Ahad, April 25, 2010.
Assalamualaikum. Dan semoga Allah Taala merahmati anda.
Hari ini..inginku berkongsi suatu nasyid yang sangat bermakna buat diri. Suatu nasyid yang tidak pernah tidak membuatkanku sesak nafas. Suatu nasyid yang tidak pernah tidak membuatkanku memejamkan mataku..dan ingatanku melayang kepada-Nya. Suatu nasyid yang tidak pernah gagal..memicit kelenjar2 air..lalu mengalirlah air itu dari mataku yang terpejam..
Dengarkanlah..hayatilah.."Destinasi Cinta".
Destinasi Cinta
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.comMenyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-MuYa..Ilahi Rabbi
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama HATI
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : TrabyeSumber http://www.hijjaz.com.my
Berikut ialah makna sedikit drpd perkataan yg saya rasa patut diketahui maknanya..untuk memudahkan pemahaman dan penghayatan.
Gelintar: berkeliling mencari sesuatu
-Kamus Dewan Edisi Tiga
Wadah: 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu)
-Kamus Dewan Edisi Empat
Hakikat: Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan
-Kamus Dewan Edisi Empat
Makrifat: Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba?
-Kamus Dewan Edisi Empat
Ranjau: 4. ki = ~ hidup kesukaran (percubaan dll) yg harus ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya:
-Kamus Dewan Edisi Empat
Lestari: Jk tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan menetapkan, mengekalkan
-Kamus Dewan Edisi Empat
Wadi: Ar sungai yg tidak berair di padang pasir (berisi air apabila turun hujan), lembah.
-Kamus Dewan Edisi Empat
Melamar: 1. meminta utk berkahwin dgn, meminang: kelmarin orang tua kekasih nya datang ~; 2. memohon kerja (di pejabat dll): dia mencuba ~ pekerjaan sbg jurutaip di pejabat-pejabat kerajaan;
-Kamus Dewan Edisi Empat
Kepada penulis lirik nasyid ini, ketahuilah, saya sangat tersentuh dgnnya. Jika memang niatmu untuk menyentuh hati2 yang alpa dgn cinta dunia..maka anda telah berjaya. Sekurang-kurangnya satu hati.
Maka dengan itu, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi perasaan..dan pandangan saya terhadap nasyid saudara.
Pertama sekali;
perkataan2 yang saudara gunakan amat sesuai dan tepat untuk mengungkapkan maksud yang begitu mendalam dalam nasyid ini. Saya suka akan kata2 kerja yang digunakan. Contohnya dalam rangkap pertama;
"Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan"
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan"
"Menyingkap tirai hati". Perkataan "menyingkap" itu sendiri, padaku ia menggambarkan kelembutan dalam membuka hati seseorang, seperti kita menyingkap langsir bilik untuk membenarkan cahaya pagi masuk, supaya kita tidak jadi hendak menyambung tidur. Bererti penulis ingin mengatakan; untuk menyedarkan hati2 yg leka, tidak boleh dgn cara yang kasar. Tidak boleh dengan cara memaksa. Tetapi..dengan perlahan-lahan..dengan penuh hikmah dan kelembutan.
"Mengintai keampunan" pula..(menarik nafas dalam). Satu frasa yang amat saya sukai. Kerana ia menggambarkan betapa sepatutnya kita malu dlm memohon ampun drpd Allah Taala. Sebagai hamba-Nya, kita sepatutnya malu apabila melanggar perintah dan larangan-Nya..lalu kita dalam ketakutan dan berasa malu apabila kita hendak meminta ampun kembali kepada-Nya.
Tetapi sahabat2ku..INGATLAH. Jangan biarkan perasaan malu dan takut itu berlebihan. Kerana jika berlebihan, mungkin ia meyebabkan kita tidak mahu meminta ampunan Rabb. Lantaran terlalu takut dan malu. Takut Allah Taala tidak sudi mengampuni dosa2 kita. Dosa2 yang menggunung tinggi itu.
Maka saya katakan TIDAK.
TIDAK mungkin Allah Taala tidak mengampuni hamba2-Nya.
Tidakkah kamu tahu bahawa Rahmat Allah itu Maha Luas? Lantas apakah maksudnya Allah juga bernama "al-Ghafur"-Yang Maha Pengampun dan "ar-Rahim"-Yang Maha Penyayang? Allah tidak akan menggunakan nama2 Yang Maha Agung itu, di mana ia sememangnya hak-Nya Yang Maha Esa, jika Dia hakikatnya tidak berZat seperti itu.
Jangan bandingkan Allah Taala dgn kawan2 manusia kita. Dia dan kita tidak sama. Satu dengan dua samakah? Pencipta dengan yang diciptakan samakah? Tentu tidak, bukan begitu sahabat2ku?
Kawan2 manusia kita mungkin tidak sudi bercakap dengan kita untuk sehari, seminggu, bahkan mungkin berbulan atau bertahun lamanya apabila kita tersalah langkah, tidak sengaja terguris hati mereka. Atau mungkin juga kita sengaja ketika itu lantaran terlalu marahkannya..tetapi kemudian kita tersedar dan tahu kita bersalah. Namun..hati yang terguris tidak mungkin sembuh dgn serta-merta. Kalau sembuh pun, parutnya masih ada. Dia juga perlukan masa untuk memaafkan kita.
Tetapi.
Lain pula halnya dengan Allah.
Tidak sekali-kali akan sama manusia dgn Tuhannya.
Al-Ghafur...segera menerima permohonan ampun hamba2-Nya. Tetapi, fahamilah, bahawa kadar penerimaan itu sudah tentu berbeza dgn kualiti taubat hamba2-Nya. Yang bertaubat nasuha iaitu taubat dengan sebenar-benar taubat, benci jika melihat dosa itu dan berazam untuk meninggalkannya..tentulah diterima dgn lebih pantas, insya-allah. Manakala yang taubatnya mungkin kurang ikhlas sedikit..mungkin dia belum bersedia untuk meninggalkan dosa2 itu dgn sepenuhnya, insya-allah diterima-Nya juga. Mungkin..pada pandanganku, Allah Taala pastinya lebih mencintai hamba-Nya yg pertama itu, berbanding dgn yg kedua. Namun ini hanyalah pandangan hamba Allah yg lemah, mungkin banyak sekali percanggahan dgn kebenaran. Faham maksud saya? Maksudnya, tidak semestinya pandangan saya betul. Siapakah saya, siapakah kita untuk mempunyai pandangan yg tepat tentang Rabbul `Alamin? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segalanya.
Seterusnya;
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan"
Penulis meneruskan gambaran permohonan ampun seorang hamba Allah, dgn mengatakan permintaan ampun itu kepada Tuhan yg "subur halaman rahmat-Nya". Bermaksud rahmat Allah Yg Esa sangat "subur"..sangat luas. Bertepatan dgn firman-Nya; "Tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan org yg kafir."
"Tiap jejak nan bertapak, Debu kejahilan, Akan ku jirus dengan madu keimanan"
Kehidupan ibarat suatu perjalanan, di mana manusia terus bertapak..dgn setiap hari yg berlalu. Dan manusia tidak dapat lari dari kesilapan, kerana tiada manusia yg sempurna. Meskipun Muhammad SAW..baginda tidak terkecuali drpd kesilapan.
Apakah kita lupa bahawa Rasul juga berdarah seperti kita?
Tatkala pipi baginda terkena panahan kafirun Quraisy dan terlekat pada topi besinya pada perang Uhud..apakah kamu menyangka bukan cecair merah yg mengalir keluar?
Apakah kita lupa bahawa Rasul telahpun wafat 1400 tahun lalu..lalu meninggalkan umat Islam seolah-olah diselubungi gerhana lantaran terlalu besar kehilangan yg dirasai?
Apakah kita lupa..bahawa Rasul juga SEORANG MANUSIA?
Janganlah lupa hai sahabat2. Jgnlah lupa bahawa Muhammad SAW juga seorang manusia. Tetapi..yg membezakan kita dgn baginda serta sahabat2nya..ialah akhlak tinggi yg dimiliki mereka. Dan sudah tentu baginda Nabi maksum drpd segala dosa. Jadi bukanlah bermaksud baginda itu seperti malaikat, tidak pernah tersalah langkah. Cuma kesalahan2 baginda diampunkan, secara automatik, dalam istilah modennya.
Itulah maknanya "debu kejahilan".
Kemudian penulis mengemukakan penyelesaian: "jiruslah dgn madu keimanan".
Segala kesilapan sepanjang hayat ini..siramlah dgn iman yg manisnya umpama madu. Mungkin tidak dapat dipadamkan kesan2 dosa itu..tapi sekurang-kurangnya "madu keimanan" dapat memaniskan ingatan yang pahit itu.
"Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi"
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi"
(tarik nafas dalam). Inilah rangkap yg menyebabkan mataku terpejam..setiap kali mendengarnya. Tidak dapat tidak. Kerana penulis telah memetik kata2 Allah atau Rasul-Nya saya tidak pasti..tapi saya pasti bersumberkan salah satu drpdnya.
Air mata. Air. Anda tentu biasa melihat air. Menggunakan air. Mencuci dengan air. Minum air untuk melegakan kepanasan badan. Air yg komposisi badan manusia ialah 70% drpdnya.
Air. Air mata. Tidak ternilai dgn permata, kata penulis. Apabila air mata itu dapat memadamkan api neraka.
Subhanallahu Taala. Yang menjadikan air mata manusia yang hina..dapat memadamkan api neraka yang membakar segala-galanya. Bukan sebarangan api. Api neraka yang membara dan dinyalakan untuk mereka yg tidak beriman. Allah...gerunnya hatiku membayangkan jeritan..ngauman neraka jahannam..
Bukan sebarangan air mata yang dapat memadamkan bukan calang2 api. Hanyalah air mata yang; mengalir dari nasuha nurani. Dari hati yang ikhlas mengharapkan keampunan ilahi.
Hasilnya: Tak kan berpaling pada palsu duniawi".
Hati yang ikhlas tidak akan tertipu dgn nikmat dunia yang palsu; iaitu nikmat yang sementara. Nikmat yg tidak kekal bukanlah nikmat yg sebenarnya. Sebenar-benar nikmat ialah ketenangan hati yg hanya diperoleh selepas kita sanggup meninggalkan segala nikmat duniawi dan mengharapkan akhirat yang abadi.
Rangkap ke-3
Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Rangkap yang paling kusukai.
Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Ya. Destinasi perasaan cinta yang selama ini tercari-cari..sebenarnya terlalu hampir. Terutamanya masyarakat Melayu. Janganlah anda marah kpdku. Janganlah anda mengancam saya dgn ancaman maut apabila saya katakan; org Melayu, terutamanya muda-mudi seperti kita, terlalu taksubkan perasaan CINTA. Tengok sahaja cerita atau drama Melayu..apa pengajaran yang kita dapat? Jujur, saya MUAK. Saya MENYAMPAH. Kalau tadi saya katakan, jgnlah anda marah kpdku, tapi kali ini aku sudah tidak peduli. Biar saya TERANGKAN FENOMENA KEHIDUPAN yg SEDANG BERLAKU di DEPAN MATA KITA, dlm MASYARAKAT KITA SENDIRI.
Minta maaf kalau anda sudah tidak larat mendengar luahan hatiku, tp sy sendiri tak tahan MELIHAT kerenah mereka. Jadilah saya terpaksa meluahkan juga keluhan hati; BENCI, MUAK DAN MENYAMPAH. Ish..bosan. Tidak ada tema lainkah drama2 ini? Cintan cintun je. Patutlah org tak nak tgk. Patutlah filem2 barat, filem2 hollywood lebih menarik perhatian. Patutlah filem2 mereka lebih mcm pisang goreng panas berbanding filem2 melayu. Nak salahkan siapa? Mmgla filem hollywood juga wajib ada unsur2 cinta, tp honestly, ianya hanya sampingan. side dish aje. Tema yang utamanya lain. Contohnya Pearl Harbour ke..mmglah ade cinta antara hero dgn heroin. Tp kan ada tema yg lagi besar iaitu perang, kesan perang, perasaan mereka yg terlibat dlm WW2 dulu dll. Macam mana org tak tertarik? Dah tu nak banding juga diri yang kekeringan idea tu dgn barat yang berfikiran jauh ke hadapan? Bosan tahu tak. Asyik2 cinta sana sini. Tak larat nak tgk. Dekat dunia realiti pun dah sakit mata tgk pakwe makwe berkepit sana sini mcm belangkas..perlukah lg nak tayang dekat skrin perak tu? Tak payah bagi contoh, kitorang dah tau pon. (fuuh..sorry, mmg dah lama nak 'menjerit' mcm ni :) )
Sudahlah cinta itu dijadikan tema yg sudah lapuk ditelan zaman, salah pulak tu. Salah ertikan cinta sebenar. Cinta sejati bukan kpd manusia. Kalau itulah pemahaman kita, maka kita bagaikan bayi lagi. Baru nak belajar merangkak.
Cinta. Kalau hendak bercinta dengan sebenar-benar cinta, maka belajarlah drpd Rasulullah SAW. Lihatlah perwatakan baginda, cara kehidupan baginda. Dan anda..saya..kita semua..akan menemui Destinasi cinta yang dicari.
Iaitu di dalam hati ini. Sebab itulah disifatkan terlalu hampir. Hanya sahaja kita tidak perasan akannya..kerana dosa telah menutup pandangan. Kerana kehitaman dosa telah mengaburi 'mata' kita drpd melihat..sebenar-benar cinta. Cinta pada pencipta. Cinta kpd Yg Maha Penyayang. Yang mencintai kita terlebih dahulu. Tanpa syarat. Tanpa batasan.
Bukti?
Kalau Dia tidak mencintai kita..Dia Tidak akan Menciptakan Adam a.s....Malah mengurniakan nikmat akal, islam dan iman kepada cucu cicit Adam a.s...sehinggalah ke hari ini, dan sehinggalah ke hari kiamat.
Subhanallah. Sudah berjela-jela entri kali ini. Baiklah saya teruskan ke dua rangkap terakhir.
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama HATI
(Destinasi cinta Ilahi)
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama HATI
(Destinasi cinta Ilahi)
Drpd kamus dewan edisi keempat, ranjau bermaksud hidup yang sukar, yang penuh cubaan yang harus ditempuhi. Bermaksud, untuk sampai kepada destinasi cinta yang hakiki, ujian tidak akan berhenti.
Kerana apa? Kerana syaitan durjana akan sentiasa cuba menyesatkan manusia dalam pencariannya. Dalam pencariannya mencari cintanya yang hakiki. Belajarlah drpd pengalaman Nabi adam a.s. dan Siti Hawa a.s. Mereka berdua ditipu oleh iblis laknatullah lalu mereka dikeluarkan Allah Taala drpd syurga.
TAPI. PENGAJARAN UTAMA bukanlah untuk kita fikirkan; bahawa jika mereka tidak tertipu oleh iblis laknatullah, maka kita tidak akan perlu menempuh kehidupan di bumi Tuhan ini. Jika mereka lebih berhati-hati..mungkinkah kita tidak perlu bersusah-payah mencari makan minum sendiri di dunia? Mungkinkah..mungkinkah..kita patut berada di syurga sekarang ini?
TIDAK!!
Jangan terpedaya. That's what iblis laknatullahi alaihim wants you to think. Don't be fooled again.
Pada kaca mataku, semua ini sudah tercatat di Lauh Mahfuz. Satu kitab yang tercatat segala perjalanan kehidupan setiap makhluk yg diciptakan. Semua ini..sudah ditakdirkan. Yakinlah terdapat HIKMAH YG SGT BESAR di sebalik semua ujian yang ditempuhi sewaktu hidup di dunia. Bersabarlah. Teruslah bersabar dan teruslah beriman dgn Al-Quran dan as-Sunnah. Sehingga ke akhirnya.
Jgn terpedaya dgn iblis dan syaitan serta kawan2 mereka. Mereka tidak akan penat. Mereka tidak kenal penat..dalam menyesatkan anak Adam. Kalau anda anak Adam, maka berwaspadalah.
Jika ada satu benda yang paling berharga di dunia ini..yang menjadi hak milik setiap insan..yang WAJIB dipertahankan dengan NYAWA..itulah IMAN.
Di manakah iman ini menjadikan rumahnya?
Anda sudah tahu jawapannya.
Kerana IMAN sudahpun membuat rumahnya di dalam diri anda.
Ya, ketenangan yang dirasai..setiap kali anda mengalunkan ayat2 suci itu..itulah bukti IMAN telah duduk di dalam HATI anda.
Maka perelokkanlah 'rumah' itu untuk IMAN. Supaya IMAN akan sentiasa mahu berdiam di situ..dan TIDAK INGIN PERGI LAGI.
Perelokkanlah perangaimu terhadap kedua org tuamu. Rendahkanlah suaramu terhadap mereka. Bersegeralah pergi kpd mereka apabila mereka memanggil namamu. Dahulukanlah mereka berbanding diri kamu.
Adakah kamu ingin apabila mereka tidak dapat lagi memanggil namamu..barulah kamu akan bersegera kpd mereka? Barulah kamu akan bersegera ke sisi kain kafan mereka? Ke sisi keranda kayu mereka?
Betulkah..itu yang kita inginkan?
Menangislah. Tiada apa yg perlu dimalukan. Baik perempuan mahupun lelaki. Biarkan. Biarkan ia mengalir..dan membersihkan rumah IMANmu.
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Yang terakhir, berdoalah kpd Tuhanmu agar dilestarikan wadi kalbumu, iaitu agar ditetapkan hati yang seumpama wadi itu. Wadi yang bermaksud lembah yang kering..yang akan penuh tatkala hujan turun. Mintalah kpd Tuhan..agar dipenuhi wadi hatimu..dgn hujan keimanan..serta adiknya, ketaqwaan.
Walaupun susah untuk 'melamar' redha Allah, jadilah seperti di dalam lirik ini;
Namun masihku mengharap ampunan-Mu..
"Tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan org2 kafir."
Penghargaan khas kpd mereka:
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye
No comments:
Post a Comment