Apabila anda melihat segelas air yang separuh penuh, adakah anda berkata, "Oh, masih ada separuh lagi air untuk diminum."
Atau adakah anda akan berkata begini, "Alamak, hanya separuh saja lagi air untuk diminum."
Inilah dua pandangan yang berbeza apabila melihat gambar yang sama.
Individu yang pertama merupakan seorang yang optimis. Dia tidak berasa cemas kerana baginya masih ada baki air di dalam gelas itu. Seorang yang optimis dapat melihat peluang walau apa sahaja situasi yang dihadapinya.
Berbeza pula dengan individu kedua. Individu ini pula seorang yang pesimis. Dia sudah berasa gelabah kerana pada pandangannya dia sudah kehilangan separuh airnya. Baginya, air semakin sedikit dan tidak akan memberi manfaat yang sepenuhnya kepada dirinya.
Tahun 2009 sudah sampai ke penghujung bulan Jun. Separuh daripada tahun ini sudah berlalu. Apakah yang telah kita capai setakat ini? Adakah kita telah memanfaatkan separuh kehidupan pada tahun 2009 dengan seoptimumnya? Atau adakah kita berasa tidak mencapai kejayaan yang 'significant' sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini?
Sedarlah dengan segera bahawa masa berlalu dengan pantas. Apabila kita berasa bosan, tidak tahu apa yang harus dilakukan, anggaplah kita sendiri yang sedang menuang keluar air di dalam gelas tadi. Tidakkah kita sedar betapa sia-sianya perbuatan seperti itu, dan lebih teruk lagi, tidakkah kita rasa seperti si bodoh yang tidak berilmu? Mana ada orang yang berakal akan menuang gelas yang berisi penuh dengan air dengan sewenang-wenangnya. Seolah-olah kita tidak menghargai kuota air yang telah diperuntukkan untuk kita.
Kuota air yang dimaksudkan ialah nyawa setiap manusia. Setiap orang berbeza kuota nyawa yang dikurniakan. Namun yakinlah bahawa ianya cukup dan sesuai untuk setiap individu. Kerana yang memberikan kuota itu bukanlah sembarangan orang. Bahkan Dia ialah Tuhan Yang Maha Bijaksana.
Jadi, anda dan juga saya boleh memilih untuk menggunakan kuota air masing-masing dengan berfaedah..atau boleh juga menuang keluar air yang telah 'dituang' pada mulanya itu..
Jika masih berasa ingin menuang keluar air daripada gelas kehidupan sendiri, cubalah gantikan air kosong dengan jus atau air kegemaran masing-masing, fresh orange ke, teh o ais limau ke, cocoa drink, teh tarik, manggo juice, guava juice, jus tembikai..(emm sedapnya)
Mungkin dengan cara itu anda akan lebih sayang untuk menuangnya keluar..(takkan tak sayang kot..jus tu..hehe)
p/s : selamat tinggal bulan Jun..dan helloo Julai!
Posted at 11:46 am
No comments:
Post a Comment