau waktu puasa. Kalau nak bercakap pun, kena kurgkan bukaan mulut tu...haha. Tapi, Khaliq kata, "bagiku, mulut org yg berpuasa lebih harum drpd kasturi."

Memang hakikatnya takde pun keluar bau kasturi. Tak percaya? Cuba suruh kawan anda bukak mulut pastu hembus. Haaahh..pastu korang pun sedut udara macam tak pernah disedut sebelum ni...apa rasa? (ketawa) Ha..memang berbau. Cuma, di sini betapa Allah memuliakan puasa dan org2 yg berpuasa dengan perumpamaannya itu.

Itu yang pertama. Pasal bau mulut.

Yang kedua ialah pandangan terhadap ibadah puasa itu sendiri.

Sahabat2,
bagi kitalah, apa maknanya kita berpuasa?

Sebagai tanda ketaatan?
Sebagai tanda sayang?
Sebagai tanda syukur?

Mungkin lebih kurang begini jawapan2 para hambaNya. Mungkin salah satu. Mungkin salah dua (rosak bahasa ...). Atau mungkin ketiga-tiganya.

Namun ya sahabat2ku,
tiada satu pandangan ini yang dapat menandingi pandangan Khaliq.

Apakah makna puasa bagi Khaliq?

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda:
"Allah telah berfirman, 'Semua amalan anak Adam adalah baginya (bagi dirinya) kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu bagiKu dan Aku yg akan memberi ganjarannya....."

Telitikan hadis kudsi ini.

Allah berkata, "puasa itu bagiKu". Kenapa Allah single out puasa sebagai satu2nya ibadah yang khas, hanya untukNya? Bagaimana dengan solat, membaca al-Quran, bersedekah dll yg tidak kurg mulianya juga di sisi Allah? Kenapa puasa? Ada apa dengan puasa, sehinggakan Allah berkata sedemikian rupa?

Jawapan untuk persoalan ini, telah pun diberikan oleh Kak Sarah, naqibah/pemimpin usrahku. Katanya,
"kalau ibadah2 lain mcm solat, baca Quran, sedekah, semua amalan2 tu zahir pada pandangan orang. Tapi, puasa, misalnya puasa sunat, tidak ada siapapun yg tahu kita berpuasa, melainkan Allah. Melainkan kalau kita sendiri yang beritahu org kita berpuasa. Selain drpd tu, hanya Allah yang tahu niat kita berpuasa keranaNya."

Haa..bestkan penjelasan ni?
Ni pun kali pertama saya mendengar hadis ni, dan tahu pula maksud di sebaliknya. Rasa sangat bertuah sebab tahu ilmu baru ni, apatah lagi, Ramadhan datang kembali. Alhamdulillah, Allahlah yang menentukan segala sesuatu.

Sahabat2,
inilah sedikit sebanyak perkongsian ilmu yg dpt saya berikan. Saya pun berkongsi ilmu drpd org yg lebih berilmu. Bahagia bukan, jiwa2 kita, apabila mengetahui, yang Allah begitu memandang mulia ibadah puasa.

Allah Taala berfirman; semua. Semua amalan anak adam yang lain ialah untuk dirinya. Bahkan solat sekalipun. Solat yg begitu mendekatkan diri kita kepadaNya, masih dikira sebagai amalan untuk diri kita. Dan bukan khas untuk Allah.

Bila difikirkan balik, solat itu menenangkan jiwa yang gusar atau marah, mengembalikan kekuatan tubuh yg letih dan mengingatkan kita kpdNya. Ketenangan, rejuvenasi tenaga, serta ingatan kpd Tuhan, semua itu keperluan kita sebagai hambaNya. Jadi, betul bukan kata Allah, semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya, ....kecuali, PUASA.

Sahabat2,
Tidakkah kita berasa seronok? Akhirnya...finally, ada sesuatu yg boleh kita berikan kembali kepada Allah, di atas segala nikmat kurniaanNya. Memanglah...mana boleh disamakan nilai satu hari berpuasa seorang hamba, dengan satu hari kurniaan nikmat Tuhan. Tak sama. Tapi, sekurang-kurangnya, at least, ada juga suatu...'hadiah' yang special, yang kita boleh bagi pd Allah.

Sesama manusia tak nampak. Betapa besarnya nilai puasa itu. Tapi, Khaliq memandang mulia nilai puasa itu, dan Dia berkata, "Puasa itu untukKu. Dan Akulah yang akan memberi ganjarannya."

Maksud "Dan Akulah yang akan memberi ganjarannya" kata Kak Sarah, Allah sendiri yang akan memberi pahalanya. Allah memberi jaminan, pahala puasa, Dia sendiri akan beri. Kak sarah menambah lagi, pada hari kiamat, hanya pahala puasa yang tidak akan terusik. Pernahkan, kita mendengar yang orang2 yang kita berbuat dosa padanya, akan datang menuntut pada hari kiamat, dan pahala yang susah payah kita kumpulkan, akan diberi kpd org yg menuntut itu, setelah diadili. Maka, pahala kita akan semakin berkurangan...dan berkurangan...lalu, apakah yg tinggal? Adakah waktu tu, kita tunduk sambil berjuraian air mata, mengenangkan tiada lagi peluang ke syurga?

Saat itu, siapakah lagi yg dpt menolong?

Saat itu...datanglah PUASA.
Datanglah pahala amalan puasa menyelamatkan kita.

Perhatikanlah sambungan hadis Nabi riwayat imam Bukhari dan imam Muslim tadi,
"Demi Allah yg diri Muhammad di tanganNya, bau mulut org yg berpuasa bagi Allah lebih harum drpd bau kasturi. Dan untuk orang yang berpuasa mendapat dua kali masa gembira, iaitu ketika akan berbuka puasa dan ketika ia menghadap Tuhan, akan teramat gembira menerima pahala puasanya."

Jadi sahabat2, bergembiralah dengan rahmat yg Allah berikan kpd kita dalam bentuk 30 hari Ramadhan penuh barakah ini, dan sebarkanlah berita gembira ini kepada setiap saudara Islam yang kita ingati. Jika mereka sudah pun mengetahui akan kemuliaan puasa di sisi Khaliq, maka tidak salah bukan, mengingatkan kembali berita gembira ini, buat kesekian kalinya.

Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat buat org2 yg beriman.

Katakanlah kpd sahabat2 kita semuanya,
"Khaliq memberikan khabar gembira buat kita! Berupa Ramadhan, 30 hari, 720 jam, 43 200 minit, 2 592 000 saat! Saat yang penuh kemuliaan dan barakah! Ayuh, jangan siapa pun ketinggalan dalam merebut kemuliaan Ramadhan! Jadilah org2 yg berjaya..."

Selamat menghidupkan Ramadhan wahai sahabat2ku di jalan Allah...



p/s: mendapat inspirasi daripada solusi isu 12 m/s95, iklan rancangan tanyalah ustaz tv9, serta perkongsian ilmu Kak Sarah (semoga diberkatiNya, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. ameen).

Sunday, August 1, 2010

Indahnya Bergurukan Solat

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? (~sihat..)

Alhamdulillah..dah makan? (~belum)

Hahaha..itu semua jawapan saya..saya sihat tapi belum makan. Aduhai, janganlah jadi macam saya, makan tak teratur lagaknya, nasib baik badan ni masih sihat dalam jagaan Allah Taala.

Sahabat2, makan tu biar ikut waktu. Dan anda semua tahukan yang waktu mana makan paling harus dijaga? Ya, bijak2! Waktu sarapan pagi, kerana ketika itu badan kita/perut kita lebih tepat lagi, dalam keadaan kosong. Sedangkan kita akan memulakan satu lagi hari baru, juga ialah penghidupan baru (jadikan hari ini lebih baik daripada semalam :) ), maka sudah tentu kita memerlukan tenaga. Macam motosikal kamu wahai ikhwan sekalian, kalau kosong, takde minyak, tak jalan kan? Akhawat pun, kalau ada motor atau kereta, van ke, lori ke apa2 saja yang makan minyak, sama jugalah kan? (ketawa sorang2)

Tunaikanlah hak badan kita. Kerana sesungguhnya tubuh kita mempunyai hak ke atas kita. Makannya, minumnya, mandinya, rehatnya, semuanya harus dijaga. Bukan sekadar roh sahaja yang berhak mendapatkan santapan rohani, tubuh jasmani juga kena dijaga hak2nya. Barulah kita menjadi insan yang seimbang, dan diharapkan dengan keseimbangan elemen2 seorang insan itu, maka akan seimbanglah perbuatannya, serta amalannya, untuk dunia dan juga akhirat. Insya-Allah.

Sahabat2, ikhwan dan akhawat yang kukasihi, dan dikasihi Allah tentunya,

Hari ini...pada pagi yang serba lengkap nikmat kurniaan Ilahi (Tuhanku), Ilahana (Tuhan kita), ingin sekali saya berkongsi suatu saat atau ketika, yang berlaku tepat seminggu yang lalu, iaitu pada malam/ pagi Ahad, di sebuah rumah Allah Taala di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Saat ketika...sekumpulan hamba2Nya mengikhlaskan hati menemuiNya, semata-mata kerana inginkan keredhaanNya, keampunanNya, kasihNya.

Saat di mana Allah berbangga, yang terungkap melalui kataNya, "Lihatlah hamba2Ku itu, ketika manusia lain enak dibuai mimpi, mereka bangun menunaikan solat pada tengah malam keranaKu. Lihatlah mereka..!" *

*Kata2 ini saya rasa drpd sebuah hadis kudsi (hadis yang mengungkapkan kata2 Allah Taala), tapi benar2 saya mohon maaf kerana saya tiada kepastian tentang sumbernya. Saya cuma pernah terdengar ataupun terbaca di mana2, dan ianya sangat terkesan di hati, sehingga meninggalkan ingatan hati yang abadi..kerana ialah kata2 Rabb kepada hamba2Nya, sebagai galakan untuk terus memberi cinta kepadaNya)

Sahabat2,

Allah Taala berbangga dengan hamba2Nya yang bangun malam kerana ingin melakukan solat keranaNya. Sehinggakan Allah berkata sendiri, kepada penduduk langit dan bumi (kalau tidak silap) seperti di atas.

Tapi.

Itu tidak bermakna hamba2Nya harus berbangga.

Bahkan!

Terhapuslah segala pahala yang dijanjikan Allah kepadanya, kerana perasaan riak telah hinggap pada hati2 mereka!

Beringatlah, bahawa Rasulullah SAW berpesan,
"Tidak akan mencium bau syurga, orang yang di hatinya mempunyai walau sekelumit pun rasa riak".

Dan lagi,
"Tidak akan masuk syurga orang yang mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan riak."

Sahabat2,
awaslah. Awasilah hati2 kita, daripada berperasaan riak, sombong, ujub, takabbur dan adik-beradiknya yang lain. Janganlah begitu. Berusahalah mencari sifat ikhlas dalam setiap perbuatan / aktiviti seharian. Memang. Bukan senang. Iyalah, cakap memang senang.

Tapi sahabat2, siapa kata hendak masuk syurga itu kacang/senang? Sudah tentu, syurga yang penuh kenikmatan itu, bukan mudah untuk dimasuki. Jadi, sudah tentu kita wajib bersusah payah sebelum diberikan the ultimate ganjaran. Jadi, semoga hati2 kita sentiasa ringan melakukan apa saja kerja, kerana Allah Taala. Ameen.

Malam 25hb Julai 2010 = 13 Sya'ban 1431 H

Malam yang aman. Damai. Yeye, memanglah aman = damai. (ketawa sorang2 lagi..)

Sungguh, hatiku menikmati saat2 seperti ini. (Semoga segala kata2ku terpelihara drpd riak dan takabbur.) Jika ada orang mengatakan aku riak...aku juga tidak tahu. Aku tidak tahu. Tiadalah dalam pengetahuanku akan keadaan hatiku. Tidaklah dpt aku membelah dadaku sepertimana Jibril a.s membelah dada kekasihku Muhammad SAW...tiada upayaku seperti itu. Maka keadaan hatiku tiadalah terlihat oleh diriku, mahupun orang lain.

Sungguh, hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui isi hatiku. Perasaan hatiku. Maka, aku berserah diri kepadaNya. Biarlah Dia yang menentukan hukuman/balasan untukku. Aku tidak akan berkecil hati. Bagaimana mungkin aku berkecil hati dengan Yang telah memeliharaku selama hayat dikandung badan? Bagaimana mungkin aku berkecil hati dengan ar-Rahman war Rahim? Bagaimana mungkin aku berkecil hati dengan Tuhan yang kucintai..?

Aku tidak mahu berdusta.

Seperti kaum2 yang terdahulu. Apakah aku tidak memikirkan? Bukankah Allah Taala mewahyukan kisah2 mereka kpd Nabiku Muhammad SAW? apakah aku tidak mahu mengambil pengajaran? Sungguh, termasuklah aku dalam orang2 yang rugi, jika aku enggan membuka mataku, pendengaranku, hatiku kepada wahyuNya, wahyu samawi (wahyu dari langit).

Maka, aku tidak mahu membohongi hatiku, diriku sendiri. Bahawa sesungguhnya...hatiku pada malam itu...benar2 aman. Damai. Seperti ada sesuatu yang membuai2 hatiku. Dan aku percaya, itulah Allah. Yang berkuasa membolak-balikkan hati hamba2Nya.

Pada malam itu, Allah Taala mendamaikan hatiku. Dengan iman yang diletakkan dalam hatiku, dan keluargaku, guru2ku, sahabat2ku, hendaknya. ameen.

Jiwa2 Yang Bangun

Subhanallah. Maha Suci Allah, yang menghimpunkan hamba2Nya, yang merinduinya, dalam sebuah rumahNya di bumi Kuantan ini. Pada malam itu, kusangkakan hanya teman2 satu universitiku yang datang meramaikan, tapi rupa2nya, ada juga dari uitm, ump..? tidak pasti-mungkin ada tapi tak kenal..dan institusi pengajian tinggi yang lain, yang aku tidak kenal namanya. (ahh..haha jahil lagi) Ada juga yang datang nun dari kuala lumpur..subhanallah. Itulah kuasa Allah, dalam pandangan hambaNya yang percaya kepada kekuasaanNya itu. Allah menghampirkan hati2 yang sama niatnya, insya-allah. Iaitu berhajat bangun malam menemui cinta kami.

Bahagianya jiwaku. Dikurniai kebahagiaan berlipat ganda. Kerana apa? Kerana dapatku menatap wajah2 kekasih Allah yang lain, yang satu akidah, satu pegangan, satu kepercayaan denganku.

Betapa indahnya hatiku, kerana memikirkan ramai lagi saudara2ku sebenarnya yang merindui ilahana..maka tidak ku berasa keseorangan lagi.

Berasa rapat, malah kukuh, dengan kehadiran mereka di sisi.

Ku tatap lagi wajah mereka, walau sesetengahnya tidak kukenali, dengan sepuas hati. Sungguh, hatiku benar2 puas pada malam itu. Bahkan, jika tidak keterlaluan, kepuasan itu masih kekal dalam hatiku, hingga saat ku menaip bait2 kata ini...Allah, panjangkanlah kepuasan ini, sehinggalah hari kiamat. dan luaskanlah kepuasan ini, kepada mereka2 yang mencarinya dan menginginkannya. ameen. jadikanlah ia seperti air yang mengalir, tidak pernah berhenti. ameen.

Bertemu Sifu Solat

Sifu Solat?? Hahaha..bukankah sifu itu maknanya guru? Ya, sahabat2, Inilah inti kepada luahan hati saya pada hari ini.

Pada malam penuh barakah, penuh kedamaian, penuh kepuasan hati itu, saya telah menambah seorang lagi guru, iaitulah As-Solah/solat.

Kenapa saya merujuk kepada solat sebagai guru? (tersenyum)

Sahabat2,

Kalaulah antum(kamu semua) mengetahui, betapa hebatnya pengajaran yang kuperoleh pada malam itu...
Marilah bersama saya dalam mempelajari semula, apa yang sifu solat ajarkan saya pada mlm 13 sya'ban itu.

Sahabat2,

Percayakah anda, apabila saya melafazkan, saya belajar erti ukhuwah di dalam solat?

Ya, saya tidak berbohong. Solat..hanya dengan solat..telah mengajar saya erti persaudaraan yang sebenar.

Kalau antum tak percaya, cubalah ke masjid, dan dirikanlah solat jemaah dengan seikhlas mungkin. Mudah-mudahan, sifu solat akan mengajar kamu pula-rahsia ukhuwah fi sabilillah (di jln allah)

Apapun, biarlah saya kongsikan serba sedikit yang saya fahami tatkala solat pd mlm itu.

Oh Tuhan, saat bahu2 kami bersentuhan....
Ya Tuhan. Hanya bahu. di kiri, dan kananku...
Tapi Tuhan...sesungguhnya Engkau mengetahui, bahawa hampir tubir mataku pecah kerana sentuhan kanan dan kiriku itu.

Orang lain mungkin mentertawakan aku, kerana kata2ku ini. Biarlah, apa aku peduli. Kerana aku telah mendapat sesuatu yang lebih berharga drpd dunia dan isinya.

Aku mendapat pengajaran ya Tuhan.
Saat bahu2 kami bersentuhan, aku teringatkan Nabi dan para sahabatnya. Pasti Nabi SAW menyuruh para sahabatnya merapatkan saf, dan luruskan saf2 itu. Mungkin...tidak dapatlah kami yang pada malam itu, untuk betul2 meluruskan saf dengan sebaiknya, kerana aku sendiri melihat sebelah kiriku, tatkala aku menoleh ke sebelah belakang dan kiriku, masih ada lagi kesan saf bagaikan ular dipalu. Semoga Engkau mengampuni kami ya Rabb.

Tapi, sekurang2nya, bagi diriku, aku merasai indahnya ukhuwah Islam. Ya, hanya dengan sentuhan bahu itu...padaku, sudah cukup membuatkan empangan mataku pecah..lantaran terasa lazatnya rasa ukhuwah tika itu.

Sahabat di kiri dan kananku, mungkin tidak berasa apa2, tapi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, berasa amat hiba. Allah...lantas ingatanku melayang pada RasulMu dan para bintangnya (sahabat).

Betapa ingin ku merasai ukhuwah fi sabilillah seperti itu.

Aku teringat suatu kisah yang pernah kudengari, bahawa sahabat2 Nabi, rapatnya barisan saf mereka dalam solat jemaah, sehinggakan tapak2 kaki mereka turut bertemu. Aku, baru merasai 'ukhuwah bahu'...belum lagi 'ukhuwah tapak kaki'. Rapatnya mereka, kasihnya mereka pada saudara masing2..itulah yang aku teringatkan. Dan aku merindukan...

1. Ukhuwah 2. -....

Pengajaran pertama: indahnya ukhuwah. Tapi, belum berhenti lagi rupanya. Ada lagi ilmu sifu solat hendak ajarkan padaku.

Pengajaran kedua ialah: mentaati ketua/imam.

Ya sahabat2 belahan jiwaku,

Tahukah kamu apa maksud imam? Kalau masyarakat kita, pasti terbayangkan imam masjid. (tersenyum). Betul, tak salah. Betullah, tok imam yang mengimamkan solat jemaah hari2 di masjid, namanya imam kan?

Tapi, apa kata kita meluaskan pandangan.

Kenapa ulama memanggil Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Syafie, Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Abu Hanifah...bahkan Imam Mahdi?

Pernahkan kita menjadi makmum solat2 mereka? Tidak! Mereka telah pun wafat sebelum kelahiran kita di dunia. Bahkan Imam Mahdi pula, hanya Allah saja yang tahu di mana, dan apakah sudah ada atau belum lagi di dunia ini.

Jadi, kenapa masih menggelarkan mereka "imam"?

Imam Bukhari dan Imam Muslim, pengumpul hadis. Imam mazhab fiqah yang empat, mereka memberikan umat Islam pedoman dalam mazhab2 mereka. Imam Mahdi, keturunan Rasulullah SAW yang terakhir pada akhir zaman.

...Hmm..apakah persamaan mereka?

Sahabat2,
merekalah ketua.

Ya, Ketua. Pemimpin. Yang diikuti. Yang menjadi ikutan.

Mari kembali kpd sifu solat.
Di dalam solat jemaah, makmum mengikuti seorang imam. Dengar, seorang imam. Hanya satu imam yang kita ikuti.

Baiklah. Kenapa kita ikut imam tu? Imam tu buat apa?

Imam itu bertakbir, kita bertakbir. Imam itu rukuk, kita rukuk sekali. Imam itu sujud, kita turut mengikuti. Sehinggalah imam memberi salam tanda berakhirnya solat, kita masih turut mengikuti.

Sifu solat mengajarkan apa sebenarnya?

Tentang pentingnya seseorang menjadi ketua/pemimpin, agar teratur masyarakat umum yang mengikutinya. Dan dalam aspek yang lebih luas, solat mengajarkan kita ketaatan. Subhanallah...sedarkah kita? Dalam solat berjemaah, rupa2nya sudah ada latihan taat kepada satu ketua. Satu imam. Satu Tuhan.

Solat, dalam kaca mataku, mengajarkan ketaatan pada Allah dan RasulNya. Dan, kita bukannya solat membuta-tuli. Kita mendirikan solat kerana kepercayaan tentang wujudnya Tuhan Yang menciptakan alam dan isinya, dan bahwa Tuhan ini hanya Satu, dan manusia bernama Muhammad SAW itu utusanNya. Kerana taatkan kepercayaan ini..keimanan ini, kita mengikuti imam dengan patuh.

Hakikatnya, bukanlah kita mengikuti imam itu. Kita hanya mengikuti zahir perbuatannya sahaja. Tetapi sebenarnya, setiap seorang makmum itu sedang berhadapan dengan TuhanNya. Di sini, perlunya seorang imam/pemimpin, supaya teratur 'kehidupan' makmum di belakangnya, iaitu yang mengikutinya, tapi dengan syarat; hendaklah imam itu teguh imannya. Dan adil perilakunya. Serta ikhlas memimpin keranaNya.

Sifu solat mengajarku konklusinya; bahwa imam paling utama kita ialah tidak lain tidak bukan, Muhammad SAW.

Justeru, taatilah Allah dan RasulNya dengan cara bersabar dalam menjalankan apa yang Allah perintahkan (yang Allah sukai), dan bersabar juga dalam menahan diri drpd menuruti hawa nafsu dan lantas melakukan apa yang Allah tidak suka.

Pengajaran terakhir - akhir zaman

Ya sahabat2, inilah pengajaran terakhir yang sifu solat ajarkan padaku.

Iaitu, tentang keadaan akhir zaman.

Kita, memang tak syak lagi, berada di akhir zaman.

Tak percaya? Lihat Malaysia sudah cukup.

-Petronas Twin Towers.
-390 bayi dibuang dari tahun 2005 hingga sekarang.
-Pembunuhan satu kelaziman.
-Kemiskinan masih tegar, tetapi pemimpin sibuk mengejar status negara maju.
-Tuduh-menuduh antara pemimpin..menjadi santapan harian yang membosankan..sehingga tiada lagi ketua yang aku percayai kini.

Lagi tanda?

-Gulf oil spill di Teluk mexico, sudah masuk bulan keempat, dan emas hitam itu masih lagi berterusan mebalir ke dalam laut, membunuh hidupan laut, dan turut menjejaskan kehidupan nelayan.
-Satu lagi berita tumpahan minyak ke laut, kali ini di timur dunia, iaitu China. Kerana letupan salah satu paip minyak, ketika minyak hendak diloadkan ke dlm kapal tangki pembawa minyak itu. Lantas, menyebabkan letupan kedua pada paip yang berhampiran. Pekerja2 China struggle untuk mencuci emas hitam itu...
-Letusan gunung berapi eyjafjallajokul di Iceland awal tahun ini, yang menghembuskan ash hitam yang menjadi awan tebal menyelimuti seluruh ruang udara Eropah, sehingga syarikat2 penerbangan Eropah kerugian berbillion dolar.

Perlu lagi? Hmm..cubalah buka surat khabar hari ini, pasti ada wpun satu tanda.

Tanda sudah terlalu banyak. Malah, dalam hadis Rasul pun ada menceritakan tentang usia bumi. Sewaktu peristiwa israk dan mikraj, baginda ditemani Jibril a.s, dan satu ketika baginda terlihat seorang wanita tua yang bongkoknya berlipat-lipat, menunjukkan sangat tua. Lalu Nabi bertanya apakah itu kpd Jibril. Maka jawab Jibril a.s, "Itulah bumi".

Apakah kaitannya dengan solat?
(senyum)

Tatkala berdiri untuk bersolat, aku berasa seolah-olah dalam satu barisan tentera. Tentera Allah. Tiba2 aku berasa bersemangat. Terasa seperti ingin berjalan di bumi ini dan membanteras segala kerosakan di bumi ini. Mengikuti imam, ke mana sahaja aku akan mengikutinya, demi melaksanakan amanah Allah. Amanah sebagai khalifahNya, walau bagaimana kecilpun perananku, tetap ingin menyumbang.

Kemudian, ingatanku melayang lagi. Suka benar ia melayang, sedangkan aku berhadapan dengan Allah ketika itu. Allah, ampunkan daku yg lemah.

Kali ini ia melayang...kepada saudara2ku di seluruh dunia. Yang tidak mendapat sepertimana yang kita dapat.

Perut kita lapar, lima minit saja ke kafe. dan 1 minit saja sudah hilang ditelan perut. Tapi perut mereka, bila lapar, berhari-hari tidak terisi. Bukan mereka tidak menyempurnakan hak tubuh, tp mrk tidak dapat. Kerana mmg tidak ada mknn.

Panas2! Lecture hall panas! Tup..vroom..bunyi air-cond. Satu jam kemudian...sejuk2! Lecture hall sejuk! perlahankan pula...

Mereka..mak, adik panas. Sabarlah nak..kita tiada atap berteduh drpd panas.
Hari lain pula; mak, adik sejuk. Sabarlah nak, kita tiada dinding nak berteduh drpd angin kencang.

Aduh, gatalnya!
Lepas sapu ubat gatal...ahh leganya.

Mereka: aduh, kulit terkopak akibat terlalu kering. Aduh berdarah pula..Nak ke hospital? Nak bayar dengan apa..?

Mereka2 itulah. Kerana mereka semua, aku berasa perlu mempertahankan mereka. Sedangkan aku berupaya. Cuma dalam upaya kita, kita tiada upaya juga. Maksudnya, kita berhak bersuara itu ini, tapi hakikatnya tiada kesan pun. Kerana kita tiada kuasa membawa perubahan.

Sifu solat mengajarku, memberi semangat, menanam azam baru padaku; pergilah kepada mereka. Kuatkan diri kamu, latih diri kamu, supaya kuat sperti kukuhnya tapak kakimu bertapak menghadap kiblat. Jadilah benteng mempertahankan yang tidak upaya, apatah lagi mrk seagama denganmu. Dan jadilah seumpama ombak tsunami, membantai segala kezaliman dan kekufuran di bumi ini.

Tapi, kekuatan ini, hanya dapat dicapai apabila umat bersatu. Dalam satu saf. Dalam satu solat. Dalam satu keimanan.

Oleh itu, saya membetulkan pengajaran ketiga sifu solat ajarkan pada saya; bersatulah wahai umat Islam. Bersatulah, kerana kamulah umat Muhammad akhir zaman. Buktikan pada rasulmu, bahwa kamu benar2 umatnya, dan layak menyandang gelaran umatnya, dengan pergi menyelamatkan saudara2 kamu walau di mana mereka ditindas dan dizalimi.

Penutup

Jadi sahabat2 sekalian, inilah sekadar luahan perasaan saya, yang tidak dapat dicari masa untuk dikongsikan bersama, sehinggalah saat ini. Doa dan harapan saya, ambillah yang baik, dan asingkanlah yang buruk drpd perkongsian saya kali ini. Saya tidak sempurna, kerana itulah nama saya manusia. Cuma, saya gembira dengan ketidaksempurnaan ini, kerana ia menyedarkan saya, tentang kedudukan saya, kedudukan kita di sisi Allah.

Iaitu; kitalah hamba2Nya, dan kepadaNyalah kita berserah. Dan kepada Dia jugalah kita kembali.

Wassalam.

Sunday, July 25, 2010

Stormreaders - Melangkah Dari Zon Selesa

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar para sahabat? Sudah lama kita tidak berbicara bersama. Tapi, tidak mengapa. kerana walaupun kekurangan masa, malah tidak pernah juga bersua muka, tapi ikatan hati dan ukhuwah kita tetap kekal, kerana Allah itu Kekal Abadi. Selagi hati2 kita bersatu dalam akidah yang sama, iaitu pegangan "La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah", maka selagi itulah kita akan kekal berhubung. Itulah indahnya ukhuwah di dalam deen Islam ini. Ukhuwah yang merentasi sempadan dan zaman. (tersenyum)

Namun, saya minta maaf sangat2. Sebenarnya banyak perkara lain yang lebih baik dan lebih ingin saya kongsikan di sini, tapi masa tidak mengizinkan. Kita masing2 mempunyai kewajipan sendiri yang harus dilaksanakan. Belajar, mengajar, berniaga, memberi nasihat, dan sebagainya. Tidak lupa juga kewajipan akhirat kepada hati dan roh kita, yang sentiasa memerlukan zikir, iaitu ingatan kepada Rabb dan Pencipta.

Sahabat2,

Maafkan saya kali ini, kerana bersikap tamak dan ingin mempromosikan sesuatu mengenai diri ini. Insya-Allah, lain kali saya akan cuba memberikan pengisian yang lebih menarik, apatah lagi Ramadhan semakin menghampiri. (senyum terkenangkan Ilahi)

Sahabat2, terutamanya sahabat yang sama tanah berpijaknya diri ini (Malaysia),



Pernahkan anda mendengar tentang stormreaders? Ribut pembaca?? Atau membaca bagaikan ribut?? (ketawa) Ya, ya, boleh dikatakan begitu.

Kerana matlamat syarikat stormreaders sdn bhd ini, sebuah anak syarikat MLM milik Telaga Biru Sdn Bhd, ialah untuk mewujudkan "ribut membaca" dalam kalangan rakyat Malaysia ini.

Tak sukalah saya, secara peribadinya, melihat remaja2 dan anak2 kecil hanya mengenali komik, kreko dan arena sebagai idola bacaan mereka. Ataupun gempak stars, utopia, gila2, ujang dan pelbagai lagi majalah yang pada pandangan saya, tiada pengisian yang bermanfaat, ataupun sangat kurang jika dibandingkan dengan apa lagi 'isinya' yang 80% lagi itu. Ataupun bahan bacaan seumpama itu tetapi hanya berlainan 'lidahnya' (bahasa inggeris) seperti tabloid Galaxy dll.

(Tapi bagaimana saya dapat menyenaraikan contoh2 ini? -ketawa- sudah tentu kerana saya juga bekas pembacanya -ketawa lagi-)

Memang!

Waktu sekolah menengah, saya ingat lagi, saya sanggup bangun dan bersiap awal, sebelum pukul 7 dan berjalan sehingga ke pondok pengawal (di pintu pagar besar sekolah), kerana apa? Semata-mata hendak mendapatkan Kreko edisi terbaru drpd vendor surat khabar/majalah di depan pintu pagar sekolah tu! Tak percaya? Percayalah~(lagu Siti Nurhaliza)

Haiya, gila ka apa? Kalau dengan niat nak sampai ke kelas awal untuk buat pre-reading sebelum kelas mula...hmm..jangan mimpilah. Bak kata orang2 muda sekarang, "Takde maknenye semua tu."

Tapi kawan-kawan,

Bila dah besar ni, well, besar sikitlah kan, kadang2 kita 'bertukar mata'.

???

(ketawa)

Bukan..hehehe. Bukannya ambik biji mata lepas tu barter dengan member. (ingat kartun ka??)

Maksud saya, kita bertukar perspektif. Bukankah perspektif itu pandangan? Jadi, seolah-olah kita bertukar mata lah kan (hahaha..jangan marah ye)

Apabila umur meningkat sehari demi sehari, sebulan demi sebulan, setahun demi setahun, se...se ape lagi ye? Nak kata setinggi, aku memang takkan meninggi dah...alahai..(senyum)

Apabila kedewasaan menjengah (cewah ayat bunga pulak~), kematangan menyapa, maka...(macam puisi la pulak)

Hish! (suka sangat mengarut..kesian para pembaca yang tidak bersalah...ampun)

The point is dear friends,

When you get older, so does your perspective. Ianya akan berubah. Cara kita melihat hidup berubah. Prinsip2 kita akan berubah. Wajah kita juga akan berubah, (harap2 bukan disebabkan pembedahan letak plastik atas muka ya, kalau semulajadi kedut tu tak apalah).

Bila dah sampai ke umur begini, saya toleh ke belakang semula dan...

Masya-Allah. Astaghfirullah. Dan pelbagai lagi zikrullah yang terkeluar.

Satu perkataan berganda cukup. Cukup menggambarkan seluruh kehidupanku dulu. Apakah perkataan itu?

Sia-sia.
Sia-sia.
Sia-sia.

(nasib baik tak tambah "l" kat hujung tu..haha)

Kalau bahasa arab, katanya "lagha". Bahasa Melayu pun, ada juga lagha, samalah maksudnya, sebab kita menyerap daripada bahasa Arab. Kalau bahasa Inggeris..hmm..lasagna??

eh, tu makanan Garfield la..haha

Ya ummu hurairah, cukup2lah tu cakap perkara lagha. Cepat kembali ke pangkal jalan cerita!

Baiklah.
Sahabat2 yang kukasihi dan dikasihi Allah Taala,

Saya benci. Sungguh. Saya benci. kerana saya banyak mensia-siakan hidup saya sebelum ini. Sekarang ini pun, tidak lah boleh dikatakan saya 100% menggunakan masa dengan bermanfaat, tak boleh. Saya juga perlukan masa rehat, saya manusia yang ada pasang surut tahap tenaganya. apabila sihat dan bertenaga, maka saya cuba isikan dengan perkara2 berfaedah. Tatkala diuji Allah dengan penyakit, sama ada fizikal atau mental (malas), saya cuba menepis setakat yang mampu. Apabila tidak mampu, saya mengadu padaNya, agar diberi lebih banyak kekuatan untuk menolak lagha dan pembaziran masa. Sama2lah kita berusaha untuk menjalani kehidupan dengan pengisian yang bermanfaat.

Sekarang, kreko, hanya tinggal kenangan. Adalah disimpan di almari rumah lama, takpelah, sekurang-kurangnya bubuk ade rumah.


Budayakan pembacaan berfaedah untuk generasi muda

Saya tak mahu generasi adik2 saya, membuat silap seperti saya, sedangkan saya boleh menghalangnya. Saya tak mahu mereka 'melaghakan' hidup mereka dengan bahan2 bacaan yang...entahlah...indescribable. Tidak dapat diungkapkan dengan kata2.

Yang pasti, saya tak faham apa kebaikan membaca bahan2 sebegitu. Kerana seperti yang saya katakan, mata saya telah bertukar. Saya...dah tak nampak lagi sebarang kebaikan untuk sepanjang hari menghadap anime, manga dan yang seumpamanya. Saya tak nak jadi kera sumbang, dan hanya bertemankan watak2 manga dalam dunia khayalan saya. Sedangkan ramai lagi manusia yang lebih...bermanfaat untuk dikenali. Seperti anda, sahabat maya saya.

Lalu, bagaimanakah caranya, cara saya, untuk mengubah mata2 adik2 di luar sana?

Hmm..nak buat pembedahan..(menggeletar) habislah mata anak orang.
Nak letak cermin mata, hish, rosak juga mata anak orang.
Habis..tak ada ke cara hendak 'menukar mata' adik2 ummah kesayanganku, tanpa merosakkan mata2 mereka?

Haa..

Alternatif.
Berikan mereka alternatif.

Alternatif apa?
Bahan bacaan alternatifla.
Supaya mereka boleh melihat sendiri yang mana yang lebih baik bg mereka.

Mata seseorang memang tak boleh tukar. Takkanlah nak sesuka hati saja memaksa manusia menukar sudut pandangan masing2. Kita sendiri pun tidak suka kepada sesuatu yang bersifat paksaan, lantas, wajarkah kita memaksa orang lain? Tepuk kepala tanya minda.

Apa yang boleh kita tukar di sini ialah 'sajian mata' itu. Mata pun bersantap juga kawan2, tapi dengan cara melihatlah, bukan dengan cara mengunyah, kenyang lepas tu "Burrp! Alhamdulillah".

Jika kita tidak dapat menukar pandangan, maka kita berikan pemandangan yang pelbagai.

Biar si pelihat menilai sendiri, mana yang dia rasakan baik atau mana yang lebih dia sukai. Dengan itu, kita tidak memaksanya, dan kerelaan itulah sebaik-baik cara pengajaran.

Jadi, berbalik kepada Stormreaders sdn bhd.

Kenapa saya mengatakan, "Melangkah dari zon selesa?"
Kerana saya tiada ilmu, pengalaman apatah lagi bakat dalam perniagaan.
Benar, syarikat ini ialah sebuah syarikat perniagaan yang membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan buku, atau senang cerita, tokei kedai buku.

Hanya sahaja pendekatannya berbeza, sesuai dengan perkembangan teknologi sezaman. Anda tidak perlu membuka kedai, tidak perlu modal sewa kedai, membeli rak2 buku dsb. Kerana kedai buku anda bersifat online/maya. Pelanggan akan memesan buku di 'kedai' anda, dan Stormreaders akan menguruskan penghantaran. Mudah bukan? Dan sudah tentulah hasilnya dapat juga kepada pemilik kedai, anda sendiri.

Tapi sahabat2, ini dunia. Tiada perkara yang percuma dalam dunia ini, melainkan dosa percuma, haa yang itu senang nak dapat.

Jadi, sedikit peruntukan tetap diperlukan. untuk menjadi ahli biasa-rm90, distributor/pengedar-lebih kurang rm200-300. Maklumat lanjut boleh didapati di website rasmi: http://www.stormreaders.com.my/

Sahabat2,
saya amat berbesar hati sekiranya sahabat2 sekalian berkunjung ke kedai maya saya di http://www.stormreaders.net/fatimazahra .
Datanglah apabila ada kelapangan.

Ini memang di luar zon selesa saya. Entahlah, saya tidak tahu mengapa tiba2 saya mendaftar menjadi ahli Stormreaders dan tiba2 ingin berniaga. Walhal, habuk ilmu berniaga pun tidak ada dalam simpanan bank ilmu yg tak seberapa ni. Mungkin saya terlalu mengikutkan perasaan, dan bertindak secara impulsif. Sahabat2, elakkanlah sifat impulsif ni, kerana ianya berbahaya kepada masa depan. Sepatutnya harus berfikir dengan lebih mendalam lagi. Tapi, perkara sudah terjadi, apa guna lagi dikesali. Saya tak nak ikut syaitan yang bersifat ,"kalaulah aku buat begitu, pasti sekarang tak jadi begini.."

Sekarang ini saya ingin mencuba terlebih dahulu, dalam masa yang sama, pelajaran tetap keutamaan pertamaku.

Semoga para sahabat sekalian membantu saya dalam memberi pemandangan (bahan2 bacaan) yang lebih bermanfaat kepada adik2 ummah kesayangan kita, melalui pembelian di kedai maya saya dan juga melalui pelbagai cara lain yang difikirkan sesuai.

(Ya, saya jujur, memang saya ingin mempromosikan kedai saya dalam ruangan blog pada kali ini. Semoga kejujuranku dibalas dengan kejujuran sahabat2 ku. ameen.)

Sehingga kita berbicara lagi lain kali, insya-allah, janji2ku, atau yang berbunyi seperti janji dalam pemahamanmu, akan cuba kutunaikan mengikut kemampuanku.

Ilal liqa' (semoga ketemu lagi) :)


Iqra' bismirabbikal lazi khalaq (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan)

Friday, July 16, 2010

How to Learn

Friday, July 16, 2010.


Assalamualaikum wbt.

Huarrgghh...i'm sure by now you know what this sound means (laughs).

Yes, yes, sorry friends. I've been hibernating again. But. But, I have a good reason this time. (smiles).

It is the reason our beloved prophet Muhammad SAW said,

"Seeking knowledge is an obligation (fareeda) for every muslim."
(Miracles of The Holy Quran. volume 1. El-Sayed Rachad El-Moussaoui. Muhammad Ali Islamic Foundation. Chicago, USA. pg 6)

My dear friends who I dearly miss,

We recite syahadah, did we not? Syahadah, the phrases that prove that we believe that there is no God but Allah Taala, and that prophet Muhammad SAW is His Messenger. We say it everyday. At the very least, ten times per day.

Where did ten times come from?

Well, muslims pray 5 obligatory prayers everyday; Subuh/As-Subhu, Zuhr, `Asar, Maghrib and Isya'. And in each time we pray, did we not say, "Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna muhammadur rasulullah". Remember? In fact, we said it twice in every prayer/solah that we offer to Allah Taala, and that is during tasyahud awwal and tasyahud akhir.

Tasyahud awwal is the sitting position, in the middle of a solah, for example in solah Zuhr, tasyahud awwal is done during the end of the second rakaah, while tasyahud akhir is the last sitting position before giving salam, signalling the end of the solah.

Oh...

my friends,

did you not notice something wrong here?

Hahaha..humans, ARE forgetful creatures.

I forgot. The number is not ten, it is nine. The total number of syahadah recitations in a day's solah is nine, because there is no tasyahud awwal in solah As-Subhu. Astaghfirullahal azim...(shakes head) did we not realize how forgetful we are? And I can't even remember that simple fact, and why not? In fact, I do it almost everyday, and yet sometimes, I do forget it. (shakes head with a smile)

Anyway friends/sahabahs,

I just want you to know that I might not be able to write as much as I want to here, not that you'll miss me eh? haha..

But in the event that you do, I don't know, maybe some weird 'disease' struck you that made you long(rindukan) for my words, well, this is what I will say,

"Read, read, and read the Quran."

For you know, and you must know that feeling. That..incredibly special feeling that fills up your heart and your chest each and everytime you read the Quran. It seemed that your chest, your heart, would burst out at any moment...but, it didn't. Our chests didn't burst.

But, you know what's funny? Our chest didn't burst, but that...expanding feeling remains. And, somehow, weird, but true all the same, that feeling just kept increasing everytime we read another, and another, and another page. And yet, our chest remained as it is. that, to me, is a miracle in itself.

Friends,

we don't really need to see some incredible miracles in our lives, just to believe in Allah.

We don't have to see malaikah/angels.

We don't have to be able to see how the heavens/syurga/jannah really looked like, nor see the fiery flames of hell/neraka/naar.

We don't have to see Allah Taala...right in front of our eyes.

We can't.

I believe..if Allah Taala were to..reveal Himself, we would all turn to dust, or just..I don't know, vanish.

Because His Zat, His..I just don't know how to explain the term "Zat", but it is just, His whole being, if you will. We will perish, because His being/ Zat is simply...TOO GREAT for us to bear/handle.

Did you know about the story of prophet Musa a.s? When he asked (and I think it is recorded in Al-Quran) for Allah to reveal Himself, so that he(Musa) might see Him face to face, what did Allah reply?


"Look at that mountain (a nearby mountain to Musa a.s), and if you can still see it when it is gone, then you will be able to see Me." (I'm deeply sorry if this is wrong, but the ayah/verse is something like this. In need of reference.)


Then prophet Musa a.s turned to look at the mountain, and suddenly the mountain was gone/hancur in a flash of light, and prophet Musa fainted.

When he gained consciousness, prophet Musa a.s asked for Allah's forgiveness, for he has realized that it was not right for him, a human to ask to see Allah. Not right in the sense that a human is a creation, while Allah is the Creator. I just don't know how best to explain this, in what I understand, but only that I understand, and feel that there is just a GREAT, BIG GAP between the created, and the CREATOR.

Dear sahabah,

even prophet Musa a.s, a chosen human, who is, Insya-allah better than most of us in terms of akhlaq/ethical behaviour and belief, even this man, fainted. Can you imagine, how the situation would be for us, just an average human being? Subhanallah. May Allah forgive our sins.

Anyway...I am way out of context. (I always do this, don't I? haha..) I'm sorry..hehehe..let's get back.

Well, since I'm back in kuantan, I'm definitely up to my ears with my studies. And I would really hate it, if something else comes in between in my pursue of knowledge right now. Because, I, we are all young only once. Don't tell yourselves that you're only gonna learn when you're old and shaky/tua kerepot? haha..

No no no. Not me. I'm gonna do everything I want to, while I still have the bones and power. I don't want to wait till I'm all old, shaky, not mention wrinkly, smelly...bla3..(laughs). Besides, there might not be an old me. I might just die first. Who knows? 5 minutes after this? Who knows right? Who knows..

Allright.

"How to learn."

(hahaha..what a stupid question)

Aha! Stupid eh? Then why are all those books about "How to learn english in 30 days" or "Computers for dummies" selling so well? Hohoho...no, the answer is not "hohoho".

The answer, dear friends, is because it is IMPORTANT in knowing the RIGHT WAY to learn.

What I'm about to share here, is entirely my experience. I have never shared this with anyone before, not because I don't want to, but because I don't know how to. But now that I have found myself again, I know it is not right for me to keep this experience all to myself. I just feel that I could be more useful, particularly to my classmates out there, and to you, my internet-mates, if you want to listen.

Warning: There is no guarantee that you'll be a top student, cream of the cream, or be included in the dean's list, after you've read this. Afterall, I'm just sharing my perspectives, and everyone has different ones.

3. KNOW YOUR LEARNING STYLE




Back in UTP, I learnt a course called, "Creative thinking" if not mistaken. I learnt from Edward de Bono, and I think he is quite a famous author in thinking styles and related matters. No, he is not my lecturer, but I learnt from his books. Well, just one book actually (tak larat nak baca banyak2). In it, he says people have different learning styles;

1.Visual,
2.Audio/hearing,
3.Kinesthetic/tactile (move a lot).

These 3 are the most dominant, or was it there are only 3 categories of learning styles? (hahaha)

Bottom line, what every student needs to do first, whether you are officially studying some sort of course, or maybe you're just learning how to cook, sew, writing a book, any kind of learner - is to identify his/her learning style.

For instance; you are an audio type learner. It means that you learn best/ get the best out of a lecture by LISTENING. You may want to try bringing a recording device (mp3, etc) to classs, and record the lectures. But, of course, the best is to listen to the lecture first hand. (Don't sleep in class laa) Even if you eat meat, or vegetables, you would like it fresh right? It's basically the same thing with learning. The first time you learn about something new, is really, I think, the time when you are most ready to absorb the knowledge.

What an audio-type learner can further do is study in groups, because that's where a lot of discussion will take place. When somebody explains about a topic, then you can listen, and take up more knowledge that way, because your tendency in learning is using audio/hearing.

If you are a visual learner, like most people are, then it is best to pay attention to the images on the slide projector (like in my case), or any other images used by the respective lecturers. Graphs, charts, pictures of bacteria, worms etc, are examples of visual stimulus for visual-type learners. If you're taking anatomy (the study of the body) for e.g, then you should buy a very large anatomy book containing images of the human body for instance, alongside the lecture notes. You should always have some sort of image stimulus to help further boost the effectiveness of your revision/study.

For kinesthetic people, hmm, I'm not sure how they learn at their best. But they are the type of people who like/have to move when learning. Not to say they cannot sit quietly in lectures, perhaps it is not the best/most effective way for them to learn. I think kinesthetic learners are good with practical learning, like in Malaysia we have vocational schools which teach engineering skills, operating machinery, etc. Because they need to actually try and move about doing something, then they are at their best in learning. Guess they'll pass practical exams with flying colours (smiles).

2. S.I.F.R. = SIT IN FRONT ROW




No, not sifir la friends. (laughs)

You know, I wasn't an early fan of SIFR. Oh nooo..just like one of my friends love to say, "We are the back benchers club!". Yup, I was an ex-back bencher. Well, it was fun i tell you, having fun, joking at the back. But...I'm telling you, IT IS ABSOLUTELY NOT FUN IN THE VERY LEAST, when you're sitting in front of the paper written "FINAL SEMESTER EXAMINATION", and you're mind just go .....yes. just ....... Blank.

So, the question is;

do you want to have the first laugh, or the last one?

Well, if you ask me, IF you ask me, I will say; you definitely want to have the last laugh, when you have finished your exams with a good feeling in your heart.

One more thing. About SIFR, I just want to add a personal.."theory" if you will. (smiles)

Well, before mid-semester last semester, I wasn't a back-bencher anymore, but neither was I in SIFR. Well, I managed to get through mid exam.

But then, during the last 3-2 weeks before the final exam, one day, I entered the class late (as usual...) and I just didn't where to sit, and the lecturer was ready to begin. So my feet carried me to the front row, right under the lecturer's nose. Well, not literally, but nearly. (laughs big) Anyway, it was the most frontest row ever, and I didn't think twice bcoz I was so out of breath..(tula sapa suruh bgn lewat)

And you know something?

I was thankful for being late that day. (not that I'm never late haha)

Just that, it was a good experience. One of the most heart opening, shall we say, experience I have ever felt.

My focus improved dramatically. I yawned a lot less (less than a dozen at least haha), and best of all, I understood. Do you know just how amazing it is to just UNDERSTAND a topic, RIGHT at that moment? subhanallah, it is great, it is a ni`mah (blessing).

The result was that I didn't have to really revise for the topics after mid exam, because I already understood it during lectures. So, I had more time to revise the topics before mid sem exam, so alhamdulillah, I felt quite well balanced.

So, what was the "theory" I was talking about?

It is this; sit in the front row, and you'll get the first wave of whatever the lecturer says.

Allright, I have no proof really, and it sounds kind of stupid, but I tried and it worked, for me at least.

Besides, speech is sound, and sound does travel in waves right? So, just imagine, if you are a back-bencher (like I was), the lecturer's voice have to travel through all the obstacles, which are your friends, just to reach you. And I would think that all that wave has lost its energy by the time it reached your ears.

And what does this wave carry?

KNOWLEDGE. Knowledge my friends. Don't you think you have missed a lot, just because you sit at the back? Just because of where you choose to sit, you have lost valuable knowledge and information.

So friends, choose wisely. (where you put your bottom next time..haha)

1. USE THE HEART, NOT THE BRAIN




Now this may be the weirdest tip of all, to use the heart? But the heart is a pumping organ, not a thinking one.

Well, friends,

I wasn't referring to that heart. Not physically anyway.

I was talking about the heart, the conscience, the one that distinguishes right from wrongdoing.

(monologue: how do I explain this..)

In reality, I cannot. Because, it can only be explained through experience.

Just try to learn, in terms of understanding. Not learning in terms of memorizing, or using force. Now this is very important; DON'T EVER FORCE YOURSELF.

Force. Sometimes, it is good to force yourself, to push yourself to the limit, to achieve that success you know you can. Other times, (shakes head) it's just not healthy to force yourself, especially to learn something that you dislike.

The key to solve this is; UNDERSTAND. I've said it once, I'll say it twice, and I'll say it more than thrice. I'll say it whenever someone asks for a study tip. I'll say;
try to understand.
Please, try again. Because, that is the BEST way to learn any knowledge/`ilm.

Understand the concept, don't memorize it.


Memorizing is a type of force in learning, in my opinion. the funny thing is, when you try to memorize, you can't ever understand it. Instead, when you try to understand, memorizing it...just comes with a snap of the fingers. It's true. I have experienced it. When I was a kid, growing up, even until now. It still works. If it has worked so long for me, why won't it work for you? It won't, only if you did not try.

Conclusion

I think that's all I'll share at the moment. Maybe you guys can email me your study tips/good learning habits, or just write in your blogs and leave me the address. I would live to read your perspectives. :)

These 3 are the most important ones for me. Especially the part to understand, and to use the heart first. Because for me, the brain is only the CPU/processing information organ, not the true learner organ.

Yes I memorize all the weird names of bacteria and endless metabolism mechanisms, true, the brain helped me A LOT.

But, my first HELPER, the one that OPENED that path for me, was none other than in my chest; my heart. Jiwaku, says Malay folk. If there is one thing that I trust, it is this, my heart.

Oh!

Just one more thingy.

-Don't forget Him. or positive version - Always remember Allah Taala.

"Ya Allah (Oh Allah)! Right here, right now, I testify, that every single success that people see me get, big or small, none of it is mine. None of it comes from my hard work. My hard work is nothing, when You are angry with me. And I know, You're anger is not without reason. I..must have forgotten to say, "Alhamdulillah" along the way. Or, I have made my parents sad, because I did not seek to take care of their hearts, by watching what I say, or how I said it. Or maybe, I have made one of my friends angry at me, without realizing it. Many things ya Allah, that will make Your guidance and rahmah (blessing) go away from me. And that, is the reason I fail, when I failed.

Ya Allah! Verily / sesungguhnya, You are Ar-Rozzaq, the One who gives bounties to whomsoever You please.

Ya Allah, Ya Rahman wa ar-Rahim,

let me and my friends, our families and teachers, be among whom You please, to give Your guidance, ni`mah, rahmah, and maghfirah (forgiveness). Ameen."

Ameen 3x, ya Rabbal- Alamin.

p/s: this post is dedicated to a friend who once asked me, "how did you study?". to Double AA (wink2).