Friday, April 23, 2010

B`adu al-Kahfi

Jumaat, April 23, 2010.
Kemas kini terkini Sabtu, April 24, 2010.

Bismillah ar-Rahmanur Rahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pada sayyidul ayyam (penghulu hari) yg diberkati Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ini, inginku berkongsi suatu lagi pengalaman diri...suatu perjalanan diri...yang semakin menambahkan kepercayaanku pada Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Yang semakin menambahkan imanku pada ilahi.

Yang semakin menambahkan rasa cintaku pada-Nya yang tidak berbelah bahagi.

Sahabat-sahabat..
Sudahkah anda semua bersedia..?

Untuk bersama-sama menelusuri kisah kehidupanku..b`adu al-Kahfi..

Begini kisahnya...

USTAZ SHAARI ISMAIL (kalau tak silap ingatanku)
-Membongkar rahsia freemasonry..illuminati..dan seumpama dengannya..
-Membedah filem 2012 dan filem2 hollywood lain
(lebih kurang macam inilah isi talk itu)

"Siapa nak pergi talk ni?" tanya Ummu Hurairah kpd rakan2nya.

"Emm..saya ada kerja lain la mlm ni, cuba tanya si A ke ..si B ke.."balas rakannya.

Alamak. Takde sape nak pergi ke? Nak pi sorang2 ke..? hmm..

"Kembaq, jom pergi talk ni. Busy ke malam ni?"

"Hmm..bolehla jugak. Nanti kita pi sama-sama." balas 'kembaqku'.

"Alhamdulillah! Ade geng.."

Keputusan dibuat. Langkah diatur bersama 'kembaqku'. Sedang elok je kami sampai. Baru nak bermula talk itu..

Tamat.

Laa..apa punya cerita ni..??

(senyum kambing)

Ini hanyalah pengenalannya sahabat2.

Sebenarnya..saya dah tak ingat sangat apa isi kandungan ceramah tu. (ceramah ke? lebih kurang la) Sebab informasi baru yang diterima sungguh banyak sehinggakan saya tidak dapat mencatat kesemuanya, apalagi hendak mengingatinya.

Itulah kali pertama saya mengetahui sedikit sebanyak tentang freemason atau illuminati atau lebih mudah lagi; pengikut Dajjal. Tidak kiralah berapa banyak nama yang digunakan, intipati 'perjuangan' mereka tetap sama.

Iaitu menyediakan dunia ini supaya menerima kedatangan raja mereka yang ditunggu-tunggu; Dajjal.

Anda mungkin tertanya-tanya, bagaimana dunia boleh 'menerima' Dajjal dengan mudah, sedangkan Dajjal itu terang-terangan jahat, dan fitnah yang terbesar, mengikut amaran Rasulullah SAW. Terutamanya umat Islam..takkanlah begitu mudah kita terpedaya dengannya, lantas dengan mudah menerimanya dalam kehidupan kita? Takkanlah kita begitu bodoh sehingga tidak nampak kejahatan dan fitnah serta kerosakan yang dibawanya..?

Kita mungkin tidak bodoh.

Cuma freemasons itu telah berjaya 'membutakan' pandangan kita..melalui cara2 mereka yang sungguh rahsia itu.

Telah berjaya dan akan terus berjaya..jika kita tidak bangun menghentikan penipuan mereka ini.

Namun, kisah yang ingin kukongsikan pada hari ini bukanlah secara terus mengenai golongan rahsia ini...tetapi lebih kepada bagaimana hendak melindungi diri daripada terus tertipu dengan rancangan dan komplot2 mereka..

Mungkin ada pelbagai cara yang dapat dilakukan. Namun yang pertama sekali. Apakah LANGKAH PERTAMA yang harus diambil oleh kita, generasi pemimpin ummah yang akan datang? What is THE FIRST STEP my friends?

Jawapannya ialah: Pembersihan hati.

Pembersihan seketul daging yang dimiliki setiap anak Adam. Pembersihan daging yang berada di dalam dada mereka itu. Di dalam dada kita juga.

Jadi, apakah caranya? Bagaimana mahu membersihkan sesuatu yang berada di dalam tubuh?

Saya ada idea! Apa kata kita belah dada kita dan cuci dengan klorox..?? (haha lawaknya..ish2 lawaknya..)

Mana boleh macam tu kan. Baik tak payah. Itu membunuh diri namanya! Kalau nak bunuh diri tak payah susah2 belah dada..terus minum klorox pun boleh..

Astagfirullah al-azim.

Banyak sungguh 'kemerapuan' hamba Allah yang seorang ni. Entah bilalah dia hendak menyampaikan maksud yang sebenarnya..(entahlah..)

Sahabat2, mungkin kita tidak boleh mencuci hati2 kita sepertimana Allah Taala berkehendakkan membersihkan hati kekasih-Nya Muhammad SAW. Iaitu tatkala Dia memerintahkan malaikat Jibrail a.s membelah dada Muhammad ibn Abdullah lalu membersihkan hatinya di atas dulang emas yang berisi air zamzam.

Tidak bolehlah seperti itu.

Tapi, manusia yang telah dibersihkan hatinya dengan air zamzam itu..telah meninggalkan kpd kita..cara untuk membersihkan hati kita pula.

Membersihkan hati2 kita daripada fitnah dunia akhir zaman.

Cara yang telah diperturunkan sejak zaman berzaman, melalui para sahabat, kemudian para tabiin..dan seterusnya sehinggalah sampai kepada kita.

Cara yang akhirnya sampai kepadaku melalui Ustaz Shaari Ismail.

Pesan beliau,
"Kamu tahukan macam mana nak melindungi diri drpd fitnah dajjal? Rasulullah SAW berpesan: Bacalah 10 ayat pertama surah al-Kahfi pada setiap malam Jumaat untuk melindungi diri drpd fitnah dajjal. "


"(Segala) puji bagi Allah yg telah menurunkan kitab kpd hamba-Nya (Muhammad) dan tiada kebengkokan (perselisihan) di dalamnya."

"(Bahkan) lurus, supaya dia (Muhammad) memberi peringatan dgn azab yg keras dari sisi Allah dan memberi khabar gembira kpd org2 yg beriman dan beramal soleh, sesungguhnya utk mereka itu pahala yg baik."

"(Sedang mereka) tinggal di dalamnya selama-lamanya."

"Dan memberi khabar takut kpd org2 yg mengatakan Allah itu mempunyai anak."

"Padahal tiada bagi mereka pengetahuan tentang itu dan tiada pula bagi bapa2 mereka. Alangkah buruknya kata2 yg keluar dari mulut mereka. Mereka tidak mengatakan demikian, melainkan semata-mata dusta."

"Boleh jadi kamu membinasakan dirimu sepeninggalan mereka, jika mereka tidak percaya kpd berita (Al-Quran) ini, kerana dukacita."

"Sesungguhnya kami jadikan apa yg di muka bumi sbg perhiasannya, supaya Kami uji, manakah di antara mereka, org yg lebih baik amalannya."

"Dan sesungguhnya kami jadikan (pula) di muka bumi tanah yg kering (tiada tumbuh-tumbuhan)."

"Adakah kamu menyangka bahawa penduduk gua dan batu bersurat, suatu tanda (kekuasaan) Kami yang ajaib?"

"Ketika berdiam (berlindung) pemuda2 itu ke dalam gua, lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan siapkan utk kami (keadaan) yg baik dlm urusan kami."

Sodaqallahul azim (benarlah (kata2) Allah Yang Maha Agung).

Sahabat2ku yg tercinta,
Marilah sama2 kita mengamalkan pesanan Rasulullah SAW kpd kita ini. Pesanan yang semakin perlu diamalkan kerana dunia sememangnya semakin pendek umurnya..

Lupakah kita akan peristiwa mikraj Rasul ke langit? Di mana ketika perjalanannya itu, baginda SAW bertemu dgn seorang perempuan tua yang teramatlah bongkok..sehinggakan berlipat-lipat bongkoknya itu. Lalu Rasul bertanya kepada malaikat yg menemaninya (tidakku ingat malaikat yg mana) :Siapakah perempuan tua itu? Maka jawab malaikat: Itulah bumi.

Bumi digambarkan begitu tua, seperti seorang perempuan tua yg telah bongkok sehingga banyak lipatan bongkoknya..lantaran TERLALU BONGKOK. Ianya menggambarkan betapa usia bumi KETIKA ITU sudahpun teramat tua. Sahabat2, bilakah KETIKA ITU yg saya maksudkan?

Hampir 1400 tahun yg lalu.

1400 TAHUN LALU.

Tidakkah anda rasa itu suatu tempoh yg cukup lama? Membuatkan kita tertanya-tanya..berapakah usia bumi yg masih berbaki? Bumi yg mana kaki kita masih berpijak di atasnya..bilakah saat 'kematiannya'? KEMUSNAHANNYA?

Tidakkah terlintas di hati kita..saatnya sudah hampir tiba: SAAT KEBANGKITAN SANGAT HAMPIR.

Tetapi..saya dan anda masih bernyawa bukan? Lalu antara kita dan bumi..siapakah yang akan menemui Izrail a.s terlebih dahulu? Atau..mungkin sahaja kita dan bumi ditemui oleh Izrail a.s pada waktu yg sama..? Bermakna..mungkin kita berpeluang menyaksikan saat 'kematian' bumi yg mana kita berasal drpdnya..

Bertuahnya..

Bertuahkah?

"Ya Tuhan..janganlah Engkau meninggalkan kami pada saat hampirnya kemusnahan al-Ardh. Tidak sanggup kami melihat waktu kiamat itu..manusia lari bertempiaran menyelamatkan diri masing2..anak yg dikandung gugur..anak yg disusukan ditinggalkan ibunya..debu2 berterbangan..kubur2 dibongkarkan..gunung2 dihancurkan..TAKUT..saat di mana manusia tidak putus2 memohon ampun: Ampun ya Tuhanku! Ampunkan aku Ya Tuhanku! Sungguh aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau..dan Muhammad pesuruh-Mu! Allah, aku bertaubat di atas dosa2ku..berikanlah aku peluang ya Rabb!! Ya Rabb...!!

Sudah terlambat. Pintu taubat yg terbuka seluas-luasnya sewaktu hidupmu..kini tertutup serapat-rapatnya. Tiada lagi taubat yg akan diterima. Tiada lagi rayuan ampun yg akan didengari oleh-Nya.

Apakah tidak cukup masa yg diberikan? Apakah tidak pernah sampai kepadamu peringatan drpd rasul2-Ku? Apakah alasanmu lagi..wahai insan yg alpa!!

Ya Tuhan..Ya Rabbana..kami berlindung dgnmu, mulai hari ini..sehinggalah HARI ITU. Kami meminta kpd-Mu, jgnlah Engkau matikan kami pada HARI ITU; di mana manusia2 yg tinggal adalah seburuk-buruk manusia..sejahat-jahat insan. Janganlah Engkau biarkan kami termasuk dalam kalangan mereka. Kami tidak mahu Ya Rabb.

Saat ini, bukakanlah hati2 kami utk mendengar peringatan-Mu. Sebelum terlambat, gerakkanlah tgn2 kami utk mencapai mushaf yg diselubungi rumah sang labah2..yg diselaputi habuk2 almari..pimpinlah kami supaya membuka kembali peringatan-Mu yang benar itu.

Kemudian berkata-katalah kpd kami, Ya Rabb. Kemudian berfirmanlah kpd kami Ya Rabb. Kami ingin mendengar! Kami menginginkan kata2-Mu..kami merindukan kebenaran ayat2Mu.

Kemudian kata kami: Kami dengar dan kami taati. "

Apakah belum sampai masanya wahai sahabat2ku? Sampai bilakah harus kita tunggu untuk mengamalkan pesanan2 Rasul..? Sampai bila?

Sampai kulit dah berkedut? Sehingga gigi tinggal dua? Sehingga kaki terketar-ketar untuk melangkah?

Atau sampai telinga menangkap TIUPAN SANGKAKALA?

Perlukah? Perlukah sehingga ke saat itu? Perlukah kita mendengar TIUPAN ITU terlebih dahulu..sebelum kita beringat?

Sebelum kita bergerak? Sebelum kita bertindak?

Kamu tidak perlu menjawab kepada saya. Bukan kpd saya yg perlu kamu berikan jawapan.

Tetapi menjadi tanggungjawab kamu menjawab kepada-Nya.

Jawablah dengan solat2mu yang khusyuk.

Jawablah dgn alunan ayat2Nya setiap malam.

Jawablah dgn bantuan sedekah wang, tenaga, atau ilmu kpd yg memerlukan

Jawablah...jawablah panggilan saudara2 kita di Palestin.

Itu tanggungjawab kita. ITU KEWAJIPAN KITA.

Sahabat2, sudah tiba masanya. Untuk membebaskan diri drpd belenggu fitnah. Drpd rantai2 fitnah yang mengunci tgn, kaki, bahkan mulut2 kita.

Di manakah hilangnya suara2 lantang yg memperjuangkan hak2 Islam?

Ke manakah perginya pergerakan2 muslimin?

Ke manakah hilangnya para pendidik sejati di sekolah2 kini?

Adakah..kerana generasi itu telah pergi ditelan bumi..?Adakah kerana tiada lagi penyambung generasi2 itu?

Nampaknya..itulah jawapan yang diberikan oleh ummah kini. Jawapan kita yg kita lontarkan pada Allah Taala..

Usahlah mengharapkan pemimpin. Usahlah. Tak payah. Hanya menambahkan pedih hati.

Harapkan Hosni Mubarak? Hmmh. Buat sakit jiwa saja.

Mereka yang kita lihat menerajui..layakkah dikatakan menerajui? Mereka yg berada di atas sekalian manusia kebanyakan..bukanlah pemimpin. Mereka ialah ahli politik. Justeru mereka ialah boneka. Boneka dajjal.

Usahlah letakkan harapanmu kpd pemimpin. Sesungguhnya para pemimpin telah mati! Mereka tiada lagi di bumi ini! Jasad mereka telah bersemadi di dalam perut bumi. Roh mereka pula menanti hari kiamat di alam barzakh..

Abu Bakar..Umar..Uthman dan Ali..Salehuddin..Umar al-Aziz..sudah tiada lagi.

Harapan. Tiada lagikah harapan buat ummah? Telah punahkah harapan utk Islam?

Belum. Belum lagi. Selagi saya dan anda semua membuat pilihan yang tepat.

Apakah pilihan itu?

Antara menjadi sekadar guru atau pendidik.

Antara menjadi sekadar ahli politik atau pemimpin.

Antara sekadar mengetahui sunnah Nabi...atau mengetahui dan mengamalkannya.

Soalan terakhir: Adakah kita manusia ala kadar...atau adakah kita MANUSIA YG DIBERI KEKUATAN DRPD IMAN??

Pilihlah. Sesungguhnya tiada paksaan dalam Islam. Maka pilihlah yg kamu sukai.

Pengakhirannya..akan saya kongsikan pengalaman sendiri..setelah mengamalkan 10 ayat pertama...al-Kahfi.

Beberapa hari yg pertama

"Aik? Kenapa cepat semacam je aku jalan hari ni? Selalunya lambat aku sampai kat kuliah..hari ni cepat pulak? Aneh.."

-Langkah diringankan.

Beberapa minggu berikutnya

"Rasa macam nak duduk depanlah. Nak duduk depan betul2 berdepan dgn lecturer."

"Wau! Tak sangka aku mampu absorb ilmu berkali ganda lebih pantas. Nak tanya soalan pun senang. Tak payah menjerit drpd atas..terus tanya je apa yg tak faham."

-Tabiat baru, mengubah tabiat lama iaitu duduk di blkg atau di tgh2, terutamanya waktu lecturer yg sukar difahami pengajarannya.

Dua minggu terakhir kuliah

"Hmm..alhamdulillah. Bagus jgk duduk front line ni. Topik2 terakhir aku tak perlu study kuat sgt, sbb dah faham dlm kuliah. Bolehla tumpukan topik2 awal yg dah terlupa tu..

Entah2..sebab aku cepat faham ialah sebab aku dok depan sekali. Bila lecturer mengajar, aku antara yg dpt make eye contact dgn dia. So, rasa mcm dia tgh ajar aku sorg, walaupun hakikatnya dia mengajar satu kuliah. Lagi satu..percakapan kan sound wave. Wave. Gelombang. Maknanya...bila aku duduk depan sekali, akulah yg dapat full blast wave tu. Dan segala ilmu yg disampaikan oleh wave tu. Bila terkena barisan depan..barisan yg belakang2 tu mesti dah kurang magnitud gelombang tu. So..kuranglah dapat ilmu yg cuba disampaikan. Hmm..teori baru ni...haha.."

-Ilmu sgt mudah difahami. Dan terasa diberkati. Sangat membantu di dalam peperiksaan.

Sehingga kini

"Tiba2 rasa nak tgk koleksi video "The Arrivals"...

"Wah, buku ape ni? Cantiknya cover dia..."Agenda Yahudi Menakluk Dunia: Rahsia di Sebalik Rahsia. Pendedahan eksklusif: 24 protokol yahudi." Wah..must buy2x.."

-Titik permulaan: ingin terus mengkaji pemikiran org2 Yahudi/ freemasons/ illuminati.

Dan banyak lagi perubahan positif seperti lebih mudah memaafkan kesalahan; lebih2 lagi kesalahan diri yg lampau. Maafkanlah diri anda..barulah anda dapat memaafkan org lain.

Apakah kelebihan mengamalkan pesanan Rasul yg satu ini? This particular one? Kesimpulan: Banyak fitnah dunia yg dibongkarkan Allah Taala untukku; drpd duduk tak tentu hala dlm kuliah kpd duduk di barisan hadapan sekali, drpd malu nak tanya soalan jadi lancang bertanya mcm peluru machinegun :), drpd tak tahu kewujudan video the arrivals hasil saudara2ku yg berhati tulus insyaAllah kpd terus memberikan titik permulaan untuk meneliti pemikiran musuh paling licik atas dunia ini. Padaku, budaya duduk belakang dan malu bertanya ialah fitnah. Suatu ujian. Atau mungkin suatu indoktrin yg berjaya diserapkan kpd bangsa Melayu melalui komplot dan kajian illuminati.

Dajjal berasal drpd perkataan Arab "dajjala" atau kata kerjanya "yudajjilu". Kalau tak silap, asalnya perkataan itu digunakan utk menggambarkan suatu tabiat masyarakat Arab terhadap unta, di mana mereka menutupi unta mereka dgn sesuatu apabila unta itu...entah, saya sudah tak ingat. (Sumber: The Arrivals).

Dajjala bermaksud menutupi. Maka al-dajjal bermaksud yang menutupi (maafkan jika tersilap). Menutupi kebenaran. Sinonim: Sebarkan penipuan/fitnah.

Jadi..adakah saya telah membantu anda? Bantu apa? Dalam membuat pilihan.

Saya harap saya dah luahkan yang terbaik pada kali ini. Mungkin..mungkinlah..selepas ini, blog ini akan di'black list'..haha. Saya tidak tahu. Tapi walau apa pun yg terjadi, saya tetap akan terus mengamalkan sunnah2 Nabi kita Muhammad SAW. Saya tetap meyakini kebenaran yg dibawa baginda...selama-lamanya.

Saya tetap meyakini...kebenaran Al-Quran al-Karim sampai bila-bila.

Wallahu`alam.

nota: Nama ustaz itu: Sha`ari Abd. Rahman. http://rijal82.blogspot.com. Sumber informasi: hud2 :)

Sumber:
1. Al-Quran al-Karim. Tafsir Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus. (2006) Klang Book Centre. ms 418-420.

3 comments:

Huda Idris said...

assalam.

nama saya huda.

thanks tim, good job. teruskan menulis.

saya tau cik tim banyak sangattt idea..

btw, sape kembaq tu? hehe

banyak dah sy merapu,komen utk entry plak:
betul, y pn setuju sgn cara pembersihan hati. ayat surah kahfi 10 akhir pn ble same2 kita amalkan. tq utk ingatan.

p.s : kalau x silap, nama ustaz tu sha'ari abd rahman, boleh lawat kat http://rijal82.blogspot.com =)

Ummu Hurairah said...

To darul@hud2: wasalam. Tq :) oo sha`ari abd rahman ke? ok. tx also. :)

Ummu Hurairah said...

oh, kembaq tu kwnku, bdk opto..huhu