Aku baru je lepas makan malam. Sedap betul nasi dagang tadi, tapi tak sesedap nasi dagang yg original, from Terengganu of course. Hmm, bila pulak nak pegi Terengganu? Walaupun lahir kat KT, aku ni tak macam org Terengganu pon. Cakap terengganu pon faham sikit2 je, ape lagi makanan dia. Setakat nasi dagang, keropok lekor tu, tahula jugak. Kalau yg tu pon tak tau, itu alien namanya, makhluk asing kat Malaysia! hahaha.. Sebenarnya ada satu cerita yg nak dikongsikan..Ceritanya macam ni..
Masa makan malam tadi, aku sgt lapar, so aku pon makan dgn agak gelojohnya..haha..pastu dahaga pulak, teringin nak minum air 'special' sikit. Kebetulan, ayahku buat air teh. Aku pon mintakla sikit. Gulp,gulp,gulp..wah sedap jgk teh panas ni. Aku pun cakap:
-Ayah, sedap jugak air teh ayah ni.
-Oh ye? Sedap e?
-Hm, sedap2.
-Oo..ok. angah nak tahu kenape sedap sgt? First sx, ayah gune teh lipton.
-(Oo..patutla sedap, kataku dlm hati. Teh berkualiti rupanya.)
-No 2 pulak..ha..kejap eh, angah tgk ni pulak.
Ayah aku pegi dapur sekejap. Aku ingatkan nak tunjuk ape. Rupa2nya dia bawak kotak teh lipton.
-Ha..nak tahu rahsia sedapnye? Cube tgk kat kotak ni..
Aku pon tgkla. Korang tau tak ape yg aku nampak?
"Expiry date : **/**/2006"
Pastu ayah aku gelak berdekah-dekah! Eee, geram betol aku! Rasa macam nak termuntah jer... wuuuu..nak nangis.. tp, memang sedap pun teh tu. Ayah aku pulak tak berhenti gelak dia. Pastu dia cerita pulak kat mak aku. Mak aku pun tumpang gelak gak..
Aduh, malunya! Hmm, malam ni tgkla, mesti sakit perut..huwaaa
So, kalau sape2 yg nak impress mak mertua ke, ha, nilah rahsia teh yg cukup uumph! Guna la teh 3 tahun lepas! (gelak) Mesti terpikat mak mertua. (gelak lagi)
No comments:
Post a Comment