Saturday, November 3, 2012

Pendirian


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku selalu berfikir, "Macam mana sesetengah orang mempunyai pendirian yang teguh?"

Orang-orang yang tak akan goyah pegangannya dek kerana ingin menyenangkan hati orang lain. 

Mengapakah aku terlalu ingin menyenangkan hati manusia?

Seolah-olah pandangan mereka sangat berharga.

Seolah-olah penghargaan merekalah yang aku perlukan untuk masuk syurga.

Astaghfirullah al-`azim.

Tiada siapa yang dipersalahkan di sini. Mereka hanya menjadi diri mereka. Dan aku harus menjadi diri sendiri.

Persona yang aku mahukan. Persona yang aku idamkan. Persona para Nabi, rasul, sahabat-sahabat Nabi, serta para orang soleh.

....Wah. Besar cita-cita si kecil ini.

Wahai Allah, Tuhanku,
Aku berharap diberi kekuatan untuk menjadi diri sendiri. Aku mahu menjadi hamba-Mu yang menjaga solatnya, berpuasa sebanyak-banyaknya, mengingati-Mu walau dalam keadaan berdiri, duduk, atau baring.

Untuk tetap membaca al-ma'thurat (himpunan zikir) pagi dan petang. Tetap membaca al-Quran setiap hari. 

Walau tugasan berlonggokan. Walau masa sentiasa mencemburui.

Wahai tuhanku,
Aku ingin beriman pada setiap detik. Bukan untuk menunjukkan aku ini baik, kerana sesungguhnya Engkau lebih tahu dan bahawasanya Engkaulah yang menyembunyikan semua aibku. Semuanya...

Berilah aku kekuatan untuk menolak ajakan yang aku tidak mahu menuruti.. sebenarnya. untuk menolak dengan cara yang baik. Hatiku menolak kerana tidak sedap. tidak selesa melakukan sesuatu yang aku tahu, Engkau tidak gemar hamba-Mu melakukannya. 

Kawan tetap kawan. Dan...hamba Allah, tetap hamba Allah.

Tidak bolehkah aku menjadi kedua-duanya?

Ummu hurairah,
jawablah dengan tindakan, jawablah dengan penuh keyakinan, laksanakanlah apa yang kau mahukan.

Hanya Allah sebaik-baik penilai, dan Dia menilai dengan amalan, bukan dengan tulisan kaku.

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." (HR Muslim)

No comments: