Jumaat,
Hari yang paling daku sukai
Yang paling daku nanti
Yang kusambut dengan hati yang berbunga
Bunga-bunga cinta yg mekar di taman hati
Jumaat,
Ia bukan manusia
Bukan juga seperti haiwan yang comel
Tidak punya jasad yang zahir
Tidak boleh diajak bicara
Seperti teman-temanku dari kalangan insan
Tetapi kenapa
Kenapa
Hati ini begitu mencintainya
Bila ia jauh
Daku begitu merindukannnya
Bila ia hadir
Hatiku gembira tidak terkata
Dan bila ia pergi
Daku sedih
Dan tidak sabar menunggunya datang lagi
Mungkin kerana
Jumaat penuh barakah
Jumaat ialah hari Moyangku Adam a.s diciptakan
Jumaat jugalah waktu baginda diwafatkan
Dan jumaat jualah menjadi saksi Hari Kebangkitan
Jumaat,
Diberi jolokan “Penghulu”
Seolah-olah ianya ketua
Bagi hari-hari yang sebelum dan selepasnya
Setiap minggu
Daku akan dibuai kedamaian aneh
Aneh kerana tidak kurasakan pada waktu-waktu yang lain
Hanya pada ketika itu
Ya, hanya pada malam Jumaat
Seolah-olah dapat kurasakan
Turunnya para malaikat ke duniaku ini
Malaikat yang sentiasa takut pada Tuhan
Yang tidak pernah berhenti bertasbih kepada-Nya
Sedangkan manusia sepertiku pula sebaliknya
Sedangkan begitu
Tuhan Yang Maha Penyayang
Tetap melimpahkan kurnia-Nya kepada hamba-Nya
Yang diberi nama manusia
Dianugerahkan kepada mereka
Suatu hari yang indah
Dan penuh barakah
Dek ilmu yang cetek
Tidak dapat kutittipkan hadis sahih
Apatah lagi firman Yang Maha Agung
Sebagai bukti
Bahawa Jumaat itu
Istimewa sekali
Sekadar dapat berkongsi
Perasaan hati
Bahawa Jumaat itu indah sekali
Lalu mengapakah pemuda-pemuda Islam kini,
Tidak mahu ke masjid
Mendengar dengan penuh sabar bicara khatib
Sedangkan hanya setiap 7 hari
Mereka diseru wajib mengimarahkan rumah Tuhan Yang Maha Esa
Bukan setiap tujuh jam
Bahkan Nabi yang kita mengaku ummatnya
Pernah ingin membakar rumah-rumah mereka yang hampir dgn masjid
Yang pemudanya jelas mendengar seruan azan,
Tetapi tidak pula menyahut panggilan Tuhan itu
Andai tidak ada isteri dan anak-anak mereka yang berdiam di rumah-rumah itu
Nescaya Rasulullah tidak ragu-ragu dengan sabdanya
Wahai Jumaat yang penuh barakah
Diri ini sangat mencintaimu
Sepertimana sepasang kekasih yang tidak sanggup berpisah
Namun daku dan kamu bukanlah kekasih
Apatah lagi berbeza fitrah kita
Namun
Perasaan rindu tetap di situ
Di hatiku
Mungkin
Daku mencintaimu
Kerana daku mencintai Yang Satu.
No comments:
Post a Comment