Pagi tadi ana sempat menonton Muqaddimah di tv9 yg dikelolakan oleh Ustaz Zahazan Mohamed. Tajuk perbincangan hari ni ialah “Seindah Nama”.
Ya, nama memang indah. Penuh makna tersirat. Dan, jgnlah kita lupa, ilmu menamakan benda adalah ilmu yg pertama sekali Allah SWT ajarkan kepada Nabi Adam a.s.
Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini jika kamu yang benar!” (Al-Baqarah 2:31)
Ilmu menamakan sesuatu, itulah ilmu pertama yg dipelajari oleh moyang kita Nabi Adam a.s. berdasarkan kalam Allah di atas. Seterusnya ayat ini diikuti pula dgn ayat-ayat berikutnya;
Mereka (para malaikat) menjawab, “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.” (2:32)
Dia (Allah) berfirman, “Wahai Adam! Beritahukanlah kepada mereka nama2 itu!”. Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia berfirman, “Bukankah telah aku katakan kepadamu, bahawa aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan aku mengetahui apa yg kamu nyatakan dan apa yg kamu sembunyikan?” (2:33)
Lihatlah ‘dialog’ yg tercetus antara Allah dan para malaikat sewaktu Allah berkehendak menciptakan manusia yg pertama sebagai khalifah di Bumi, yakni Adam a.s yang direkodkan dlm mushaf Al-Quran. Para malaikat ‘mempersoalkan’ ciptaan Allah di mana mereka telah mengetahui bahawa manusia kelak akan membuat huru-hara serta menumpahkan darah di atas Bumi, lantas mengapa dilantik menjadi khalifah bagi mentadbir dan menguruskan Bumi? Jawab Tuhan kita Yang Maha Esa, “Aku Mengetahui apa yg kamu tidak tahu.” (Berdasarkan Al-Baqarah ayat 30)
Jawapan Allah begitu ringkas tetapi sudah cukup menggentarkan para malaikat sehinggakan mereka bertawaf mengelilingi Arasy bagi meminta pengampunan Allah. Dan keluasan serta kebesaran Arasy itu sungguh, di luar pengetahuan kita. Para malaikat yang tidak pernah berhenti bertasbih kpd Allah TAKUT akan kemurkaan Allah sedangkan manusia sedikit pun tidak takut kepada pencipta mereka walaupun hakikatnya memikul dosa yg bertimbun-timbun laksana gunung. Benarlah kata-kata para malaikat, terbukti hari ini dengan berita2 kecurian, kes ragut, kes langgar dan lari, dan kes pembunuhan yang sudah menjadi ‘menu’ utama rakyat Malaysia. Sambil ‘pekena’ roti plaster kat kedai Pak Lang, mata kita pula ‘menjamah hidangan dosa manusia’ yang tidak pernah berhenti. Ana harus akui, ana hidup dalam era “akhir zaman”. Dah banyak sangat jenayah sampai tak larat dan tak sanggup nak baca surat khabar. Sebabnya ngeri, geli, jijik dan pada masa yg sama takut benda mcm tu jadi kat diri sendiri. Tambah2 kaum Hawa. Ana baru baca NST, Hari Sabtu lepas(ketinggalan sikit). Dalam dok hangat perhimpunan agung UMNO, tiba2 mata ni teringin nak baca satu kolum kecik dekat bhgn bwh muka surat 14, 28 mac 2009. Saiz dia Cuma sebesar notebook yg boleh pegang dgn sebelah tapak tangan, tapi magnitud isi kandungannya sebenarnya berukuran 9 skala Richter! Ceritanya ada seorang perempuan dgn boyfriend dia dan ada lagi dua org lelaki tgh berteduh kat satu bus stop sebab hujan. Masa tu baru pukul 3 ptg. Tiba-tiba! Satu Proton Wira berhenti, dua org lelaki keluar dan terus merompak semua org kat bus stop tu. Tak cukup dpt duit dgn handphone, dua lelaki tu tarik perempuan tu masuk kereta. Boyfren tak tolong ke? Tolong, tapi setakat MENJERIT MINTA TOLONG boleh la sebab lelaki2 tu letak PARANG KAT LEHER girlfren dia. Ok. Lelaki zaman skrg kalau menculik perempuan selaunya dia org buat apa? Ya Allah, perempuan tu senang2 je dibawa ke Tmn Kok Doh dan..dirogol. Itulah nasib perempuan. Lepas tu..
Belum habis lagi. Binatang2 tu rempuh pulak satu perodua Myvi yg dipandu oleh seorang PEREMPUAN. Dirompaknya perempuan tu, dilarikan perempuan tu, nasib baik tak dirogolnya sekali, pastu dua-dua ditinggalkan kat tepi Jalan Kuching. Lokasi kejadian: Kuala Lumpur, tempat tinggalku.
Betul kan kata-kata malaikat? Terbukti. Nyata. Tidak boleh disangkal. Tidak ada keraguan lagi. Tension la tgk manusia2 macam ni. Memalukan nama manusia. Diberi akal tapi tak rei nak guna! Yg tahu ikutkan nafsu je! Lelaki sama, perempuan pun sama. Masing2 ada salahnya. Aduh, yg sakit hatinya benda2 mcm ni bukannya setahun sekali. Tapi tiap2 hari ada. Geram. Tak larat dan tak lalu nak baca. Yang lagi menyakitkan hatinya kecil pulak ruangan yang diperuntukkan. Kalau bab2 politik, cepat aje ditulis besar2, ‘highlight’ dan kolum dia memang satu muka penuh. Reformasi. Konon. Tak usahlah berangan-angan. Reformasi tu perkara yang dah berlaku 1400 tahun yg lalu. Ya, sewaktu zaman Rasulullah dan para sahabat. ITU baru reformasi. Reformasi dari zaman jahiliyah kpd mengenal Allah. Dari pertumpahan darah kepada berkasih syg. Tapi zaman ini nampaknya manusia sudah ‘revert’ semula ke zaman jahiliyah. Manusia buat u-turn rupa-rupanya.
WALAUPUN BEGITU, walaupun manusia menumpahkan darah saudaranya dgn begitu mudah, tetapi, mengapakah Allah tetap berkehendak menciptakan kita? Persoalan ini sering berlegar-legar dlm mindaku. Kenapa? Ya, kenapa? Jwb Allah, “Aku Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” Sedangkan malaikat pun gerun mendengarnya, manusia sepatutnya lebih takut dan gentar mendengarkan firman Allah ini.
Mungkin Allah mengetahui bhw walaupun sesetengah manusia berbuat bnyk kemungkaran di atas bumi-Nya, dia juga tahu bhw ada segolongan lain yg memilih untuk berbuat baik di atas bumi-Nya. Berkasih saying kerana-Nya. Memegang amanah kerana-Nya. Mungkin..Allah ingin menyelamatkan golongan ini drpd neraka-Nya.
Dan ana telah lari dari tajuk asal..
No comments:
Post a Comment