Tuesday, March 31, 2009

Seindah nama

Pagi tadi ana sempat menonton Muqaddimah di tv9 yg dikelolakan oleh Ustaz Zahazan Mohamed. Tajuk perbincangan hari ni ialah “Seindah Nama”.

Ya, nama memang indah. Penuh makna tersirat. Dan, jgnlah kita lupa, ilmu menamakan benda adalah ilmu yg pertama sekali Allah SWT ajarkan kepada Nabi Adam a.s.

Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini jika kamu yang benar!” (Al-Baqarah 2:31)

Ilmu menamakan sesuatu, itulah ilmu pertama yg dipelajari oleh moyang kita Nabi Adam a.s. berdasarkan kalam Allah di atas. Seterusnya ayat ini diikuti pula dgn ayat-ayat berikutnya;

Mereka (para malaikat) menjawab, “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.” (2:32)

Dia (Allah) berfirman, “Wahai Adam! Beritahukanlah kepada mereka nama2 itu!”. Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia berfirman, “Bukankah telah aku katakan kepadamu, bahawa aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan aku mengetahui apa yg kamu nyatakan dan apa yg kamu sembunyikan?” (2:33)

Lihatlah ‘dialog’ yg tercetus antara Allah dan para malaikat sewaktu Allah berkehendak menciptakan manusia yg pertama sebagai khalifah di Bumi, yakni Adam a.s yang direkodkan dlm mushaf Al-Quran. Para malaikat ‘mempersoalkan’ ciptaan Allah di mana mereka telah mengetahui bahawa manusia kelak akan membuat huru-hara serta menumpahkan darah di atas Bumi, lantas mengapa dilantik menjadi khalifah bagi mentadbir dan menguruskan Bumi? Jawab Tuhan kita Yang Maha Esa, “Aku Mengetahui apa yg kamu tidak tahu.” (Berdasarkan Al-Baqarah ayat 30)

Jawapan Allah begitu ringkas tetapi sudah cukup menggentarkan para malaikat sehinggakan mereka bertawaf mengelilingi Arasy bagi meminta pengampunan Allah. Dan keluasan serta kebesaran Arasy itu sungguh, di luar pengetahuan kita. Para malaikat yang tidak pernah berhenti bertasbih kpd Allah TAKUT akan kemurkaan Allah sedangkan manusia sedikit pun tidak takut kepada pencipta mereka walaupun hakikatnya memikul dosa yg bertimbun-timbun laksana gunung. Benarlah kata-kata para malaikat, terbukti hari ini dengan berita2 kecurian, kes ragut, kes langgar dan lari, dan kes pembunuhan yang sudah menjadi ‘menu’ utama rakyat Malaysia. Sambil ‘pekena’ roti plaster kat kedai Pak Lang, mata kita pula ‘menjamah hidangan dosa manusia’ yang tidak pernah berhenti. Ana harus akui, ana hidup dalam era “akhir zaman”. Dah banyak sangat jenayah sampai tak larat dan tak sanggup nak baca surat khabar. Sebabnya ngeri, geli, jijik dan pada masa yg sama takut benda mcm tu jadi kat diri sendiri. Tambah2 kaum Hawa. Ana baru baca NST, Hari Sabtu lepas(ketinggalan sikit). Dalam dok hangat perhimpunan agung UMNO, tiba2 mata ni teringin nak baca satu kolum kecik dekat bhgn bwh muka surat 14, 28 mac 2009. Saiz dia Cuma sebesar notebook yg boleh pegang dgn sebelah tapak tangan, tapi magnitud isi kandungannya sebenarnya berukuran 9 skala Richter! Ceritanya ada seorang perempuan dgn boyfriend dia dan ada lagi dua org lelaki tgh berteduh kat satu bus stop sebab hujan. Masa tu baru pukul 3 ptg. Tiba-tiba! Satu Proton Wira berhenti, dua org lelaki keluar dan terus merompak semua org kat bus stop tu. Tak cukup dpt duit dgn handphone, dua lelaki tu tarik perempuan tu masuk kereta. Boyfren tak tolong ke? Tolong, tapi setakat MENJERIT MINTA TOLONG boleh la sebab lelaki2 tu letak PARANG KAT LEHER girlfren dia. Ok. Lelaki zaman skrg kalau menculik perempuan selaunya dia org buat apa? Ya Allah, perempuan tu senang2 je dibawa ke Tmn Kok Doh dan..dirogol. Itulah nasib perempuan. Lepas tu..
Belum habis lagi. Binatang2 tu rempuh pulak satu perodua Myvi yg dipandu oleh seorang PEREMPUAN. Dirompaknya perempuan tu, dilarikan perempuan tu, nasib baik tak dirogolnya sekali, pastu dua-dua ditinggalkan kat tepi Jalan Kuching. Lokasi kejadian: Kuala Lumpur, tempat tinggalku.

Betul kan kata-kata malaikat? Terbukti. Nyata. Tidak boleh disangkal. Tidak ada keraguan lagi. Tension la tgk manusia2 macam ni. Memalukan nama manusia. Diberi akal tapi tak rei nak guna! Yg tahu ikutkan nafsu je! Lelaki sama, perempuan pun sama. Masing2 ada salahnya. Aduh, yg sakit hatinya benda2 mcm ni bukannya setahun sekali. Tapi tiap2 hari ada. Geram. Tak larat dan tak lalu nak baca. Yang lagi menyakitkan hatinya kecil pulak ruangan yang diperuntukkan. Kalau bab2 politik, cepat aje ditulis besar2, ‘highlight’ dan kolum dia memang satu muka penuh. Reformasi. Konon. Tak usahlah berangan-angan. Reformasi tu perkara yang dah berlaku 1400 tahun yg lalu. Ya, sewaktu zaman Rasulullah dan para sahabat. ITU baru reformasi. Reformasi dari zaman jahiliyah kpd mengenal Allah. Dari pertumpahan darah kepada berkasih syg. Tapi zaman ini nampaknya manusia sudah ‘revert’ semula ke zaman jahiliyah. Manusia buat u-turn rupa-rupanya.

WALAUPUN BEGITU, walaupun manusia menumpahkan darah saudaranya dgn begitu mudah, tetapi, mengapakah Allah tetap berkehendak menciptakan kita? Persoalan ini sering berlegar-legar dlm mindaku. Kenapa? Ya, kenapa? Jwb Allah, “Aku Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” Sedangkan malaikat pun gerun mendengarnya, manusia sepatutnya lebih takut dan gentar mendengarkan firman Allah ini.

Mungkin Allah mengetahui bhw walaupun sesetengah manusia berbuat bnyk kemungkaran di atas bumi-Nya, dia juga tahu bhw ada segolongan lain yg memilih untuk berbuat baik di atas bumi-Nya. Berkasih saying kerana-Nya. Memegang amanah kerana-Nya. Mungkin..Allah ingin menyelamatkan golongan ini drpd neraka-Nya.

Dan ana telah lari dari tajuk asal..

Monday, March 30, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik kita ke langit -part7

Setiap hari catatan amal ibadah manusia akan dibawa para malaikat merentasi 7 petala langit. Amalan yang lebih baik akan dibenarkan malaikat penjaga petala langit tersebut melepasinya dan meneruskan perjalanan ke petala langit yg seterusnya. Ikuti sambungan kisah berdasarkan petikan sebuah hadis Rasulullah SAW tentang perjalanan catatan amal kebajikan seorang hamba yg telah layak melepasi enam petala langit yg pertama dan dlm perjalanan ke langit yg ke-7, langit yg terakhir…

Datang malaikat hafadhah yang lain dgn membawa amal hamba yg penuh dgn kejujuran dan kerajinan dan warak serta bercahaya bagaikan kilat. Setelah sampai pada langit yg ke-7, maka berkatalah malaikat yg bertugas di situ, “Berhenti! Dan lemparkan amal org itu ke mukanya dan tutupkan hatinya, aku adalah malaikat bahagian hijab, menutup jalan tiga amal yg bukan kerana Allah SWT, sebab dia hanya menginginkan kedudukan dan nama di majlis dan kota2. Oleh itu aku telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya tidak melepaskan amal org itu melebihi drpdku.”

To be cont..
(Dipetik drpd Himpunan Kisah-kisah Malaikat terbitan Darul Nu’man oleh Muhammad Isa Selamat, 2001, cetakan ke-3, m/s144)

Ulasan: Bukan mudah utk amalan seseorang manusia utk sampai kpd Allah. Hadis ini jelas membuktikan bhw Allah hanya menerima amalan yg diikhlaskan hanya utk-Nya. Betapa pentingnya hati dan niat itu dlm pandangan Allah SWT sehinggakan amalan dgn tujuan selain utk mendapat keredhaan Allah bukan shj tidak sampai kpd-Nya, malah dilemparkan ke muka dan ditimpakan berbagai musibah yg tidak zahir pada mata kasar seperti dikutuk dan dilaknat Allah SWT serta ditutup hatinya drpd menerima cahaya hidayah. Hanya insan itu shj yg dpt merasakan kesan2 musibah2 itu. Dalam petikan hadis ini Rasulullah turut menggambarkan rupa amalan seorang hamba yg cukup baik, jujur, rajin dan warak dlm menjaga amal ibadahnya sehinggakan dibawa naik ke langit sepantas kilat..tp tetap ditolak oleh malaikat penjaga langit ke-7, kerana niatnya yg tidak ikhlas kerana Ilahi. Semoga diri ini, keluarga, guru2, teman2 dilindungi drpd tergolong bersama manusia2 sebegini..amin.

Sunday, March 29, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik kita ke langit- part 6

Amalan kita setiap hari akan dicatat malaikat raqib dan atid. Amal yang baik akan sampai kepada Allah dengan izin-Nya. Setiap perbuatan yang keji pula telah ditetapkan nisbah dosa yang sesuai dengan kedahsyatan perbuatan jahat itu. Dan akhirnya, amal yang baik yang sampai kepada Allah dan diterima oleh-Nya akan ditimbang dan dibanding dengan dosa-dosa kita. Macam soalan matematik, senang je kan? Kalau pahala lebih banyak, hadiahnya syurga. Kalau baki dosa yang lebih banyak, dapat hadiah jugak. Hadiah tempat tinggal jugak. Malangnya tempat tinggal itu tanahnya api, makanannya binatang2 berbisa dan mcm2 lagi benda yg menjijikkan. Mcm mana pulak dgn air? Manusia mana boleh hidup tanpa air.. Jangan risau, air minuman ada, jus nanah dan air panas yang menggelegak. Eh, tak nakla! Mana boleh minum panas2, melecurla lidah! Hmm, masalahnya, nanti kita dah tak kisah panas ke, busuk ke, jijik mcm mana sekalipun, kita akan minum jugak, sebab tak tahan dah haus tu. Lepas tu bukan setakat melecur, memang hancur luluh dan rasa sakit yang tak dapat digambarkan. Yela, mcm mana nak gambarkan, tak pernah 'experience' kan? Nau'zubillahiminzalik. Ya Allah, kami tak nak pun mengalaminya dan minta perlindungan-Mu drpd azab neraka jahannam..
Di alam akhirat, manusia hanya ada dua tempat tinggal, sama ada syurga atau neraka. Syurga adalah tempat tinggal yang penuh kenikmatan sementara neraka adalah tempat tinggal penuh azab siksa. Syarat utntuk masuk syurga adalah bersih drpd segala dosa, yakni sama ada pahala mengatasi dosa, ataupun demi keagungan Allah SWT, diampunkan segala dosa manusia yang sememangnya kita langsung tiada pengetahuan tentangnya. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW, baginda menceritakan bhw segala amalan baik manusia haruslah melepasi malaikat2 yang menjaga 7 petala langit, kemudian barulah sampai ke Arasy Allah SWT, dan akhirnya barulah Allah akan menetukan sama ada amalan kita diterima atau akan ditolak. Sekarang mari ikuti sambungan hadis Rasulullah SAW berkenaan amalan seorang muslim yang telah melepasi langit ke-5...

Kemudian datang lagi malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba
yang dilengkapi dgn wuduk dan sembahyang malam
yang banyak
. Apabila sampai di langit yang ke-6, maka berkatalah malaikat yang bertugas di situ. Katanya, "Berhenti! Dan lemparkan amal org itu ke mukanya."
Berkata malaikat itu lagi, "Aku adalah malaikat bhgn rahmat, org itu tidak mempunyai rasa rahmat pada sesiapapun, bahkan bila ia melihat orang terjerumus ke dlm lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh org itu. Dan Allah SWT telah menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampaui aku" .

to be cont...(Dipetik drpd buku Himpunan kisah2 Malaikat terbitan Darul Nu'man oleh Muhammad Isa Selamat, Cetakan ke-3 2001, m/s144)

Ulasan: Di dlm petikan hadis ini, jelas bhw amalan yang baik, ditambah pula dengan solat2 malam, juga tidak diterima oleh Allah, malah tidak layak melepasi langit ke-6. Apakah sebabnya? Kerana di samping beribadah kepada Tuhan, dia juga mempunyai sifat suka mencemuh dan mengejek org yg tersesat dan diuji oleh Allah Azzawajalla. Islam sangat mementingkan persaudaraan. Jadi apabila seorang muslim ditimpa kesusahan, adalah perlu, atau mungkin wajib(tidak pasti) kita membantu sedaya mungkin. Contohnya kalau kawan kita berhutang dgn Ah Long dan dikejar sehingga mengancam nyawanya, jgnlah kita mencela kesilapannya meminjam wang secara haram itu. Kita tolong dia semampu yg boleh. Tlg jelaskan hutang2nya dulu. kalau tidak mampu, sembunyikan dia drpd kuncu2 Ah Long. Lindungi dia dgn nyawa kita, walaupun hakikatnya dia bukan ahli kerabat kita. Islam tidak mementingkan ikatan darah, tetapi ikatan iman. Kalau kita bersaksi bhw "La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah" dan dia juga mengaku sebagaimana kita, maka itu sudah cukup utk kita melindunginya bermati-matian, atas dasar bersaudara. Atas nama ukhuwah Islamiyah. Lihat, sebenarnya Islam itu amat halus pendekatannya. Dlm konteks ini, Allah memberitahu kita melalui utusanNya Muhammad SAW bhw penjagaan akhlak amat penting, yakni menjaga lidah agar tidak mencela/mengutuk org secara lisan serta memelihara hati drpd mencela secara sembunyi. Bahkan sangat penting umat Islam menjaga akhlaknya sehinggakan Allah tak benarkan amal ibadah kita, walau sehebat manapun, walau kita solat mlm sampai kaki bengkak2 sebagaimana baginda Rasul pun..tetap Allah tak benarkan, Allah tak izinkan amalan2 itu melepasi langit ke-6. Jadi, tentu kita terfikir, amal macam mana pulak yg layak utk melepasi langit ke-7? Sedangkan syarat utk melepasi langit ke-6 ialah amal ibadah sempurna dilengkapi dgn wuduk, solat2 malam dan berbelas kasihan sesama insan dan memlihara diri drpd sifat mencela. Mampukah kita..?
Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya tiada timbangan yg lebih berat di akhirat melainkan akhlak yg mulia."

Friday, March 27, 2009

A Stone 'Praying' at Sea

I just happen to stumble across this amazing picture while googling for islamic wallpaper.


Watch and see with the eyes of your heart..


.

"Subhana rabbial a'ala wabihamdih"






"Subahanallah, right?" It's just like when muslims prostrate towards Ka'abah, our 'kiblat'. You can see more miracles of Allah at http://koolhere.com

Al-kisah perjalanan amal baik ke langit -part 5

Sambungan drpd part 4..

Sekarang, kita tgk pulak bagaimana keadaan amal hamba Allah yang cukup baik dan banyak amalnya sampaikan dapat melepasi langit ke-4. Begini sambungan ceritanya...


Setelah itu naiklah pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagaikan pengantin yang akan dihantar kepada isterinya. Lalu sampai ke langit yang kelima, penuh dengan jihad sembahyang, lalu berkata malaikat yang bertugas di situ, "Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kerana Allah SWT, ia hasad dengki pada mereka dan selalu
mancaci
mereka. Maka dipikulkan ke atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.

(Dipetik dan diubahsuai drpd buku "Himpunan Kisah-kisah Malaikat" Oleh Muhammad Isa Selamat, Darul Nu'man, cetakan ketiga 2001)

Ulasan: Tidakkah rasa ingin menangis mendengarkan hadis Nabi SAW ini? Orang yang rajin bersolat pun tidak lepas amal kebajikannya daripada langit ke-5, sedangkan masih ada lagi 2 petala langit dia atasnya. Itu belum termasuk arasy Allah SWT. Hadis ini jelas menunjukkan bhw Allah melihat hati-hati hambanya terlebih dahulu sebelum melihat amalan mereka. Kerana dari hati yang ikhlas akan lahir amalan yang sempurna serta hanya mengharapkan ganjaran dari Allah semata-mata. Bagi saya, inilah antara tujuan Allah SWT menurunkan kita ke dunia, untuk mencari hamba2-Nya yang berhati ikhlas serta hanya mengharap, bergantung pada Allah semata-mata. Orang2 sebegini yg dicari Allah untuk diwariskan syurga..hanya manusia2 yang diadili Allah sebagai layak.. Adakah kita termasuk golongan ini? Golongan yg akan diwariskan syurga? Allah...Jadikan kami sebahagian drpd mereka ini, amin.

Puisi buat Jumaat

Jumaat,
Hari yang paling daku sukai
Yang paling daku nanti
Yang kusambut dengan hati yang berbunga
Bunga-bunga cinta yg mekar di taman hati

Jumaat,
Ia bukan manusia
Bukan juga seperti haiwan yang comel
Tidak punya jasad yang zahir
Tidak boleh diajak bicara
Seperti teman-temanku dari kalangan insan
Tetapi kenapa
Kenapa
Hati ini begitu mencintainya

Bila ia jauh
Daku begitu merindukannnya
Bila ia hadir
Hatiku gembira tidak terkata
Dan bila ia pergi
Daku sedih
Dan tidak sabar menunggunya datang lagi

Mungkin kerana
Jumaat penuh barakah
Jumaat ialah hari Moyangku Adam a.s diciptakan
Jumaat jugalah waktu baginda diwafatkan
Dan jumaat jualah menjadi saksi Hari Kebangkitan

Jumaat,
Diberi jolokan “Penghulu”
Seolah-olah ianya ketua
Bagi hari-hari yang sebelum dan selepasnya

Setiap minggu
Daku akan dibuai kedamaian aneh
Aneh kerana tidak kurasakan pada waktu-waktu yang lain
Hanya pada ketika itu
Ya, hanya pada malam Jumaat
Seolah-olah dapat kurasakan
Turunnya para malaikat ke duniaku ini
Malaikat yang sentiasa takut pada Tuhan
Yang tidak pernah berhenti bertasbih kepada-Nya
Sedangkan manusia sepertiku pula sebaliknya

Sedangkan begitu
Tuhan Yang Maha Penyayang
Tetap melimpahkan kurnia-Nya kepada hamba-Nya
Yang diberi nama manusia
Dianugerahkan kepada mereka
Suatu hari yang indah
Dan penuh barakah

Dek ilmu yang cetek
Tidak dapat kutittipkan hadis sahih
Apatah lagi firman Yang Maha Agung
Sebagai bukti
Bahawa Jumaat itu
Istimewa sekali

Sekadar dapat berkongsi
Perasaan hati
Bahawa Jumaat itu indah sekali

Lalu mengapakah pemuda-pemuda Islam kini,
Tidak mahu ke masjid
Mendengar dengan penuh sabar bicara khatib
Sedangkan hanya setiap 7 hari
Mereka diseru wajib mengimarahkan rumah Tuhan Yang Maha Esa
Bukan setiap tujuh jam
Bahkan Nabi yang kita mengaku ummatnya
Pernah ingin membakar rumah-rumah mereka yang hampir dgn masjid
Yang pemudanya jelas mendengar seruan azan,
Tetapi tidak pula menyahut panggilan Tuhan itu
Andai tidak ada isteri dan anak-anak mereka yang berdiam di rumah-rumah itu
Nescaya Rasulullah tidak ragu-ragu dengan sabdanya

Wahai Jumaat yang penuh barakah
Diri ini sangat mencintaimu
Sepertimana sepasang kekasih yang tidak sanggup berpisah
Namun daku dan kamu bukanlah kekasih
Apatah lagi berbeza fitrah kita
Namun
Perasaan rindu tetap di situ
Di hatiku
Mungkin
Daku mencintaimu
Kerana daku mencintai Yang Satu.

Thursday, March 26, 2009

Rahsia teh yg sedap

Aku baru je lepas makan malam. Sedap betul nasi dagang tadi, tapi tak sesedap nasi dagang yg original, from Terengganu of course. Hmm, bila pulak nak pegi Terengganu? Walaupun lahir kat KT, aku ni tak macam org Terengganu pon. Cakap terengganu pon faham sikit2 je, ape lagi makanan dia. Setakat nasi dagang, keropok lekor tu, tahula jugak. Kalau yg tu pon tak tau, itu alien namanya, makhluk asing kat Malaysia! hahaha.. Sebenarnya ada satu cerita yg nak dikongsikan..Ceritanya macam ni..

Masa makan malam tadi, aku sgt lapar, so aku pon makan dgn agak gelojohnya..haha..pastu dahaga pulak, teringin nak minum air 'special' sikit. Kebetulan, ayahku buat air teh. Aku pon mintakla sikit. Gulp,gulp,gulp..wah sedap jgk teh panas ni. Aku pun cakap:

-Ayah, sedap jugak air teh ayah ni.
-Oh ye? Sedap e?
-Hm, sedap2.
-Oo..ok. angah nak tahu kenape sedap sgt? First sx, ayah gune teh lipton.
-(Oo..patutla sedap, kataku dlm hati. Teh berkualiti rupanya.)
-No 2 pulak..ha..kejap eh, angah tgk ni pulak.

Ayah aku pegi dapur sekejap. Aku ingatkan nak tunjuk ape. Rupa2nya dia bawak kotak teh lipton.

-Ha..nak tahu rahsia sedapnye? Cube tgk kat kotak ni..

Aku pon tgkla. Korang tau tak ape yg aku nampak?

"Expiry date : **/**/2006"

Pastu ayah aku gelak berdekah-dekah! Eee, geram betol aku! Rasa macam nak termuntah jer... wuuuu..nak nangis.. tp, memang sedap pun teh tu. Ayah aku pulak tak berhenti gelak dia. Pastu dia cerita pulak kat mak aku. Mak aku pun tumpang gelak gak..

Aduh, malunya! Hmm, malam ni tgkla, mesti sakit perut..huwaaa

So, kalau sape2 yg nak impress mak mertua ke, ha, nilah rahsia teh yg cukup uumph! Guna la teh 3 tahun lepas! (gelak) Mesti terpikat mak mertua. (gelak lagi)

Wednesday, March 25, 2009

Harun Yahya - A Great Man and Muslim


This is a story of a great man. He is no ordinary man. He is, in fact a great muslim, one that all muslims should set as an example. His name is Adnan Oktar.

Who? (chuckles) Perhaps many does not know his real name for he usually writes under the pen name "Harun Yahya". That's right, this person is a writer. But isn't a writer an ordinary person, like many other "abundant" writers on this earth? The answer to that question is yes and no. Yes, Harun Yahya is an ordinary writer because he uses pen and paper, the same medium used by other writers. No, Harun Yahya is not your average joe writer because of what he chose to write. He chose to tell others about Allah, His messenger and the message itself (Al-Quran) through his books, articles, video cds, cassetes and whatever other media is available, even though various groups, such as atheists and Darwinists were every inch against him.

After reading his background at his website http://www.harunyahya.com/, I was awed, yet sad. Awed because of his unwavering determination to spread Islam in his own way even after he went through a series of confinements, courtesy of those who did not like the spreading of his ideas. Beginning 1986, at the age of 30, Harun Yahya faces a series of tests from the Almighty Allah. He spent 9 months in a one man cell. Later "he was chained to a foot of a bed in the Forensic Medical Department for 40 days. After that he was accused of being mentally unhealthy and therefore transferred to ward 14A, Barkikoy Mental Hospital. At this point, I find it hard to keep on reading. Mr Harun Yahya had to live together with 300 other mental patients in a ward which is filthy and poorly maintained and where murders are a norm. Seven murders occured during Mr Harun Yahya's "stay". In addition, he was forcibly given drugs, rendering him unconscious at times. 19 months was his time at the mental hospital. That's almost 1 and a 1/2 years. 1 and a 1/2 years in a filthy mental hosp with mental inmates.. and even that didn't deter him. In fact, I could say the ordeals he had further strengthened his will for after that his books preaching Islamic values came flowing from Turkey like a "waterfall" and he has been writing ever since.

This year, he will turn 52. I mentioned before that I was awed, yet sad. I am sad..because..I haven't done anything for Islam, for my "brothers" out there, and here in Malaysia as well. Of course, it is a bit far fetched when comparing yourself to a worldly known author. But, that doesn't mean I can't. Who am I to talk about doing something for the muslim community when I can't even manage my time well? I'll be turning 20 this year, and let's say I'll die at 54, then I'll only have 34 years left. What can a person do with a balance of 34 years? (Sigh) I wish I could something really..beneficial for my ummah. Even if it were small, I hope someday, I'll be able to do something for the sake of Islam. Well, not like Harun Yahya..that's too big a dream for me to chase. A person like him..surely he has sacrificed a lot to get to where he is now. I congratulate him on his latest, well, almost 3 years-ago-achievement-but-I -only -recently-know, THE ATLAS OF CREATION. As far as I know, it has provoked Europe of many responses, mostly positive. Well, at least I'll have someone to look up to, from the muslim community. Perhaps he'll never even read my blog(duh)(chuckle), but, I'd like him to know that he's got one great fan here, who'll support him all the way. And, maybe one day I'll do something like he does.kind of.

Tuesday, March 24, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik manusia ke langit -part4-

Kemudian malaikat hafadhah membawa amal orang yg berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa ke langit yang ke-empat. Apabila tiba, maka berkatalah malaikat di situ, "BERHENTI!! Dan LEMPARKAN AMAL ORG INI KE MUKANYA dan katakan padanya ALLAH SWT TIDAK MENGAMPUNKAN baginya." Berkata malaikat itu lagi, "Aku adalah bahagian bangga diri, Allah SWT telah menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihi dariku kpd yg lain."

Lalu, dilemparkan amal org itu ke mukanya dan disertai dengan kutukan laknat selama tiga hari.

to be cont..

Pengajaran: One word. Astaghfirullahala'zim. Amal yg baik + tasbih + puasa + Bangga diri = Tak lepas langit ke-4 + ktukan laknat for 3 days

Monday, March 23, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik manusia ke langit -part3-

Setelah itu naiklah pula yang membawa amal hamba yang dihiasi dgn sedekah dan sembahyang, sampai kagum malaikat hafadhah. Apabila sampai ke langit yg ketiga, maka berkata malaikat di situ, "Berhenti! Dan lemparkan amal org it ke mukanya dan katakan bhw Allah tidak mengampunkan baginya." Berkata malaikat itu lagi, "Aku adalah bahagian sombong, dan setiap org yg beramal tapi menyombongi org-org di majlis mereka, maka Allah swt telah menyuruh aku tidak melepaskan amal itu melebihiku kepada yg lain. (Ke langit keempat dan seterusnya)

to be cont..

Pengajaran: Lihat, betapa dlm hadis Nabi SAW ini ditekankan betapa dahsyatnya akibat sombong. Dahla org tak suka, org benci, meluat, tup2 amalan kita pun tak lepas langit ke-3.
Dan bukan sebarang amalan. Amalan yg dihiasi dgn sedekah dan solat..amalan mcm ni pun tak lepas langit ke-3, ada baki 4 petala langit lagi selepasnya. Cube tgk, renungkan, amal kita bukannya apa sgt. Kpd saudara, saudari yg istiqamah dlm amalnya, tahniah diucapkan. Tapi mcm mana pulak dgn yg selebihnya? Sudahlah amalan pun tak sehebat mana, ditambah pula dgn sikap yg sombong..jadi..siapakah kita dlm pandangan Allah? SIAPAKAH KITA DI SISI ALLAH? Siapa..

Sunday, March 22, 2009

Alahai Adikku sayang

Adik oh adik, kenapa engkau monyok?
Mcm mana aku tak monyok, kene balik MRSM, kene balik MRSM.

Adik oh adik, kenapa dgn MRSM?
Kenapa dgn MRSM? Tak best,tak best,tak best(2x)

Adik oh adik, kenapa MRSM tak best?
Bkn MRSM tak best, tapi rules die yg tak best, rules die yg tak best.

Adik oh adik, akak rasa bkn rules die tak best,
Cume hang yg rasa tak best(2x)

Akak oh akak, kenapa kau tanya sendiri jawab,
Bukan aku ke yg patut jwb(2x)

Ha, itulah dia lagu bangau oh bangau remake by saudariiii....Ummu Hurairah!!
Give her a big hand please! Give me 5 yeeaahh!!

Ok2..dah2..ehem,
sebenarnya adikku yg sorg ni dah habis cuti sekolah n kene balik asrama. Dia sedih kene tinggal. hahaha..aku nak tergelak betul..tapi, Biasala kan, budak2 (cewah)

Betul pe..aku kan dah besar, aku bukan budak2 lagi, walaupun emm.. ciri2 budak 2 masih terserlah. Yela, still muda, kulit pun tegang lagi, badan pun wah sihat wal afiat..hehehe

Kenape? ade sape2 yg tak puas hati? Takpe2..nanti aku kasi can utk korg lepaskan rasa tak puas hati tu...

Adik2, (geleng)
There are things that can be taught,
While others must be learnt on your own,
Only I hope
The things that needed to be learnt
You'll learn fast enough

Grow up, girl
Be a grown up.

"Experience is the best teacher"
Love you always, Angah.

Friday, March 20, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik manusia ke langit -Part2-

Lalu malaikat hafadhah yang lainnya membawa naik amal hamba yg lain yg bercahaya terang sehingga sampai ke langit kedua. Malaikat di langit kedua berkata, "BERHENTI! DAN LEMPARKAN AMAL ORG INI KE MUKANYA DAN KATAKAN BHW ALLAH SWT TIDAK MENGAMPUNKAN BAGINYA SEBAB IA BERAMAL UNTUK MENCARI KEMEWAHAN DUNIA." Dan malaikat tersebut berkata lagi, "Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku."

to be cont'..

Pengajaran: Janganlah beramal untuk kehidupan di dunia, sebab dunia ni tempat sekadar tempat persinggahan. Cuba bayangkan, kita pergi bercuti kat Pulau Tioman ke, atau kat mane2 jelah, mestila bwk brg2 sikit je kan, betul tak? Takkan nak angkut sofa, Tv, katil, pinggan mangkuk kot? hahaha.. nanti kene cop "dah terputus wayar".. Jadi, mcm tu la jgk ibaratnya dunia ni, anggap mcm tgh singgah, bkn nak stay forever. Ingatlah, sebenarnye "rumah" kita adlah di negara yg bernama akhirat. Kita ada 2 je choice, nak duduk dalam syurga ke, nak duduk dlm neraka? Hmm..orang yg sihat akalnya mcm kita ni mestila nak syurga kan? tapi, bukan calang2 org boleh masuk syurga..Jadi, marilah kita beramal sebaik mungkin, agak2 bnyk manala amal yg diperlukan untuk "qualify" masuk syurga ni..

"Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah pd Allah. Sesungguhnya Allah menyukai/menyayangi/mencintai org2 yg bertawakkal kpd-Nya"

Syukur, Alhamdulillah

Ya Allah, segala puji dan syukur hanya buat-Mu.

Walaupun ana lalai, Anta tetap memberikan ana satu lagi peluang untuk terus menagih ilmu. Ya Allah, ana macam tak percaya..fuh..macam nak tercabut jantung niii..
Akhirnya, hilanglah satu ketakutan hamba-Mu ini. Ana ingat memang tak lepas nak pergi Kuantan. fuuuhhh... lega sesaat..lalala lala

Terima kasih Ilahi, kerana memakbulkan permintaanku.
Ilahi..secara jujur, ana takut nak berjanji dgn-Mu..
kerana ana bercita-cita nak menjadi seorang mukmin..
dan janji seorang mukmin sentiasa benar, sentiasa ditepati.

Ana ingin berjanji.. untuk benar2 memanfaatkan peluang kali ini..
kerana hatiku berdetik.. mungkin Allah tak akan berikan peluang lgi buatku
kerana ramai lagi hamba2Mu yg layak mendapat peluang ini

Mereka yg benar2 berusaha
Berkorban masa.. Mengawal diri drpd alasan2 yg tidak munasabah..
Menentang malas berhabis-habisan..

Ana lihat mereka..
Oh, sungguh kagum ana pada insan2 seperti ini..
Seperti sdg mengejar sesuatu
Tidak lg menoleh ke kiri atau kanan
Tetap tekun menghadap kitab menjelang peperiksaan.

Bukannya ana tidak berusaha langsung,
Cuma pada pandangan sendiri..tidak dapat menandingi keringat teman2 sebilik..
Asyik kalah pada Mr. M @ L
Akhirnya..di Blok E, sesal sendiri..
(nak tergelak..)

Walaupun di sebalik semua ini..
Anta..Ya Rabbi.. tetap..memberikan PELUANG

Adakah ana akan mengulangi sikap seperti ini
Di main campus nanti?

Ana tiada jawapannya, Ilahi..
Kerana ana tidak berani berjanji..
Kerana khuatir memungkiri.

Namun, kesedaran semasa cuti ini..
Amat bermakna buatku

Bahawa diri ini bukan lagi si kecil(walaupon sbenarnye ketot..hehe)
Diri ini sudah MAMPU berdiri sendiri (Baru nak tau ke??)
Bukan lagi yang dijaga,
Tetapi kini, analah PENJAGA

Penjaga ibu bapa di hari tua
Jika masih berdegil, berkeras,
menurutkan hati yg malas,
maka bagaimana mahu menjadi penjaga?

Ilahi,
kali ini,
insan ini MEMBERANIKAN DIRI
untuk berjanji
TIDAK AKAN LAGI MENSIA2KAN PELUANG2MU

Namun, sejauh manakah
ana dapat mengotakan janji yg berat ini?
Ilahi, tolonglah ana..doronglah ana..untuk MARA KE DEPAN
Andaiku tersadung, bangunkanlah badanku..
Tetapkanlah tapak kakiku..
Dan apabila sudah kukuh pasaknya..tolaklah lagi diriku ke hadapan..
Ya..KE HADAPAN
Jangan..jangan sekali-kali biarkan daku 'gostan'
Nanti terlibat kemalangan
(kukuku..)

"Ilahi..permudahkan jalan masukku ke Kuantan..bantulah daku untuk meredahnya..dan semoga ana dapat keluar dari pintu pagar UIAM, Kuantan dgn redha-Mu...bersama segulung 'u know what' dan dada yg sarat dgn ilmu."
Amin.

Wednesday, March 18, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik manusia ke langit -Part 1-

Telah berkata Mu'az ra. bhw Rasulullah SAW katanya:
"Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadith yg belum pernah diceritakan oleh mana-mana Nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu & jika kamu mendengar dan tak ingat2 bereti terputuslah hujahmu di sisi Allah SWT pada hari Kiamat."
Sabdanya lagi; "Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.
Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pg hingga ke ptg & kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dgn perkiraan amal seorg hamba itu cukup baik dan banyak, tiba2 malaikat berkata: Berhenti! Dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkn kamu, aku bhgn ghibah, sedang ia selalu mengghibah* org2 muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain2ku."... to be cont..


*ghibah=mengumpat
Petikan dari :Himpunan kisah-kisah malaikat Siri1. S.Muhammad Isa. Darul Nu'man, 2001. ms 142
Pengajaran : Amal yg baik walau seluas lautan, tak akan dapat melepasi LANGIT PERTAMA walau setitik pun kalau kita selalu mengumpat org. Zaman sekarang ini, mengumpat dah jadi kebiasaan, macam "adat" pulak. Surat-surat khabar tempatan, kalau bab2 dunia artis dan hiburan, memang tiap2 hari ada aje ceritanya. Secara peribadi, gosip tu mcm mengumpat jgk, bagi saya. Sebab, dari segi hukum, sama ada apa yg kita cakapkan tu benar atau tidak, tetap dikira sebagai mengumpat. Ini baru langit pertama, belum lepas lagi langit kedua, ketiga dan seterusnya hingga sampai kepada Allah SWT. Jadi, selama ni.. adakah dapat pahala bagi semua solat dan puasa yg kita amalkan? Subahanallah..ini peringatan buat diri dan semua..

I've heard of corrective tape, but "CORRECITVE RAPE"??

When I first read it, my eyes popped out of their sockets and my jaws dropped about 3cm! (I used a ruler, so it’s not quite accurate..lol) I don’t know about anyone else but “Rape ‘cure’ for lesbians” makes quite an impression as a news headline, prompting me to quickly read it. Here’s a few excerpt:

JOHANNESBURG: Lesbians living in South Africa are being raped by men who believe it will “cure” them of their sexual orientation, a report has revealed.
Women are reporting a rising tide of brutal homophobic attacks and murders and the widespread use of “corrective rape” as o form of punishment.
World pg38, New Sunday Times, March 15, 2009

Sad isn’t it? It’s one problem on top of another. Maybe I should rephrase that; one bad deed leads to another. Homosexual behaviour is not something new. Al-Quran has told about tales of the people of Sodom and Amurah/Gommorah(in the bible) or better known as the people of Prophet Lut a.s. Among other numerous sins like robbery and preying on the weak, the people of Sodom and Amurah like nothing better than to do homosexual relationships, men among men, and thus promoting lesbian behaviour as well. And what happened to them? Allah s.w.t with His Al-Mighty power turned their land upside down and rained upon them fiery hot stones from the sky!(Surah Hud 11:82-83, taken from magazine SOLUSI issue-5,2009, pg 90). Thus, the great people of Sodom met their end.
Today, historians have identified the location of Sodom and Amurah at south west of the Dead Sea. Burn marks on the remnants of the city’s buildings are still clearly visible. According to SOLUSI issue-5, soil and ash remnants found at the site contain calcium sulphate and calcium carbonate, the product of limestone(the buildings’ material) and sulphur burnt together. The place is now called the Valley of Salt, which is actually located in between the borderlines of Israel, Jordan, Jerusalem and Palestine.(pg90) Are these things mere coincidences? As a muslim, I believe this is fate or qada’ and qadar.
Coming back to the troubling issue of “corrective rape”, I find the term itself utterly disgusting! How on earth can they say rape is correct? I’m baffled, so to speak. Rape is nothing more than a crime, a social disease and most of all, it’s got the word “SIN” imprinted all over it! What has gotten into men these days? Is this really the so-called caliph? Shame on you humans, and the shame is on me too. Dear Allah, Ya Ghafurur Rahim, forgive us all.

Monday, March 16, 2009

Terrapin, Upin & Ipin, doesn't that rhyme?

Musim cuti ni, ana bosan betul. Sorang-sorang je kat rumah. Macam duduk dalam gua. Kalau duduk dalam gua pun lagi best kot, sebab kalau kita cakap,” Timah comel” , lepas tu mesti bergema, rasa macam ada orang lain cakap kita comel. (hehe)
Tiba-tiba rasa teringin nak bela terrapin pulak. (Cari keje) Tapi, mak tak kasi. Nanti bila dah pegi Kuantan, siapa pulak nak jaga? Hmm..betul jugak tu..Tapi, kalau bela haiwan, sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti. Ada teman, boleh main-main dengan dia. Maklumla, adik pon dah besar. (Lagi besar pada kakak dia)
Nanti kalau jadi, ana nak beli 2 ekor, satu nama dia Upin, satu lagi pulak Ipin! Wahaha..

p/s nak cube tanya ayahla, ayah sporting sikit..

Thursday, March 12, 2009

The why in me

In all my 19 years of life, I have always been searching the ‘why’ in me. Even now, I still am. When I look around me, I see people with their ‘whys’, their purposes. A teacher goes to school every morning to teach and share with his beloved students some of his knowledge. A policeman patrols around the city ensuring safety of the public. A hawker prepares his char koey teow to sell at the evening market.
Everybody has their whys. Even the cat behind my house meows because it’s hungry. But me? I don’t know.


Thankfully, my mother and father had set up a ‘why’ for me. If weren’t for them, I wouldn’t be on my way to study at IIUM main campus, Kuantan. I still don’t know whether pharmacy is the right thing for me, but hey, it is a good job, respected and gives good cash. (hehehe)
Well, here is my first official posting: babbling about the ‘why’ in me. Pray that I found my why soon..in the mean time, I guess I’ll keep on searching.