Saturday, April 11, 2009

Hitam dan Kelabu

HMM. Dulu hitam. Sekarang dah kelabu sikit.

Ape kelabu-kelabu ni? Bulu kucing ke? Warna baju ke?

Tak pun macam satu pepatah tu, "Kelabu **** anjing"?

Hohoho. Bukan. Semuanya bukan.




Kalau ada orang dapat teka, bererti dia memiliki sekeping hati yang lembut dan penyayang.
Huhu..



Sebenarnya itu warna rambut mak. Dan juga ayah.



Dulu masa kecik-kecik tak nak tengok betul-betul. Tak ambil berat. Yang aku tahu cuma masalah diri sendiri je. Sekarang bila dah bertukar warna, barulah aku perasan.


Bahawa diriku dikurniakan seorang ibu dan ayah yang cukup menyayangi anak-anaknya.

Bahawa diriku sebenarnya anak yang bertuah.

"Memang bertuah! Mak cakap dah setengah jam tadi..kamu asyik cakap "ye mak, kejap lagi angah buat..kejap lagi, kejap lagi .." Last-last mak jugak yang buat..Bertuah punye budak.."

Memang itulah yang sering ibuku ucapkan kepadaku. Orang lain mungkin boleh tersengih-sengih macam kerang busuk, tapi aku ni jenis yang ekstrim sikit.

Aku bersifat 'defensive'. Maksudnya aku ni sebenarnya pantang ditegur. Kalau ada sesiapa yang tegur aku, tambah-tamabah waktu tu kepala tengah berserabut...apa lagi...jawabnya meledakla bom atom kat Malaysia!

Takdela garang sangat, bagi aku. Tapi hakikatnya aku rasa aku mmg garang. Sampai mak cik sebelah ayah aku cakap aku ni "cenge". Tu bahasa kedah, maksudnya "garang".


Kesian pulak kat mak ayah..


Haaii..kalau ingat2 balik aku ni memang seorang anak yg amat susah dijaga. (Sebenarnya dalam adik-beradik aku akulah 'dinobatkan' sebagai 'artis' paling popular dalam keluarga)


Pada zaman aku masih bayi, aku suka tidur dalam buaian. Buaian yang henjut-henjut manually tu. Mak ingatkan aku dah tidur, so dia pun lepaskan tangan. Elok je buaian tu berhenti, aku nangis.

"Waaa.....waaaa....waaa...meow.."

Ok, mane ade meow..Lantas, ibuku kembali mengayunkan buaianku dgn penuh kasih sayang. Oh, terharunya aku masa tu. Aku pun tidur kembali. Suasana rumah pun kembali sepi, sepi tanpa tangisanku yang comel itu.

"Ok. Dah tidur pun budak ni. Yes! Time mama pulak nak tido."(Mak aku kata dalam hati)

Satu..dua..


"Waaa..waaa..weee..uwee.."


"Ai..baru bilang satu dua dah jaga balik..waaa aku pun nak nangis jgk la.."(tangis makku dlm hatinya)

-perhatian: dialog adalah rekaan semata-mata. Tapi cerita ialah kisah benar.


Macam tulah kehidupan mak sambil menunggu aku membesar. Memang kene hayun buaian tu 24 jam. Agaknya mak aku time tu lagi rela hayun mangkuk kot drpd hayun aku!

Haha~takdela. takkanlah mak tak sayang anak. Ibu mana tak sayang anak kan? Yelah, dah kenal 9 bulan, mestilah dah jatuh cinta dengan bayi kan? Ke mana kita pergi, dia akan ikut bersama. Samalah jugak, mana dia pergi kita pun ikut. Yela, kongsi badan katakan. Macam remaja2 Malaysia sekarang, berkepit sana sini, kalah ibu mengandung. Ibu 9 bulan je, tapi 'generasi pemimpin' macam tak ada 'deadline' langsung kecuali kalau diorang betul2 akan mati time tu. Maka itulah 'deadline' mereka.


Mungkin diorang tu tak pernah nak usya kepala mak ayah diorang kot. Jangan cari kutu sudah. Kang tak pasal2 kene masuk hospital.


Maksudnya 'usya' rambut. Kalau dah mula keluar rambut2 putih, itu tandanya mereka semakin tua. Itu tandanya mereka semakin tak berdaya. Itu tandanya mereka pula yang perlu diberi perhatian. Itu tandanya mereka pula yang perlu dijaga.


Mak dan ayah. Mom and dad. Umi dan abi. Papa dan mama. Ringkas, tetapi cukup bermakna buat insan berpangkat anak.

Ingatlah jasa ibu bapa. Jangan berjanji kosong sahaja. Jagalah makan minum dan perasaan mereka. Wang tidak dapat menggantikan kasih sayang seorang anak.

Kasih sayang, itulah yang paling mereka dambakan di hari tua.


Mak, ayah, terima kasih atas segalanya.

No comments: