Saturday, January 28, 2012

I Wonder Why


بسم الله الرحمان الرحيم
In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sometimes I wish I could be Jean Grey. 
She could read minds with her super psychic powers.

Then I would have known why. Why those boys chose what they chose to do. What I had seen them do while munching away my morning rizq (bounties in the form of breakfast) with dearest mom and dad.

I wondered, why they smoked.

Tuesday, January 24, 2012

Muhasabah Diri - Kenapa Hati Menjadi Keras



بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Nasihat dari hati, akan turun ke hati.

Apatah lagi apabila nasihat itu berkaitan HATI sendiri.

"Uusikum wa iyyaya bitaqwallah, faqod fazal muttaqun (Aku berwasiat/berpesan kepada kalian, dan kepada diriku, agar bertaqwa kepada Allah. Maka berjayalah orang-orang yg bertaqwa)," kata beliau sambil tangannya bergerak menunjuk kepada kita, dan kembali pula kepada dadanya sendiri.

Ayyuhal muslimun (wahai muslimin sekalian), dengarkanlah nasihat Ustaz Don Daniyal berkaitan hati ini.

Mari, bukalah hati-hati kita, mendengar nasihat saudara yang Allah muliakannya dengan ilmu, yang daripada gaya bicaranya terpancar riak keikhlasan, keikhlasan menyampaikan peringatan, tanpa mengharap balasan manusia, seperti Rasul kita saw.

Mari, berikan hak kepada hati-hati kita, untuk mendengar zikir kepada Allah.

Sungguh, setiap nasihat itu zikir, iaitu (zikir=ingat) ingatan kepada Allah.

Thursday, January 19, 2012

Bedah Sirah Rasulullah SAW Bersama Sheikh Muhammad al-Ghazali


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apakah bahagian sesuatu buku yang anda rasakan paling menarik? (which part of a book do you think is the most intriguing/ fascinating?)

(tersenyum) Pada 'si ibu kucing', ianya terletak pada pembukaan. Ya, pada pendahuluannya.

Fiqh Sirah 

Itulah judul buku yang menjadi pembacaanku sekarang, sempena musim cuti ini. "Fiqh Sirah" oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali terjemahan Pustaka Salam Januari 2010.

Saya membelinya pada tahun lepas, semasa Book Fair/Pesta Buku yang merupakan acara tahunan di PWTC. Haa..mengenangkan semula, rasanya terlalu boros ketika itu. Fuuhh..(tersenyum sambil terkenang) macam memori indah pula ya? Padahal hanyalah bersama buku-buku haha.. Kalau ada suatu benda material yang menjadi kesukaanku sehingga tidak dipandang berapa jumlah yang harus ditukarkan dengan wang, ya, it would be books.

Tak berkesempatan untuk membeleknya, iyalah, tadikan dah cakap terlalu boros, jadi terlalu banyak buku sehingga tak terbaca. Harap-haraplah di sebalik sifat yang tidak berapa baik ini terdapat tunas hikmah pada setiap lembaran investment/pelaburan itu.

Namun subhanallah! Sungguh, Allah Taala memang inginkan kebaikan untuk setiap hamba-Nya. Walaupun hamba itu masih jauh daripada-Nya. Masih bertatih untuk mendapatkan-Nya.

Buku ini sememangnya hebat! Ya...bagaimana ia tidak hebat? Sedangkan ia menceritakan perihal seorang insan hebat, insan pilihan Tuhan sekalian alam. Anda tahukan Rasulullah Muhammad saw lebih hebat daripada semua makhluk, bukan hanya paling hebat di antara manusia? Ya, begitulah status baginda di sisi Allah.