Ditulis pada Sabtu, April 17, 2010.
Dikemas kini pada Ahad, April 18, 2010.
Assalamualaikum sahabat2. Hari ni saya kene cepat, sebab nak bertolak ke Taiping ambil adik yang nakal tu..(Hehe dia nak balik rumah..alala kesiannya :D)
Tapi, walaupun dalam keadaan yang kelam-kabut ni, rasa seperti nak menulis sesuatu juga. Rasa seperti ingin berkongsi sesuatu juga.
Al-Jannah.
Siapakah yang tidak mengenali nama itu?
Saya kenal. Kak Jannah! :) Rakan sekuliah..(ketawa)
Bukan. Bukan Jannah nama orang. Nama tempatlah.
Nama tempat yang..jika kita berpegang teguh pada agama-Nya, insya-Allah Allah Taala akan suka..akan berkenan memberikan kita tempat tinggal di sana..
Ada berapa Jannah/syurga ya? Maksud saya, bukanlah syurga itu berada di banyak tempat, cuma berapa..emm..'jenis' mungkin?? Oh, bukan2. Saya rasa mungkin syurga yang berbeza tingkatnya. Orang-orang yang beramal soleh mungkin tinggal di syurga ini, dan para syuhada mungkin tinggal di syurga yang tingkat lain pula. (Suka hati ja nak rasa2..)
Maaflah, kekurangan ilmu..:)
Allah, sungguh saya telah terlupa akan nama-nama syurga. Yelah, kali terakhir yang saya ingat sewaktu di sekolah rendah lagi. Di Sek Ren Al-Islah, Pinang Tunggal, Kedah. (Pinang Tunggal?) Tak pernah dengar? Hmm..tak apa. Dimaafkan sebab sek ni tak terkenal pun. Tapi sek ini banyak jasanya ..berjasa menambahkan ilmu di dada sewaktu umurku setahun jagung.
Yang saya ingat nama syurga ialah: Jannatul Firdaus, Jannatul Ma'wa, Jannatun Na`im.. ha. Itu sahaja yang saya ingat..
Al-Jannah. Destinasi impian setiap manusia. Terutamanya mereka yang sedang menanti. Sedang 'transit'..di alam barzakh.
Dalam bahasa Inggeris, ia dinamakan Heaven. Dalam bahasa ibunda kita, dinamakan syurga. Dalam bahasa adik-beradik kita (bahasa Indonesia) dinamakan pula surga, tidak banyak bezanya.
Al-Jannah. Sukarnya untuk digapai. Sukar pula untuk digambarkan dengan kata-kata.
Al-Quran al-Karim sering menyebut tentang al-Jannah ini. Buku mulia itu sering menggambarkan al-Jannah sebagai balasan Allah terhadap mereka yang beriman dan beramal soleh.
Syurga yang mengalir anak sungai di bawahnya...Bagaimanakah halnya? Sungai, mengalir di bawah tanahkah? Tanah yang lutsinar sehingga dapatlah kita melihat alirannya..?
Astaghfirullah al-azim.
Usahlah kita membayangkan keadaannya di sana. Kalau nak bayangkan juga..silakanlah. Tetapi..ketahuilah bahawasanya..akal manusia tidak mungkin dapat membayangkan, tidak sekali-kali dapat menggambarkan keadaannya. Kecantikannya.
Bagaimana mungkin? Sedangkan tiada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke sana, tiada seorangpun pernah menyaksikannya dengan mata sendiri..
Lantas, bagaimana mungkin kita dapat menggambarkannya? Bagaimana mungkin kita dapat menceritakannya?
Hm..itulah al-Jannah di akhirat.
Namun, pada hari ini, saya ingin berkongsi..mungkin anda boleh berkata "perasaan" saya di al-Jannah.
???
Bukankah saya sendiri menyatakan tiada makhluk pun pernah menjejakkan kaki ke sana? Habis, macam mana pula saya berperasaan berada di sana?
Tenang sahabat2.
Benar. Tiada manusia..yang pernah pergi ke sana, melainkan Adam a.s dan Siti Hawa a.s. Benar. Tiada percanggahan di situ.
Namun..pernahkah anda terfikirkan..syurga dunia? Al-Jannah fid dunnia.
Saya..ingin berkongsi detik2..perasaan saya..di al-Jannah fid dunnia ini.
Pada Malam Tautan Kasih ituSesungguhnya hati2 yang berkasih-kasihan telah bertautHati2 orang2 muslimHati2 orang2 berimanYang belajar sebumbungSelama hampir satu tahunTelah bertautDalam kasih mereka..sesama ikhwanDalam kasih mereka..sesama akhawatDalam kasih mereka..sesama sahabat.Pada Malam Tautan Kasih ituAku telah melihatBagaimana hati2 yang berbeza pendapatMenangis..Dalam tangisan yang samaSama rentaknyaSama iramanyaDan sama..penyebabnya.Apakah penyebabnya?Yang menyebabkan titisan2 murni ituTerus menitikhingga menjadi aliran sungaiYang berlekuk di pipi masing2Penyebabnya..Kata-kata sahabat mereka HilmiYang berkata-kataAntara Perkataan paling tulus pernah kudengariJujur kukatakanAku sudah tidak berapa mengingatiBait2 kata yang yang dituturkannya pada malam ituNamun yang pasti..Kata2 saudara mereka itu..Mengajak kami mengenang kembaliMengajak kami mengimbas kembaliTentang kedua insan yang paling bermakna dalam hidup kami.Mengenang semulaJasa ibu dan ayahYang memberikan yang terbaik buat kamiSupaya kami punya peluangBerada di sini..Di tanah KuantanBumi bertuah ini.Supaya kami belajarSupaya kami terdidikAkal dan jiwa kamiSupaya ianya diasuhDalam didikan Islam sejatiInsya-Allah.Di dalam kegelapanDi dalam ketiadaan cahayaDi dalam suasana syahduYang sengaja diciptakanKumpulan sahabat2 kamiYang berusaha merancang malam khas ituDi dalam gelita ituAku merasakan..KedamaianKeikhlasanTangisan anak2 yang mengingatiAyahanda dan bondaYang mungkin sedang beristirehat di anjung rumahMenikmati angin malam yang dinginTerdetikBerbisiklah hatiku"Walau sekeras mana hati seorang manusia..Lembut juga ia dengan ingatan pada ibu bapaWalau seego mana tangisan cuba ditahanPecah juga tubir dek cintanya mereka pada ummi wa abi.."Oh alangkah sucinya kasih anak2 muda iniTangis mereka dalam kegelapanTangis mereka dalam keikhlasanTangis mereka dalam keinsafanOh alangkah nikmatnyaJika kasih seumpama iniJika kasih bermagnitud sekuat iniTurut bertaut sesama ikhwanSesama akhawatSesama saudara seagama..Wahai Rabb,Sungguh aku telah bersaksi pada malam ituBahawa sesungguhnyaItulah sebenar-benar kebahagiaanItulah sebenar-benar kenikmatanItulah sebenar-benarSyurga impianku.Syurga di mana penghuninyaSaling mengasihi saudaranyaDi mana penghuninya kelakAmat mencintai mengucapkan salam sesamanyaTempat di mana penghuninyaTidak putus dalam tasbih dan tahmid pada-Mu Yang Esa..Tempat di mana munajat kepadamuSujud hamba2-Mu kepada-MuAdalah abadi dan selama-lamanya..Wahai Tuhan..Wahai Tuhanku Allah Yang Esa..Hatiku tidak mampu lagi berdustaBahawa sesungguhnya..Itulah..sebenar-benar gambaranSyurga padaku..Itulah dia..al-Jannah..pada kaca mataku.
al-Jannah. Padaku, bukanlah setakat kehidupan yang penuh nikmat. Namun padaku..ianya tempat di mana semua penghuninya sentiasa..tidak putus2 bertasbih memuji Allah, pencipta, penguasa Alam semesta.
Di mana semua penghuninya, sangat sukakan solat. Sangat gemar berbincang, berkata-kata perihal nikmat kurniaan Allah Taala. Tidak lagi berkata-kata yang sia2, sebagaimana yang dilakukan di dunia dahulu.
Tempat di mana penghuninya mengucapkan syukur pabila ingin makan buah-buahan yang diberkati di sana..
Sebuah taman di mana penghuninya, orang2 Islam dan beriman, mengasihi satu sama lain melebihi diri mereka sendiri..sepertimana yang dilakukan di dunia dahulu. Tidak pernah berubah..dan tidak akan berubah, walau selamanya.
Padaku, pada kaca mataku..itulah kehidupan penuh kenikmatan yang aku impikan.
4 comments:
malam tautan kasih? do u really mean it timmy? :)
sure..why not? :)
nice, me too. but much significant impacts on me is in another programs i went, but the night also not that bad. it brings a meaningful chapter in my life~ especially the ukhuwwah among rx 8 :) :)
alhamdulillah, rx8 board will seek another chance to do it again, as to achieve our dream~ muslim pharmacist iALLAH iALLAH .. he
Post a Comment