Thursday, April 2, 2009

AL-kisah perjalanan amal kita ke langit- last part

Akhirnya sampai juga amalan kita ke penghujung langit yang berlapis-lapis ini. Tetapi jangan gembira dulu, sebab belum tentu lagi amalan kita diterima. Entah2 kena 'reject'. Nau'zubillah, jom kita sama2 tengok apa syarat2 amalan yang diterima Tuhan berdasarkan petikan hadis Rasulullah yang dikasihi ini. Tapi sebelum itu, hendaklah hati-hati kamu turut sama 'membaca' hadis Nabi ini. Kalau kamu tak mampu menghadirkan hati-hati kamu, maka nasihat saya teruslah tutup 'page' ini dan jangan baca selagi kamu belum bersedia untuk mendengar apa yang dikatakan Rasulullah SAW.

Begini sambungan hadis baginda...

Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang
berhias dengan akhlak dan diam serta zikir yang banyak, dihantar oleh malaikat sehingga sampai di bawah Arasy. Lalu mereka semua bersaksi atas semua amal itu. Lalu Allah berfirman, "Kamu mencatat amal hambaKu dan Aku yang mengawasi hatinya. Dia tidak beramal untuk keredhaanKu, dia beramal untuk selainKu, maka ia mendapat laknat (kutukanKu)."

Berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi, "MEMANG SELAYAKNYA IA
MENDAPAT LAKNATMU DAN LAKNAT KAMI."


Berkata penduduk langit, "Ia mendapat laknat Allah SWT dan LAKNAT
TUJUH PETALA LANGIT DAN BUMI SERTA LAKNAT KAMI."

Setelah mendengar apa yang Rasulullah SAW ceritakan itu maka Mua'z pun
menangis, dan dia bertanya, "Ya Rasulullah, apakah yang harus aku lakukan?"
Rasulullah SAW bersabda, "Hai Mua'z ikutilah jejak Nabimu dan teguhkan
keyakinanmu walaupun amalmu kurang
,
hentikan lidahmu dari berkata-katakan hal saudaramu, hendaklah selalu ingat akan dosa2mu dan jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain (iaitu jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain), jangan memuji-muji dirimu dengan memburukkan orang lain dan jangan sombong diri dengan merendah-rendahkan saudara2mu dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji orang."

(Dipetik dan diubahsuai dari Himpunan Kisah2 Malaikat terbitan Darul Nu'man oleh Muhammad Isa Selamat tahun 2001 cetakan ke-3)

Macam mana? Apa perasaan setelah membaca kata-kata dari al-amin? Dari seseorang yang sentiasa berkata benar sepanjang hidupnya, malahan sebelum diwahyukan supaya menjadi rasul untuk ummat manusia selepasnya? Sebagai utusan untuk kita? Suka hati kamu untuk mempercayainya atau tidak, tetapi saya memilih alternatif/jalan yang lebih baik. Saya katakan alternatif sebab memang manusia diberi alternatif, diberi pilihan antara dua. Antara syurga dan neraka. Antara redhaNya atau laknatNya. Tiada pilihan ketiga. Hanya ada A dan B, tiada C apatah lagi D. Saya memilih syurga. Saya memilih redhaNya. Saya mahukan redhaNya. Saya inginkan redhaNya. Saya rindu untuk bertemu denganNya. Bagaimana dengan saudara2ku di luar sana? Apakah pilihan kamu? Sedarlah, kita semua BOLEH MEMILIH. Maka pilihlah untuk menjadi orang2 yang berjaya, janganlah kita menjadi manusia yang rugi (Khasirun).

No comments: