بسم الله الرحمان الرحيم
Assalamualaikum wbt.
Ya Allah...
Subhanallah...
Masya-Allah...
Ayat yang mengikuti kalimah-kalimah agung tersebut sama sekali tidak layak bergandingan dengan mereka. Namun aku tetap tidak dapat tidak untuk mengatakan; betapa aku rindu untuk menulis blog.
Subhanallah..
Hanya kalimah ini yang mampu meniti di hujung cursor di skrin laptopku. Bukanlah aktiviti blogging ini dapat dikaitkan dengan betapa Maha Sucinya Tuhan kita, Allah subhanahu wa taala, akan tetapi ia antara ungkapan yang terkeluar secara spontan bagi mengungkapkan betapa aku 'sabar' menahan diri daripada berblogging sejak 2-3 minggu yang lalu. Mungkin "subhanallah" sudah sebati dengan diri, alhamdulillah. Itulah, apabila sudah menjadi tabiat, semuanya berlaku secara spontan tanpa dipinta. Alhamdulillah.
'Berpuasa'
'Sabar'...
'Berpuasa'...
Aneh bukan?
(tersenyum)
Apa yang aneh?
Tang (di) mana yg anehnya?, kata orang utara.
Aneh, sebab kenapa perlu diletakkan apostrophe?
Sebabnya ayat seterusnya tak sesuai digandingkan dengan kedua-dua perkataan itu;
Sabar dalam berblogging.
Berpuasa drpd berblogging.
Menahan diri drpd berblogging.
Nah, memang pelik pun ayat-ayat itu.
Wahai sahabat2ku yang amat kurindui,
Terus-terang aku katakan, aku amat rindu hendak menulis di sini. Hai...memang dah sampai tahap gian ni, tahu tak? (Tersenyum) Walaupun aku tak berapa pasti apa maksud "gian", tapi bagi aku, ianya satu perasaan sudah lama menahan diri drpd melakukan sesuatu yang amat kita sukai.
Entah. Rasa macam tak lengkap kalau tak blogging seminggu. Apatah lagi 2 minggu. Apatah lagi berminggu-minggu. (sama je ayat2 ni...)
Seolah-olah menyimpan sesuatu di dalam hati. Kadang-kala banyak perkara yang ingin dikongsikan. Pepatah bahasa inggeris menyebutkan, "Sharing is caring". Iya, dah selalu sangat orang sebut kan? (tersenyum) Aku tak tahulah aku ini termasuk dalam kalangan manusia yang caring atau tidak, harap2nya begitulah pandangan Allah Taala terhadapku, terhadap kita.
Kerana penafsiran kita terhadap diri sendiri kadang2 tidak tepat. Hendak tengok lubang hidung sendiri pun perlukan cermin, apatah lagi keseluruhan peribadi, bukan begitu? (analogi yang aneh..haha)
Kerana penafsiran kita terhadap diri sendiri kadang2 tidak tepat. Hendak tengok lubang hidung sendiri pun perlukan cermin, apatah lagi keseluruhan peribadi, bukan begitu? (analogi yang aneh..haha)
Apa2pun, hatiku berasa seronok apabila dapat berkongsi sesuatu ilmu yang baru, bersama sahabat2ku yang kucintai. Terasa geli-geleman ke? (hahaha)
Aku tidak. Kerana bagiku, mencintai sesuatu kerana Allah Taala tiada salahnya.
Mengakui mencintai sahabat kerana Allah Taala, di mana salahnya?
Sahabat2, apabila segala perkara yang dilakukan disandarkan kepada Allah, percayalah, tiada tempat lebih luas drpd langit, bumi dan isinya, melainkan hati anda.
Aku tidak. Kerana bagiku, mencintai sesuatu kerana Allah Taala tiada salahnya.
Mengakui mencintai sahabat kerana Allah Taala, di mana salahnya?
Sahabat2, apabila segala perkara yang dilakukan disandarkan kepada Allah, percayalah, tiada tempat lebih luas drpd langit, bumi dan isinya, melainkan hati anda.
Ilmu menjadi juggler
Tahukah anda siapakah 'juggler'?
Ya, juggler ialah seperti badut sarkas yang membaling beberapa biji bola ke atas secara bergilir-gilir. A juggler is the one who does the juggling.
Dalam beberapa minggu yang lalu, aku telah menjadikan juggling sebagai kerja sepenuh masa.
Bukanlah bermaksud aku memakai hidung merah sebesar bola tennis dan mekap macam tikus jatuh dalam tepung, cumanya kehidupan harianku terasa seolah-olah seperti menjuggling. (tak tahulah dalam bahasa melayunya apa)
Memikul tanggungjawab tambahan sebagai Mahallah Representative Committee, di samping amanah asal aku berada di Kuantan iaitu sebagai pelajar B.Pharm, di samping amanah sejak azali, hamba Allah, semuanya telah menjadikanku seorang juggler.
Bila dah hilang, barulah dikenang
Betullah kata orang, memang betullah sangat. Bila sudah terkena pada batang tubuh sendiri, barulah kepala mengangguk-angguk mengiyakan.
Dulu masa terluang, dibuang. Kini masa terluang, amat dikenang.
Sahabat2ku,
bila kita di rumah, kita tidak begitu merasai bahagianya berada di samping famili. Tapi bila berjauhan, di kolej, di universiti, di negara orang, barulah terasa betapa bestnya berada di samping keluarga tersayang.
Bila tangan dan kaki masih utuh di kiri dan kanan tubuh, hmm biasa2 saja. Tapi, andai diuji dengan kehilangan sebelah kaki, sebelah tangan, hatta beberapa jari pun, barulah kita mula terasa betapa pentingnya jari kelingking (sekalipun), betul?
Samalah juga keadaannya dengan masa.
Bila masa berlambakan, ada kita hiraukan?
Hirau, hirau! (ye ke? haha)
Mungkin ya, tapi apabila semakin ditarik nikmat itu, kita akan terasa semakin menghargainya. Kan?
Sahabat2,
Saya ingin menasihati, lantaran diri sudah pun merasai (baru sikit padahal);
Janganlah wahai sahabatku, kamu membiarkan hatimu terdetik, "Ai, b****nya hari ni! Tak tau nak buat apa!"
Jangan sebut. Jangan...jangan sebut perkataan b**** itu.
Isi. Isikan masa itu dengan apa sahaja perkara, aktiviti. Tapi, jangan buat perkara tak berfaedah pulak. Macam tu sama sajalah...tiada buahnya.
Belajar ilmu baru. Perbaikilah bacaan al-Quran. Hafazlah ayat2 suciNya semampumu.
Bersukanlah dengan cara yang baik, pakaian yang baik, niat yang baik.
Bersedekahlah.
Bantulah dalam kerja2 amal (charity work).
Pelajarilah ilmu politik drpd sejarah Islam yang silam. Pelajarilah ilmu matematik, sains, perubatan, farmasi, kejuruteraan, seni bina...apa sahaja.
Kejarlah ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Berbuatlah sesuka hatimu. Cuma jagalah niat. Kerana setiap pekerjaan bermula dengan niat. Dan setiap manusia akan dipertanggungjawabkan mengikut apa yang dia niatkan sewaktu hidupnya di dunia.
Bersukanlah dengan cara yang baik, pakaian yang baik, niat yang baik.
Bersedekahlah.
Bantulah dalam kerja2 amal (charity work).
Pelajarilah ilmu politik drpd sejarah Islam yang silam. Pelajarilah ilmu matematik, sains, perubatan, farmasi, kejuruteraan, seni bina...apa sahaja.
Kejarlah ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Berbuatlah sesuka hatimu. Cuma jagalah niat. Kerana setiap pekerjaan bermula dengan niat. Dan setiap manusia akan dipertanggungjawabkan mengikut apa yang dia niatkan sewaktu hidupnya di dunia.
Bagi yang masih belajar, seperti saya, sebenarnya masa kita masih dikira terluang, jika dibandingkan apabila melalui fasa kehidupan yang akan datang.
Jadi, janganlah kita mensia-siakannya.
First Things First
Sebagai penutup, saya ingin berkongsi satu lagi tip, terutamanya bagi mereka yang selalu rasa tidak cukup masa, tetapi masih banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Iaitu first things first.
Utamakan yang lebih utama.
Utamakan yang lebih utama.
Bagi saya;
Ahli persatuan < Pelajar < Hamba
Inilah ringkasannya.
Ketiga, saya ahli persatuan.
Kedua, saya seorang pelajar, wajib bagiku mengutamakan pelajaran melebihi aktiviti berpersatuan.
Dan pertama, saya hamba Allah Taala, sebelum saya wujud lagi, semasa wujudnya saya dalam bentuk jasad dan roh, semasa menjadi kerangka di dalam kubur, dan apabila saya dibangkitkan kelak, saya tetap hamba-Nya, sampai bila2.
Semoga sahabat2 beroleh manfaat sedikit sebanyak.
Saya harus pergi dulu. First things first bukan? (tersenyum)
Jaga diri, jaga solat, jaga hati.
Assalamualaikum wbt.
nota: sekadar perkongsian diri, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau seumpama dengannya
No comments:
Post a Comment