Ya Allah, segala puji dan syukur hanya buat-Mu.
Walaupun ana lalai, Anta tetap memberikan ana satu lagi peluang untuk terus menagih ilmu. Ya Allah, ana macam tak percaya..fuh..macam nak tercabut jantung niii..
Akhirnya, hilanglah satu ketakutan hamba-Mu ini. Ana ingat memang tak lepas nak pergi Kuantan. fuuuhhh... lega sesaat..lalala lala
Terima kasih Ilahi, kerana memakbulkan permintaanku.
Ilahi..secara jujur, ana takut nak berjanji dgn-Mu..
kerana ana bercita-cita nak menjadi seorang mukmin..
dan janji seorang mukmin sentiasa benar, sentiasa ditepati.
Ana ingin berjanji.. untuk benar2 memanfaatkan peluang kali ini..
kerana hatiku berdetik.. mungkin Allah tak akan berikan peluang lgi buatku
kerana ramai lagi hamba2Mu yg layak mendapat peluang ini
Mereka yg benar2 berusaha
Berkorban masa.. Mengawal diri drpd alasan2 yg tidak munasabah..
Menentang malas berhabis-habisan..
Ana lihat mereka..
Oh, sungguh kagum ana pada insan2 seperti ini..
Seperti sdg mengejar sesuatu
Tidak lg menoleh ke kiri atau kanan
Tetap tekun menghadap kitab menjelang peperiksaan.
Bukannya ana tidak berusaha langsung,
Cuma pada pandangan sendiri..tidak dapat menandingi keringat teman2 sebilik..
Asyik kalah pada Mr. M @ L
Akhirnya..di Blok E, sesal sendiri..
(nak tergelak..)
Walaupun di sebalik semua ini..
Anta..Ya Rabbi.. tetap..memberikan PELUANG
Adakah ana akan mengulangi sikap seperti ini
Di main campus nanti?
Ana tiada jawapannya, Ilahi..
Kerana ana tidak berani berjanji..
Kerana khuatir memungkiri.
Namun, kesedaran semasa cuti ini..
Amat bermakna buatku
Bahawa diri ini bukan lagi si kecil(walaupon sbenarnye ketot..hehe)
Diri ini sudah MAMPU berdiri sendiri (Baru nak tau ke??)
Bukan lagi yang dijaga,
Tetapi kini, analah PENJAGA
Penjaga ibu bapa di hari tua
Jika masih berdegil, berkeras,
menurutkan hati yg malas,
maka bagaimana mahu menjadi penjaga?
Ilahi,
kali ini,
insan ini MEMBERANIKAN DIRI
untuk berjanji
TIDAK AKAN LAGI MENSIA2KAN PELUANG2MU
Namun, sejauh manakah
ana dapat mengotakan janji yg berat ini?
Ilahi, tolonglah ana..doronglah ana..untuk MARA KE DEPAN
Andaiku tersadung, bangunkanlah badanku..
Tetapkanlah tapak kakiku..
Dan apabila sudah kukuh pasaknya..tolaklah lagi diriku ke hadapan..
Ya..KE HADAPAN
Jangan..jangan sekali-kali biarkan daku 'gostan'
Nanti terlibat kemalangan
(kukuku..)
"Ilahi..permudahkan jalan masukku ke Kuantan..bantulah daku untuk meredahnya..dan semoga ana dapat keluar dari pintu pagar UIAM, Kuantan dgn redha-Mu...bersama segulung 'u know what' dan dada yg sarat dgn ilmu."
Amin.
No comments:
Post a Comment