Wednesday, April 22, 2009

Terapi Manual Magnetik


Akupunktur..hmm..yang itu dah biasa dengar.

Refleksologi..pun dah selalu sangat dengar. Dekat supermarket pun banyak je pusat-pusat refleksologi, urut kaki, urut tapak tangan, nak urut badan pun boleh.
Tapi aku takkan pergi mana-mana pusat mengurut atau SPA..sebab..aku tak tahan geli..!

Kalau orang urut sikit pun dah terhinjut-hinjut tahan gelak..tak boleh nak bayang apa akan jadi kalau aku pergi SPA..mesti orang lain ingat aku ni pelik..takpun orang gila..hahaha

Pagi tadi aku tonton MHI lagi. Kebelakangan ini aku selalu tengok MHI la. Tapi, bagus jugak MHI ni..jadi pendorong aku untuk bangun awal..hehehe..
Sebab tajuk-tajuk yang dikupas memang 'best'.

Ehem, aku pun boleh tengok Ally Iskandar...
(Aku baru kenal yang mana satu Ally..)

Ok2. Sebenarnya aku nak berkongsi satu tajuk yang menarik yang dibincangkan pagi tadi.
Tajuknya "Terapi Manual Magnetik / Magnetic Manual Therapy".
Tak tahulah sama ada ni bidang yang masih baru di dunia, tapi rasanya baru nak bercambah kat Malaysia. Bersama MHI ialah Encik Shamsul. Dia dijemput untuk berkongsi teknik rawatan alternatif itu.

Apa sebenarnya teknik yang digunakan untuk merawat pesakit-pesakit En. Shamsul ni?

Kata En. Shamsul, dia menggunakan teknik mengurut untuk mengawal cas-cas dalam badan supaya kesakitan akan hilang. Tapi dia menegaskan, dia cuma boleh merawat simptom2 dan bukan puncanya. Lagipun, punca sesuatu penyakit itu mungkin banyak, tidak terhad kepada satu2 punca sahaja.

Tapi, boleh percaya ke ni?? Boleh ke 'main-main' dengan cas dalam badan boleh melegakan kesakitan badan? Macam ada 'superpower' pulak En. Shamsul ni..

Hmm..mengenai persoalan ini, En. Shamsul menjawab,
"Saya telah menjalankan kajian klinikal selama hampir 12 tahun. Melalui rawatan yang saya jalankan ke atas pesakit2 saya, telah terbukti keberkesanan teknik ni dan saya juga menjumpai titik-titik di mana saya namakan "titik magnetik"(kalau tak silap, salah sori ye En. Shamsul) yang akan saya urut dan saya dapat kawal cas-cas elektrik(supaya seimbang kembali kot)".
Bila difikirkan, ada betulnya. Sebab sains memang telah membuktikan bahawa dalam badan manusia memang wujudnya cas-cas elektrik, iaitu hasil penghantaran dan penerimaan impuls dalam sel-sel neuron. Hmm, menarik kan?

Tambah En. Shamsul lagi, hasil kajiannya selama 12 tahun itu, dia mendapati "titik-titik magnetik" yang dijumpainya lebih tersusun dan lebih sistematik berbanding titik-titik akupunktur yang bertaburan secara rawak. Dia tunjukkan gambar yang dibawa bersama ke MHI, ada gambar perbandingan titik magnetik dengan titik akupunktur. Memang nampak titik magnetik lebih tersusun, seolah-olah kalau kita buat satu garisan menghubungkan antara titik-titik itu, kelihatan macam buruj pulak. Buruj pun kita 'imagine' ada garis yang menghubungkan antara bintang-bintang yang bertaburan kan?

Pengubat rawatan alternatif ini turut menyatakan bahawa dia telah dan masih menulis buku-buku mengenai Terapi Manual Maknetik ini, terbitan sendiri rasanya.

Kalau nak mengetahui lebih lanjut, bolehlah melawat website ini : http://www.medicmassage.net/
ataupun nak 'calling-calling' terus pun boleh: 019-3808132 (En. Shamsul)
Selamat berjaya, En. shamsul. Saya rasa ini satu bidang yang menarik untuk diceburi..

No comments: