Monday, May 11 2009
Ibuku
Engkaulah
Ratu di hatiku
Seringkali itulah
Umpama ungkapan yang dilafazkan
Para insan yang bergelar anak
Lafaz yang menjadi saksi
kasih kami buat ibu-ibu
Wanita
Yang bertarung nyawa
Bagaikan bakal syuhada
Kelihatannya beraksi di medan perang
Namun hati mereka kuat memuji Ilahi
Menghunus mata pedang bukan demi mempamerkan keganasan
Kekuatan mahupun keperwiraan
Tetapi tahukah kita
Sedarkah kita
Bahawa mereka bertarung demi supaya
Kita mengenal
Siapa itu Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Janganlah kita turut mengalpakan diri
Kepada insan yang juga berjuang
Bertarung nyawa
Supaya kita dapat melihat dunia
Sehinggakan ada yang gugur
Di medan kelahiran
Wahai ibu
Ummi
Emak
Dan mama
Kami ingin sekali agar kamu mengetahui
Bahawa setiap hari adalah
Hari Ibu bagi kami
Selamat Hari Ibu
Tanggal 10 Mei 2009 menyaksikan seluruh dunia menyambut Hari Ibu buat kesekian kalinya. Setiap hari Ahad yang kedua (second Sunday) pada bulan Mei, maka itulah hari Ibu tahun itu. Macam-macam hadiah dan penghargaan yang anak-anak berikan sebagai 'pengiktirafan' jasa ibu. Tetapi, ianya menjadi 'puppet' apabila anak-anak hanya mengingati ibu-ibu pada hari itu sahaja. Ataupun dijadikan medan promosi oleh pasar raya bagi melariskan jualan mereka, sekaligus menipu pengguna supaya membeli barang-barang yang dilabelkan sebagai "hadiah buat ibu tercinta".
Hei, jangan marah dulu! Saya bukannya mengajak anak-anak untuk tidak menghadiahi barangan istimewa buat ibu kita. Sebagai seorang anak yang ibunya masih bernafas di dunia ini, saya juga mempunyai perasaan sayangkan ibu saya. Sudah tentu saya juga ingin menggembirakan hatinya.
Tapi, tahukah kita apakah hadiah yang paling berniai buat seorang ibu?
Perhatian, belaian kasih, kata-kata yang sopan serta lemah - lembut, pertolongan, kejayaan dalam hidup. Itu. Itulah yang paling dimahukannya.
Dan yang paling utama : Mendengar kata-katanya.
Masih ingatkah kita saat-saat kita 'tertinggikan' suara terhadap ibu? Dan juga ayah? Pernahkah kita berhenti sejenak daripada menonton televisyen dan menghitung berapa kalikah kita berkata, "Ala..kejap lagilah mak..nanti angah buatlah..". Adakah kita ingat yang punggung kita masih 'terlekat' di hadapan kaca TV dan tugasan itu telah pun diselesaikan oleh ibu?
Saya? Bukan hendak mengutuk diri, tetapi amatlah jarang saya mengingati semua itu.
Merendah diri? Tidak. Saya tidak rasa begitu. Hakikatnya semua itu pernah dilakukan. Ya, memang pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat.
Habis, apakah yang tersimpan di dalam kotak ingatan diri?
Gelak ketawa. Enjoy dengan member. Tengok Spongebob. Smallville. Main permainan pokemon. Minta dibelikan 'teddy bear'. (Sekadar contoh ya teman-teman)
Sayalah orangnya yang 'tertinggikan' suara itu. Sayalah yang ambil mudah segala permintaan emak, yang meminta saya menolongnya, sampaikan pertolongan saya tidak lagi diperlukan. (Sebab kerja tu dah siap pun.) Sayalah manusia, anak yang mementingkan diri itu.
Nak tahu tak? (Tak nak pun takpe, saya nak cerita juga..)
Bila dah besar, bila kita pula yang bakal membesarkan generasi kecil, ketika itulah baru "celik mata". Pada masa itu, barulah tersentak. Tersedar bahawa selama ini aku dijaga. Bagai menatang minyak yang penuh. Penuh berhati-hati agar tidak tertumpah walau setitik. Walaupun aku bukan minyak, tapi aku boleh memahami perasaan minyak itu. (Gelak)
Barulah aku sedar yang aku tak akan sampai ke tahap aku sekarang ini kalau emak tak melahirkan, mendidik dan membesarkanku. Kalaulah mak buang aku kat tepi semak..bagaimanakah nasibku kala ini? Entah-entah dah lama jumpa Tuhan.
Suka saya ulangi, inilah hakikat.
Bahawasanya IBUKU TIDAK MEMBUANGKU.
Malah IBUKU DI SISI,
MENYUSUKANKU,
MEMBASUH NAJISKU,
BERJAGA MALAM KERNA TANGISKU.
Kamu tahu apa pula hakikat diriku? Hakikatnya aku telah buat endah tak endah dengan ibuku. Mungkin ada yang berpendapat aku ini terlalu menghukum diri, tapi, seperti yang aku katakan, inilah hakikat. Memang perkara yang lepas akan kekal menjadi yang lepas..tetapi aku tetap tak dapat memaafkan diri dengan apa yang telah aku buat. Lagipun kuasa memafkan bukan terletak di tanganku. Mujurlah Yang Maha Adil yang akan mengadili, jadi semua manusia akan mendapat hak mereka masing-masing.
Di sini inginku berkongsi satu pesanan. Suatu mesej mudah yang emak selalu berpesan kepada kami anak-anaknya :
"Innamal a'malu binniat. Setiap amal itu bermula dengan niat. Walau apapun
yang kita lakukan, niat di hati hanya Allah Yang Mengetahui. Jadi, asas sesuatu
perbuatan itu ialah niat. Yang penting ialah niat yang ikhlas. Dan selalulah
percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Bagiku, apa yang dapat diertikan daripada mesej ibuku ini ialah Allahlah yang paling penting melebihi segala-galanya. Dan..setiap perbuatan itu bermula dengan niat, bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW :
"Umar Al-Khattab berkata : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda
: Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amal, tergantung pada niat. Dan setiap
orang teranggap (bergantung) kepada apa yang ia niatkan. Maka siapa yang
berhijrah (dari kafir kepada Islam) semata-mata kerana taatkan Allah dan
Rasulullah, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasulullah. Dan siapa yang
berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia niatkan." (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Dijelaskan Imam Nawawi r.a di dalam kitabnya Riadhus Solihin, bahawa hadis ini menegaskan betapa pentingnya niat dalam menentukan sesuatu amal itu sah atau tidak, dan oleh sebab itulah ulama meletakkan niat sebagai rukun pertama di dalam semua ibadah. Lihatlah betapa pentingnya niat hati yang ikhlas dalam penentuan sesuatu amal itu diterima atau tidak.
Inilah pesanan Rasulullah kepada kita, umatnya. Ia jugalah perkara paling utama yang dipesankan kepadaku dan adik-beradikku.
Inilah 'pesan ibuku buat ummah' .
Posted at 4:40pm
No comments:
Post a Comment