Aku tidak percaya pada kebetulan. Hidup ini bukan satu kebetulan. Hidup ini ialah anugerah Tuhan. Aku hidup kerana diciptakan Tuhan, bukannya aku berevolusi secara kebetulan seperti teori Darwin yang digembar-gemburkan di Eropah.
Aku seperti tidak percaya yang aku sedang menunggu untuk masuk kuliah di Kuantan bulan 7 nanti. Aku katakan tidak percaya kerana masa silamku penuh dgn masalah. Apa yg aku buat waktu zaman kanak-kanak dulu? Sedang kanak-kanak lain riang gembira bermain 'polis entri' bersama kawan-kawan, aku pula sering bersendirian. Mak cik- mak cikku selalu mengatakan aku ni budak yg 'cenge', iaitu daripada bahasa kedah yg bermaksud garang. Hahaha..memang aku garang pun. Kejap-kejap nak marah. Melenting tak tentu pasal. Sampai masuk zaman remaja pun 'still' terlekat lagi perangai tu.
Bukannya aku tak de kawan langsung. Alhamdulillah, aku ketemu ramai insan yang memahami dan mengambil berat pasal diriku. Sebenarnya aku rasa aku terlalu banyak berfikir. Selalu tersesat dalam dunia sendiri.
Entah kenapa aku asyik berfikir perkara yang sudah lepas. Mungkin sebab tu aku susah nak maju ke depan. Sejak aku terdedah dengan 'dunia sebenar', aku mula keluar drpd kepompong dunia sendiri. Aku mula menyedari bahawa aku ni makhluk yg harus hidup bermasyarakat, seperti kata Ibnu Khaldun, manusia ialah makhluk sosial, tidak boleh hidup sendirian. Dalam hidup bermasyarakat ada adab2nya. Iaitu haruslah saling menolong dan menghormati antara satu sama lain.
Tapi dalam masa yang sama, aku menghadapi konflik dalaman. Aku bingung dgn 'culture shock' yang menimpa. Bagiku, "life was always about playing and having fun. Endless fun. Watching cartoons, animes, reading kreko, comics, conan. That was life for me." Dan aku tak pernah ambil pusing pasal apa pun kat sekeliling aku. Itulah yang aku katakan 'terperangkap dalam dunai sendiri'.
"Dr Asri Zainal Abidin? Ha? Sape tu?" "SaifulIslam.com , best ke website tu?" Hahaha.. memang aku tak tau sape Dr Asri tu. Masa cuti ni, dalam beberapa minggu lepas baru aku tahu rupa Ustaz Asri tu. Oo..mufti negeri Perlis yang famous tu. Tapi kan...rupa2nya dia dah bersara tahun lepas! Adoi, aku ni memang teruk betul! Punyala famous'ustad tu, tapi aku sikit pun tak kenal! Lagi best, aku kenal lepas dia dah tak jadi mufti Perlis! Lawak...lawak..hai
OO..Ustaz Haron Din pun aku baru kenal lewat tahun lepas, tu pun lepas kawan aku tunjuk gambar dia kat buku. Aku kenal muka dia sebenarnya, tapi aku tak tau pulak yg tu rupa2nya Ustaz Harun Din. Ayah aku sendiri selalu cerita pasal kepakaran Ustaz tu tapi kan aku 'terperangkap' dalam dunia sendiri, so mana la nak tau kan..
Ok, back to the story. Entah macam mana, aku lulus dgn cemerlang dlm SPM..sampai sekarang rasa macam ajaib. Masa awal tahun 2006 (form 5) aku cakap dgn mak, "Mak, angah tak nak ambik SPM la tahun ni. Boleh tak angah ambik tahun depan? Takpela, angah sanggup repeat, ambik sekali dgn junior. Angah tak kisah, asalkan tak nak ambik SPM tahun ni." Masa tu aku tak fikir dah maruah aku, cuma takut sangat nak ambik SPM. Sebab waktu form 4 aku seronok sgt 'honeymoon', bila dah tinggal satu tahun lagi, aku panik. Rasa sangat tak bersedia. Kesian kat mak ayah masa tu. Macam2 aku mintak. Nak tukar sekolah la. Nak belajar kat sekolah biasa, kononnya dapat belajar kat rumah, lagi bagus, dapat fokus lebih. Bayangkan, dah 4 tahun aku menghabiskan masa kat SBP, tiba2 aku nak keluar, di saat2 akhir pulak tu. Kalau masa form 3 takpe jugak. Aku tak pegi sekolah lebih kurang 2 bulan kot. Bulan Mac baru aku start blajar semula dgn betul2. Semua tu hasil dorongan mak dan ayahku dan kawan2 ku. Sampai sekarang dan selama-lamanya aku akan terhutang budi, sebab hasil sokongan mereka aku tetap teruskan belajar kat SSMSMJ, dan akhirnya membuahkan hasil yang aku langsung tak jangka. Mungkin ramai kawan aku dah expect aku utk dpt cemerlang sebab aku ada rekod pelajaran yg cukup baik. UPSR 5A. PMR 8A. Tapi, biarlah aku cakap kat sini..masa SPM tu aku betul2 tak tahu aku buat apa. Aku cuma ingat latih tubi, kelas2 tambahan dan hasil bantuan kawan2 aku, memang supportive, aku tak tau nak cakap apa lagi. Aku sangat terharu dgn sokongan diorang. Dan, yg paling penting sekali...aku mintak tolong..."Ya Allah, tolong bg hambaMu SATU LAGI PELUANG...hambaMu nak tuntut ilmu lebih bnyk..lebih tinggi..hambaMu menyesal dgn kesia-siaannya selama ni..berikan satu lagi peluang buatku..aku tahu, dah bnyk kali Engkau mendengar doaku yg sama ini, berulang kali, dan aku selalu memungkiri janjiku. Tapi, kali ni, ana rasa, ni peluang terakhir ana utk terus belajar. Kalau ana tak dpt peluang belajar, ana tak tahu nak buat apa. ana tak dapat bayangkan apa yg ana nak buat..."
Begitulah doaku berulang-ulang kali. Sebelum keputusan SPM keluar pada bulan 3 thn 2007, aku telah dapat tawaran ke UTP dalam kursus ICT. PAda mulanya aku ragu2 sebab aku takut tak dapat bertahan lama, sebab aku tak minat ICT tu. minat sikit2 je. Tapi disebabkan aku takut keputusan SPM ku teruk, jadi aku buat keputusan untuk terima. So that aku still dpt belajar kat universiti, even if result SPMku sgt teruk. Sebenarnya ada proses streaming, iaitu melalui interview. SEkali lagi, alhamdulillah, aku berjaya masuk ke UTP.
Aku ingat aku dah matang sikit. Rupa2nya tak jugak. Hahaha..aku start belajar kat UTP bulan 1 lagi, masuk waktu org lain tgh cuti. Memang rasa terpaksa sacrifice waktu tu. Aku belajar macam biasa. Tiba2 keluar keputusan. SO, aku dan kawanku balik Kedah sekejap sebab nak ambik result slip. Waktu pengetua umum aku memang terkejut beruk. Well, cantik lagi la pada beruk..tapi mmg tak sangka dpt..9A1 1A2.. sednagkan trial aku 6A je, itupun dah ikut gred negeri, kalau ikut gred SBP, 5A je kot..
Alamak pjg pulak cerita ni..ok2. Lepas tu aku pun SAJE2 isi borang UPU, itupun 3 kali aku tukar pilihan. Saje2, main2, tak expect nak dpt pun. Lagipun zaman sekarang ni ramai yg dapat straight As. Tiba2 dapat pulak offer UIA, kos:Farmasi. Hmm, macam mana ni? Mula2 main2 je, tiba2 dapat lak. Aku belajar kat UTP dah 5 bln, minggu depan dah final exam. Lagipun aku ni kira laju sebab masuk U awal. And kalau aku stay kat UTP aku akan dpt RM500 setiap bulan, FOC. Ye, scholar Petronas memang kaya. Satu sem, 6 bulan dah RM3000. Dgr kata kalau blah, kene byr balik. Hmm, kesian kat mak ayah pulak. Lagipun patutnye aku dah tak leh dpt offer sebab UTP patutnye dah block mana2 tawaran lain. Tapi aku dah tahan belaja ICT ni.. tak minat la..bosan nak mampus..eh eh ..maksudnye bosan sgt2.. aku pulak memang minat bidang sains.. tapi rugila aku dah belajar 5 bulan kat sini.. Nanti kau minatla..lama2 mesti minat punye..
Sedang aku dlm dilema, akhirnya aku mgikut saranan mak, solat istikharah. Aku serahkan pada Allah sepenuhnya. Aku koyakkan kertas kepada 8 cebisan. 4 cebisan aku tulis 'farmasi', lagi 4 ditulis 'ICT' lalu aku letak semuanya di bawah sejadah. Dan aku solat sambil mengosongkan fikiran, cuba utk tidak berat sebelah pada mana2 pilihan. Ok, cara ni memang tak betul, tp aku dah try solat 1st time and aku tak mimpi ape2. Dgn desperatenye aku buatla cara ni, aku perlukan jwpn segera sbb exam final dah dekat. So..lepas solat aku bermohon kpd Allah supaya menunjukkan aku jalan manakah yg terbaik buatku. Jalan manakah yg mempunyai kebaikan padaku utk jangka masa yg pjg. Lalu aku mengaminkan doaku. Aku memejam mata dan membiarkan tanganku mencapai secara rawak. Dan aku dpt kertas 'farmasi'.
Pada mulanya aku berat hati nak terima petunjuk Tuhan itu. Sebab aku sayangkan RM500 tu. haha..memang mewah hidup seorang student UTP. Tapi at last, aku tinggalkan jgk Tronoh. Dan aku mendarat di Petaling Jaya.
So, what is the moral of the story? Apa kaitan dgn tajuknya? Hahaha.. aku memang dah melalut jauh.. Tapi aku rasa memang ada hikmahnya aku datang belajar kat CENFOS, UIA. Bahkan banyak sekali hikmahnya. Allah telah melindungi aku drpd gaya kehidupan yg bebas dan mennjukkan bhw ada yg lebih bernilai drpd wang. Aku juga belajar banyak pengajaran semasa di CENFOS, terutamanya melalui perbandingan diri dgn org2 di sekelilingku. Malangnya, dlm proses aku menimba pengalaman itu aku terpaksa menerima beberapa hakikat yang pedih. Biasalah, orang yg sedang belajar, banyak buat kesilapan. Walaupun pahit, tapi kepahitan itu salah satu proses belajar. Aku terasa bagai kanak-kanak kecil dlm kalangan org2 dewasa. Akhirnya rasa malu sendiri sebab selama ni apa yg aku tahu hanyalah bermain. That's it, playing. I didn't realized that I was already an ADULT. I was shocked, to tell the truth. Jadi, apa yg kukatakan "bukan suatu kebetulan" merujuk kpd perjalananku yg akhirnya ternoktah di IIUM. Hm, aku tak pernah merancang utk ke UIA. Aku hanya mengikut apa yg org tuaku tetapkan utkku. Mujurlah. Kalau tak sampai sekarang takde matlamat hidup.
Dan jauh di sudut hatiku, aku benar2 merasakan semua ini bukan suatu kebetulan. Hidupku baru saja bermula.
No comments:
Post a Comment