Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

The Secret to Success


بسم الله الرحمان الرحيم
In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

I have this problem you see.
Of not being able to fully,
Express my feelings truly,
Of what it means to be a muslim in reality.

Tuesday, September 6, 2011

Muhasabah Ramadhan 1432H


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

*******

Mengimbau kenangan Ramadhan
Seminggu berlalu pergi
Entah ia akan kembali?

Ramadhan
Mengikut pusingan waktu
Pasti bertamu lagi
Asalkan takdir semesta belum tiba di penghujung
Cuma..adakah Tuhan mengizinkanku
Menjadi tetamunya sekali lagi?

Monday, December 20, 2010

Bulan, Bintang dan Aku : Sebuah Perumpamaan

بسم الله الرحمان الرحيم

Terangnya siang, kerana matahari.
Indahnya malam, kerana bulan.
Terpesonanya aku, dengan ciptaan-ciptaan Tuhan.
Ucapkanlah subhanallah, wahai rakan dan taulan.

Saturday, April 10, 2010

Dedikasiku Buat Ummu Sulaim binti Malhan

Sabtu, April 10, 2010.

Segalanya bermula
Di Petaling Jaya
Sewaktu aku masih lewat remaja
Bosannya..keluh hatiku
Kenapakah begitu susah untuk mencari
Kisah-kisah sahabat dan sahabiah
Rasul cintaan ilahi?
Hanya sahaja aku belajar
di Centre for Foundation Studies UIAM
Namun kenapakah cerita para pejuang Islami
Bagaikan debu-debu hama di rak-rak perpustakaannya?
Sukar sekali untuk ku
Menemukan tajuk buku
Yang kudambakan itu.

Kuteruskan jua pencarian
Meneliti
Rak demi rak
Tingkat demi tingkat
Buku demi buku
Kerna manalah tahu
Jariku berhenti pada tajuk
Yang kudambakan itu.

Syukur!
Alhamdulillah!
Al-`Alim Maha Mengetahui hasrat hatiku
Dialah yang memperjodohkanku
Dengan buku
Yang kudambakan itu.

Maka ku selak helaian demi helaian
Ku tatap isinya dengan penuh kepuasan
Penuh kenikmatan
Kerna diriku..jiwaku
Ketandusan..
Kekeringan..
Inspirasi daripada para pejuang pencinta Ilahi.

Mahukah kamu
Mendengar suatu kisah
Yang menakjubkan hati
Ummu Hurairah?
Marilah..tidak rugi..
Terutamanya para Umm atau bakal Umm
Di luar sana..

Ismuha (namanya) Ummu Sulaim binti Malhan
Bukanlah nama kelahirannya
Tetapi merupakan kunyah (gelaran hormat)
Masyarakat Arab padanya
Lantaran seorang anaknya bernama Sulaim

Sungguh
Telah takjub hati Ummu Hurairah
Membaca kisah Ummu Sulaim
Kehebatannya..'keunikannya'..
Amat menarik hati
Keimanannya..amat menjadi inspirasi.

Namun..Pabila tiba saatnya harus kupulangkan kembali
Buku yang
Kudambakan itu..
Oh, alangkah baiknya jika aku dapat memiliki sebuah
Terasa ingin membeli sahaja cetakan itu
Tapi..mengenangkan..hanya dua jilid sahaja
Buku itu di Taman Ilmu & Budi yang luas
Mungkin..ada juga jiwa yang tandus sepertiku
Lantas kalau aku mengambilnya untuk diri sendiri..
Ke manakah jiwa2 yang tandus itu
Akan melampiaskan kerinduan mereka?
Lalu kubiarkan sahaja..ku pulangkan kembali.

Lalu terkuburlah seketika
Nama wanita Ansar yang
Pernah sesaat
Memberi inspirasi
pada penaip warkah ini..

Setiap hari..
Cuba kuingati..
Siapakah namanya..?
Siapakah wanita itu..?
Wanita yang pertama kali kukenali
di Petaling Jaya itu..
Namun Allah Taala..
Melupakan aku daripadanya..
Buat seketika
Aduh!
Kenapakah tidak ingat juga?
Hanya kisah hidupnya yang tersemat kemas
Dalam hatiku..
Akan kuingati
Sehingga mati

Berputarlah roda kehidupanku
Lalu aku selamat menamatkan
Pengajian asasku di PJ
Dan aku terdampar pula di pantai timur semenanjung
Di Kuantan..
Ibu kota Pahang yang Makmur

Sungguh, telah terlupa aku
Akan namanya..
Namun kisahnya..masih segar
dalam sanubariku
Seolah-olah
Baru semalam aku
Menyelak helaian buku lama itu.

Buku kedua
Berjudul "65 Gambaran Kehidupan Sahabat"
Kupinjam daripada seorang sahabat

Tahukah kamu apa yang berlaku?
Ummu Hurairah kembali bertemu Ummu Sulaim?
Oh..sayang sekali.
Tidak.
Belum lagi. (Senyum)
Tetapi..terdapat kisah sahabat lain yang menarik hatinya pula..
Dengarkanlah..

Ismuhu Anas ibn Malik.
Anas?
Man Anas (siapa Anas)?
Subhanallah..
Rugilah di dunia
Dan rugilah di akhirat
Bagi mereka yang tidak mengenali
Anas ibn Malik.

"Diriwayatkan drpd Anas ibn Malik, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda.."

Ya sahabat2ku.
Inilah dia
Salah seorang daripada 3 insan
Yang berjasa paling besar
Kerana meriwayatkan paling banyak hadis Nabi SAW
Buat generasi terkemudian..
Buat kamu dan saya.

Lelaki Ansar ini
Telah bersama-sama Rasulullah
Sedari umurnya 10 tahun
Ketika budak2 kecil yang lain bermain dengan teman2 sebaya
Budak lelaki Ansar ini menghabiskan kebanyakan hayatnya
Dengan Rasul Allah penyelamat manusia
Sehinggalah wafatnya Nabi tercinta
Tika umurnya masuk 20 tahun

10 tahun yang amat berharga
10 tahun yang amat kudamba
10 tahun yang dikurniakan Allah
sebagai hadiah
buat Anas ibn Malik.

Lalu kenapakah..
puisi yang semakin berjela
semakin berjeda ini
didedikasikan
Buat Ummu Sulaim binti Malhan?
Sedangkan penulisnya mengisahkan Anas ibn Malik sekali di dalamnya?
Bukankah lebih adil
Untuk judulnya berbunyi
"Dedikasiku Buat Ummu Sulaim dan Anas ibn Malik"?

(Tersenyum)
Bahkan..
Sahabat-sahabatku..
tidakkah kamu perasan sesuatu?
Sesuatu PERSAMAAN antara kedua karakter
Yang menakjubkan hati penulis?

(Tersenyum lagi)
ANSAR
Mereka berdua drpd golongan Ansar.

Jadi..ia tetap tidak memberikan
klu buat hati2
Yang sudah penat membaca jedaanku ini
Yang sudah tidak tahu ke mana arah tujunya..

Maaf
Maaf ya sahabat2ku sekalian.
Hanya sahaja aku menangguhkan sehingga di penghujung
Supaya efek klimaks itu benar2 terasa! (ketawa)

Ummu Sulaim binti Malhan
ialah ibu Anas ibn Malik

Anas ibn Malik ialah anak Ummu Sulaim dan suaminya,
Malik, sewaktu kehidupannya sebelum Islam.

Aku juga terkejut
Kerana..
Rupanya Allah Taala
Menghidupkan kembali
Namanya yang sekian lama aku mencari
Dengan cara yang begitu halus sekali
Dia..mengingatkanku kepada
Antara wanita yang paling kuhormati,
Ummu Sulaim
Dengan kisah anaknya pula, Anas ibn Malik
Sekaligus menambah pengetahuanku
Tentang para sahabat Nabi yang lain
Yang sememangnya kuingin mengetahui
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah
Wallahu akbar.

Bagaimanakah akhirnya ku mengetahui hubungan anak dan ibu ini?
Pada buku ketiga
"35 Sirah Shahabiyah" karya Mahmud al-Mishri.

Ya Ummu Sulaim..
Niatku bukan untuk merepek
dalam dedikasiku kepadamu
Kini..akan kukongsikan
Bersama sahabat2ku di luar sana
Tentang
Kenapakah
Engkau begitu menakjubkan hatiku.

Ya Ummu Sulaim,
Tahukah engkau bagaimana aku membuka ke helaian cerita mengenaimu?
Sedangkan ada 34 shahabiah Rasul yang lain di dalamnya
Lalu..bagaimanakah aku..
Mengetahui bahawa kamulah
WANITA YANG TELAH KU TERLUPA NAMANYA..
TETAPI TETAP KUINGATI KISAHNYA..?

Kerana ini..
"16. UMMU SULAIM - Mas Kawinnya adalah Dua Kalimat Sahadat"

Ya!
Kerana isi kandungan yang tertulis sebegitu
Kerana itulah..
Aku lantas mengenali
Bahawa engkaulah
WANITA YANG TELAH KU TERLUPA NAMANYA..
TETAPI TETAP KUINGATI KISAHNYA.

Dan di sinilah aku mengetahui..
Bahawa Anas ibn Malik
Budak kecil yang engkau berikan kepada Rasul
Supaya dididik dan diasuh oleh Baginda SAW
Bahawa dialah anakmu.

Katamu,
"Ya Rasul - Anakku Anas..yang masih kecil ini, biarlah dia menjadi pelayan (khadam mungkin) anda. Sudilah kiranya, anda berdoa untuknya."
Rasul lalu bersabda,
"Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anaknya."

Ya Ummu Sulaim,
Sesungguhnya engkau amat meyakini kebenaran yang dibawa Rasul Allah
Lalu engkau telah buktikan dalam catatan sejarah
Melalui dua perkara:

Pertama,
Engkau memberikan anakmu Anas
Untuk diasuh di bawah jagaan Rasul Allah SAW
Kerana engkau amat meyakini
Bahawa Muhammad ini memang sebenar-benar Nabi dan utusan
Dan beruntunglah sesiapa yang hidup bersamanya..

Dan yang kedua wahai Ummu Sulaim,
Engkau mencipta sejarah
Sebagai wanita muslimah pertama
Yang menetapkan syarat mas kahwinmu
..Syahadatain..

Ketika datang Abu Thalhah meminangmu
Kau katakan kepadanya dengan santun,
"Orang sepertimu tidak pantas ditolak. Akan tetapi kamu orang kafir. Sedangkan saya seorang muslimah. Tidak patut bagi saya menikahimu."
Balas Abu Thalhah,
"Lihatlah mas kahwinmu."
"Apa mas kahwinku?"
"Emas dan perak."
"Aku tidak ingin emas dan perak. Aku ingin kamu masuk Islam."

Kata2mu itu..
Yang menyebabkan namamu
Ku terlupa kerana alpanya seorang manusia
Tapi kisahmu
Melekat kuat
Seperti gam gajah (Aduh, slack kat sini :) )
Di dalam ingatanku..

Ya Ummu Sulaim!
SATU lagi kisah..
Yang ingin kukongsikan pada malam ini
Berkenaan denganmu..
Dan berkaitan denganku.

Lantaran mengambil subjek "Halaqah"
Maka aku harus menghafal beberapa ayat dan hadis
Antara ayat Al-Quran al-Karim yang harus kuhafal ialah
Surah Al-Hasyr : 8-10

Ya Ummu Sulaim..
Hanya kamu dan suamimu Abu Thalhah
Yang mengerti apakah maknanya
Ayat2 ini kepada kamu berdua

Mahukah kamu..
ya kamu sahabatku yang sedang membaca
tahu apakah rahsia
apakah makna di sebalik ayat2 ini?

Allah berfirman,
"..Dan mereka (orang2 Ansar) mengutamakan (orang2 muhajirin) di atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka sangat memerlukan (apa yang mereka berikan itu).." -Al-Hasyr:9-

*Abu Hurairah menuturkan, "Seorang laki2 menemui Rasul dan berkata, 'Ya Rasul, saya mengalami paceklik (?? - bhs indonesia).'" Rasul bertanya kpd para isterinya, "Mereka tidak memiliki suatu makanan pun." Lalu Rasul berkata kpd para sahabatnya, "Siapa saja yang menjamu orang ini, pasti dia dirahmati Allah."

Seorang lelaki Ansar berdiri dan berkata, "Saya sanggup ya Rasul." Sahabat ini lalu mengajak tamu tadi ke rumahnya. Ia berkata kpd isterinya, "Di ruang tamu ada tamunya Rasul. Suguhkan semua makanan yang kita punya." Si isteri menjawab, "Demi Allah, kita hanya punya makanan untuk si kecil."

Si suami berkata, "Kalau begitu, jika si kecil terasa lapar dan meminta makan malam, maka usahakan agar ia tertidur. Setelah itu marilah kita ke ruang tamu dan jangan lupa matikan lampu. Biarlah malam ini kita melipat perut kita." Si isteri pun melakukan apa yang diminta suaminya.

Keesokan harinya, laki2 itu menjumpai Rasul, lalu Rasul bersabda,
"Allah takjub kepada sepasang suami isteri tersebut. Lalu Allah menurunkan firman-Nya;
"..Dan mereka (orang2 Ansar) mengutamakan (orang2 muhajirin) di atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka sangat memerlukan (apa yang mereka berikan itu).." -Al-Hasyr:9-

Suami isteri tersebut ialah Abu Thalhah dan Ummu Sulaim.

Wahai Ummu Sulaim~
Kisahmu menambat hati~
Keteguhan imanmu tiada setanding~
Lelaki kafir memeluk Islam kerananya~
Anakmu menjadi muhaddisin hasil didikannya~
Oh, alangkah indahnya..
Jika kita dipertemukan Allah di syurga..~

Rujukan:
1. 35 Sirah Shahabiyah, Jilid 2, tulisan Mahmud al-Mishri. (2006). Terjemahan Asep Sobari, Muhil Dhofir. Al-I'stishom Cahaya Umat: Jakarta Timur. m/s 35, 39, 41.
2. 65 Gambaran Kehidupan Sahabat, Jilid 1, tulisan Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-Basha. (2006). Terjemahan Ust Abdul Hakam bin Jaafar dan Ust Mohd Noor bin Daud. Prospecta Printers Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. m/s 1.

Monday, May 4, 2009

Selamat Hari Lahir Adikku!

Monday, 4 May 2009

Hari ini, 4 mei 2009, genaplah umur adikku menjadi 16! Wah, adikku dah besar rupanya! (Memang dia sentiasa lagi tinggi daripada aku pun)

Semalam kami satu keluarga menghantarnya pulang ke MRSM Taiping. Adikku kelihatan bermuram durja. Agaknya rasa tak seronok sebab terpaksa dihantar pulang ke ‘penjara’. Dahla tu, kene pulak esok hari jadi dia. Takpelah, sabar ye wahai adik, demi menuntut ilmu.

Sempena hari jadi adik yang ke-16 ni, Kak Ngah ada pantun untuk adik..


Sambil makan kerepek mengomel-ngomel,
Dah 10 minit, hai belum berhenti mengomel,
Adikku yang manis lagi comel,
Janganlah bermasam muka, nanti dah tak comel.

Pergi kelas terkedek-kedek,
Sampai di kelas, muka cikgu dah terpampang,
Bukan niat akak nak membodek
Sekadar nak tengok hidungmu kembang.

Minum teh O dalam gelas,
Hari itu orang belanja,
Bila sudah sampai angka enam belas,
Ertinya tamatlah sudah masa bermanja.

Ada awan adalah redup,
Tanda nak hujan, itulah berita,
Kalau rasa susahnya hidup,
Ingatlah, ramai lagi yang menderita.



Membeli-belah di pasar raya,
Mencapai sekotak susu lembu,
Kalau adik tak percaya,
Bukalah tv, tengoklah Bersamamu.

Suatu hari lukis huruf v,
Esok pula lukis huruf d,
Kakak tahu, tiada masa tengok tv,
Kalau macam tu baca surat khabar pun jadi.

Ucaplah salam ketika bertemu,
Moga kemesraan terjalin di hati,
Adik, lihatlah di sekelilingmu,
Sebenarnya banyak perkara yang harus dirai.

Bunga bermula dengan kudup,
Akhirnya berputik mewarnai nusantara,
Usah terlalu difikirkan kesusahan hidup,
Lagipun hidup ini cuma sementara.

Selepas dicuci alangkah bersih,
Melihat baju bersih, oh alangkah bahagia,
Hidup ini bagaikan kanvas putih,
Adik warnakanlah dengan warna-warna ceria.

Berlari-lari di halaman rumah,
Terlanggar tiang, berbunyi “gedegang!”
Jadilah seperti namamu Farah Sakeenah,
Membawa maksud gembira tetapi tenang.

Nak beli ikan, pergilah ke pekan,
Naiklah bas bernombor 12,
Akhir kata kakak ucapkan,
Selamat hari lahir ke enam belas.

Ok, adik! Have a happy birthday! May Allah bless you, always.


Posted by ummu hurairah at 4:40pm

Tuesday, April 21, 2009

Rindu


Rindu

Rindu itu
Suatu rasa
Tapi bukan sebarang alat
Boleh mengesannya

Bolehkah mata kasar
Merasai rasa rindu itu?
Bolehkah telefon bimbit
Mencerminkan rasa rindu itu?
Bolehkah satelit tercanggih milik AS
Menjejak rasa rindu itu?

Tidak.
Tak mungkin
Kerana rindu itu
Hanya dapat dirasai oleh hati
Bahkan
Bukan semua hati yang dapat mengecapi nikmatnya rindu
Seperti yang terakam di dalam nyanyian Hijjaz
“Rindu itu adalah, anugerah dari Allah”

Rindu itu
Bermacam-macam ragamnya
Kadangkala rindu pada ibu
Kemudian terbayang pula wajah berusia ayah
Terkenangkan rambutnya yang majoritinya sudah putih
Dan sememangnya tidak banyak lagi yang tinggal
Lantaran terlalu kuat dia bekerja
Memerah minda dan tenaga
Demi memberi kami makan KFC
Pizza Hut, dan Kenny Rogers
Oh, sungguh mewah hidup kami
Jangan bimbang ya abi,
Jangan pula marah ya abi,
Anak nakal ini hanya bergurau
Walaupun nakal,
Tidak mungkin anak ini meninggalkanmu
Mengabaikanmu di hari-hari tuamu,
Ini janji anakmu.

Sudah puas rindu pada orang tua teristimewa,
Melayang pula ingatan ini
Pada Akhi dan Ukhti

Aku hanya punya
Satu akhi
Dan satu ukhti
Ditambah semuanya
Jadilah kami bertiga
Bukannya tiga abdul
Tapi masih utuh hubungan
Lebih kukuh kasih kami
Daripada abdul bertiga itu

Hai akhi,
Janganlah terlalu gusar
Sesungguhnya takdirmu telah ditetapkan
Hiduplah dengan penuh kegembiraan
Hiduplah dengan penuh keceriaan
Sesungguhnya kamu, hai abangku,
Lebih bernilai
Lebih berpotensi
Lebih hebat

Berbanding apa yang difikirkan diri
Apa yang tinggal kini
Apa yang diperlukan hanya tinggal
Percaya pada diri sendiri
Itulah kunci yang selama ini dikau cari.

Duhai ukhti,
Kelebihan ukhti
Banyak sekali
Indah paras rupa
Membuatkan kakakmu ini ‘menderita’
‘Menderita’ sakit jiwa
Tapi sakit itu tiada makna
Kerana dikau tetap adikku
Adikku yang tercinta.


Selalu sahaja ceria
Lucu, suka berjenaka
Mungkin disebabkan nama kamu
“Farah” yang membawa makna
Keceriaan, keseronokan dan kegembiraan
Tapi, yang paling hebat sekali kelebihanmu
Ialah membuatkan kepala umi dan abi
Berpinar-pinar
Berputar-putar
Dek sikapmu yang tidak ambil peduli
Akan hal sekelilingmu
Oleh itu sentiasa memerlukan perhatian orang dewasa

Wahai adikku,
Cepat-cepatlah dewasa
Supaya ibu dan ayah yang dirindui
Tidak lagi bimbang
Keadaan kamu di asrama.

(Tapi seronok juga
Kalau kamu terus jadi anak kecil
Boleh lihat kepala umi dan abi
Berputar-putar setiap hari..
Hehehe)

Rindu di hatiku
Masih banyak lagi yang berbaki
Lantas
Apa lagi yang dapatku
Lampiaskan
Tempiaskan
Rintik-rintik hujan
Dari badai gelora rindu ini

Oh, sudah tentu
Bagaimana aku
Boleh lupa
Untuk merindui
Teman-temanku di luar sana.

Aduh teman,
Kerana kamulah yang paling jauh
Jauh jaraknya dariku saat ini
Kamulah yang paling aku rindukan.
Kadangkala
Temanlah yang lebih memahami diri
Temanlah yang selalu berada di sisi
Meminjam telinga untuk dibuat penadah suka duka
Kadangkala amarah yang dihambur
Tapi teman-temanku
Tetap setia di sampingku
Setia menadah
Tidak berpaling tadah
Maka
Adakah wajar kamu semua tidak kurindui?

Wahai teman,
Teman masa kecilku,
Teman zaman remajaku,
Serta teman-teman sedewasaku,
Tahukah kamu
Hatiku sarat dengan rindu?
Bayangkan sahaja ibu mengandung
Ibarat itulah kasih dan rinduku
Pada kamu semua
Tiada satu benda
Tiada satu harta
Yang dapat bertanding
Merebut tempat
Takhta pertama di hatiku.

Oops!
Sebentar,
Mungkin ada satu perkara
Yang bisa mengalahkan
Rasa rindu dan kasihku pada teman-teman sekalian
Ingin tahukah kamu?

Apakah lagi yang dapat mengalahkan rinduku pada kamu?
Benda apakah yang lebih hebat
Lebih tinggi nilainya di hatiku?

Wahai teman,
Ketahuilah,
Yang dapat menandingi kasihku padamu
Hanyalah
Kasih yang lebih tinggi
Kasih yang lebih unggul
Kasih yang lebih sejati
Itulah
Kasih Rabbul `Izzati
Serta kasih Rasul-Nya
Yang tidak lekang di bibirnya
“Ummati, ummati”.

Pesanku duhai teman,
Cintailah Tuhan dan Rasul-Nya
Melebihi kasihmu pada segala benda
Dan aku berani berjanji
Bahawa kasih kita akan terus abadi
Kasih kita akan terus tersulam
Menanti masanya
Kita bertemu kembali
Di pintu syurga yang abadi.
Insya-Allah,
Kerana itu bukan janjiku,
Bukan janji perdana menteriku,
Tetapi janji
Al-Kholiq, Maha Pencipta
Kepada para hamba-Nya.

Aku kan menanti..
Bersama rindu di hati
Pertemuan kita
Di akhirat sana.

Allah,
Kabulkan do`a
Hamba-hamba-Mu
Yang saling terikat
Rasa rindu yang hakiki.
Amin.

Adakah kalian sedang melihat bintang yang sama sepertiku..? Sungguh..hatiku basah dengan tangisan kerinduan pada teman-teman sekalian..

Thursday, April 9, 2009

Sesalan Abadi

Aduh!
Sedihnya hati ini
Tatkala teringat kembali
Kata-kata yang sering terpacul
Dari dua bibir ini

Bukan salah bibir sebenarnya
Tapi angkara sepotong daging lembut
Lembut
Tapi terlalu pantas gerakannya
Untukku kawal
Apabila aku tersedar
Ia sudah pun diam kembali
Dan pedang kata-kata itu
Sudah terlepas semuanya.

Berubah sedikit
Riak wajahnya
Namun hatinya
Pasti bukan sedikit calarnya
Bahkan tidak layak kukatakan “calar”
Kerana aku pasti
Aku telah menusuk kalbunya
Jauh hingga ke dasarnya

Memang dia tidak pernah memberitahu
Tapi
Apabila masa semakin berlalu
Perlahan-lahan aku rasakan
Bahawa dia semakin menjauhiku
Mengelak dari bertembung denganku

Usahlah kata bertembung mata
Tengok muka pun dah macam tak sudi
Apatah lagi kalau bertembung jasmani
Pasti ditukar haluannya
Atau dikeluarkan apa-apa saja alasannya
Mungkin benar, mungkin jua spontan
Tidak kisahlah apapun
Asalkan dia tidak bertemu mataku.

Wahai teman,
Tahukah kamu
TAHUKAH KAMU
Sesungguhnya aku sangat ingin
Untuk kamu mengetahui
Betapa dalamnya lautan sesalan
Betapa menggunungnya beban perasaan
Betapa banyaknya air mata yang berjuraian
Betapa dalam doa sentiasa kau di ingatan
Betapa sebelum lena kuterkenangkan
Betapa setelah celik mata aku maki diriku
Kerana keterlanjuranku

Bodoh!
Bahlul!
Tak guna!
Tak fikir dulu!
Bukannya kau takde otak!
Tuhan dah cipta kau cukup sempurna

Takkan benda-benda bodoh macam tu pun boleh kau terlepas!!

Lalu aku
Termenung pula
Beristighfar panjang
Kamu tahu kenapa?

Kerana…
Aku menyesali kebodohan diriku
Kepaculan lidahku
Kerana aku telah kehilangan
Seorang teman sebaik kamu.

Wahai teman,
Aku tak tahu sama ada kamu
Akan membuka diari mayaku ini
Tapi
Kalau kamu ditakdirkan membukanya
Lalu Membaca puisi ini
Ketahuilah..
Aku masih menagih..
Mengharap..
Walau secebis..seatom sekalipun
Maaf darimu
Maafkanlah aku

Teman,
Aku tak tahu cara apa lagi
Aku dah habis ikhtiar
Tapi kamu ingat ini
Harapanku tak akan habis
Tanganku akan sentiasa terbuka
Dan akan sentiasa mengharap
Sesuatu yang sudah lama aku dambakan
Iaitu
Persahabatan kamu
Ukhuwah kamu

Nasihat kamu
Kehadiran kamu
Dalam meniti
Sisa-sisa kembara hidup yang masih berbaki.

Wahai teman,
Sesungguhnya kamu tahu
Siapa yang aku maksudkan.

Maafkanlah aku…
Andai kata-kataku masih menghiris hatimu
Aku tak sengaja
Aku lembap
Maafkan aku
Aku betul2 menyesal

Maaf ya ukht…

"Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang2 kafir."

Dan aku masih.. beriman pada-Nya.

Friday, March 27, 2009

Puisi buat Jumaat

Jumaat,
Hari yang paling daku sukai
Yang paling daku nanti
Yang kusambut dengan hati yang berbunga
Bunga-bunga cinta yg mekar di taman hati

Jumaat,
Ia bukan manusia
Bukan juga seperti haiwan yang comel
Tidak punya jasad yang zahir
Tidak boleh diajak bicara
Seperti teman-temanku dari kalangan insan
Tetapi kenapa
Kenapa
Hati ini begitu mencintainya

Bila ia jauh
Daku begitu merindukannnya
Bila ia hadir
Hatiku gembira tidak terkata
Dan bila ia pergi
Daku sedih
Dan tidak sabar menunggunya datang lagi

Mungkin kerana
Jumaat penuh barakah
Jumaat ialah hari Moyangku Adam a.s diciptakan
Jumaat jugalah waktu baginda diwafatkan
Dan jumaat jualah menjadi saksi Hari Kebangkitan

Jumaat,
Diberi jolokan “Penghulu”
Seolah-olah ianya ketua
Bagi hari-hari yang sebelum dan selepasnya

Setiap minggu
Daku akan dibuai kedamaian aneh
Aneh kerana tidak kurasakan pada waktu-waktu yang lain
Hanya pada ketika itu
Ya, hanya pada malam Jumaat
Seolah-olah dapat kurasakan
Turunnya para malaikat ke duniaku ini
Malaikat yang sentiasa takut pada Tuhan
Yang tidak pernah berhenti bertasbih kepada-Nya
Sedangkan manusia sepertiku pula sebaliknya

Sedangkan begitu
Tuhan Yang Maha Penyayang
Tetap melimpahkan kurnia-Nya kepada hamba-Nya
Yang diberi nama manusia
Dianugerahkan kepada mereka
Suatu hari yang indah
Dan penuh barakah

Dek ilmu yang cetek
Tidak dapat kutittipkan hadis sahih
Apatah lagi firman Yang Maha Agung
Sebagai bukti
Bahawa Jumaat itu
Istimewa sekali

Sekadar dapat berkongsi
Perasaan hati
Bahawa Jumaat itu indah sekali

Lalu mengapakah pemuda-pemuda Islam kini,
Tidak mahu ke masjid
Mendengar dengan penuh sabar bicara khatib
Sedangkan hanya setiap 7 hari
Mereka diseru wajib mengimarahkan rumah Tuhan Yang Maha Esa
Bukan setiap tujuh jam
Bahkan Nabi yang kita mengaku ummatnya
Pernah ingin membakar rumah-rumah mereka yang hampir dgn masjid
Yang pemudanya jelas mendengar seruan azan,
Tetapi tidak pula menyahut panggilan Tuhan itu
Andai tidak ada isteri dan anak-anak mereka yang berdiam di rumah-rumah itu
Nescaya Rasulullah tidak ragu-ragu dengan sabdanya

Wahai Jumaat yang penuh barakah
Diri ini sangat mencintaimu
Sepertimana sepasang kekasih yang tidak sanggup berpisah
Namun daku dan kamu bukanlah kekasih
Apatah lagi berbeza fitrah kita
Namun
Perasaan rindu tetap di situ
Di hatiku
Mungkin
Daku mencintaimu
Kerana daku mencintai Yang Satu.