Sunday, January 6, 2013

Umat Islam Malaysia


بسم الله الرحمان الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dah lama tak baca paper.

Dah lama tak bukak internet.

Tup-tup rupanya tengah panas sekarang ni!

Apa yang panas kat Malaysia?

Oh, apa lagi kalau bukan politik. Huhu. Apa nak dikata. 

Sebenarnya saya sendiri tak tahu pucuk pangkal isu "Amanat Haji Hadi".

Sssshhhh!
Jangan sebut la!
Sensitif tau sekarang!

Agaknya nama Tuan Guru Haji Hadi la yang paling famous 'digoogle' oleh orang Malaysia dalam seminggu dua ni. Huhu.

Okey, bila saya tulis gelaran "Tuan Guru" kat depan, mesti para pembaca yang budiman dah fikir, "Budak ni sah-sahlah orang PAS!"

(tersenyum sambil menggeleng)
Hai, orang Malaysia..orang Malaysia. Orang ISLAM Malaysia.

Kawan-kawan, umat Islam Malaysia sekalian,
saya letak gelaran tu, sebagai tanda menghormati seorang yang tinggi ilmunya. Insya-Allah, dari gaya kehidupan beliau, saya rasa..saya rasalah kan, dia seorang yang berilmu agama. At least, lagi tinggi dari sayalah kan. (Of course!) 

Just sebagai seorang Islam, saya menghormati pandangan dan cara hidup of my fellow muslim jugak. Tidak semestinya, definitely saya penyokong PAS.

Okey2, cukup2.

Orang Islam, bila buat sesuatu perkara, hatta berblogging sekalipun, bermula dengan niat. Niat saya hanyalah untuk menulis satu artikel yang neutral pasal isu "Amanat T.G. Haji Hadi" itu.

Tau tak neutral tu maksudnya apa?

Neutral bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak. 
Saya ulang, "TIDAK MENYEBELAHI MANA2 PIHAK."
Sekali lagi, "TIDAK MENYEBELAHI MANA2 PIHAK."

Saya cuma nak kita semua berfikir secara matang, secara sihat, letak emosi dalam satu peti, kunci sekejap ye. 

Saya nak kita semua diskus. Diskusi okey..tentang senario umat Islam yang hangat kat Malaysia sekarang.

Mai Mana Isu Ni Sebenaqnya?

Pertama sekali, bagi manusia yang 'terlalu asyik study' macam saya, kemungkinan besar anda masih pening-pening lalat..apalah budak ni tengah cakap. 

Apa bendanya "Amanat Tuan Guru Haji Hadi" tu?

Kawan-kawan,
Saya bagitau apa yang saya fahamla kan. Kalau salah jangan segan komen dan betulkan. :) Saya tak nak tersalah bagi fakta pulak.

Pada suatu hari pada tahun 1980-an, seorang lelaki separuh umur berucap di hadapan pengikutnya. Menyeru tentang berjuang demi Islam. Tentang bagaimana ianya jihad yang wajib bagi kita semua! 

Lelaki tersebut ialah Haji Hadi bin Awang. Err, tak pastilah beliau sudah pergi haji atau belum.

Pada ketika itu, beliau telah menyampaikan satu "amanat" seperti kata kebanyakan orang. Saya tak pasti isi kandungan penuh ucapan / amanat tu. yela, saya pun tak lahir lagi waktu tu. (Ripley's Believe It or Not!)

Ada sesetengah pihak menafsirkan kata-kata Haji Hadi sebagai suatu amanat yang wajib dipegang oleh semua orang PAS. Okey here comes the most important part. Ada yang menafsirkan bahawa, orang lain yang tidak sehaluan dengan PAS ialah...na`uzubillahi min zalik, kafir.

Jadi, apa kesannya bila ada penafsiran sebegitu?

Orang ramai akan fikir:

Tidak sah solat berimamkan orang UMNO, CONTOHNYA. 
Sembelihan orang UMNO tidak halal dimakan, CONTOHNYA. 
Tidak boleh menyembahyangkan jenazah orang UMNO, CONTOHNYA. 

Tunggu, tunggu. Betul ke apa yang aku dengar ni?

Demi Allah, berat sungguh hati dan telinga yang mendengar kesan-kesan penafsiran sebegini. 

Para pembaca yang dikasihi Allah,
Siapa nak dikatakan "kafir"?
Siapa suka dilabelkan "kafir"?

Kita semua takut, bukan? Kita tak mahu mati dalam keadaan kafir, sedangkan hidayah Allah menyapa lembut hati kita setiap hari.

Tapi, senario itulah yang betul-betul terjadi 30 tahun lalu. Bayangkan, masyarakat islam hidup dalam fikiran sebegitu. Dikawal pemikiran aneh seperti itu.

Dan sekarang, 30 tahun fast forward into the future, perkara yang sama bakal berulang.

Sebelum saya melangkah lebih jauh, saya hendak kita semua, anda dan saya, sama-sama merenungkan beberapa perkara:

1.Isu agama, bukan politik.

Sekarang, isu ini bukan lagi politik, ini ialah isu AGAMA. Pada pandangan saya, umat Islam kat Malaysia ni, terlalu rigid, berpegang kepada hukum-hakam. Bukan tak bagus, baguslah, suka bertanya kepada yang alim ulama pasal hukum solat, hukum puasa, hukum sah haji. Kalau tak tahu, kenalah tanya kepada yang tahu, kan?

Cuma, kesannya, kita dapat lihat masih membekas sampai sekarang. 

Kita harus ingat, Islam pada awal-awalnya, tidak bermula dengan penurunan hukum-hakam.
Waktu Nabi Muhammad saw mula2 dapat wahyu dulu, apakah ayat-ayat yang lazim diturunkan kepada baginda?

Ayat-ayat Al-Quran tentang aqidah. Apa itu aqidah? Iaitu tentang Allah. Tentang Tuhan manusia, Tuhan semesta alam.

Allah itu bagaimana, adakah Allah itu pemarah? Adakah Allah itu suka menyeksa orang-orang yang ingkar perintah-Nya?

Subhanallah, Maha Suci Allah, Maha Tinggi Allah dari sifat-sifat itu. Allah ialah Maha Pmurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun selagi mana ada orang meminta ampun, malah, Dia tidak bersifat pemarah. Tidak sama sekali.

Selepas Rasulullah berhijrah ke madinah, iaitu selepas keyakinan umat Islam ketika itu terhadap Allah telah kukuh dan mantap, barulah Allah Taala dengan sifatnya Yang Maha Bijaksana menurunkan pula hukum-hakamnya.

Saya tak tahu di mana silapnya perkembangan Islam di Malaysia, tapi, kita sekarang hidup dalam keadaan bertuhankan hukum-hakam.

Sedangkan Tuhan kita ialah Allah, para pembaca yang budiman. 

Jangan terlalu cepat menghukum seseorang. Jangan terlalu cepat menilai seseorang. Lebih-lebih lagi orang yang kita katakan itu, mengucapkan syahadah yang sama dengan kita!

Tidakkah kita merasakan lebih banyak persamaan daripada perbezaan? Lalu mengapa kita memilih membesarkan perbezaan, dan menutup mata terhadap persamaan?

Hak menghukum. Hak menghukum itu, kawan-kawan sekalian, hanyalah hak Allah. Ingat itu.

Apatah lagi, status keimanan seseorang, yang berkait dengan hati, yang berkait dengan keyakinan, di mana hak kita untuk menilai keimanan orang lain? Hendaklah kita check iman sendiri dahulu!

Jadi, isu kafir-mengkafirkan ini, dapatkan anda rasakan betapa besarnya impak kepada pemikiran umat, jika kita tidak bawa berbincang? Jika kita tidak buka ruang untuk umat berfikir?

Kita tak mahu umat Islam rata-ratanya saling menuduh dan berbalah tentang hukum. Sah atau tidak solat di belakang orang kafir? Sah atau tidak sembelihan orang kafir? Sah ke menyembahyangkan jenazah orang kafir?

Ya Allah...balik-balik, sah ke tak sah. ITU SAHAJAKAH Islam dalam hati kita?

Jika aqidah seorang Islam itu bersih dan betul, dia pasti dapat menyelesaikan persoalan2 itu sendiri. Fikirkan para pambaca yang beriman sekalian.

Isu "Amanat Hai hadi" ini sebenarnya satu rahmat Allah kepada kita umat Islam di Malaysia. Kenapa?

Kerana Allah mahu MENUNJUKKAN KEPADA KITA BETAPA KRONIKNYA STATUS AQIDAH UMAT!

Tidakkah kita faham mesej tersirat Allah di sebalik kejadian yang berlaku ni?

Seolah-olah Allah berkata, "Masalah sebenar ialah keyakinan umat, KEFAHAMAN umat Islam terhadap agamanya sendiri, yang TIDAK PERNAH SELESAI SEJAK 30 TAHUN YANG LALU."

Buktinya, apabila dibangkitkan oleh sesetengah pihak atas tujuan tertentu, kita jadi goyah semula. Kita jadi berbalah semula!

Kita selalu fikir dengan kaca mata parti, kita selalu terbelenggu oleh hukum-hakam, sampai kita dah tak nampak jalan pulang!

Jalan pulang kepada pangkal Islam, iaitu kepada keimanan kepada Allah.

Para pembaca yang beriman,
cubalah...selaklah balik Quran yang ada kat rumah. Dah berhabuk agaknya..menanti sentuhan orang beriman setiap hari..

Cuba baca. Cuba fahami maksud Allah. Dan semua orang, percayalah..semua orang. Akan dapat jawapan...sifat apakah yang pada PANDANGAN ALLAH, benar-benar TANDA ORANG BERIMAN.

2. Berhati-hati terhadap tafsiran

Media massa sekarang banyak memainkan peranan, sama ada para penulis berita itu, para pencetak, para penerbit berita itu, sedar atau tidak.

Ada orang, tafsir macam ni. Ada orang tafsir macam lain pulak. Hai, semua pakar tafsir agaknya (tersenyum). Mujur kita ni bukan pentafsir Al-Quran. Hiiishh..tak nakla. Tak cukup ilmu nak tafsir kalam Allah. Nanti lagi banyak dosa adela.

Para sahabatku sekalian,
janganlah kita ambil tafsiran orang bulat-bulat.

Sebaiknya, kita tanya sendiri kepada orang yang bagi ucapan tu. Minta dia jelaskan perkara yang sebenarnya. Bagi peluang kepadanya untuk menjelaskan.

Hmm..dalam hal ni, sebenarnya T.G. Hj Hadi sendiri ada meminta stesen TV rasmi untuk beri slot 1 jam untuk beliau menjelaskan isu ni, memandangkan ramai pihak yang meminta, dan isu ni pun memeningkan kepala saya dan anda. Cuma, syarat beliau, tolong benarkan pihak media PAS buat rakaman juga, selain rakaman di studio TV tu sendiri.

Personally, saya tak nampak apa2 masalah kat sini. betul tak? Okelah kalau beliau memang setuju nak bagi penjelasan, kan selesai kekeliruan. 

Tiba-tiba pihak yang meminta pulak tak mahu. Tak tahulah apa masalah mereka. Mula-mula mintak, pastu bila orang dah setuju, tak nak pulak dah. Haaai..ingat isu aqidah ni main-main eh?

Saya rasa, mereka yang tak nak tu cuma tak setuju dengan syarat Haji Hadi untuk benarkan rakaman bebas dari pihak PAS. Hmm..korang rasa itu masalah besar ke? Fikirkanlah.

Tak kisahlah kes T.G. Haji Hadi ke, ataupun nanti timbul pulak kes Najib ke. 

Yang penting, betulkan niat kita. Kita nak mencari kebenaran. Dengar kedua-dua belah pihak, lepas tu, fikirla sendiri, nilaila sendiri dengan dacing iman yang ada dalam hati.

Kalau nanti Najib cakap sesuatu, lepas tu ade pulak pihak mentafsirkan yang pelik-pelik. Waktu tu, janganlah bias pulak, tak nak dengar penjelasan Najib, okey (tersenyum). Orang beriman kan bersifat adil, maka hiduplah dengan sifat adil itu, ye?

3.Tahu tujuan isu ni dibangkitkan.

Kenapa baru sekarang isu ni timbul balik? 

Hmm, rasanya bukan kebetulan pilihan raya makin hampir dengan timbulnya berbagai cerita tentang pemimpin parti-parti kat Malaysia ni.

Setiap pilihan raya macam tu kan, sama je dari dulu sampai sekarang. Bilalah Malaysia tercintaku nak matang. Dah merdeka lebih 50 tahun pun, perangai macam budak 5 tahun (menggeleng kepala).

Jadilah manusia yang bijak, jangan tertipu oleh agenda dan keadaan.

Reaksi Orang Beriman

Dan orang beriman, tahu tak bagaimana reaksinya?

Rasulullah saw bersabda (dalam bahasa mudahnya), "Aneh sungguh orang beriman. Kalau ditimpa kebaikan, dia bersyukur dengan nikmat itu. Kalau ditimpa musibah, dia tetap bersyukur dengannya."

Lebih kurang begitu pesan Rasulullah.

maksudnya, tidak kira keadaan baik, ataupun buruk menimpanya, orang beriman akan tetap tersenyum. Bukan senyum sebab gila. Heh.

Tapi senyum sebab dia yakin, semua perkara yang berlaku memang dah ketetapan Allah. Dan dia yakin Allah Yang Maha Mengetahui lagi maha Bijaksana takkanlah saja2 nak takdirkan begitu. Mesti, mesti, MESTI ada HIKMAH jugak di sebaliknya.

haa, itulah bezanya orang beriman, dengan manusia biasa. huhu, macam cool je orang beriman ni..

Jadi, anggaplah isu ni timbul semula ada hikmahnya. Mesti Allah nak bagi pengajaran somewhere. Contohnya macam yang saya sebutkan sebelum ni. Cuma kita yang cuba nak faham atau tak.

Okeylah. Have to get back to studying.

Exam ade lagi seminggu. Doakan saya, mudah-mudahan Allah memudahkan urusan anda juga, wahai saudaraku/saudariku yang beriman :) .

p/s: tulisan ini untuk menimbulkan kesedaran, bukan untuk menambah sakit hati atau perbalahan.

Inspirasi: Pandangan Dr Maza 

3 comments:

Sarah said...

Thanks for the enlightening, Kak Timi!
Sarah pun tak tahu pasal benda ni. Sekarang baru tahu. Ignorant betul. T__T. Tapi yes, I respect your views regarding this.

And I think TG Hadi Awang should be given a chance to explain. Ni tak, semua nak politikkan. Our country ni memanglah, dah merdeka lebih 50 tahun tapi tak matang lagi. They care more about politics than hubungan sesama manusia, those politicians. Huh!

Ummu Hurairah said...

Kak timi pun bru tau semalam. Tulah..i hope my kids (hehe) x perlu dgr bende2 x matang ni dh time mereka. Kalau x, kak timi suruh diorg join parlimen jgk! Haha..

Ummu Hurairah said...

Kak timi pun bru tau semalam. Tulah..i hope my kids (hehe) x perlu dgr bende2 x matang ni dh time mereka. Kalau x, kak timi suruh diorg join parlimen jgk! Haha..