Friday, March 15, 2013

Ajaibnya Niat!


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apakah yang membuatkan hari-hari kita menjadi istimewa?

Kejutan hari lahir?
Ah.. bestnye!
Tapi, hari lahir datang sekali setahun je.

Senyuman ayah dan mak?
Subhanallah..rindunya!
Cuma..jarang dapat pulang ke kampung waktu tengah study ni.

Menatap wajah Rasulullah?
Ya Allah..hanya Engkau saja yang tahu ritma rindu jantung kami kepadanya.
Namun..itu kene tunggu hari akhirat nanti.

Ahah!
Jangan tak tahu!
Ada satu perkara yang buatkan pasar raya "Hari-Hari"...eh hari-hari biasa kita, jadi luar biasa!

Apakah WoW factor itu?

Itulah N.I.A.T.

Sunday, March 10, 2013

Takutlah bila anda tidak takut


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wahai manusia,
Takutlah anda apabila hatimu tidak lagi takut kepada Allah.

Itu tandanya hatimu hampir mati.

Tahukah anda?
Bahawa manusia mampu mati dan hidup kembali berkali-kali.

Apabila dia bertuhankan dunia, hatinya mati.
Beberapa ketika, dengan rahmat Tuhannya, dia kembali sedar, dan hatinya hidup kembali.

Selang beberapa waktu, dia tersungkur kali kedua, tergoda dengan kesenangan dunia.
Lalu iman di hatinya malap..berkelip-kelip dahagakan sinaran hidayah Allah..

Namun Allah...
Ar-Rahim..Yang Maha Pengasih,
mengasihi hamba-Nya yang kasihan ini.

Lalu Dia menghulurkan kembali hidayah-Nya,
Dan pohon iman yang tadinya melayu, segar semula.

Begitulah kitaran iman seorang hamba Allah yang lemah.

Sunday, January 6, 2013

Umat Islam Malaysia


بسم الله الرحمان الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dah lama tak baca paper.

Dah lama tak bukak internet.

Tup-tup rupanya tengah panas sekarang ni!

Apa yang panas kat Malaysia?

Oh, apa lagi kalau bukan politik. Huhu. Apa nak dikata. 

Sebenarnya saya sendiri tak tahu pucuk pangkal isu "Amanat Haji Hadi".

Sssshhhh!
Jangan sebut la!
Sensitif tau sekarang!

Agaknya nama Tuan Guru Haji Hadi la yang paling famous 'digoogle' oleh orang Malaysia dalam seminggu dua ni. Huhu.

Okey, bila saya tulis gelaran "Tuan Guru" kat depan, mesti para pembaca yang budiman dah fikir, "Budak ni sah-sahlah orang PAS!"

(tersenyum sambil menggeleng)
Hai, orang Malaysia..orang Malaysia. Orang ISLAM Malaysia.