Di alam akhirat, manusia hanya ada dua tempat tinggal, sama ada syurga atau neraka. Syurga adalah tempat tinggal yang penuh kenikmatan sementara neraka adalah tempat tinggal penuh azab siksa. Syarat utntuk masuk syurga adalah bersih drpd segala dosa, yakni sama ada pahala mengatasi dosa, ataupun demi keagungan Allah SWT, diampunkan segala dosa manusia yang sememangnya kita langsung tiada pengetahuan tentangnya. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW, baginda menceritakan bhw segala amalan baik manusia haruslah melepasi malaikat2 yang menjaga 7 petala langit, kemudian barulah sampai ke Arasy Allah SWT, dan akhirnya barulah Allah akan menetukan sama ada amalan kita diterima atau akan ditolak. Sekarang mari ikuti sambungan hadis Rasulullah SAW berkenaan amalan seorang muslim yang telah melepasi langit ke-5...
Kemudian datang lagi malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba
yang dilengkapi dgn wuduk dan sembahyang malam
yang banyak. Apabila sampai di langit yang ke-6, maka berkatalah malaikat yang bertugas di situ. Katanya, "Berhenti! Dan lemparkan amal org itu ke mukanya."
Berkata malaikat itu lagi, "Aku adalah malaikat bhgn rahmat, org itu tidak mempunyai rasa rahmat pada sesiapapun, bahkan bila ia melihat orang terjerumus ke dlm lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh org itu. Dan Allah SWT telah menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampaui aku" .
to be cont...(Dipetik drpd buku Himpunan kisah2 Malaikat terbitan Darul Nu'man oleh Muhammad Isa Selamat, Cetakan ke-3 2001, m/s144)
Ulasan: Di dlm petikan hadis ini, jelas bhw amalan yang baik, ditambah pula dengan solat2 malam, juga tidak diterima oleh Allah, malah tidak layak melepasi langit ke-6. Apakah sebabnya? Kerana di samping beribadah kepada Tuhan, dia juga mempunyai sifat suka mencemuh dan mengejek org yg tersesat dan diuji oleh Allah Azzawajalla. Islam sangat mementingkan persaudaraan. Jadi apabila seorang muslim ditimpa kesusahan, adalah perlu, atau mungkin wajib(tidak pasti) kita membantu sedaya mungkin. Contohnya kalau kawan kita berhutang dgn Ah Long dan dikejar sehingga mengancam nyawanya, jgnlah kita mencela kesilapannya meminjam wang secara haram itu. Kita tolong dia semampu yg boleh. Tlg jelaskan hutang2nya dulu. kalau tidak mampu, sembunyikan dia drpd kuncu2 Ah Long. Lindungi dia dgn nyawa kita, walaupun hakikatnya dia bukan ahli kerabat kita. Islam tidak mementingkan ikatan darah, tetapi ikatan iman. Kalau kita bersaksi bhw "La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah" dan dia juga mengaku sebagaimana kita, maka itu sudah cukup utk kita melindunginya bermati-matian, atas dasar bersaudara. Atas nama ukhuwah Islamiyah. Lihat, sebenarnya Islam itu amat halus pendekatannya. Dlm konteks ini, Allah memberitahu kita melalui utusanNya Muhammad SAW bhw penjagaan akhlak amat penting, yakni menjaga lidah agar tidak mencela/mengutuk org secara lisan serta memelihara hati drpd mencela secara sembunyi. Bahkan sangat penting umat Islam menjaga akhlaknya sehinggakan Allah tak benarkan amal ibadah kita, walau sehebat manapun, walau kita solat mlm sampai kaki bengkak2 sebagaimana baginda Rasul pun..tetap Allah tak benarkan, Allah tak izinkan amalan2 itu melepasi langit ke-6. Jadi, tentu kita terfikir, amal macam mana pulak yg layak utk melepasi langit ke-7? Sedangkan syarat utk melepasi langit ke-6 ialah amal ibadah sempurna dilengkapi dgn wuduk, solat2 malam dan berbelas kasihan sesama insan dan memlihara diri drpd sifat mencela. Mampukah kita..?
Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya tiada timbangan yg lebih berat di akhirat melainkan akhlak yg mulia."
No comments:
Post a Comment