Sunday, March 27, 2011

Tarbiyah

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

....

Tik-tok
Tik-tok
Tik-tok

Pantasnya masa berlalu.

Dah sampai ke penghujung semester.

Hmm..apakah yg aku telah pelajari sepanjang semester ini?

Banyak, insya-Allah.

Tetapi kali ini, di ambang peperiksaan, aku teringin hendak berkongsi suatu...kesedaran yg paling dalam...sepanjang perjalanan hidupku.

Perjalanan.

Di sepanjang perjalanan ini, Allah Taala telah mengajarkanku banyak perkara. Dan perkara inilah yg akan terus kuyakini, iaitu, penurunan Nabi Adam dan Hawa a.s dari syurga ke alam dunia...tidak lain ialah untuk mengajar mereka berdua, serta cucu-cicitnya kelak...akan hakikat penciptaan makhluk bernama manusia.

Ya, inilah keyakinanku. Sejak permulaan penciptaan Nabi Adam a.s lagi, Allah Taala telah mengajarkan baginda nama-nama pelbagain benda.