Wednesday, April 29, 2009

Ilmu Hisab yang Menginsafkan - bahagian 2


Adakah anda masih berminat untuk mengetahui tentang ‘garisan yang misteri’ itu?

Baiklah. (sebab kesian punya pasal aku bagitahu la..)

Guna mata anda..dan pusing tapak tangan ke atas..dan..tada!
Dah nampak ‘garisan-garisan misteri’ tu?

Hehehe, saya minta maaf sebab buat anda saspen je.(ke korang dah agak dah??) Sebenarnya garisan yang saya maksudkan itu ialah garisan di atas tapak tangan kita.

Cuba perhatikan, dalam banyak-banyak garisan itu, ada beberapa garisan yang lebih jelas berbanding ‘calaran-calaran’ yang lain.

Sesetengah orang akan guna garisan-garisan atas tapak tangan manusia untuk menilik nasib dan masa depan mereka.

Pernah dengar tak, kalau garisan yang macam nombor satu tu, terus bersambung dari hujung ke hujung (maksudnya tak terputus), itu tandanya orang itu berjimat-cermat. Sebaliknya, kalau garisan ‘nombor satu’ itu Cuma sekerat jalan saje, maknenya orang tu seorang yang boros! (Habis tu aku ni borosla ye..)

Aku tak percaya yang nasib ataupun peribadi seseorang dicerminkan melalui tilikan tapak tangan ataupun kepercayaan tahayul lain yang seumpama dengannya.

Apa yang menjadi asas keyakinanku kini ialah semua yang berlaku dalam peredaran masa yang masih berjalan ini, semuanya, adalah dengan kuasa dan izin pencipta garisan-garisan ajaib di atas tapak tangan makhluk bernama manusia.

Semenjak aku belajar ilmu sains, atau lebih spesifik lagi, biologi, aku telah mengetahui bahawa hidupan bernyawa yang paling kecil ialah sel. Lantas, aku selalu membayangkan diriku..yang bermula dari bukan satu sel, tetapi percantuman dua sel berlainan jantina, yang mana dari pertemuan itulah..aku berkembang menjadi individu hebat serta berilmu yang berupaya menekan papan kekunci untuk menulis dan melakarkan bibit-bibit kehidupanku di atas skrin blogger.

Sepertimana yang selalu diulang-ulang di dalam Al-Quran, bahawa Allah SWT menciptakan makhluk-Nya dengan berpasang-pasangan, iaitu dari dua, barulah makhluk-makhluknya boleh berkembang biak di atas bumi ini. Sedangkan Dia, adalah Yang Maha Esa, hanya satu. Itulah bezanya kita dan Dia. Kita diciptakan berpasangan, haiwan juga berpasangan, bahkan pokok juga ada bahagian jantan dan betina, sedangkan Allah ialah Pencipta kita yang satu.

Tetapi manusia selalu alpa.


Selalu leka.


Terlalu bersuka ria.


Sehingga lupa pada pencipta.


Malah, terdapat golongan manusia yang menidakkan kewujudan Ilah. Bermula daripada teori evolusi Darwinisme, yang menyatakan bahawa hidupan terjadi secara “spontan” dan terus “berevolusi” dan akan “terus berevolusi” agaknya, sehingga bila pun tidak dinyatakan. Seperti tiada penamat. Padahal Charles Darwin sendiri sudah tidak wujud di dunia ini. Oh, ironisnya Darwinisme.

Oleh sebab itu, diriku percaya, bahawa garisan-garisan yang seolah-olah diukir di atas tapak tangan manusia itu, merupakan suatu bentuk peringatan. Peringatan bahawa adanya yang menciptakan kamu. Bahawa kamu tidak terjadi sendiri. Bahkan sangat mudah untuk hidupmu terhenti.

Justeru, jika kamu berasa letih dan kecewa dengan hidup di dunia ini ataupun sebaliknya berasa terlalu ghairah dengan kemewahan yang dimiliki, berehatlah sebentar, makan kit-kat dan lihatlah garisan-garisan di atas tapak tangan sendiri.


Kepada yang kecewa, janganlah cepat berputus asa, kerana sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang kafir.


Manakala kepada insan yang suka kepada wang dan segala kekayaan anda, sehingga masih merasakan tidak cukup lagi, ingatlah bahawa harta itu bukannya milik anda. Allah menganugerahi harta yang berlonggok-longgok itu ialah supaya kamu memberikan bahagian-bahagiannya kepada mereka yang berhak melalui kaedah zakat. Bukannya menyakitkan hati si fakir miskin dengan Mersedez Benz, banglo tiga tingkat dan kilauan cincin-cincin emas yang tersarung di jari-jemari anda. Ingatlah ada yang mengawasi, kalau bukan polis, pencuri. Kalau bukan pencuri..hmm..anda tentu tahu siapa lagi yang mengawasi, bukan?

Gunakan hanya 5 minit daripada 24 jam=1440 minit sehari untuk merenung tapak tangan sendiri. Gunakan juga kemahiran matematik anda dan silalah tambah. Kanan, 18, kiri pula 81..jadi jumlahnya...100! -1=99..hehe

Doa itu senjata orang-orang mukmin


Doa dipohon bukan dengan telinga..bukan dengan
perut..tetapi dengan menadah kedua tapak tangan..Sambil meratap dan mengharap, janganlah lupa untuk mengingati..pemilik nombor 99 ini..iaitu Penguasa Alam Semesta, yang memiliki 99 nama yang mulia.


Kalau benar kamu kasih pada-Nya..dengan spontan..bibirmu akan melekat pada garisan-garisan peringatan itu, bersama titisan-titisan air yang berjuraian dari mata..

No comments: