Thursday, April 9, 2009

Sesalan Abadi

Aduh!
Sedihnya hati ini
Tatkala teringat kembali
Kata-kata yang sering terpacul
Dari dua bibir ini

Bukan salah bibir sebenarnya
Tapi angkara sepotong daging lembut
Lembut
Tapi terlalu pantas gerakannya
Untukku kawal
Apabila aku tersedar
Ia sudah pun diam kembali
Dan pedang kata-kata itu
Sudah terlepas semuanya.

Berubah sedikit
Riak wajahnya
Namun hatinya
Pasti bukan sedikit calarnya
Bahkan tidak layak kukatakan “calar”
Kerana aku pasti
Aku telah menusuk kalbunya
Jauh hingga ke dasarnya

Memang dia tidak pernah memberitahu
Tapi
Apabila masa semakin berlalu
Perlahan-lahan aku rasakan
Bahawa dia semakin menjauhiku
Mengelak dari bertembung denganku

Usahlah kata bertembung mata
Tengok muka pun dah macam tak sudi
Apatah lagi kalau bertembung jasmani
Pasti ditukar haluannya
Atau dikeluarkan apa-apa saja alasannya
Mungkin benar, mungkin jua spontan
Tidak kisahlah apapun
Asalkan dia tidak bertemu mataku.

Wahai teman,
Tahukah kamu
TAHUKAH KAMU
Sesungguhnya aku sangat ingin
Untuk kamu mengetahui
Betapa dalamnya lautan sesalan
Betapa menggunungnya beban perasaan
Betapa banyaknya air mata yang berjuraian
Betapa dalam doa sentiasa kau di ingatan
Betapa sebelum lena kuterkenangkan
Betapa setelah celik mata aku maki diriku
Kerana keterlanjuranku

Bodoh!
Bahlul!
Tak guna!
Tak fikir dulu!
Bukannya kau takde otak!
Tuhan dah cipta kau cukup sempurna

Takkan benda-benda bodoh macam tu pun boleh kau terlepas!!

Lalu aku
Termenung pula
Beristighfar panjang
Kamu tahu kenapa?

Kerana…
Aku menyesali kebodohan diriku
Kepaculan lidahku
Kerana aku telah kehilangan
Seorang teman sebaik kamu.

Wahai teman,
Aku tak tahu sama ada kamu
Akan membuka diari mayaku ini
Tapi
Kalau kamu ditakdirkan membukanya
Lalu Membaca puisi ini
Ketahuilah..
Aku masih menagih..
Mengharap..
Walau secebis..seatom sekalipun
Maaf darimu
Maafkanlah aku

Teman,
Aku tak tahu cara apa lagi
Aku dah habis ikhtiar
Tapi kamu ingat ini
Harapanku tak akan habis
Tanganku akan sentiasa terbuka
Dan akan sentiasa mengharap
Sesuatu yang sudah lama aku dambakan
Iaitu
Persahabatan kamu
Ukhuwah kamu

Nasihat kamu
Kehadiran kamu
Dalam meniti
Sisa-sisa kembara hidup yang masih berbaki.

Wahai teman,
Sesungguhnya kamu tahu
Siapa yang aku maksudkan.

Maafkanlah aku…
Andai kata-kataku masih menghiris hatimu
Aku tak sengaja
Aku lembap
Maafkan aku
Aku betul2 menyesal

Maaf ya ukht…

"Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang2 kafir."

Dan aku masih.. beriman pada-Nya.

No comments: