Tuesday, January 11, 2011

Al-Fateh Workshop: Mutiara Pengalaman Berharga

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar para sahabat sekalian? Semoga kita terus memanfaatkan kehidupan dunia yang dikurniakan allah Taala yang merupakan nikmat serta ujian kepada hamba2Nya yang beriman.

Para sahabat sekalian,
sukacita ingin saya berkongsi pengalaman dua hari yang lalu bersama guru baru saya, Ustaz Syaari Abd Rahman. Walaupun hanya sempat bersama beliau selama tidak sampai pun sehari, tapi...izinkan saya memuji Ilah kita, Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar. Benarlah kata orang, sehari yang diberkati Allah Taala, lebih bermakna daripada setahun yang kosong dari keberkatan-Nya. Okey2, mungkin perbandingan sehari dan setahun itu agak hiperbola, tetapi itulah gambaran...serta perasaan yang terdetik di dalam mudghah (seketul daging) ini, sepanjang seharian bersama Ustaz. Sungguh, jika kita berkorban dan meletakkan niat yang ikhlas, insya-Allah, Ar-Rahman yang tidak pernah lokek, akan memberikan mutiara2 yang jauh lebih banyak, jauh lebih berharga, dan memang melebihi apa yang kita harapkan. Wahai Allah, itulah Engkau, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pada Ahad yang lalu, 9 Januari 2011, terima kasih kepada para komiti CAMPRO (Campus Dakwah Project) UIAM Kuantan yang bertungkus-lumus menganjurkan suatu bengkel yang amat, amat, teramat bermanfaat bagi diri ini, iaitu Bengkel al-Fateh, atau Al-Fateh Workshop, bersama seorang muslim yang telah beberapa lama mengkaji sejarah Sultan Muhammad ibnu Murad al-Fateh. Ustaz Syaari sekarang masih lagi menyambung pengajiannya di UIAM Gombak, kalau tidak silap, dalam menyiapkan Mastersnya, yang tajuknya bersangkutan dengan sejarah zaman Uthmaniah, lebih spesifik lagi berkenaan Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau juga baru sahaja siap menerbitkan bukunya bertajuk, "Kuasa Kepimpinan al-Fateh" terbitan PTS, yang sudah habis terjual 3000 cetakan pertama. Insya-Allah, beliau menjanjikan sebaik sahaja cetakan yang terbaru keluar, beliau akan segera menghantarnya kepada yang telah menempah sebelum ini, insya-allah harap segera tiba...

Saya sangat terhutang budi kepada Ustaz Syaari...kerana beliau telah membuka mata saya, juga hati saya. Yang ketandusan hero...yang kehilangan susuk untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi era akhir zaman yang amat mencabar. Buang bayi yang telah menjadi suatu 'kebiasaan', pemimpin mencadangkan agar negaraku, NEGARA ISLAM (pada nama sahaja nampaknya) menjadi HUB HIBURAN...Ya Allah, berdarahnya hati kami....sedihnya...sakitnya...pilunya....tapi hendak buat macam mana? Kami hanya mahasiswa, rakyat yang suaranya tidak diambil peduli...

Ya...pada masa kedatangan Dajjal hampir tiba...ya! Sebut sahaja nama itu, jangan takut! Jangan gentar! Kuatkanlah pergantungan pada tali Allah...kerana masanya hampir tiba...kitalah umat akhir zaman...tidak dapat disangkal lagi. Bersabarlah wahai sahabat2ku, sebentar sahaja lagi, kita akan pergi bertemu Rabb...sekejap sahaja lagi..bersabarlah sehingga kita menemui Allah dan Rasul-Nya...

Pada saat2 sebegini, Ustaz Syaari menunjukkan kepadaku, seolah-olah begini katanya kepada kami peserta2 bengkel; (Beliau tidak mengeluarkan kata2 ini, hanya tafsiranku semata-mata) "Tolehlah ke belakang dan ambillah drpd sejarah, seorang tokoh Islam yang agung, yang sifat pimpinannya dipuji oleh baginda Rasul saw, serta sifat tenteranya juga dipuji dalam hadis yang sama. Ambillah beliau sebagai contoh kamu. Ambillah Sultan Muhammad al-Fateh sebagai teladan kamu..."

Dipuji 800 Tahun Sebelum Kelahiran



Wahai sahabat2ku,
manusia apakah yang keperibadiannya telah mendapat pujian sebaik-baik manusia di bumi ini? Subhanallah, Rasulullah saw sendiri telah menyebut tentang kebaikan beliau dan tenteranya 800 tahun sebelum beliau lahir! (gambar atas). Siapakah gerangannya manusia hebat ini, yang mendapat pujian Rasul saw?

Latar Belakang

Beliaulah Muhammad al-Fateh, dilahirkan pada 29 Mac 1432M. Menjadi sultan kerajaan daulah Uthmaniah sebaya kita darjah 5, iaitu pada usia muda 11 tahun. Dan pada usianya 22 tahun, pada 29 Mei 1453M, bersamaan 20 Jamadil Awal 857 H, merealisasikan hadis Nabi saw, dengan berjaya menakluk Kota Konstantinople, yang pada hari ini dikenali dengan nama Istanbul. Pada usia saya, sahabat2 sekalian...sememangnya layak mendapat pujian Rasul saw...

Sebenarnya begitu banyak input yang saya dapat pada hari itu. Tentang latar belakang keadaan kerajaan Islam pada zaman itu (iaitu pada saat kerajaan Abbasiah jatuh dan khazanah ilmu semuanya habis dimusnahkan Hulagu Khan, kemudian muncullah kerajaan Uthmaniah dalam keadaan tersebut), tentang kekebalan Kota Konstantinople (29 percubaan untuk menawannya, 12 drpdnya oleh tentera Muslimin, selebihnya oleh tentera Salib), tentang percubaan untuk menawannya sejak dari zaman sahabat Nabi saw lagi, dan hanya berjaya selepas 800 tahun kemudian, dan yang terpenting ialah analisa sifat kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh. Memang, saya sangat bersyukur dapat bertemu dengan Ustaz Syaari yang amat pakar analisisnya dalam sejarah Sultan Muhammad al-Fateh, sehinggakan saya yang pergi dengan zero knowledge, tidak tahu apa2 pun pasal peristiwa bersejarah itu, merasakan seperti baru melewati sendiri Kota Konstantin, medan peperangan bersejarah itu. Sungguh nikmat..

Baiklah, biarlah saya menceritakan serba-sedikit perjalanan bengkel itu...

SESI 1 - ASAS PERBINCANGAN

Sebelum membentangkan latar belakang, Ustaz Syaari menekankan suatu perkara. Iaitu beliau asyik mengulang-ulang ASAS.

Apakah ASAS perbincangan kita pada hari ini? 
Kenapa hendak membincangkan sejarah penaklukan Konstantinople? 
Kenapa perlunya menganalisa peribadi manusia yang berjaya menakluk Konstantinople?

Kata beliau;

"Sejarah ialah ibrah, yang hanya bermanfaat kepada Ulul Albab (orang2 yang mahu menggunakan akal untuk berfikir). Ibrah itu merupakan suatu anugerah drpd Allah Taala, sebab bukan semua orang boleh dapat, boleh faham apa pengajaran sebenar di sebalik sejarah."

"Ibrah berasal drpd perkataan "`abbaro". Yang bermaksud menyeberang. Maka pada hari ini kita akan menyeberang kembali ke zaman silam, untuk merasakan sendiri bagaimana perasaan Sultan Muhammad al-Fateh dan umat Islam ketika itu. Bila kita dah feel, dah rasa sendiri, barulah kita akan faham ibrah di sebaliknya."

Beliau melanjutkan dengan memaparkan slide yang tertulis Surah al-Mulk ayat 2. yang bermaksud;
"Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

"أحسن عملا"

Ahsanu `amala. Sesungguhnya kita diciptakan sebagai khalifah di muka bumi. Dan di dalam ayat ini Allah menyebutkan lagi, Allah mencipta kita supaya Dia tahu, siapa di antara kita yang LEBIH BAIK amalannya. YANG LEBIH BAIK GERAK KERJANYA. 

Mungkin kita telah membuat kerja yang betul. Belajar, Mengajar, Berdakwah. Subhanallah, memang betul, memang baik. Tetapi adakah kita buat kerja dengan BETUL-BETUL? Adakah kita BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam setiap pekerjaan? Adakah kita CERMAT, TELITI, ITQAN dalam gerak kerja, sama ada gerak kerja peribadi atau gerak kerja dalam organisasi?

Maka contoh teladan manakah yang terlebih baik diambil, dipelajari dan diteladani, melainkan keperibadian yang mendapat pujian Rasul saw sendiri?

Kerana itulah kita memilih Sultan Muhammad al-Fateh, kerana selepas ini kita akan melihat bagaimana beliau, mempunyai contoh kepimpinan yang terbaik, dan tidak berkompromi dalam soal mendapatkan yang terbaik dalam gerak kerjanya.

TIADA KOMPROMI

No compromise, kata Mat Saleh. Sultan Muhammad al-Fateh bukan golongan Mat Saleh, tetapi beliau mempunyai prinsip yang sama.

Al-Fateh berdepan dengan cabaran yang sangat besar. Beliau bercita-cita menakluki sebuah kota yang telah gagal ditakluki nenek moyangnya selama 11 percubaan. Bayangkan, 11 percubaan oleh tentera Islam sebelum ini gagal, termasuklah oleh ayahnya, Sultan Murad. Namun itu tidak menjadi alasan bagi al-Fateh untuk mengalah.

Sewaktu Islam mula bertapak, inilah keluasan Konstantinople, sehingga Bonaparte mengatakan, "Siapa yang menguasai Konstantinople, dia menguasai dunia." kerana lokasinya terletak di antara Asia, Eropah dan Afrika.

Sempadan merah besar: Konstantin sblm zaman al-Fateh, Bulatan Merah kecil: Konstantin semasa zaman al-Fateh

Kemudian apabila tiba kepada zaman Sultan Muhammad al-Fateh, Konstantinople hanya tinggal kota sebesar ini sahaja (boleh bandingkan peta di atas dan di bawah) ;

Konstantinople semasa zaman al-Fateh

Ustaz Syaari berkata;
"Kamu jangan ingat hanya kerana sultan2 terdahulu gagal menakluki Konstantinople, maka mereka telah kalah. Oh tidak, tidak. Tidak sama sekali. Kamu lihat, daripada kawasan yang besar (peta atas sekali) umat Islam telah beransur-ansur menawan kawasan2 di sekeliling, seperti Muawiyah menawan Pulau Cyprus. Mungkin mereka tak sempat hendak melihat hari pembebasan itu, tapi mereka menawan kawasan2 yang strategik, dengan niat dan harapan suatu hari nanti akan ada seorang pemimpin Islam yang akan berjaya menawan Konstantinople, berjaya dengan usaha yang mereka (generasi dulu) tinggalkan." 

Di sini kita dapat mengambil pengajaran, bahawa kalau nenek moyang kita dulu gagal, dan nama mereka tidak terkenal sekalipun, mereka tetap berjasa, seperti halnya nenek moyang al-Fateh kepada pembukaan Konstantinople. Saya akan beritahu kenapa di akhir perkongsian ini.

KEKEBALAN KONSTANTINOPLE

Ada beberapa faktor yang menjadikan Konstantinople begitu sukar ditembusi;

1. Kekebalan semula jadi - Kawasan di dalam kubu Konstantinople berbukit-bukau. Bukan mudah hendak berperang dalam keadaan tanah tak rata. Tambahan lagi 2/3 drpd sempadannya ialah laut; Laut Marmara, laut Bosphorus dan Golden Horn (seperti selat). Maka tentera Islam perlu kepada serangan drpd laut. 

2. Benteng Theodosius - Benteng mengelilingi seluruh kota Konstantinople. Mempunyai dua lapis tembok setinggi 40 kaki. Benteng Luar tebal 15 m, kemudian ada satu kawasan lapang (selalunya tentera musuh terperangkap di sini selepas berjaya melepasi tembok pertama dan dipanah sehingga mati oleh penjaga tembok) dan disusuli Benteng Dalam setebal 10 meter. TEBAL ye, TEBAL. (Bayangkanlah) Manakala sebelum sampai ke benteng, ada parit sedalam 10 meter.

3. Greek Fire - senjata paling moden di zaman itu. Apabila dinyalakan, dan dibom ke laut, ia akan membakar kapal2 musuh (saya faham seolah-olah bom ni kalis air, jadi ia terus membakar kapal musuh sampai hangus.) 

4. Tentera yang berkawal di benteng.

Akan tetapi setiap kelebihan pasti ada kelemahannya. Al-Fateh sendiri telah turun padang dan menemui kelemahan pada benteng itu, iaitu benteng yang menghadap Golden Horn, yang dinamakan Tembok Likus. Dari situ jugalah tentera Salib berjaya menakluki Konstantinople dulu, tetapi menyedari hal itu, pihak Kristian telah membina pagar (di laut) sebelum memasuki Golden Horn, supaya musuh tidak dapat masuk melalu taktik yang sama.

Baiklah, panjang pula cerita ini. Memang panjang, dan satu hari saja tidak mencukupi untuk menceritakan semua ini.

Ok, yang saya hendak tegaskan di sini ialah sifat Al-Fateh yang tidak berkompromi dalam mendapatkan yang terbaik. Demi menembusi benteng yang begitu kebal, maka Al-Fateh ingin membina satu meriam yang cukup kuat sehingga dapat menghancurkan Benteng Likus yang paling lemah itu. Pada zamannya, pembuat senjata yang paling mahir ialah bangsa Hungary. Diceritakan, suatu ketika dulu, Raja Konstantinople mengarahkan Orban, berbangsa Hungary membina meriam demi berdepan dengan al-Fateh. Tetapi akhirnya urusniaga mereka tidak menjadi kerana Raja Konstantinople tidak membayar gaji Orban, malah tidak menyediakan bahan2 untuknya. Malahan, Orban dipenjarakan.

Al-Fateh tetap mahukan pakar senjata dari Hungary membuat meriamnya. Maka dengan kepakaran orang2 Uthmaniah dalam penggalian lubang, mereka berjaya membebaskan Orban drpd penjara. Lihat, betapa al-Fateh bersungguh-sungguh mendapatkan Orban, sanggup mengarahkan tenteranya menggali lubang bawah tanah untuk melepaskan Orban, kerana dia tahu yang paling pakar dalam persenjataan pada masa itu ialah orang Hungary. Tiada kompromi, beliau mahukan yang terbaik, walaupun mengetahui Orban itu kafir

Sebagai pelajar, kita juga boleh applikasikan prinsip yang sama. Katakanlah, seorang penulis buku the 7 Habits of Highly Effective People, Stephen R. Covey, tentunya seorang bukan-Islam, dan buku itu direview oleh seorang Ustaz, tentunya muslim, apa pandangan anda?

Eh, apasal Ustaz tu kaji buku orang kafir? Ape, dak takde ulama lain ke? 

Hai, inilah mentaliti umat Islam sekarang. Semuanya dirigidkan pada soal agama. Sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak berkompromi dalam memilih tour guide yang paling arif dalam hijrahnya ke Madinah, iaitu Abdullah bin Uraiqih, seorang kafir. Walaupun Abdullah kafir, tetapi disebabkan kepakarannya, Rasul saw memilihnya sebagai penunjuk jalan, di mana akhirnya Rasul berjaya sampai dengan selamat di Madinah, dan dapatlah kita mengecapi nikmat Islam hari ini. Al-Fateh telah mencontohi Rasul saw dalam hal ini, maka bilakah tibanya giliran kita pula, wahai sahabat2 sekalian? 

Seterusnya, Al-Fateh tidak hanya mengarahkan pembinaan meriam malah menyediakan dengan lengkap semua bahan2 yang Orban senaraikan untuk membina meriam tersebut, tidak sperti Raja Konstantinople tadi. Inilah sifat pemimpin yang baik, bukan tahu mengarah sahaja, tetapi bertanyakan feedback kepada anak buahnya, seperti keperluannya dsb. Maka siaplah meriam tersebut yang kini dikenali sebagai Muhammad's Gun. 


SESI 2 - DI MEDAN PERANG

Haha!

Inilah modul yang amat menarik bagi saya. 

Sesi kedua ini dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Kemudian selepas sesi memberi nama dan trademark kumpulan, mulalah aktiviti yang tidak kusangka.

Fasilitator menghulurkan suatu kotak sebesar tapat tangan. Bukak-bukak - Joker, King, J, Queen...KAD JUDI??? Ustaz Syaari...APAKAH GERANGANNYA...??

Oh tidak, tidak. Takkanlah ustaz nak buat macam tu..(tersenyum) Setiap kumpulan ditugaskan membina satu MENARA dengan kad2 tu. Dalam masa yang ditentukan, bina menara setinggi mungkin, siapa paling tinggi dapat markah paling banyak. Okey2, menarik, tak pernah cuba lagi..

Dan... mula!

Mula2 kami bincang. Macam ni, buat tapak dia besar2, pastu bla2....
dengan tenang kami berbincang, pastu buat, alamak...asyik2 jatuh je ni...takpe2! Don't give up! Macam al-Fateh, mana dia give up walaupun banyak strategi awalnya gagal....cepat, bina menara al-fateh!

Sedang kami asyik membina...tiba2....

Pom!

Aduh! 

Menara kami kene bom! September 11 ke??

Tiba2 je bilik tu gelap, pastu dengan lagu yang  mencemaskan, entah dari mana datanglah 'syaitan2' mengebom menara al-fateh kami...arrgghh! Geramnya, penat2 buat, bukannya senang... Lepas tu baru setengah drpd kami berjaga, dan yang lain teruskan membina menara. Ada yang peluk terus syaitan komiti tu, sebab tak nak bagi dia baling bom...hahaha...

Apa2pun, inilah hasil kerjasama kumpulan Safwatul Mukhtaroh...

Cantik tak seni bina? Siap ada pagar lagi, dan dikelilingi bom2 musuh (sumi jeli)

Selepas itu, kami diberi satu lagi aktiviti, yang selalu budak lelaki main iaitu; buat kapal terbang kertas. haa...sisters memanglah pening kepala, semua bertanya satu sama lain, macam mana nak buat? Macam mana nak lipat kertas ni? Saya pun tak tahu, main lipat je..sampai dah tak boleh lipat dah..

Kemudian semua peserta berdiri di belakang satu garisan, kemudian lepaskan pesawat masing2! Ya Allah, minta maaflah, saya rasa lucu yang amat, sampai menangis...gelak sampai menangis...(kejam kan?) Ada jet yang buat somersault kat udara, ada yang buat u-turn, minta maaflah, saya memang mengaku saya gelak kuat (dalam hati la..) tahan tahan...kesian, tak baik gelak kat orang.. kapal terbang brothers pulak, seperti yang Ustaz jangkakan, memang hebat la, (tak aci, sebab mereka memang suka main kan haha..nada tak puas hati) ada pulak yang terlebih hebat, sampai bukannya terbang ke arah ustaz kat hujung bilik tu, tapi terbang ke arah muslimat...haha...memang kene sekali dengan ustaz, "Saya suruh kamu tuju Byzantine (arah ustaz) bukan suruh cari orang.."

Dan berakhirlah sesi praktikal kami...

Saya rasa modul2 ustaz sangat menarik, sebagai simulasi (simulation) tentang keadaan yang dihadapi Sultan al-Fateh sewaktu di medan perang.

Pertama; Menara al-Fateh.


Sewaktu permulaan, kami berbincang tentang reka bentuk menara, kestabilan, teknik hendak mencapai kestabilan dan segala aspek yang berkaitan. Inilah aspek perancangan. Dalam peperangan pun, sebelum hendak menyerang musuh, perlukan R&D yang mantap. Kedudukan geografi, maklumat ketenteraan, berapa ramai penduduk, kelebihan dan kekurangan harus diselidiki terlebih dahulu. Berdasarkan segala fakta yang dikumpulkan, barulah strategi dirancang.

Tiba2, sewaktu kami asyik membina, musuh (yang berupa komiti bersenjatakan sumi jeli) datang menyerang! Terkejut kami! Memang tak bersedia apa2, dan disebabkan tidak bersedia, menara kami runtuh. Bayangkanlah pula keadaan di medan perang. Memang akan berlaku sesuatu di luar jangkaan. Pengajarannya, kita hendaklah sentiasa dalam keadaan bersedia. Jika dalam organisasi, kalau satu program yang dirancang menemui masalah, maka plan B mesti sudah ada, plan C, plan D, E dan seterusnya.

Sepanjang tempoh diserang, banyak kali menara kami runtuh. Rasa geram, kata team yang tugasnya membina menara (saya jadi pak guard), marah tak terkata. Kerana melihat menara yang dibina penuh hati2 jatuh di depan mata. Dalam kehidupan sebenar, anggaplah serangan2 itu cabaran hidup. Selalu sahaja melemahkan kita. Ada sahaja rintangan. Tapi, kita umat Islam, putus asa tiada dalam kamus hidup kita! Buat semula menara itu, ingat bagaimana Sultan al-Fateh tidak mengalah sehinggalah objektifnya tercapai.

Kedua: Kapal Terbang Kertas

Baiklah, agak2 apakah ibrah yang boleh diambil drpd modul ini?

Hmm..muslimin memang lebih hebat dari segi pengetahuan aerodinamik? (tersenyum) Ya, itu ada benarnya.

Tetapi itu dari segi IQ. IQ boleh dicari, sentiasa boleh diperbaiki, janji ada usaha dan jangan putus asa.
Apa lagi ya?

Sahabat2,
lepas semua peserta dah lepaskan pesawat masing2, habis bersepah lantai bilik itu. Kata Ustaz Syaari, lihatlah kapal2 yang jatuh itu sebagai percubaan2 yang tidak berjaya. Bayangkan betapa banyak percubaan yang harus dilakukan barulah Sultan Muhammad berjaya menewaskan tentera Kristian Konstantinople. Memang penuh lantai itu dengan 'bom2' kami yang tidak sampai pun kepada benteng Konstantinople (iaitu Ustaz sebagai ibaratnya). Sultan Muhammad dan tenteranya tidak mengalah, diteruskan percubaan demi percubaan, jadi kita juga, sebagai umat Islam yang berdepan dengan medan perang zaman moden, iaitu perang pemikiran, teruskan percubaan menyedarkan kembali saudara2 kita yang sedang leka dengan nikmat dunia. Ustaz turut mengaitkan peranan sebagai pendakwah atau dai', iaitu apabila berhadapan dengan sasaran dakwah atau mad'u, fahamilah mereka memang banyak ragam dan kerenah. Sewaktu inilah kita diuji dengan EQ, hendaklah kita menekan butang pause, sabar, dan terus berdisiplin, seperti berdisiplinnya tentera Sultan Muhammad melancarkan serangan demi serangan, walaupun banyak yang gagal.

Pengajaran kedua, Ustaz Syaari menyatakan sesuatu yang tidak saya jangka, dapat belajar drpd permainan kapal terbang kertas; iaitu saat kita melancarkan kapal, kita merancang bukan? Tetapi kita langsung tidak dapat tahu dan kawal di mana ia akan mendarat. Itulah ujian yang paling besar bagi umat Islam, iaitu tawakkal kepada Allah. 

Sultan Muhammad, pada akhirnya menang kerana bukan sahaja memiliki IQ, dan EQ, malah turut mempunyai SQ, iaitu selepas memberikan 100%, beliau akhirnya berserah diri kepada-Nya, dan itulah faktor yang menyebabkan Allah memberikan kemenangan kepada beliau.

Syabas Ustaz Syaari, modul Ustaz sangat terkesan di hati saya. Apa yang lebih penting ialah saya berharap dapat mengaplikasikannya dalam perjalanan mencari erti muslim yang sejati...

nota: sebenarnya ada satu lagi sesi, tapi sudah terlalu panjang, dan saya kepenatan (haha), insya-Allah akan saya kongsikan pada post yang seterusnya..nantikan..(tersenyum)

4 comments:

es hija única said...

Alhamdulillah...eventhough ramai participant yg terpaksa cancel last minute...Allah telah membuka hati2 kita utk menerima secebis ilmu yang xternilai harganya pada hari tu...semoga apa yang kita dapat pd hari tu, dikongsikan bersama-sama rakan2 yg lain...itulah tugas kita sbg da'ie..

Entry yg menarik...Timi, kami nk buat entry pasal hari tu pn xsmpt..thanks...!hehe..

khadira said...

sangat best timi!!!! rugi ak x join..uwaa.. anyway, thnx 4 sharing =)

Ummu Hurairah said...

nasrah: thanks to korg jgk, para komiti yg anjurkan, aku sgt suke :)))
mas: haah, best3x! xpela, next time ade kelapangan kte join sama2 hee...ade lagi satu part aku nak cite, pasal al-fateh values, nantikan..

Huda Idris said...

aq tunggu!