Wednesday, May 27, 2009

Iblis Berdialog dengan Nabi Muhammad SAW-bhgn 5

Wednesday, May 27 2009

Rasulullah SAW : Bagaimanakah tipu daya engkau terhadap umatku?

Iblis : Adalah umat Tuan Hamba kepada hamba ada 3 golongan;

1.Seperti air hujan turun dari langit yang menhidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahan-Nya dan kata malaikat Jibril a.s., "Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat."

2.Umat Tuan Hamba itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah dan banyak membuat kebajikan.

Dan (3.) Umat Tuan Hamba itu keadaannya seperti Firaun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal akhirat.

Maka sukacitalah hamba kepada mereka (umat ke-3) lalu hamba masuk ke dalam tubuh mereka, hamba putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal di atas jalan kejahatan, hamba tarik ke mana (sahaja)sesuka hati hamba, jadi senantiasalah mereka bimbang dengan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah golongan yang miskin yang hendak beribadat, hamba goda mereka supaya meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka hamba lupakan mereka dari beramal, tidak mahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mereka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan ke jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah mereka yang kaya asyik dengan perebutan dunia, bercakap besar dengan sesama Islam dan benci serta menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka ke jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan(majlis) tarian.

Rasululllah SAW : Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?

Iblis : Orang-orang yang meringankan syariat Tuan Hamba dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam.

Rasulullah SAW : Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?

Iblis : Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.

Rasulullah SAW : Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?


Iblis : Jika seorang muslim ingin membuang air besar, jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk memohon perlindungan daripada syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedarinya.


(Doa sebelum masuk tandas)

Allahumma inni a`uzubika minal khubsi (huruf
sa, bukan sin) wal khabais (juga sa, bukan sin)

Maksudnya : Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kotoran-kotoran yang keji.


Jika masuk ke tandas, dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar tandas dahulukan pula kaki kanan; dan apabila jauh 4-5 langkah dari tandas,


Ghufranakal hamdulillahil lazi azhaba `annil aza wa `afani (Saya mohon ampun
daripadaMu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan dariku dan
telah memberi kesihatan kepadaku.)

Apabila telah bersuci maka bacalah doa ini;


Allahumma tohhir qolbi minan nifaq wa hassin (huruf sod) farji minal fawahisy.
(Maaf, tidak disertakan maksudnya di dalam buku tersebut.)

Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah hamba daripadanya.

Rasulullah SAW : Hai Iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?

Iblis : Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca;


Bismillahi allahumma janibnasy syaiton, wa jannibisy syaitona ma rozaqtana
(Dengan nama Allah, ya Tuhan kami, jauhilah syaitan dari kami dan jauhkanlah
syaitan itu daripada yang Engkau kurniakan kenikmatan kepada kami.)

Maka larilah hamba daripadanya. Dan jika dia tidak membaca doa tersebut, (maka) hambalah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya, dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat baik atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibu bapanya.


Tidakkah kita gerun mendengar pengakuan iblis ini? Jijik betul cara Iblis hendak menipu manusia. Yang lebih menakutkan ialah..itu baru tipu dayanya terhadap pasangan suami isteri yang sah..bagaimana pula dengan manusia yang BERZINA? Marilah kita memperbanyakkan doa, minta dilindungi daripada tipu daya iblis yang laknat itu. Laknat Allah SWT dijanjikan ke atasnya sehinggalah hari kiamat.

Iblis : Demikian juga sekiranya mereka makan dan minum jika tidak membaca "bismillahir rahmanir rahim" maka hambalah yang mendahului makan dan minum daripadanya, maka makanlah ia, sedangkan tiada kenyang.

Semaklah diri sendiri, berapa kali kita ucap bismillah, sebut nama Allah sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut? Kalau saya..satu, dua..tiga..tambah lagi makanan snek ringan tu..entahlah. Banyak kali sangat makan dalam sehari. (Sampai gemuk dah pun..)Patutlah tak kenyang-kenyang..asyik nak makan saja. Rupa-rupanya makan tak ingat Tuhan. Itulah dia, kita lupakan Tuhan..Tuhan pula lupakan kita. Mahukah kita terus-terusan bersikap begini? Sedangkan banyak pahala boleh kita dapat dengan menyebut nama-Nya, insya Allah. Ok, kalau kita suka makan juga, kita boleh jadikan sikap itu sebagai bisnes! (ketawa)Iya..bisnes untuk mengaut pahala. Setiap kali hendak makan, kita ucap "bismillah". Itu paling ringkas. Kalau nak pahala lebih sikit (insya Allah), panjangkan sikit, "Bismillahi rahmanir rahim". Setiap tegukan air ucap bismillah. Bila sudah habis ucap alhamdulillah. Jadi, dah berapa banyak pahala kita dapat? Seronok kan jadi orang Islam. Hendak makan pun boleh dapat pahala lagi. Dan, tambahan lagi, kita telah menutup jalan bagi iblis dan syaitan untuk 'tumpang' makan sekali. (Tak geli ke?) Apabila syaitan lapar..mereka pun takde tenaga nak kacau kita. Sebaliknya kita pula dilindungi dan makanan kita diberkati. Tenaga yang diperoleh akan menguatkan tubuh untuk menjalankan perintah Allah..terutamanya apa? Betul tu, solat. Nampak tak telah terjadi satu kitaran di sini, macam logo 'recycle' itu. Apabila kita baca bismillah, syaitan tak dapat makan sekali. Dan kita pula akan rasa kenyang yang original. (maksudnya, tak adala nak makan banyak sangat) Makan dah cukup maka badan akan rasa bertenaga, dan tidaklah kita rasa terlalu berat sampai malas nak solat. Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, dengan izin-Nya, perut harus dijaga, supaya nanti ia tak merengek minta diisi. (Faham2la kan?)Tapi, kalau penuh sangat..aduh, malas pula rasanya. Rasa macam lagi berat daripada ikan paus. (ketawa)Kan Rasulullah SAW cakap, "Solat itu tiang agama." Solat itu memang kunci yang penting untuk memperbaiki hati. Jadi, apabila solat semakin dijaga, semakin sempurna, kita akan lebih mudah..jauh lebih mudah untuk ingat Tuhan. Waktu makan sekalipun kita akan ingat Tuhan. Bila ingat Tuhan, kita baca bismillah. Dan..ia akan terus berkitar..dan berkitar.

Sekarang faham kenapa syaitan itu musuh manusia? Mereka ini licik(sebenarnya nak kata pandai boleh juga, tapi disebabkan mereka ini golongan penipu, jadi perkataan licik lebih sesuai). Mereka tahu semua perintah Tuhan itu berkait rapat antara satu sama lain. Seperti satu rantai. Jadi, cara paling mudah ialah memutuskan rantai itu satu persatu. Tidak kiralah kecil mana sesuatu amalan itu (contonhnya, baca bismillah sebelum makan), ianya tetap sebahagian daripada rantai. Potong sikit-sikit, lama-lama putuslah rantai itu, tidak kiralah betapa kukuhpun bahan asal rantai tersebut. Oleh sebab itulah..SEBAB ITULAH..JANGAN TERMAKAN DENGAN PUJUKAN MEREKA, TIDAK KIRA APAPUN. Mereka ini licik. Eh, dah terulang pula.

Tapi, rasul kita juga pintar. Baginda menyoal iblis supaya mendedahkan jalan keluar, supaya, mudah-mudahan umatnya mengambil iktibar.

Rasulullah SAW : Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipu dayamu?

Iblis : Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya, serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk,nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yagn membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat, inilah doanya :


Ilahi lastu lilfirdausi ahla. Wala aqwa `alan naril jahimi. Fahab li
taubataw waghfir zunubi. Fainnaka ghafiruz zanbil `azhimi...


Aik, itu saja caranya? Ingatkan apalah tadi..Janganlah terkejut. Ya, bertaubat. Walaupun nampak mudah, tapi nak mencapai taubat nasuha, seperti yang selalu diajarkan oleh cikgu-cikgu kita di sekolah dulu, bukan senang. Sebab syaitan tidak akan duduk diam macam itu sahaja. Taubat harus berterusan. Sampai mati pun harus selalu minta ampun pada Tuhan. Beringatlah, kita ini bukannya hebat mana pun. Sekadar ada akal fikiran, itulah kekuatan manusia. Boleh belajar ilmu-ilmu baru, lalu menggunakan ilmu itu untuk mencapai pelbagai kemajuan. Kemudian..terus lupa asal usul. Lupakah kita, kita ini hanyalah dua sel kecil yang bercantum, kemudian menjadi segumpal darah. Daripada gumpalan darah itulah 'kita' membahagi menjadi ratus, ribu, juta dan berbillion-bilion sel sehingga..tada! Menangislah kita di pangkuan ibu. Ingat..kita adalah gumpalan darah. Tidak lebih daripada itu. Kemudian Tuhan menyempurnakan, lalu menciptakan seorang hamba, supaya kita menyembah pencipta..

Posted at 5:51pm

1 comment:

GeeHunT DyaNeZ said...

dis one is the best among da greatest ! hehe