بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
....
Tik-tok
Tik-tok
Tik-tok
Pantasnya masa berlalu.
Dah sampai ke penghujung semester.
Hmm..apakah yg aku telah pelajari sepanjang semester ini?
Banyak, insya-Allah.
Tetapi kali ini, di ambang peperiksaan, aku teringin hendak berkongsi suatu...kesedaran yg paling dalam...sepanjang perjalanan hidupku.
Perjalanan.
Di sepanjang perjalanan ini, Allah Taala telah mengajarkanku banyak perkara. Dan perkara inilah yg akan terus kuyakini, iaitu, penurunan Nabi Adam dan Hawa a.s dari syurga ke alam dunia...tidak lain ialah untuk mengajar mereka berdua, serta cucu-cicitnya kelak...akan hakikat penciptaan makhluk bernama manusia.
Ya, inilah keyakinanku. Sejak permulaan penciptaan Nabi Adam a.s lagi, Allah Taala telah mengajarkan baginda nama-nama pelbagain benda.
"Dan Dia ajarkan kepada Adam semua nama (benda), kemudian Dia perlihatkan kpd para malaikat, seraya berfirman, "Sebutkan kpdKu nama semua benda ini, jika kamu yg benar!" "
"Mereka menjawab, "Maha suci Engkau, tidak ada yg kami ketahui selain apa yg telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." " (Surah al-Baqarah : 31-32)
Cubalah sahabat2 sekalian bayangkan, andaikan kita sejak dulu lagi di syurga, adakah kita akan belajar apa itu sod.ba.ro'. (sabar)? Adakah kita akan mengenali erti penat lelah? Adakah kita akan tahu untuk bersyukur akan segala nikmat Allah Taala? Adakah kita akan SEDAR KEDUDUKAN KITA SBG HAMBA-NYA?
....
Wahai sahabat2ku sekalian,
Setelah sekian lama menyepi, hari ini saya hendak berkongsi pengalaman diri...bagaimana Allah Taala Yang Maha Penyayang, lagi Maha Bijaksana...mengajarkan saya...apa itu TARBIYAH.
Usrah
"Apa yg korang faham tentang usrah?"
"Untuk apa kamu datang usrah?"
"Apa yg adik2 inginkan dalam usrah ni?"
Antara 'terjahan2' drpd kakak naqibah. (tersenyum)
Sebenarnya mereka bertanya dengan penuh kesopanan, hanya aku sahaja yang merasakan soalan2 itu sebagai 'terjahan'. haha.
Kenapa aku merasakannya terjahan? Hmm..mungkin kerana aku memang tidak pernah berharap apa2 di dalam usrah. Maksudku, tiada harapan atau tujuan spesifik. Iyalah, apa sangat yang aku tahu pasal usrah tu. Ilmu pun cetek. "Secotek" kata teman sebilikku. (haha)
Ya...aku cuma tahu maksud perkataan usrah.
Usrah. Bukankah maksudnya keluarga? Usrati = Keluargaku.
Hmm..jadi bulatan manusia yg duduk bersama-sama di dalam satu pertemuan itu seperti sebuah keluargalah?
Ya, aku boleh menerima definisi sebegitu.
Ada seorang kakak naqibah/ketua yg memberikan pengisian tentang agama Islam yg sememangnya diri ini ketandusan, mungking kerana mengambil jurusan sains aplikasi seperti farmasi, jadi jarang sangat mempunyai masa untuk santapan rohani.
Ya, biarlah ruhku bersantap sepuas-puasnya. Kebajikan ruh juga tanggungjawab seorang insan kan? Kerana insan itu tercipta dengan dua elemen; jasad dan ruh. Jika jasad mendapat chicken chop, satay kajang, ais blended choc, maka ruh juga wajib mendapat 'selawat ABCnya', dan 'nasi goreng muhasabah' kan? Baru adil! (haha..nasi goreng je)
Tujuanku memilih untuk berusrah ialah kerana untuk memenuhi tuntutan rohani. Menambahkan ilmu tentang agama yang dianuti. Untuk lebih faham tentang Islam. Kerana aku bercita-cita menjadikan Islam bukan sebagai agamaku, tetapi cara hidupku.
Tarbiyah
"Okey, adik2 tajuk hari ini ialah tarbiyah..."
Mula2 berusrah, aku tidak berapa peka dengan perkataan itu.
Akan tetapi lama-kelamaan, aku perasan sesuatu.
Kenapalah kakak2 usrah atau mereka yang sudah lama dengan usrah ni, suka saaaaangat sebut "Tarbiyah"?
Sikit2 tarbiyah. Sini tarbiyah. Sana tarbiyah. Haisssh...apa yg special sgt pasal tarbiyah ni?? Nama artis yang famous ke, tapi kenapa aku tak tahu pun??
Ish3..(geleng2 kepala). Ummu Hurairah, kalau belum tahu, janganlah main terjah aje. Kalau nak tahu, haa kenalah ambil tahu.
Ok...at this point in time, aku mula berminat dengan perkataan "tarbiyah". Tambah2 lagi bila satu hari Kak Sarah, naqibahku bercerita...
"Ada seorang kwn akak ni. Dia pengawas. Tahukan, orang (pelajar) lain tengok pengawas ni macam mana? Selalunya orang bencikan pengawas. Maybe bukan semua pelajar, tetapi kebanyakannya lah.
Tapi, kawan akak ni, ya Allah, semua orang suka dia. Semua orang senang dengan kehadirannya. Cara dia tegur orang buat salah pun bagus, dengan cara mendekati orang tu secara personal, menggunakan sentuhan. (Cth: "Adik, kenapa buat begini, tak elok" sambil memegang bahu pelajar itu)
Kak Sarah pun tertanya-tanya, bagaimana didikannya di rumah. Suatu hari, Kak Sarah pun menumpang tidur kat rumahnya. Barulah akak tahu, rupa2nya keluarganya mengamalkan TARBIYAH."
Lah!
Perkataan ni LAGI!
Hai, popular sungguh kamu di lisan para kakak naqibah wahai tarbiyah...
Selepas drpd tu, perasaanku semakin membuak-buak hendak mengetahui, apa sebenarnya tarbiyah?
Mukhayyam Dakhili - sekitar dua minggu yang lalu
Mukhayyam Dakhili (MD) bermaksud "perkhemahan dalaman". Berkhemah, tapi tak pakai khemah. Hehe macam mana tu?
Kami berkumpul ramai2, tidur di sebuah rumah homestay dan beraktiviti selama dua hari satu malam.
Pada permulaannya, aku rasa macam tak cukup masa. Banyak lagi tak ulangkaji ni. Assignment berlambak-lambak.
Tapi, hai, disebabkan punyalah curious hendak mengetahui lebih lanjut pasal tarbiyah, akhirnya kakiku sampai di sana. (sekali dengan jasadlah.)
Lagipun, aku tak faham..well actually hatiku amat tertarik melihat sahabat2ku yang segolongan ini.
Golongan naqibah2 itulah.
Ada yang sekelas denganku. Assignment dan silibus mestilah sama denganku. Tapi...oh tapi, kenapa mereka sanggup mengorbankan masa untuk aktiviti lanjutan usrah ni? Dan, aku tidak rasa mereka berkorban, malahan...mereka GEMBIRA! Apabila mendengar ada yang ingin menyertai, wajah mereka begitu berseri-seri. Sebaliknya, apabila mendapat khabar ada yang tidak dapat menyertai, suram pula riak wajah mereka.
Kenapa begitu?
Kenapa begitu beriya-iya?
Arrggh! Aku tak puas hati! Tak boleh jadi, aku mesti pergi MD kali ni!
Slot Kepentingan Tarbiyah
Tiba malam hari. Oh, ada pula slot "Kepentingan Tarbiyah".
YA ALLAH.
(Tarik nafas). OK. Tarbiyah dengan aku memang berjodoh agaknya. (tersenyum)
Baiklah. Kakak err..hanisah kot namanya...(maaf kak!) menyampaikanlah pembentangannya. Kakak hanisah menerangkan, aku pula mencatatkan. Mencatat..dan terus mencatat.
Tamat.
Hmm..ok. Aku pun berhenti mencatat.
Masuk pula ke dalam LDK (Latihan dalam kumpulan).
Maka ketua yang ditugaskan untuk kumpulanku, Asma' bertanya pula soalan cepu mas,
"Haa, apa yg sahabat2 dapat dengan talk kak Hanisah tadi?"
Mata. Saling berpandang-pandangan. Mulut, saling membalas senyuman. Tapi terkatup rapat pulak masing2! Masing2 kelulah Asma'...(haha)
Waktu berbalas-balas pandangan, berbalas-balas senyuman itulah...hati aku.
Bahagian diriku yang paling penting sekali. Bukan otak, tetapi hati. Qalbi.
Hatiku. Tak sedap. Tak tahu kenapa. Soalan Asma' tiba2 membuatkan aku terfikir.
Rupa-rupanya tanganku sahaja yang mencatat. Tetapi hatiku...sikit pun tak teringat. Apabila aku cuba mengingati semula, fikiranku...kosong.
Hai Tarbiyah? Siapa engkau sebenarnya??
Jiwaku meronta lagi. Asma' memandangku. Aku minta ditangguhkan, menjadi orang terakhir untuk meluahkan pendapat dan soalan.
Setelah satu bulatan manusia berbicara pendapat mereka, akhirnya sampailah kepada hujung bulatan itu; aku.
Jiwaku yang memendam akhirnya meledak. Meletus!
"Asma'. Jujurnya saya ckp, saya masih tak faham apa itu tarbiyah. Ye, betullah, tarbiyah itu maksudnya mendidik. Tapi, saya tak faham, kenapa perlunya tarbiyah? Kenapa perlunya kita/kami pergi kpd prog2 seperti ini? Tidak cukupkah hanya dengan usrah seminggu sekali? (Bagiku ia sudah cukup memerlukan komitmen di samping hidup sebagai pelajar) Bukankah Islam itu mudah? Tapi, apa yang saya nampak dengan usrah atau tarbiyah ni, ia seolah-olah menyulitkan kehidupan seorang muslim. Maksud saya, ia menggambarkan kehidupan seorang muslim yang rumit, dan harus memberikan komitmen kepada usrah. Tidak cukupkah dengan mengamalkan Islam itu sendiri di dalam kehidupan? Solat, membayar zakat, bersedekah dll. Lagipun, bukankah Islam itu cara hidup? Maka bagi saya, sudah cukup hidup sebagai muslim dengan begitu. (Selama ini pun saya hidup begitu)"-Bicara dalam kurungan ialah monolog dalaman.
Ya, dengan itu meletuslah Gunung Berapi Ibu Kucing!
Secara jujur, saya sudah tidak ingat apa jawapan Asma' dan para sahabat yang lain ketika itu. (Minta maaf Asma'!) Apa yang saya masih ingat, jawapan mereka sedikit sebanyak menenangkan hati saya.
Ada yang menjawab, tarbiyah itu sebenarnya suatu proses. Ya, ia bermaksud mendidik, maka untuk mendidik atau membentuk memerlukan masa. Maka jadilah tarbiyah itu suatu proses. Proses untuk membentuk seorang individu muslim atau fardhu muslim yang mempunyai ciri2 muslim sejati. Dan siapa pula muslim sejati?
Toleh semula ke belakang wahai sahabat2ku, selak semula lembaran sejarah yang telah lama ditinggalkan... Rasulullah saw dan umat Islam di zamannya, barulah layak menyandang muslim sejati.
Oh jangan bimbang, tiada letupan susulan! (tersengih) Hanya sekali itu Gunung Berapi Ibu Kucing meledak...bukan marah, cuma itulah akibat memendam. Huhu..memendam rasa terhadap tarbiyah.
Sebenarnya aku tidak belajar erti tarbiyah pada satu slot itu. Akan tetapi, kehidupan selama di MD lah yang menyingkap tabir di sebalik tarbiyah yang aku buru itu.
Kamu tahu?
Makan sedulang, tidur bersebelahan, duduk berhampiran, bersama-sama mendengar kuliah, membuat aktiviti2 LDK bersama-sama, bersabar menunggu untuk membuang hajat (oops, anti klimaks betul ) kerana begitu ramai sahabat2 di bwh 1 bumbung...kemudian senyuman..mata yang bersinar...tawa yang manis...
Kamu tahu?
Mungkin kamu dapat mengetahui daripada ceritaku hari ini.
Tapi, biar saya beritahukan rahsia terbesar.
Iaitu kamu SELAMA-LAMANYA tidak akan dapat merasai MANISNYA IMAN itu sehinggalah kamu sendiri yang mencubanya.
Aku belajar bersabar. Benar. Aku, dengan sifatku yang suka 'meletus', mana faham apa itu sabar.
Bagaimana hendak faham? Sedangkan hati tidak pernah merasainya.
MD telah mengajar aku supaya bersabar. Mungkin tidak banyak dalam masa sesingkat itu, tapi cukuplah beberapa zarah sebagai titik permulaan.
Seronok, melihat dan mengamati sahabat2 lain yang tidak pernah kukenali, kini sebumbung dan begitu dekat denganku. Mengamati sifat sabar mereka, membuatkan diri sendiri malu dengan secotek kesabaran yang tidak layak dinamakan kesabaran itu.
Begitulah kisahnya aku meninggalkan MD...
Dua minggu selepas itu - 26/3/2011
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Kusangka isu itu sudah terkubur, rupanya tarbiyah menjengah lagi.
Anda semua mesti sudah bosan dengan tarbiyah kan? (tersenyum)
Bersabarlah (wpun sendiri tidak layak untuk menasihati) wahai sahabat2ku. Bukankah sudah kita pelajari, bahawa tarbiyah itu suatu proses? Proses perlukan masanya...untuk menunjukkan kesannya.
Sebenarnya...aku tidak tahu apa yang telah aku lakukan.
(Apa yang kau dah buat???)
Bukan ke, kalau kita buat baik pada seseorang, maka wajarlah orang itu membalas budi kita kan? Kita pun expect dia membalas (haha)
Tapi, macam mana pula, kalau kita jarang sekali buat baik pada dia...tapi...dia pula selalu buat baik pada kita.
Apa namanya tu?
...Namanya...Ar-Rohim.
Hanya...hanya...Ar-Rohim sahaja yang akan berbuat begitu. Hanya Dia sahaja yang akan berbuat begitu. Kepadaku, dan kepadamu juga. All we have to do... listen...all we have to do is...have faith in Him.
"Sesungguhnya Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepadaKu." Hadis qudsi drpd Nabi Muhammad saw.
Saya akan tunjukkan kepada anda. Bukan..pembetulan. Saya akan berkongsi kepada anda, tetapi hanya Allahlah yang dapat menunjuki anda semua.
Betapa Allah itu menyayangi hamba2Nya...
***********************************************
Tit-tit!
1 Msg received.
"Ummu hurairah, tak jadi pergi ke ummatic day? Talk Kak Zai baru je nak mula ni...datanglah baru intro" - Kak Sarah.
"Oh, yeke? ok2..saya datang sekarang." - Ummu Hurairah.
(Oh, ingatkan nak study tadi. Dahlah pagi tadi tak pergi. Cadang nak pergi, tapi banyak pulak tak study lagi, takpelah, aku pergi je dengar2 apa yang baik.)
Tajuk: Muslim Realiti vs Muslim Ilusi
"...adik2, disebabkan muslim hari ini ilusilah, kita telah lama ditindas, macam exhibition yg adik2 buat tu, pasal selatan Thai, Algeria, Cech dan banyak lagi, dan kita akan terus ditindas, sebab apa? Sebab muslim ilusi, tetapi Yahudi dan Kristian ialah realiti." - Kak Zai
Kemudian disusuli pula dengan sketsa mantap drpd naqibah2 senior. Biar saya ceritakan sedikit...
*******************************************************
Gelap. Lampu ditutup. Tiba2 kedengaran hilai tawa.
"Tentera2 Yahudi! Ayuh berbaris! Kita mendapat laporan ada tentera Hamas di kawasan ini. Mari! Kita cari mereka. Hahaha...
Tentera2 Yahudi sekalian! Makanan apa yang paling sedap bagi kita?
"Daging orang Arab!"
"Hahahah! Minuman apa yang paling sedap utk kita?"
"Darah orang Islam!"
"Hahaha! Jom, kita bunuh binatang itu!"
Suasana pun kacau. Tentera2 Yahudi menyoal siasat rakyat awam (audience) tanpa belas kasihan, bertanyakan di mana kedudukan Hamas.
Akhirnya mereka menangkap beberapa 'suspek'. Termasuk seorang ibu dan anak.
Ketua Yahudi berkata, "Hei perempuan! Bagi tahu aku di mana Hamas cepat! Kalau tidak aku bunuh kau!"
"Tembaklah aku. Aku tak peduli. Sekali-kali aku tidak akan membelot tentera Islam! Allahu Akbar!!"
"Oh..degil ye.."
BANG!
"Ummi!!"
Tiba2..
"Hai Yahudi, bukan mereka lawan kamu. Tapi kamilah lawan kamu!"
Berlaku tembak-menembak. Akhirnya tentera Islam menang pada hari itu.
*****************************************************************
Tarbiyah Allah untukku
Sahabat2ku sekalian,
Pada awalnya saya tidak berniat untuk menyertai program yang dianjurkan kakak2 naqibah usrah pada Sabtu 26 Mac lalu.
Saya beralasan hendak mengulangkaji. Tapi, benarkah saya menggunakan masa semalam untuk mengulangkaji? Mungkin sahaja saya lebih banyak tidur dan bermimpi di siang hari.
Tapi mengapa saya pergi juga? Mengapa saya berasa tertarik untuk pergi juga?
Saya percaya...saya sangat mempercayai, bahawa inilah tarbiyah Allah untuk saya.
Mendengar ucapan penutup drpd Kak Nik Aida, "Cuba buka al-Quran surah 48 ayat 20-23.
Allah menjanjikan kpdmu harta rampasan perang yang banyak yg dpt kamu ambil, maka Dia segerakan (harta rampasan perang) ini utkmu, dan Dia menahan tangan manusia dari (membinasakan)mu (agar kamu mensyukuriNya), dan agar menjadi bukti bg orang2 Mukmin, agar Dia menunjukkan kamu ke jalan yang lurus.
Dan (kemenangan2) atas negeri2 lain, yg tidak dpt kamu perkirakan. tetapi sesungguhnya Allah telah menetukannya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dan sekiranya org2 yg kafir itu memerangi kamu, pastilah mereka akan berbalik melarikan diri (kalah) dan mereka tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong.
(demikianlah) hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu.
Cuba lihat sekarang ni, ada tak perkara2 yang disebutkan ini berlaku pada kita?
Ada ke orang2 kafir sangat takut dengan orang Islam sampaikan mereka lari balik takut nak berperang?
Bahkan negara2 Islam sekarang banyak yang jatuh dan bermasalah.
Tetapi disebutkan pula dalam ayat berikutnya, (demikianlah) hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu.
Sunnatullah (hukum Allah) tidak berubah. Sama sahaja macam dulu. Habis, kenapa jadi macam ni (sekarang)? Apa yang dah berubah? Siapa sebenarnya yang dah berubah?
Kita umat Islam sekarang disibukkan dengan study, study, study. Jarang dah nak fikir pasal ummah.
Siapa ingat Mavi Marmara? Bila berlakunya tu? Apa peristiwa yang berlaku?
Haa, kan. Waktu tu, satu dunia tahu perkembangan pasal rakyat Palestin. Semua orang kesian dkt rakyat Palestin. Sampaikan dah jadi satu fenomena.
Tapi lepas tu, datanglah FIFA world Cup. Ada orang ingat lagi pasal Palestin? Sedangkan isu ni bukan bermusim. Ia tak sepatutnya jadi bermusim.
Umat Islam dulu, macam Saad bin Abi Waqqas, dah lama membebaskan Cina. Ramai lagi sahabat2 hebat yang merantau ke seluruh dunia menyebarkan Islam. Kita? Kita macam mana?
Macam mana kita hendak menjadi seperti mereka? Dan lepas balik drpd prog ni, adik2 nak buat apa?
Jadi muslim sejati? Macam mana pulak tu?
Haa..,akhirnya berbalik kepada...Tarbiyah.
Rasulullah saw dahulu mendidik para sahabatnya selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Sebelum diwahyukan kepada mereka kewajipan solat (iaitu hampir dengan penghijrahan ke Madinah), apakah yang membuatkan para sahabat begitu konsisten dengan Islam? Itulah hasil tarbiyah Rasulullah saw. Baginda tidak perneh meninggalkan usrah malah menggunakan setiap saat untuk mendidik mereka menjadi insan2 hebat yang kita kenali hari ini."
Teringat pula kata2 Kak Zai yang paling memberi kesan, "Cuba bandingkan seorang Cina Kristian, dan Melayu Muslim. Dua-dua ni usaha sama kuat. Tapi, kenapa kita tengok senarai calon2 pelajar terbaik SPM 2009 ramai cina? kenapa Allah tak tolong orang Islam? Allah tak sayang orang Islam ke?
Allah itu ar-Rahman dan ar-Rohim. Dia Maha Pemurah, maka diberikanNya kejayaan kpd orang kafir, kerana sifat pemurahNya itu untuk semua makhluk. Tapi ar-Rohim pula, hanya untuk hamba2Nya. Untuk mendapatkan kasih-sayangNya, kita pun kenalah memberi satu benda yang Allah mahukan itu, iaitu ketaatan kepadaNya. Percayalah, bila kita meletakkan IMAN & TAQWA MENGATASI SEGALA2NYA, barulah Allah akan mengurniakan kejayaan. Sebaliknya, jika kita tidak meletakkan iman & taqwa melebihi segala2nya, sebanyak mana pun kita berusaha, wpun usaha kita lebih drpd orang cina td, ALLAH TAK AKAN BAGI kejayaan itu kepada kita."
Allah sayangkan kita. Dia tunggu kita untuk bagi that one thing je, dan insya-Allah Dia akan limpahkan segala kurniaNya kpd kita."
Teringat pula kepada diri sendiri...
Aku hidup selama ni, sudahkah aku meletakkan iman & taqwa melebihi segala2nya?
Apabila petang ni ada usrah, adakah aku akan beralasan banyak lagi tak study untuk tidak pergi berusrah?
Apabila azan berkumandang, adakah aku terus meninggalkan ulangkajiku dan bergegas mengambil wuduk?
Apabila Allah memanggilku ke arah kebaikan, malah membuka jalan bagiku, adakah aku menyahutnya?
Ya Tuhanku! Dunia telah mengaburi mataku...rupa2nya aku memang telah bermimpi di siang hari.
"Selagi kita tidak meletakkan iman & taqwa melebihi segala2nya, selagi itulah Allah Taala tidak akan memberikan kpd kita Palestin dan al-Aqsa." - Kak Zai
Renungan
Di akhir entri yang berela-ela ini, saya ingin mengajak kita semua untuk merenung.
Bukan merenung nasib.
Bukan merenung muka.
Tapi merenung masa lalu, demi memperbaiki masa depan.
Wahai sahabat2ku yang dikasihi Allah,
Hidup ini suatu perjalanan.
Jika di pertengahan jalan ada seseorang menyedarkan kamu drpd lenamu, bangunlah segera! Sahutlah seuran kesedaran itu! Janganlah menjadi seperti si arnab dalam perlumbaannya dgn kura2, dia berasa dia sudah hebat dan pandai, dan dia pasti dapat mengalahkan kura2. Lalu dia berehat sebentar dan akhirnya tertidur. Bila terjaga drpd lenanya, segalanya sudah terlambat. Kura2 sudah pun mendahuluinya. Bagaimanakah jika kura2 itu ialah malaikat maut, menunggu untuk merentap ruh drpd jasad? Masih mahu menjadi arnab yang pada asalnya ingin berehat2, menikmati dunia, akhirnya ia dilalaikan oleh angan2nya. Kemudian, kematian pula mendahuluinya. Astaghfirullah al-azim.
Saya bukanlah manusia terbaik sepanjang zaman, kerana insan yang mulia itu telah pun wafat ditelan masa dan bumi. Namun saya sekadar ingin mengingatkan dan berkongsi kesedaran yang Allah berikan; usahlah terlalu mengutamakan dunia.
Dalam konteks kehidupan sebagai pelajar, saya...berpendapat, in this moment in time, bahawa kecemerlangan akademik bukanlah segala2nya. Bukan maksud saya, oh, jom pergi berdakwah, mengajak manusia mengenal Allah dan tinggalkan kursus farmasi yang duniawi itu! Bukan begitu.
Kita memerlukan tawazun yang bermaksud seimbang/keseimbangan. Ya, tumpukan perhatian di dalam kelas, tidak ponteng kelas, bertanya soalan kepada pensyarah, berinteraksi secara dua hala dengan guru, ya semua itu tetap ciri2 muslim sejati, bagi saya. Tapi, di celah2 kesibukan belajar ilmu dunia, di manakah kita meninggalkan akhirat? Di tepi jalankan? Di tepi sungai Kuantankah, sewaktu berjalan-jalan mengambil angin petang? Di kaki lima kah?
Atau, di tepi dua batu nisan kita nantikah? (Takutlah kita kepada Allah, jika kita benar2 beriman).
Saya ingin membertulkan persepsi mengenai usrah. (Sebetulnya, persepsi sayalah yang telah dibetulkan).
Dahulu saya berfikir ianya sesuatu yang berat.
Tidak perlu. Cukup sekadar membaca al-Quran, pergi mendengar kuliah2 agama sekali-sekala. Cukuplah! Nak apa lagi? I'm a muslim what?
Tapi, muslim jenis apakah aku?
Tidak berani menegur saudara sendiri yang terang2-terangan melanggar larangan Allah?
Tidak berani memperkenalkan Allah Taala dan Muhammad sbg pesuruh Allah kpd yang belum berpeluang mengenalinya?
Tiada kekuatan untuk menamatkan kesengsaraan saudara2ku di selatan Thailand? Di Algeria? Iraq? FALASTINA?
Di mana kekuatan umat Islam yang dahulunya menguasai 2/3 dunia?
Di mana Khalid al-Walid?
Di mana Umar Abd Aziz?
Di mana Salahuddin al-Ayyubi?
Di mana Hassan al-Banna?
Aina antum ya jundul muslimin (Di mana kamu wahai tentera Islam)???
Di meja study. Di rumah. Bersama keluarga tercinta. Bergurau senda. Bersuka ria.
Sedangkan KELUARGAMU BERDUKA! KELUARGAMU YANG SEBENAR TIDAK MENIKMATI LAZATNYA McD YANG KAMU MAKAN!
Keluargamu MENANGIS SYAHIDNYA ANAK2 MEREKA, sedangkan KITA MENANGIS HERO KOREA DITINGGALKAN KEKASIHNYA.
Inikah muslim sejati? Inikah perwatakan yang ingin anda semua dikenali?
Kalau begini, say "sayonara falastin".
Wahai sahabat2ku,
Bagi diri ini, saya seolah-olah bertemu harta karun. Saya menganggap, Allah Taala telah membuka jalan untuk menerokai sesuatu yang belum pernah saya alami sebelum ini. Saya tak tahu kenapa. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk saya belajar mengenai tarbiyah yang dahulunya saya 'allergic' mendengarnya. Maaflah, itulah sikap orang tidak berilmu. Dia mencaci, sedangkan dia tidak mengetahui. Maafkan kekasaran bicaraku di sini.
Bukanlah saya akan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar, tapi, saya ingin menambah sepasang kaca mata tambahan; kaca mata akhirat.
Hidup Dari Kaca Mataku.
Akhirat Juga Dari Kaca Mataku.
I want to see where this road takes me. So, at least for now, I'm going to appreciate Allah's gift for me by continuing down this road, and see where it will lead me. I have faith that Allah Taala is showing me the way to realize my dream. Insya-Allah.
Assalamualaikum wbt.
p/s: minta maaf kalau anda rasa entri ini tidak relevan dengan diri anda. Maaf terlalu panjang. Saya memang tidak cekap bab2 membuat ringkasan. (tersenyum)
No comments:
Post a Comment