Friday, January 7, 2011

Kenapa Cinta?

بسم الله الرحمان الرحيم

Dikemas kini pada 8 Januari 2011, jam 8:07 pagi.

Assalamualaikum wbt.

Ehem2.
Sempena tahun baru 2011 ini, saya akan memulakannya dengan isu yang panas! Isu yang selalu dikupas oleh kebanyakan rakan2, iaitu CINTA. (tersenyum)

Hai, sebut saja perkataan keramat "C" tu, orang yang sedih pun tiba2 boleh tersenyum, iye tak?

Ha...ha! Tu, dah tersengih sorang2! (ketawa)

Bergurau saja wahai sahabat2ku, (tersenyum)


Kenapa cinta 1

Secara peribadi..saya tidak suka membicarakan soal cinta. Entah kenapa ya?

Mungkin salah satu penyebabnya ialah imej cinta yang terpapar di sekelilingku ialah cinta itu lalai, dan melalaikan.


"I love you" 
"I sayangkan you" 
"Sayang, I cintakan you sampai mati! Percayalah!"

Hai..entahlah. Aku sedikit pun tidak teringin hendak membuka mulut walau satu centimeter (untuk membicarakan hal itu). Haha, melampaukah ayat saya? Tapi saya hanya mengatakan apa yang datang dari hati, sungguh, sedikit pun tiada keinginan. Untuk apa? Bagiku, cinta sebegitu tiada nilai. Kosong, hambar, tawar.

Namun...salah satu petikan penulisan Ustaz Hasrizal telah menggerakkan hati, seterusnya jari2 ini untuk menulis tentang cinta, suatu isu yang tidakku sangka akan dikupas di ruangan ini;

"Cabaran pertama, saya digasak dengan soalan mengapa terlalu banyak bercakap tentang cinta?

Soalan ini, biarpun menyakitkan telinga, saya andaikan sahaja si penyoal terlepas pandang akan statistik penceraian yang menggila. Mungkin juga anak remaja yang dimurtadkan dengan umpan cinta, gadis-gadis kembung perut yang bertali arus masuk ke rumah pemulihan, dan 'anak sial' yang memijak kepala ibu sendiri itu semua adalah sekadar masalah sampingan. Tidak terbandinglah isu cinta ini jika diletak di sisi isu politik dan ekonomi negara yang ilmiah dan nampak intelektual membicarakannya.

Dan missionary Kristian yang kaya cinta itu, tersenyum sahaja melihat sibuknya kita dengan isu negara." (BSKS, m/s 95-96)

Jadi, kenapa perlunya kita, umat Islam membicarakan soal cinta? Apa pentingnya..apa gunanya berbincang mengenai cinta?

Kerana cinta yang salah, cinta kepada dunia dan manusia semata-mata telah dan akan terus merosakkan saudara2 kita, dan mungkin suatu hari nanti, (na`uzubillah) sahabat2 dan keluarga kita. Jika bukan kita yang mendidik mereka tentang erti cinta yang sebenar, adakah kita mahu menunggu missionary2 Kristian masuk ke dalam ruangan hati mereka, lantas menggoyahkan akidah (pegangan) mereka? Na`uzubillahi min zalik.

Cinta itu buta.
Tapi, manusia itu lagi buta.
Dia buta dalam melihat cinta dari sisi yang lain...cinta yang sebenar...bahawa ada lagi yang menyayanginya lebih dari satu susuk jasad lelaki, atau perempuan.
Walaupun pemilik cinta itu ghaib, tapi sungguh, cinta-Nya nyata, bagi mereka yang membuka hati2 mereka mencarinya...

Kenapa cinta 2

"Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, drpd Abi `Abdillah al-Nu'man bin Basyir) (BSKS m/s95)

Begitulah, potongan drpd sebuah hadis Rasulullah saw yang tercinta.

Wahai sahabat2ku,
cinta itu penting. Kerana cinta itu perasaan. Dan ke manakah berdiamnya semua jenis perasaan di dunia ini?

Perasaan marah, sedih, iri hati, dengki, sayang, CINTA.

Ya, di dalam seketul daging di dalam badan anak Adam. Seketul daging yang jika baik, iaitu jika dipandu dengan prinsip serta akhlak yang baik, maka baiklah seluruh tubuh, manakala jika buruk, iaitu apabila perasaan2 busuk seperti dengki dan amarah menguasai hati, maka binasalah seluruh tubuh.

Maka apakah pendapat saudara-saudari sekalian jika jenis cinta "I sanggup mati untuk you" inilah yang mennduduki takhta kerajaan hati? Cinta membuta-tuli sudah pasti melahirkan manusia yang juga buta hatinya. Disebabkan cinta inilah wujudnya statistik penceraian yang menggila, remaja yang dimurtadkan dengan umpan cinta, gadis-gadis kembung perut yang bertali arus masuk ke rumah pemulihan, dan 'anak sial' yang memijak kepala ibu sendiri (mungkin disebabkan cinta) seperti yang dikatakan Ustaz Hasrizal.

Seperti suatu kerajaan perlukan pemimpinnya, maka kerajaan tubuh juga memerlukan rajanya. Seperti bulan dan matahari ada Yang Mengaturnya. Inilah sunnatullah yang telah wujud dan akan terus wujud sehingga berakhirnya alam dengan tiupan ngeri sangkakala. Malangnya raja ini mudah dipengaruhi oleh 'penasihat' perasaan, apatah lagi perasaan cinta. Ianya persaan yang paling mudah, tetapi efeknya...tidak semudah itu.
Mudah saja, sama ada ia hadir, atau tidak. Sama ada aku cinta kau, atau tidak. Mudah bukan?

Hendak merasai cinta, mudah saja. Kerana ada agen2 cinta yang banyak di sekeliling kita, agen yang selalu sahaja mempromosikan cinta buta itu. Agen yang memang kerjanya memanah panah2 beracun ke hati2 manusia yang sedang leka dengan cinta masing2. Agen itulah - yang ketiga tatkala seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan. Memang senang mengecapi cinta, kerana ada agen yang 'menolong' menyebarkannya. Patutlah, kan kawan2? (tersenyum)

Akan tetapi, hendak menjaga sang raja tubuh, hendak menjaga hati, Allahu Akbar, perlukan apa yang sering disebutkan rakan2ku; mujahadah. Apa itu mujahadah?

Kalau tak salah saya, mujahadah bermaksud melakukan jihad, iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Maka bermujahadah melawan cinta buta bermaksud kita harus berusaha dengan menggunakan segala kekuatan/kudrat yang dimiliki supaya ia tidak bertandang, tidak dapat menjejakkan kaki pun ke dalam hati.

Jadi, kenapa cinta? Kerana cinta itu 'penasihat' hati. Dan hati pula raja tubuh badan. Dan siapa pula pemilik tubuh itu kini? Yang sedang menaip dan yg sedang membaca.

Tapi, wahai sahabat2ku, bukan semua cinta itu buta, dan membutakan.

Ada juga cinta yang nyata, dan menyatakan (apa yang sebenarnya penting di dalam hidup ini).

Kenapa cinta 3

(Menarik nafas)

Sahabat2ku,
ketahuilah, bahawa cinta itu suatu nikmat....nikmat yang agung. Dan saya bukan bercakap tentang sebarang cinta...bukan penyakit wahan (cintakan dunia)..bukan..itu penyakit, bukannya kenikmatan..

Cinta yang sebenar...cinta yang sejati. Kamu tahu?

Apabila mengingati-Nya, hati menjadi tenang.


Apabila hati berdegup merindui-Nya, tekak turut terasa perit, mata mulai kabur.

Apabila mencintai-Nya, hati meyakini, Dia mencintaiku sejuta kali lebih besar cinta-Nya.

Itulah, nikmat halawatul iman (kemanisan iman).

Kamu tahu...pertama kali aku tahu...bahawa cinta itu..ada perisa?

Ya...ya..manisnya perasaan ini.

Cintakan Allah Taala. Inilah cinta yang betul, cinta yang sebenar, cinta yang selayaknya. Cinta yang baik, lagi membawa kepada kebaikan.

Sahabat2,
ketahuilah, cinta inilah yang mendorong kepada keikhlasan. Cinta inilah yang mendorong manusia melakukan kebaikan, apabila tiada lagi sebab yang dapat mendorongnya, maka inilah satu2nya sebab yang paling kuat yang akan menjadi daya tolaknya ke arah kebaikan. Cinta inilah, yang dinamakan...lillahi Taala. Kerana Allah Taala...sudah tidak ada lagi kerana yang lain. Sudah tidak nampak lagi yang lain, hanya 'nampak' Allah. Belajar kerana Allah, bersabar kerana Allah, rukuk dan sujud kerana Allah. Kerana cintakan Allah...

Tidak ingin ditinggalkan-Nya, akibat dosa yang dilakukan...
tidak sanggup kehilangan-Nya...tak dapat hidup tanpa Dia...tanpa Allah Taala...

Kesimpulan

Jadi..
kenapa cinta?

Kerana cinta ialah akar kepada pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda umat Islam pada hari ini. Masalah yang tidak dilihat dari peringkat akar umbi akhirnya akan bertunas kembali, kerana akarnya masih subur dan menjalar.

Kerana cinta yang menjadi akar masalah2 yang membingungkan umat juga ialah perasaan yang sering dibiarkan merajai hati, di mana hati pula ialah raja manusia itu sendiri. Menyentuh persoalan cinta dari perspektif yang betul merupakan satu langkah untuk membetulkan hati, seterusnya pemilik hati itu sendiri

Akhir sekali, kerana cinta yang sebenar ialah penyelesaian kepada dua permasalahan di atas. Bayangkan, jika hati mencintai Allah Taala dengan mendalam, melebihi cinta kepada segala kecantikan dan perhiasan material dunia, cinta inilah yang akan merajai hati, maka cinta ini jugalah yang akan memandu hati, seterusnya jasmani, ke arah melakukan perkara2 yang disukai, dicintai Allah swt. Prinsipnya sama sahaja, cinta itu buta. Akan tetapi, apabila cinta yang buta itu menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kerosakan di bumi-Nya, maka end resultnya tetap membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan.

Seorang mukmin yang kuat imannya, maka kuatlah pula cinta kepada-Nya...

Cinta Ilahi yang padu dibiarkan merajai hati...

Maka jadilah dia (manusia itu), hamba-Nya yang sejati...

Maka bercintalah wahai manusia! 
Tenggelamlah dalam kenikmatan cinta...
Nikmat cinta kepada Tuhan Yang Esa...

Cinta yang buta tetapi mencelikkan...
Buta dalam perlaksanaan, tetapi celik dalam pemahaman...
Melaksanakan segala perintah-Nya tanpa banyak pertanyaan...
Di penghujung jalan (kehidupan), pasti difahami hikmah perlaksanaan...

Maka bercintalah wahai manusia! 
Bijaklah dalam memilih cinta...
Semoga cinta itu merintis jalan ke syurga-Nya...

Ameen ya Rabbal `alamin...

No comments: