Wednesday, March 18, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik manusia ke langit -Part 1-

Telah berkata Mu'az ra. bhw Rasulullah SAW katanya:
"Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadith yg belum pernah diceritakan oleh mana-mana Nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu & jika kamu mendengar dan tak ingat2 bereti terputuslah hujahmu di sisi Allah SWT pada hari Kiamat."
Sabdanya lagi; "Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.
Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pg hingga ke ptg & kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dgn perkiraan amal seorg hamba itu cukup baik dan banyak, tiba2 malaikat berkata: Berhenti! Dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semoga Allah tidak mengampunkn kamu, aku bhgn ghibah, sedang ia selalu mengghibah* org2 muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain2ku."... to be cont..


*ghibah=mengumpat
Petikan dari :Himpunan kisah-kisah malaikat Siri1. S.Muhammad Isa. Darul Nu'man, 2001. ms 142
Pengajaran : Amal yg baik walau seluas lautan, tak akan dapat melepasi LANGIT PERTAMA walau setitik pun kalau kita selalu mengumpat org. Zaman sekarang ini, mengumpat dah jadi kebiasaan, macam "adat" pulak. Surat-surat khabar tempatan, kalau bab2 dunia artis dan hiburan, memang tiap2 hari ada aje ceritanya. Secara peribadi, gosip tu mcm mengumpat jgk, bagi saya. Sebab, dari segi hukum, sama ada apa yg kita cakapkan tu benar atau tidak, tetap dikira sebagai mengumpat. Ini baru langit pertama, belum lepas lagi langit kedua, ketiga dan seterusnya hingga sampai kepada Allah SWT. Jadi, selama ni.. adakah dapat pahala bagi semua solat dan puasa yg kita amalkan? Subahanallah..ini peringatan buat diri dan semua..

No comments: