Tidur kami tak lama. Sebab Subuh kat situ pukul 4:30. Waktu tu sepatutnya masih lagi dibuai mimpi, tapi kami kenela bangun sebab 5:30 je Subuh dah habis. Bayangkan, 5:30 tu baru nak masuk Subuh kat Malaysia! Kami 'breakfast' pukul 6 pagi. (fuyoo) Awalnya..orang Malaysia 'breakfast' air liur basi je lagi..(Kih3x)
Sepanjang di Surabaya, kami pun buatlah aktiviti yang paling digemari oleh para pelancong. Kali ni, bukan kaum ibu sahaja yang gila, bapak-bapak pun ikut..'SHOPPING'!
Tapi, aku rasa kami takdela sampai ke tahap beli apa saja yang nampak cantik. Sekadar beli untuk diri sendiri, alang-alang dah sampai kan, dan beli untuk adik. (hehe..kesian dia tak dapat ikut kali ni..)
Dikelilingi 'handbag' yang cantik2
Ayah nak buat jaket kulit, tailored punya
Ibu bergaya dgn jaket kulit
Kami jugak pergi ke Ladang Epal di Malang. (Memang namanya Malang..)
Ingat tak ada suatu masa tu, satu perkampungan di Indonesia ditenggelami lumpur berminyak? Sepatutnya tempat tu mereka nak gali petrol atau gas asli, tapi mereka tersilap langkah, jadi keluarlah lumpur berminyak yang panas. ini gambarnya..
Nampak tak kepulan asap? Kat situlah tempat keluar lumpur.
Masih panas sampai skrg
Masjid Muhammad Cheng Ho
Lepas di Surabaya, kami ke Jogja.
Kami pergi Borobudur..tgk istana Sultan Hamengku Buwono..Di Indonesia, cuma ada 3 sultan, sultan jogja, sultan sulu dan..satu lagi aku tak tau.
Aku memang sangat gembira..dah lama tak bercuti macam tu. Lepas ni jgn harapla nak ada cuti macam ni lagi..hehe..
p/s : Bnyk lagi gambar, tp disebabkan lembab sgt blogger ni, aku tak larat nak tunggu di'uploadkan' semuanya.. ok2..blogger tak lembab, aku je tak sabar..
Posted at 2:11pm
3 comments:
aku pakai je jubah walaupon gedek bangat..hehe
yeke, nak pinjam..
dh bg balik la...xsmpt la hg..tgu hg wisuda la plak hee
Post a Comment