Terlebih dahulu saya memohon maaf di atas kelewatan menyambung siri "Iblis Berdialog dengan Nabi Muhammad SAW".
Sebenarnya saya baru balik bercuti dari Indonesia, jadi tiada kesempatan masa untuk menyegerakan sambungannya. (Perkara baik mengapa harus dilewatkan bukan?)
Mari kita ikuti sambungan 'sembang-sembang' Iblis dengan Nabi Muhammad SAW...
Rasulullah SAW : Hai Iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar seksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?
Hai laknatullah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberi pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberi kekuatan kepada anggota engkau?
Iblis : Adalah sekaliannya itu ialah anugerah Allah SWT Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takbur serta khianat telah menyebabkan hamba melakukan sebesar-besar kejahatan.
Tuan Hamba juga sedia maklum bahawa hamba pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan hamba telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Hamba pun mendiami tempat hamba dan beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.
Tiba-tiba datang firman Allah SWT kepada hamba sekaliannya mengenai dijadikan-Nya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka hamba membantah kerana tidak suka berkhalifah.
Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan hamba dan sekalian malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali hamba seorang enggan bersujud dan hamba telah mengingkari hukum-Nya.
Maka hamba dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknati-Nya hamba sehingga Hari Kiamat. Wajah hamba yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Hamba sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam.
Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan.
Hasad dengki hamba menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka.
Akhirnya hamba telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan.
Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati.
Itupun hamba masih tidak berpuas hati sehingga hamba dapat melakukan pelbagai tipu daya ke atas sekalian anak cucunya sehinggalah ke Hari Kiamat.
Tetapi Tuan Hamba telah menghalang pekerjaan hamba dengan menarik mereka supaya memeluk Islam.
Adapun sebelum Tuan Hamba diputerakan ke dunia ini, hamba bersama-sama bala tentera hamba mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bidaah dan karut.
Tetapi apabila Tuan Hamba zahir ke dunia ini, maka hamba tidak diizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan hamba tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umat Tuan Hamba. Ramai malaikat yang menjaga dipintu tiap-tiap lapisan langit dan jika hamba berdegil untuk naik ke langit, nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera hamba daripada golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Hamba dan bala tentera hamba amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula Tuan Hamba dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekalian raja-raja dan di khalayak ramai.
Rasulullah SAW : Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?
Iblis : Pertama, hamba palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran sama ada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka.
Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba...
Petikan dari buku "Rahsia untuk Umat Islam", terbitan E Noble Marketing, Ogos 2007, susunan Nazri Zakaria, m/s8-11.
Rakan-rakan seagamaku sekalian, apakah yang anda rasa pada saat ini? Adakah anda berasa geram dan marah dengan perangai atau sikap syaitan/iblis yang tidak habis-habis dengkinya kepada Adam? Dendam si Iblis hanya kepada Nabi Adam a.s yang tidak melakukan apa-apa kesalahan pun kepada Iblis (laknatullahialaihim), tetapi dendamnya itu turut dilampiaskan juga kepada keturunannya. Dan siapa pula keturunan Nabi Adam a.s yang dimaksudkan? Tepuk dada sudah tahu itulah kita.
Saya ingin berkongsi suatu "rahsia" kepada sesiapa yang mahu. Kalau tidak mahu usahlah diteruskan membaca artikel ini. (Hehe..tapi bila sebut sahaja perkataan "rahsia" mestilah hati sudah tertarik mahu tahu bukan?..)
Ehem2x. Macam ini.
Saya sudah agak lama memerhatikan ragam dan keletah masyarakat akhir-akhir ini. Maklumlah, orang tengah bercuti, setiap hari duduk rumah tengok tv ajelah. Takpun pergi 'shopping' atau keluar jalan-jalan sekali sekala..The main point is, aku tak ade kerja lain, jadi aku pun mulalah "hobi baru" ni..iaitu menganalisa manusia. (gelak)
Masih berminat nak tahu? Ke korang dah mula rasa aku ni tengah mengarut tah hape-hape? hehe..
Ok, daripada pemerhatianku secara tidak langsung, cara termudah untuk mengenali seseorang itu ialah dengan berbual dengannya. Yes, the easiest way to get to know somebody better is to talk. To him/her. (Janganlah cakap sorang-sorang pulak..)
Jangan memandang rendah dengan 'kuasa' kata-kata(the power of words). Buktinya? Senang aje, tengok berapa banyak manusia yang tertipu dengan kata-kata iblis dan syaitan..yang murtad, yang kafir, yang tamak, sombong, bakhil dan bermacam-macam lagi sifat buruk manusia yang semakin lama makin jelas kelihatan. Dan..dan..jangan juga kita lupa bahawa Rasulullah SAW bersama-sama Al-Quran yang diwahyukan kepada baginda telah berjaya mengislamkan generasi demi generasi manusia, telah berjaya mengubah MASYARAKAT DUNIA menjadi makhluk yang bertamadun dan berakhlak baik. Bukankah Al-Quran itu cuma sebuah buku? Cuma buku yang dipenuhi dengan kata-kata? Tapi bagaimana SEBUAH BUKU boleh menyebabkan kita menangis dan menginsafi perbuatan yang lalu? Jika benar Al-Quran adalah karangan Muhammad SAW, yang buta huruf itu, yang tidak tahu membaca dan menulis itu..jika benar sepertimana dakwaan mereka yang kafir..jika benar..saya tanya anda semua, bagaimana kitab itu boleh membuatkan kita menangis? Bagaimana sebuah buku boleh menyebabkan kita jatuh sayang kepada Muhammad SAW..sedangkan kita TAK KENAL PUN ORANGNYA? TAK PERNAH JUMPA, TAK PERNAH TENGOK RUPA PARASNYA? Tak pernah..tak pernah jumpa pun walau sekali. Hanya mengenalinya melalui kisah-kisah yang diceritakan turun-temurun, yang tidak mengisahkan raut wajahnya, tetapi kebanyakan ceritanya menghuraikan betapa tingginya akhlak baginda.
Magis? Sihir? Macam Harry Potter? (gelak) Oh, jadi, Muhammad berjaya menyihir jutaan manusia dengan kitabnya..selama lebih 14 abad lamanya, meskipun dia telah mati(wafat)? Begitu? Wah, hebat benar kuasa kata-kata 'karangan' insan bernama Muhammad ini!
Tapi, apa pula kata dua dari Muhammad (SAW) ini? Dia tidak mengatakan bahawa Al-Quran itu ciptaannya. Karangannya. Hasil buah fikirannya. Tetapi katanya, "Saya hanyalah pemberi peringatan buat sekalian alam ini. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dan Muhammad itu pesuruh Allah. Sembahlah Allah, Tuhan Semesta Alam. Al-Quran ini ialah wahyu dari Tuhan, Pencipta Alam Semesta. Berimanlah kamu kepada Allah Yang Maha Esa. Dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun."
Banyak lagi pesanan Muhammad (SAW). Orang-orang kafir mendakwa bahawa Al-Quran itu 'karangan' Muhammad (SAW). Tapi, Muhammad (SAW) pula berkata Al-Quran itu wahyu dari Tuhan. O..key.. Jom sama-sama berfikir. Daripada kedua-dua pernyataan di atas, siapa yang kamu lebih percaya? Takkanlah nak ikut cakap orang luar, sedangkan 'penulis' itu sendiri telah menyatakan "Al-Quran itu wahyu Tuhan". Tidakkah bodoh namanya kalau kita dengar cakap-cakap orang luar yang TIDAK BERASAS. Bahkan, mereka boleh semak sendiri sejarah Muhammad (SAW) dan akan jelaslah bahawa baginda sememangnya TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS. Macam mana pula baginda nak tulis sesuatu yang begitu cantik susunan bahasanya seperti Al-Quran? Bahkan, bangsa-bangsa bukan Arab di seluruh dunia turut mengakui kecantikan, keindahan gaya bahasa Al-Quran.
Nah, sekarang kamu percaya kekuatan kata-kata? Kalau tak percaya silalah baca semua buku dalam dunia ini, termasuklah kitab Bible dan kamu bandingkan sendiri, kitab mana yang paling hebat.
Ok. Berbalik semula kepada "rahsia" yang hendak saya kongsikan.
Kalau kita hendak mengenali hati budi seseorang dengan sebenar-benarnya, kita tak boleh menilai dengan sepintas lalu sahaja. Tidak bolehlah hendak memutuskan bahawa seseorang itu jahat pada pertemuan kali pertama hanya kerana dia berwajah bengis dan menyinga. Mungkin pada waktu itu dia sedang ditimpa masalah yang besar, seperti kecurian wang, jadilah muka dia macam nak makan orang. Cuba kalau kali pertama kita berjumpanya dalam keadaan dia baru lepas makan ke, atau dia dapat CGPA yang bagus, jadilah mukanya cantik dan berseri. Habis tu, bagaimana pula kita hendak betul-betul memahami dirinya yang sebenar? Soalan yang bagus. (gelak) Jawabnya kita haruslah meneliti kata-katanya.
Apa kata kita cuba memahami si Iblis ini? Allah SWT telah menegaskan berkali-kali, saya ulang, berkali-kali di dalam 'surat'-Nya kepada kita, di dalam Al-Quran bahawa IBLIS ITU MUSUH KAMU YANG NYATA. Tidak dinyatakan musuh lain di dalam Al-Quran, melainkan, BAGI MANUSIA, IBLISLAH MUSUH KETATNYA.
Secara peribadi, saya tidak suka bermusuh-musuhan. Untuk apa? Tiada faedahnya. Lebih baik berdamai. Semua orang akan 'happy' dan hidup dengan aman. Tapi..si Iblis (laknatullahialaihim) pula yang asyik mahu berdendam dengan manusia. Saya ditakdirkan menjadi seorang manusia, jadi saya tiada pilihan lain, saya harus berdepan dengan dendam iblis dan bala tenteranya. Saya ulang, saya tiada pilihan, bukan saya yang mahu bermusuh, bukan kita yang mahu mencari gaduh, akan tetapi jika kita tidak mempertahankan diri sendiri, nescaya binasalah kita, masuk nerakalah kita bersama-sama dengannya. Itulah ertinya "musuh".
Jelas sekali bahawa IBlis ini musuh yang berbahaya. MUsuh yang paling bahaya ialah musuh yang dendamnya tidak pernah surut. Sebab itu Allah SWT berpesan, mengingatkan kita selalu bahawa "SESUNGGUHNYA IBLIS ITU MUSUH KAMU YG NYATA".
Demi keselamatan kita dan generasi yang akan datang, bukankah elok dan baik sekali jika kita mengenali musuh ini? Bahkan musuh kita juga berusaha mengenali kita supaya diketahui kekuatan dan kelemahan kita. Kekuatan kita mereka elakkan, dan kelemahan kita mereka eksploitasikan. Kamu tidak berasa rugikah jika tidak mengenali musuh yang berbahaya ini?
Perhatikan betul-betul. Perhatikan dengan teliti butir bicara iblis dengan Nabi Muhammad SAW. Cara dia berbicara dengan Nabi. Perhatikan setiap tutur katanya dan kamu akan dapat mengenali, siapa sebenarnya iblis ini.
Di sini saya ingin berkongsi analisa saya terhadap cara iblis berbicara. Ini hanya pendapat semata-mata. Andai saya tersilap, anda dialu-alukan untuk memperbetulkan kesilapan fakta tersebut.
Dalam perbualan di atas, dan juga akan saya sambung dalam siri-siri akan datang, saya mendapati iblis masih menghormati dan mengakui Allah SWT sebagai Tuhan Yang Esa. Setiap kali dia ingin menyebut berkenaan Allah, dia menyebut "Tuhan Azza Wajalla", "Allah SWT", "Tuhan Yang Maha Besar" dan seumpamanya. Hal ini menggambarkan iblis memang mengakui kebesaran dan keagungan Allah SWT.
Tetapi, apabila dia menyebut tentang Nabi Adam a.s, dia menyebutnya "Adam" sahaja. Tiada kata Nabi atau kata-kata memujinya sepertimana kita apabila menyebut tentang Adam, kita berkata "Nabi Adam a.s".
Anehnya, apabila merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, dia menyebut pula "Tuan Hamba". Di dalam buku yang saya petik perbualan di atas tiada teks asal di dalam bahasa Arab, jadi saya kurang pasti apakah perkataan asal yang akhirnya diterjemah kepada bahasa Malaysia menjadi "Tuan Hamba". (Mungkin asalnya ialah "Ya Maulana" atau "Ya Saiyyidina" dll.) Apa pun, kelihatan iblis mempunyai rasa hormat kepada Nabi Muhammad SAW, meskipun baginda tetap keturunan Nabi Adam a.s. Mungkin iblis berkata begitu kerana takut kepada Allah SWT. Tetapi, di awal perbualan, iblis bersumpah bahawa setiap perkataannya ketika itu ialah benar. Allah lebih mengetahui.
Apa yang saya dapati di sini ialah satu karekter iblis. Dia masih mengakui "La Ilaha Illallah". Dan dia juga menghormati Nabi Muhammad SAW. Tapi kawan-kawan sekalian, di saat dia diperintahkan berbicara dengan Nabi Muhammad SAW, dia masih belum melupakan dendamnya pada Nabi Adam a.s. Bolehkah anda bayangkan, begitu lama masa telah berlalu, tapi dendamnya pada Nabi Adam a.s tidak pernah berhenti. Padahal ketika itu dia sedang berhadapan dengan penutup segala nabi dan rasul. Zaman dunia sudah hampir berakhir. Dia juga tahu tentang itu. Saya yakin, dia tahu.
Tapi, hanya kerana dendam lamanya itu, Allah SWT meletakkan iblis dalamSeperkara lagi, saya rasa dendam iblis sungguh tidak berasas. Dendamnya pada Nabi Adam a.s., tetapi dia menghormati Nabi Muhammad SAW yang merupakan keturunan Adam juga. Malah, dalam suatu kisah lain, iblis pernah meminta kepada Nabi Musa a.s supaya berdoa kepada Allah meminta diberikan peluang untuk diampunkan. Nabi Musa a.s gembira mendengar permintaan taubat iblis itu lalu berdoa. Kemudian disampaikan kepada iblis bahawa Allah SWT bersedia menerima permohonan ampun itu dengan syarat ; iblis bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kamu tahu apa jawab iblis? Jawabnya, "Sedangkan ketika Adam hidup pun aku tidak bersujud padanya, inikan pula ketika Adam telah mati." Kemudian iblis berlalu pergi. Inilah penyakit dendam. Saya juga tidak faham sifatnya. Benarlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
golongan "kafir", iaitu tidak beriman.
Ambillah pengajaran, kawan-kawanku. Disebabkan iblis tidak mahu bersujud/beri penghormatan kepada Nabi Adam a.s. ketika Allah SWT berfirman begitu, dia ialah kafir. Dan siapa yang mengikutinya juga kafir. Saya yakin, terdapat hikmah yang besar di sebalik semua ketentuan Ilah.
Janganlah kita sebagai keturunan Nabi Adam a.s berbangga atau berlagak pula hanya kerana ketika itu Allah SWT memerintahkan sekalian malaikat (termasuk iblis) bersujud/memberi penghormatan kepada Nabi Adam a.s. Itu tidak bermakna kita ialah makhluk terhebat di antara semua ciptaan Tuhan. Tidak. Tidak sama sekali. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajar kita begitu. Al-Quran tidak pernah 'berkata' begitu. Kita semuanya hamba Allah. Kecil, besar, manusia, jin, semuanya hamba Allah. Tiada satu pun di atas yang lain..kecuali, Allah Yang Maha Tinggi. That's it. That's the simple truth.
Saya percaya Allah SWT Yang Maha Bijaksana menetapkan takdir ini sebagai pengajaran..untuk semua makhlukNya. Saya rasa..Allah SWT ingin menguji iblis di saat itu..apakah dia akan patuh kepada perintah-Nya..walaupun perintah itu 'nampak pelik' sedikit. Dan iblis memilih untuk mengingkari perintah Allah. Ya..dia telah diberi pilihan, dan dia memilih sendiri jalannya.
Bagi manusia, ini satu pengajaran yang besar sebenarnya. Iaitu..Taatilah segala perintah Allah. Sama ada kamu suka atau tidak, taatilah perintah-Nya. Sabarlah dalam mentaatiNya. Yakinlah bahawa Allah SWT itu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Apa yang diperintahkan kepada kita sememangnya baik untuk diri, keluarga dan masyarakat. Allah dah tahu macam mana sifat manusia yang sebenarnya. Apa yang ditetapkan sesuai dengan kemampuan kita. Percayalah.
Percayalah. Percayalah pada-Nya.
Bagi saya, itulah perkara paling penting yang Allah cuba diajarkan kepada kita. Percaya pada-Nya. Hanya Dia.
p/s: kepada kaum hawa, jangan marah ye, pasal saya 'highlight' "kerana perempuan itulah" dalam dialog di atas. Sebagai peringatan sahaja. Bukan mengatakan ini semuanya salah perempuan, oh tidak. Cuma.. itulah pengaruh wanita ke atas kaum lelaki. Kita harus bijak memanipulasikan 'pengaruh' ini, iaitu, gunakannya ke arah kebaikan. Contohnya menasihati suami kelak supaya berakhlak baik dsb.
Posted on 11:40pm
No comments:
Post a Comment