بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Baru-baru ini terbaca beberapa kali di facebook. Facebook juga yang kerap dibuka ya. Hendak buat macam mana ya, semangat tak cukup hendak menghadap dan menghadam ilmu sains yang dibukukan. (Alasan)
Himpunan Sejuta Umat. Hmm, menarik. Ada apa dengan himpunan itu?
Oh, rupa-rupanya umatku bangkit menyuarakan kebimbangan terhadap usaha-usaha memurtadkan orang Islam di Malaysia ini.
Alhamdulillah, syukur! Umatku kini semakin berani! Semakin lantang bersuara!
Syukur...syukur...syukur.
Cukupkah sekadar bersyukur?
Cukupkah sekadar bersuara?
Sedangkan pangkal permasalahan masih teguh tak terusik.
Sahabat-sahabatku sekalian,
Saya sedar.
Siapalah saya untuk berbicara.
Apabila saya bukanlah dalam kalangan mereka yang bersuara.
Pada Perhimpunan Sejuta Umat nanti.
Namun sebagai sebagai salah satu batu umat ini (one of the building blocks of this ummah), ia juga ingin menyatakan pandangannya. Walau sekadar sebiji batu bata.
Saya di Kuantan.
Menuntut ilmu.
Sementara sebahagian saudara kita yang peduli tentang kesihatan rumah kita, akan bersatu di Shah Alam dalam bulan Oktober nanti.
Membawa panji dan resolusi.
Bahawa tidak akan menyerah kita kepada perbuatan anasir-anasir jahat.
Yang menukar haluan saudara-saudara kita,
Kepada haluan yang diyakini mereka.
Oh sekejap.
Mari hentikan perbuatan seketika, dan gunakan neuron-neuron yang bersynapse di minda.
Saya di sini.
Sejuta umat di sana.
Maka di manakah saudara (seagama) yang kita bimbangi itu?
Siapakah yang berada di sebelahnya?
Siapakah yang menginfakkan sebahagian rezeki kurniaan Allah kepadanya?
Siapakah yang membimbingnya sewaktu fikirannya kekusutan?
Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah Taala,
yang berada di sebelahnya,
ialah juga yang berada di sebelah kita.
Yang ghaib itu.
Yang ghaib dan beniat jahat itu.
Yang berhasad dengki kepada Datuk Adam itu.
Wahai sahabatku,
mari kita renungi sejenak.
Benarkah kita peduli?
Betulkah kita bimbang akan akidah saudara-saudara kita?
Kalau betul, di mana kita sewaktu mereka memanggil?
Di mana kita sewaktu mereka meminta infak yang sememangnya hak mereka?
Bukankah kita diseru untuk menginfakkan sebahagian rezeki kurniaan Tuhan? Kepada siapa lagi kalau bukan kepada saudara yang sangat kita kasihi melebihi diri kita, wahai orang-orang yang beriman.
"Tidak sempurna iman seorang di antara kamu, sehingga saudaranya lebih dikasihi melebihi dirinya sendiri."
Kata Nabi Muhammad saw.
Yang menyahut
Saya ingin mengajukan satu pertanyaan kepada anda dan diri sendiri.
Jika anda dalam kesempitan, adakah anda menghargai bantuan yang dihulurkan?

Misalnya pada suatu hari, anda memerlukan wang untuk melunaskan yuran pengajian yang semakin tertunggak. Jika tidak, anda tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Sudah pasti anda mengharapkan bantuan bukan?
Atau tiada wang untuk membeli susu anak? Bahkan tiada tempat untuk dipanggil "rumah" tempat berteduh?
Jadi, soalan saya yang seterusnya; salahkah jika ADA yang MENYAHUT?
Ya, salahkah jika ada yang peduli?
Eh, soalan ape ni? Mestilah bagus! Kita memang mahukan umat yang peduli!
Baiklah. Soalah ketiga; salahkah jika yang peduli ialah mereka yang BUKAN daripada UMAT ISLAM SENDIRI?
Betul dan Salah
Para pembaca yang dikasihi Allah Taala,
Imagine we are in their shoes. Bayangkan bahawa kitalah yang 'memakai kasut' saudara-saudara kita yang susah itu.
Selesakah? "Kasut mereka" (kehidupan) koyak. Berlubang. Serba kekurangan.
Selesalah. Jika sudah terbiasa memakainya.
Salahkah jika kita mengharapkan kasut yang lebih baik sekali-sekala? Tapi...manalah kita mampu. Untuk membeli kasut yang baru.
Salahkah jika nurani manusia mengharapkan bantuan? Tidak bukan? Kerana pengharapan itu suatu perasaan semula jadi. Ia terbit secara tiba-tiba apabila kebebasan tersekat. Kebebasan wang. Financial freedom misalnya. Dalam kehidupan yang materialistik yang terpaksa diikuti dek terikutkan arus modernisasi, salahkah jika kebebasan itu yang kita semua impikan?

Dalam keadaan didesak ke penjuru, sehingga tiada tempat untuk dituju, tiba-tiba ada tangan yang menyapa.
Tangan itu dihulur mesra. Senyuman terukir di bibir. Dengan tenang seolah-olah senyuman itu berkata-kata, "Jangan bimbang. Saya ada di sini."
Hanya dengan tangan. Hanya dengan senyuman. Tidak perlu banyak berkata. Tapi kebaikan itu sudahpun terasa.
Bukanlah saya mengatakan kata-kata itu tidak perlu. Bukanlah saya mengatakan kata-kata itu tidak penting. Sebaliknya saya ingin menegaskan tindakan itu lebih besar kesannya berbanding kata-kata.
ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS.
Biarlah kedua-duanya seiringan.
Biarlah laungan dan huluran tangan itu berdampingan.
Biarlah suara dan tindakan itu bersinergi.
Wahai saudara, sahabat-sahabatku,
Betul atau salah itu tidak lagi penting. It doesn't matter right now. Yang penting ialah di mana kita di saat saudara-saudara kita memerlukan?
Maka janganlah cepat melenting jika ada yang lebih terdahulu dalam kebaikan terhadap saudara sendiri, meski mereka bukan satu pegangan.
Akidah
Jika ingin membincangkan soal akidah, mari, sama-sama kita telusuri.
Saya bukanlah yang arif, tetapi izinkan saya berkongsi pengalaman selama hayat setakat ini.
Baik.
Manusia.
Suatu makhluk yang kompleks.
Anatomi (susunan) tubuh sahaja cukup mengagumkan.
Psikologi emosinya lebih merumitkan.
Sukar benar difahami perangai dan tabiat makhluk ini.
Berbeza-beza. Unpredictable.
Namun persamaan yang saya rasakan ialah, setiap manusia mesti mempunyai pegangan. Tidak kiralah apa pun bentuk, keadaan atau jenis pegangan itu.
Kerana manusia itu secara fitrah (semula jadi)nya tidak boleh hidup tanpa TUJUAN.
Fikirkan. Contoh paling mudah ialah apa wahai anak-anak muda? (tersenyum)
"Salmah, aku tidak dapat hidup tanpa cintamu."
"Aku juga begitu Abang Joe, jantungku terhenti tanpa kasihmu."
Pasangan bercinta pun mempunyai "tujuan" hidup, inikan pula dalam aspek yang lebih besar.
Aspek akidah. Pegangan. Keyakinan terhadap Tuhan.
Umat Islam meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, hanya Allah Tuhan yang Esa, hanya Satu, bukan dua, tiga dan seterusnya. Bahawa Allah Tuhan yang menciptakan manusia, langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya. Bahawa suatu hari nanti, seluruh alam ini akan musnah, dan semua manusia akan dikembalikan untuk diadili/dihisab/dihitung amalannya semasa di dunia. Dan bahawa Nabi Muhammad saw itu Rasul terakhir, penutup para Nabi dan Rasul sebelumnya, yang diwahyukan kepadanya Al-Quran, perutusan terakhir, pelengkap kepada semua kitab terdahulu.
Umat Kristian meyakini bahawa Tuhan ada tiga, iaitu Father, Jesus, and Holy Spirit. Begitulah secara ringkas yang saya tahu.
Ya, saya tahu.
Tapi saya tidak meyakini pegangan mereka. Justeru, saya berlepas diri daripada apa yang mereka yakini.
Setiap manusia mempunyai pegangan yang diyakini. Orang Kristian dengan akidah mereka. Sementara orang Islam dengan akidah kita.
Namun apa yang menyedihkan para sahabat dan pembaca, ialah mereka berpegang kepada akidah mereka, sedangkan kita khayal dengan syahadah yang hanya tertinggal di lidah.
Ajaran Kristian menganjurkan berbuat baik kepada manusia. Berbuat baik kepada jiran, dan manusia lain secara umumnya.
Eh, macam pernah dengar?
Subhanallah.
Eh, patutlah macam pernah dengar. Di dalam al-Quran sudah banyak kali ditekankan tentang berbuat baik sesama manusia, cuma kita sahaja yang buat-buat lupa.
Malulah kita. Bukan kepada penganut Kristian. Atau Buddha. Atau Hindu.
Tetapi malulah kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana tidak membuktikan akidah kita, malah melupakan pula saudara-saudara seislam.
Malulah kita kerana hanya lidah berkata, "Aku muslim!" tetapi tangan, kaki dan hati tidak menzahirkannya.
Umatku: Satu dalam Sejuta
Marilah kita menjadi yang satu dalam sejuta.
Muslim yang berkualiti, seorang menyamai jutaan manusia.
Tidak perlu sangat kepada kuantiti, yang lebih penting ialah kualiti.
Sejuta umat memerlukan kita. Jika seorang mampu menyelamatkan sejuta, maka saya dan anda sudah cukup untuk memulakannya. (tersenyum)
Betebaranlah wahai sahabat-sahabatku! Kerana sesungguhnya Allah mengawasi kita.
Wallahu `alam. Semoga anda memaafkan saya andai terkasar bahasa, dan semoga Allah Taala al-Ghofur mengampuni kita semua.
Rujukan: Tafsir al-Quran al-Karim Resam Uthmani, Prof Dr Hj Mahmud Yunus. (2006) Cetakan Klang Book Centre.

"Dan sembahlah kamu semua kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan dengan-Nya sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang karib dan tetangga yang bukan karib, teman sejawat, orang musafir dan kepada hamba sahaya kamu. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang sombong lagi bermegah-megah."
"(iaitu) orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia berlaku bakhil dan menyembunyikan kurnia yang diberikan Allah kepadanya..."
(maksud Surah an-Nisa', surah keempat ayat 36 dan 37)
"Wahai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikanmu dari diri yang satu dan menjadikan pasangan daripadanya. Dan daripada keduanya berkembang lelaki dan perempuan yang ramai. Dan takutlah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan nama-Nya, dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah amat mengawasi kamu." (maksud Surah an-Nisa', ayat 1)
"Wahai orang-orang yang beriman, tepatilah semua janjimu...."
(maksud Surah al-Maidah, surah kelima ayat 1)
"Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadamu (bersedekahlah), sebelum tiba hari yang tiada jual beli pada hari itu, tiada persahabatan dan tiada pertolongan (sebelum Hari Kiamat)..."
(maksud Surah al-Baqarah, surah kedua ayat 254)
"Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah apa-apa yang baik daripada apa yang kamu usahakan dan apa-apa yang Kami tumbuhkan dari bumi untukmu. Dan janganlah kamu sengaja menafkahkan sesuatu yg tidak elok, sedangkan kamu sendiri tidak suka mengambilnya, melainkan dengan memejamkan mata, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(maksud Surah al-Baqarah, ayat 267)
"Dan jika orang yang berhutang di dalam kesempitan, tunggulah sehingga waktu lapang, dan jika kamu sedekahkan, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
(maksud Surah al-Baqarah, ayat 280)
Subhanallah.
Eh, patutlah macam pernah dengar. Di dalam al-Quran sudah banyak kali ditekankan tentang berbuat baik sesama manusia, cuma kita sahaja yang buat-buat lupa.
Malulah kita. Bukan kepada penganut Kristian. Atau Buddha. Atau Hindu.
Tetapi malulah kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana tidak membuktikan akidah kita, malah melupakan pula saudara-saudara seislam.
Malulah kita kerana hanya lidah berkata, "Aku muslim!" tetapi tangan, kaki dan hati tidak menzahirkannya.
Umatku: Satu dalam Sejuta
Marilah kita menjadi yang satu dalam sejuta.
Muslim yang berkualiti, seorang menyamai jutaan manusia.
Tidak perlu sangat kepada kuantiti, yang lebih penting ialah kualiti.
Sejuta umat memerlukan kita. Jika seorang mampu menyelamatkan sejuta, maka saya dan anda sudah cukup untuk memulakannya. (tersenyum)
Betebaranlah wahai sahabat-sahabatku! Kerana sesungguhnya Allah mengawasi kita.
Wallahu `alam. Semoga anda memaafkan saya andai terkasar bahasa, dan semoga Allah Taala al-Ghofur mengampuni kita semua.
Rujukan: Tafsir al-Quran al-Karim Resam Uthmani, Prof Dr Hj Mahmud Yunus. (2006) Cetakan Klang Book Centre.
No comments:
Post a Comment