Friday, March 27, 2009

Al-kisah perjalanan amal baik ke langit -part 5

Sambungan drpd part 4..

Sekarang, kita tgk pulak bagaimana keadaan amal hamba Allah yang cukup baik dan banyak amalnya sampaikan dapat melepasi langit ke-4. Begini sambungan ceritanya...


Setelah itu naiklah pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagaikan pengantin yang akan dihantar kepada isterinya. Lalu sampai ke langit yang kelima, penuh dengan jihad sembahyang, lalu berkata malaikat yang bertugas di situ, "Berhenti! Dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kerana Allah SWT, ia hasad dengki pada mereka dan selalu
mancaci
mereka. Maka dipikulkan ke atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.

(Dipetik dan diubahsuai drpd buku "Himpunan Kisah-kisah Malaikat" Oleh Muhammad Isa Selamat, Darul Nu'man, cetakan ketiga 2001)

Ulasan: Tidakkah rasa ingin menangis mendengarkan hadis Nabi SAW ini? Orang yang rajin bersolat pun tidak lepas amal kebajikannya daripada langit ke-5, sedangkan masih ada lagi 2 petala langit dia atasnya. Itu belum termasuk arasy Allah SWT. Hadis ini jelas menunjukkan bhw Allah melihat hati-hati hambanya terlebih dahulu sebelum melihat amalan mereka. Kerana dari hati yang ikhlas akan lahir amalan yang sempurna serta hanya mengharapkan ganjaran dari Allah semata-mata. Bagi saya, inilah antara tujuan Allah SWT menurunkan kita ke dunia, untuk mencari hamba2-Nya yang berhati ikhlas serta hanya mengharap, bergantung pada Allah semata-mata. Orang2 sebegini yg dicari Allah untuk diwariskan syurga..hanya manusia2 yang diadili Allah sebagai layak.. Adakah kita termasuk golongan ini? Golongan yg akan diwariskan syurga? Allah...Jadikan kami sebahagian drpd mereka ini, amin.

No comments: