Friday, March 15, 2013

Ajaibnya Niat!


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apakah yang membuatkan hari-hari kita menjadi istimewa?

Kejutan hari lahir?
Ah.. bestnye!
Tapi, hari lahir datang sekali setahun je.

Senyuman ayah dan mak?
Subhanallah..rindunya!
Cuma..jarang dapat pulang ke kampung waktu tengah study ni.

Menatap wajah Rasulullah?
Ya Allah..hanya Engkau saja yang tahu ritma rindu jantung kami kepadanya.
Namun..itu kene tunggu hari akhirat nanti.

Ahah!
Jangan tak tahu!
Ada satu perkara yang buatkan pasar raya "Hari-Hari"...eh hari-hari biasa kita, jadi luar biasa!

Apakah WoW factor itu?

Itulah N.I.A.T.

Saudara/saudari yang kucintai kerana Allah,

Marilah kita mewarnai setiap pergerakan badan, setiap hembusan nafas, setiap derapan langkah, setiap perbuatan, setiap percakapan...dengan NIAT.

Dari amirul mukminin, Abu Hafs, Umar ibnu al-Khattab ra. berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperoleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju.'" (HR Bukhari dan Muslim)

Sebelum melakukan sesuatu, fikirkan, "Kenapa aku nak lakukan ini?"

Maka suara iman menjawab, "Kerana Allah semata-mata."

Saudaraku yang dikasihi Allah,

Anda mungkin seorang pelajar.
Anda mungkin seorang tukang kebun.
Anda mungkin seorang juruterbang.

Walau siapa pun kita, yakinlah Allah Taala tetap membiaskan pelangi yang sama untuk hari-hari kita apabila hati berdetik, "Ya Tuhanku, sungguh, aku melakukan pekerjaanku semata-mata untuk mencari redha-Mu."

Seorang sahabat pernah bertanya, "Apa maksudnya 'semata-mata' kerana Allah tu? Macam mana kita nak buat sesuatu "semata-mata" mencari redha Allah?"

Hmm..saya pun tak pasti. Apa yang saya faham ialah, kita tahu dan faham tujuan penciptaan kita. Allah menciptakan manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya, jadi setiap perbuatan kita mestilah selari dengan tujuan penciptaan itu. Maksudnya, hidup kita mestilah ke arah menjadi hamba dan khalifah-Nya.

Mudahnya, buatlah perkara yang Allah suka, dan jagalah diri daripada perkara yang Allah benci.

Wahai pembaca yang budiman,

Setiap amalan kita, akan diterima berdasarkan niat.

Dan niat, kata ulama, ialah lintasan hati. 

"Sahaja aku memakai tudung kerana Allah Taala."

Huhu. itupun niat juga, tapi macam panjang berela-ela. 

Niat itu mudah sekali saudaraku!
Apa-apa yang terlintas di hati walau sepejam mata, itulah niat.

Ajaibnya niat, ia menukarkan rutin menjadi ibadah di sisi Allah!

Contoh mudah ialah makan.
Semua orang perlu makan.
Kadang-kadang tak perlu makan (kenyang dah..) pun kita makan.

Jadi, alang-alang mulut sibuk munching, apa kata hati pun sibuk jugak, 
"Oo..aku makan ni supaya nanti ada tenaga nak dengar lecture berjam-jam sampai tengah hari. Dan aku belajar pulak sebab nak jadi orang pandai, dihormati dan supaya dunia tahu orang Islam pun boleh jadi orang pandai! Semoga Allah menerima niatku, amin."

Malam pun menjelma. Mengantuk pun ikut menjelma..oh, time to sleep.
Cop! Take five sebelum tidur..
"Oo..dah lama tak solat malam. Malam ni tidur awal sikitla, nanti bolehla bangun qiam dengan segar dan semangat! Ya Allah, berilah aku rehat yang cukup supaya aku boleh berdating dua-duaan dengan-Mu pagi esok.."

Bagi wanita pulak, kita kan pakai tudung hari-hari. Hari-hari pakai tudung. Pernah tak kita kira berapa jam sehari kita pakai tudung? Katakanlah, 10 jam sehari. Bayangkan, kalau pada awal pagi, sewaktu bersiap-siap, hati pun bergumam,

"Okey hari ni pakai tudung purple. Ya Allah, aku pakai tudung ni sebab nak tutup auratku dan untuk melindungi aibku. Juga kerana aku cinta pada-Mu, maka aku mengerjakan apa yang Engkau suruh, jadi semoga Engkau juga cinta padaku atas amalanku ini. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk, bukan sebab nak tayang kat lelaki. Ya Allah, jadikanlah setiap titik peluhku, penghapus dosaku di dunia ini. Amin."

Saudariku,
ketahuilah, banyaknya pahala yang tercatat selama 10 jam selepas itu!

Kerana suatu niat, setiap perbuatan menjadi ibadah.
Semua perbuatan terasa indah.
Best kan jadi muslim?

Mudahnya jadi hamba Allah, bila kita ada ilmu, dan mengamalkan ilmu itu.

Kak Ana yang kurindui pernah mengajar, "Jadilah seperti sahabat Rasulullah. Jadilah saudagar niat!"

Amboi, berkerut-kerut kening ye? :)
Kening saya pun berkerut-kerut waktu itu.

Seperti kata Amru Khalid,

"Mereka akan melakukan satu amalan dengan 5 atau 6 niat. Contohnya, ketika akan ke masjid untuk mendatangi majlis ilmu, maka mereka berniat:

'Aku akan memilih lima atau enam niat, dan Allah akan melipatgandakan menjadi 700 lipat bagi setiap niat - Aku pergi melakukan solat maghrib dan isyak secara berjemaah, aku akan mengambil manfaat dalam agamaku, aku pergi untuk bersilaturahim dengan kawan yang soleh, aku akan mengenal dia yang akan mendekatkanku kepada ketaatan, aku pergi menjauhi maksiat dua atau tiga jam, aku pergi untuk bertaubat kepada Allah Taala....' "

Hebat bukan? Akan adakah titik noktah bagi niat para sahabat?

Sahabatku,

Bagiku, berniat ialah ibadah yang paling mudah. Bahkan ialah ibadah yang paling menguntungkan! 

Mengapa tidak?
Berjalanlah di muka bumi tanpa henti, semua itu dituliskan pahalanya, jika niat itu baik.
Hanya berjalan.

Bawalah kereta berjam-jam, setiap kilometer yang ditempuh, ada pahalanya, dengan niat yang benar.

Duduk dan dengarlah kuliah sepanjang hari, malaikat sibuk mencatat kebaikan, berbekalkan niat yang tulus.

Adakah kita mengeluarkan duit?
Adakah kita mengeluarkan keringat?
Adakah kita bertempur dengan nyawa?

Bahkan saudaraku,
kita hanya duduk dengan selesa di dewan kuliah yang berhawa dingin, sampai bergetar-getar gusi menyanyikan lagu.
Duit tersimpan rapi, tidak berkurangan satu sen pun.
Nyawa kita aman dari ancaman.

Namun Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Penyayang,
memberikan kita, apa yang kita niatkan.
Bahkan memberikan pahala yang berlipat ganda.

Itulah ajaibnya niat.

Satu lintasan hati pada pagi hari, membuahkan pahala hingga senja.

Marilah kita sama-sama membawa keajaiban ke dalam hidup kita.

Sumber:
Hadis 1
Hati Sebening Mata Air - Amru Khalid

No comments: