بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kalau boleh nak beritahu
"Akak ni rajin study la...banyak tanya dalam kelas pulak tu.."
Ha, ni nak jawab ni.
Adik, bukan sebab rajin, tapi sebab seronok!
Kalau boleh nak beritahu
Kalau boleh, memang saya nak bagi perasaan seronok tu pada semua orang. Kepada para sahabat, keluarga dan masyarakat. Kepada yang berumur, sebaya dan kecil.
Kalau boleh hati saya hendak menjerit, "Awak semua! Belajar itu sangat seronok!"
Kebebasan Memilih
Wahai sahabatku sekalian,
Pernah tak kita terfikir tentang spesis selain daripada manusia?
Sebenarnya, bukankah Allah Taala menciptakan pelbagai lagi makhluk2nya, bukan manusia sahaja tau! Kita kene selalu beringat tentang hakikat itu.
Malaikat misalnya.
Diceritakan di dalam al-Quran bahawasanya para malaikat diciptakan daripada cahaya.
Ha, macam mana tu? Kita pun boleh mencipta juga, detik hati masing-masing. Kita dapat 'memendekkan' jarak dengan penciptaan motosikal, kereta, dan shinkansen! Wah, kita dapat menjelajah di lautan walaupun kita tidak pandai berenang! Woa, kita juga dapat meneroka langit walaupun tidak dilahirkan dengan sayap!
Tapi, mencipta sesuatu daripada cahaya? Cahaya tu kan abstrak. Macam pelik je...?
(tersenyum)
Wahai teman,
Kita pelik kerana kita tidak dapat berbuat begitu. Kerana kemampuan itu tiada pada kita. Kemampuan, malah kekuasaan itu hanyalah milik Pencipta Yang Agung. Tidak begitu? (tersenyum)
Ok, itu selingan.
Cuba fikirkan, hari-hari malaikat buat apa ya?
Ada yang mencatat perbuatan kita. Setiap patah perkataan dicatat without fail.
Ada yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia.
Ada yang pejabatnya di alam barzakh, sebagai examiner bagi penghuni kubur. (menggigil)
Tidak kurang juga yang melawat manusia 70 kali sehari, menunggu kuota masa manusia itu habis di bumi ini.
Para malaikat mengikut arahan bos (Allah Taala) tanpa pernah mempersoalkan arahan itu sekalipun.
Begitulah fitrah atau keadaan semula jadi bagi malaikat. Mereka ialah makhluk yang taat pada perintah Tuhan sekalian alam.
Siapa lagi ye yang turut menghuni bumi ini?
Haaa, terlupa pula dekat kambing, lembu, burung, arnab, ikan dan haiwan-haiwan lain. (Kalau lapar ingat pulak)
Tugas mereka pula ialah makan, minum dan menjadi makanan bagi manusia.
Anda perasan persamaannya?
Ya, kedua-dua jenis makhluk ini, iaitu malaikat dan haiwan melaksanakan perintah Allah dengan taat.
Emm, manusia pula?
Err..macam-macam fe elnya/tabiatnya (فعل ye, bukan feel). So diverse, sangat besar spectrum of activitynya.
Sahabat-sahabatku sekalian,
Manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Ertinya, kita diberi kebebasan. Fahamkah kita dengan erti kebebasan itu?
Kita bebas untuk berfikir. Kita bebas untuk memilih. Sama ada untuk mengikut hawa nafsu, atau menurut nasihat iman.
"Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya (manusia) mana (jalan) yang buruk dan mana (jalan) yang baik."
-maksud surah as-Syams: 8.
Lalu, bukankah kebebasan ini suatu anugerah? Suatu kurniaan? Suatu hadiah?
Kerana ada makhluk lain yang tidak diberi kebebasan seperti yang diberikan Allah kepada kita.
Kelihatan seperti Allah melebihkan manusia? (tersenyum)
Hikmah
Wahai manusia yang mampu berfikir,
Fikirkanlah.
Sesungguhnya penciptaan langit, bumi dan segala yang berada di antara keduanya itu mengandungi tanda (kebesaran) Allah bagi mereka yang mahu berfikir.
Mengapa Allah menciptakan fitrah malaikat sedemikian rupa?
Mengapa Allah memperlihatkan fitrah haiwan begini dan begitu pula?
.......kalau bukan untuk kita yang mampu berfikir (tentang hikmahnya) ini, untuk siapa lagi?
Fikirkanlah...kemudian pilihlah jalan yang lebih baik di antara dua jalan itu.
Sesungguhnya akal itu suatu amanah. Amanah yang jika digunakan ke arah kebaikan, akan membawa pemiliknya ke arah kebaikan dan kenikmatan (syurga dan rahmat Allah). Amanah yang jika disalahgunakan membawa pemiliknya ke jalan kesesatan.
Kesimpulannya, akal ialah anugerah dalam bentuk ujian/amanah.
Kita diberi kebebasan. Rugilah jika tidak mempraktikkannya, bukan?
Bersyukurlah, dan pilihlah untuk mencari keseronokan dalam belajar! (tersenyum)
No comments:
Post a Comment