Saturday, January 29, 2011

Menjadi 'Juggler'

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah...
Subhanallah...
Masya-Allah...

Ayat yang mengikuti kalimah-kalimah agung tersebut sama sekali tidak layak bergandingan dengan mereka. Namun aku tetap tidak dapat tidak untuk mengatakan; betapa aku rindu untuk menulis blog.

Subhanallah..
Hanya kalimah ini yang mampu meniti di hujung cursor di skrin laptopku. Bukanlah aktiviti blogging ini dapat dikaitkan dengan betapa Maha Sucinya Tuhan kita, Allah subhanahu wa taala, akan tetapi ia antara ungkapan yang terkeluar secara spontan bagi mengungkapkan betapa aku 'sabar' menahan diri daripada berblogging sejak 2-3 minggu yang lalu. Mungkin "subhanallah" sudah sebati dengan diri, alhamdulillah. Itulah, apabila sudah menjadi tabiat, semuanya berlaku secara spontan tanpa dipinta. Alhamdulillah.

'Berpuasa'

Tuesday, January 11, 2011

Al-Fateh Workshop: Mutiara Pengalaman Berharga

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar para sahabat sekalian? Semoga kita terus memanfaatkan kehidupan dunia yang dikurniakan allah Taala yang merupakan nikmat serta ujian kepada hamba2Nya yang beriman.

Para sahabat sekalian,
sukacita ingin saya berkongsi pengalaman dua hari yang lalu bersama guru baru saya, Ustaz Syaari Abd Rahman. Walaupun hanya sempat bersama beliau selama tidak sampai pun sehari, tapi...izinkan saya memuji Ilah kita, Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar. Benarlah kata orang, sehari yang diberkati Allah Taala, lebih bermakna daripada setahun yang kosong dari keberkatan-Nya. Okey2, mungkin perbandingan sehari dan setahun itu agak hiperbola, tetapi itulah gambaran...serta perasaan yang terdetik di dalam mudghah (seketul daging) ini, sepanjang seharian bersama Ustaz. Sungguh, jika kita berkorban dan meletakkan niat yang ikhlas, insya-Allah, Ar-Rahman yang tidak pernah lokek, akan memberikan mutiara2 yang jauh lebih banyak, jauh lebih berharga, dan memang melebihi apa yang kita harapkan. Wahai Allah, itulah Engkau, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pada Ahad yang lalu, 9 Januari 2011, terima kasih kepada para komiti CAMPRO (Campus Dakwah Project) UIAM Kuantan yang bertungkus-lumus menganjurkan suatu bengkel yang amat, amat, teramat bermanfaat bagi diri ini, iaitu Bengkel al-Fateh, atau Al-Fateh Workshop, bersama seorang muslim yang telah beberapa lama mengkaji sejarah Sultan Muhammad ibnu Murad al-Fateh. Ustaz Syaari sekarang masih lagi menyambung pengajiannya di UIAM Gombak, kalau tidak silap, dalam menyiapkan Mastersnya, yang tajuknya bersangkutan dengan sejarah zaman Uthmaniah, lebih spesifik lagi berkenaan Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau juga baru sahaja siap menerbitkan bukunya bertajuk, "Kuasa Kepimpinan al-Fateh" terbitan PTS, yang sudah habis terjual 3000 cetakan pertama. Insya-Allah, beliau menjanjikan sebaik sahaja cetakan yang terbaru keluar, beliau akan segera menghantarnya kepada yang telah menempah sebelum ini, insya-allah harap segera tiba...

Friday, January 7, 2011

Kenapa Cinta?

بسم الله الرحمان الرحيم

Dikemas kini pada 8 Januari 2011, jam 8:07 pagi.

Assalamualaikum wbt.

Ehem2.
Sempena tahun baru 2011 ini, saya akan memulakannya dengan isu yang panas! Isu yang selalu dikupas oleh kebanyakan rakan2, iaitu CINTA. (tersenyum)

Hai, sebut saja perkataan keramat "C" tu, orang yang sedih pun tiba2 boleh tersenyum, iye tak?

Ha...ha! Tu, dah tersengih sorang2! (ketawa)

Bergurau saja wahai sahabat2ku, (tersenyum)