بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar wahai saudara2ku sekalian?
Katakanlah, "Khabar kami sentiasa baik, kerana sentiasa dilimpahi nikmat yang tidak pernah putus drpd Tuhan kita..nikmat yang telah mempersaudarakan kita, kerana lisan kita, hati kita sama2 mengakui 'Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul-Nya."
(tersenyum kecil, kecil sahaja ya..haha - tak lawak sikit habuk pun)
Tiada yang lucunya, wahai saudara2ku, sahabat2ku. Tapi, mestikah menunggu sesuatu yang lucu, barulah senyuman akan terpamer di wajah2 kita? Sedangkan Rasul yang kita cintai (saw), yang kita rindui setiap nafas ini, mengatakan, "Senyuman itu sedekah."
Terimalah sedekah kecilku, wahai saudaraku yang kucintai dengan nafas kurniaan Ilah ini, dan ketahuilah bahawa aku di sini telah pun menerima sedekahmu pula. (tersenyum dengan maksud tersirat)
Wahai sahabat2ku,
sebenarnya, terlalu banyak perkara yang berlaku kepadaku akhir2 ini. Dan aku terfikir, yang manakah yang harus kukongsikan terlebih dahulu? (tersenyum) Ilmu manakah yang ingin sungguh2 kuberitakan, kuceritakan kepadamu terlebih dahulu? Kerana sungguh, Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.
Ya Rahman, ya Rahim, ya Hakim ya `Alim
Betapa pemurah-Nya Engkau dengan curahan ilmu-Mu...Engkau singkapkan tirainya bagi hamba-Mu ini..Kerana apakah wahai Tuhanku? (oksigen memenuhi alveoliku..) Suara hatiku berkata...tidakkah engkau mengenal Tuhanmu, wahai Ummu Hurairah?
Tiada sebab lain al-A'lim wal Hakim (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Bijaksana) mengehendaki mengajarkanmu semua ilmu yg pernah kau pelajari selama hayatmu ini...melainkan kerana Dia juga bernama ar-Rohim (Yang Maha Penyayang).
Saya mempercayai...Allah Taala mengajarkan saya...dan juga anda...segala yang kita tahu sehinggalah saat ini...kerana Allah Taala sayangkan kita.
Jadi, hamba-Nya yang lemah ini, pada hari ini ingin pula mengikuti jejak-Nya...iaitu 'mengajarkan' sedikit ilmu yang Dia telah ajarkan kpdku...kerana kasihku kpdmu.
Korang nak rasa geli pun...suka hatilah. Hati masing2, kan? Tapi, saya ingin katakan kpd anda semua...kasih sayang yang 'menggelikan' ini, telah pun menyatukan hati2 puak yang suatu ketika dahulu gemar berperang dan bergaduh sesama sendiri...drpd "belalang padang pasir" menjadi suatu kaum yang memajukan bangsa dan negara...dan dek kasih sayang ini jugalah menyebabkan saya dan anda...mengenal siapa Allah, Muhammad saw dan Islam.
(menarik nafas segar pada pagi hari...)
Wahai saudaraku..yang kucintai kerana Ilahi,
Hari ini saya hendak berkongsi tips2 atau cara2 mudah untuk khusyuk dalam solat..
Berkongsi, bukan Mengajari
Saya hanya berkongsi perkara yang pernah dialami, secara jasmani, dan rohani. Kerana solat itu gizi untuk ruh, kamu tahu? (tersenyum) Saya tegaskan saya berkongsi, sebab saya bukan ulama dalam ilmu agama. (ulama bermaksud cekap, arif, atau ahli dalam bidang ilmunya, tidak semestinya ilmu agama sahaja ya) Saya ulama dalam bidang farmasi? Ahaha..lagilah bukan. Tapi, kalau nak tunggu jadi ulama tu, sampai saya tumbuh janggut pun tak akan berlaku.
(tersengih)
Sahabat2ku, saya berkongsi apa yang saya rasakan telah membantu saya dalam salah satu nikmat terbesar dalam hidup ini.
Saya berharap...perkongsian ini, dapat membantu kita semua merasai manisnya nikmat bertemu Tuhan..
Hanya kita dan Dia.
1. Jaga perut
Ahah! Pa kebende pulak nih??
Tadi cakap pasal solat, tiba2 masuk bab perut pulak! Solat pakai (menggunakan) perut ke? Sejak bilalah...(ketawa kecil)
Ya sahabat2ku,
memang. Memanglah perut tiada kena mengena langsung dalam solat....ehh cop!
LANGSUNG?
Aaa..perkataan "langsung" tu kene twist sikit, tambah "TIDAK langsung". (hehehe)
Menjaga perut sebenarnya penting sahabat2 sekalian. Atau dalam erti kata yang lain, menjaga pemakanan.
Saya perhatikan diri sendiri (yang by the way sangat tak teratur jadual makan), saya paling mudah terganggu ketika solat Zohor.
Iyalah, dah tak makan lagi, manalah tak terganggu?
Kepala dan hati sedang cuba meningkatkan konsentrasi, meningkatkan chakura (Naruto haha) tiba2...
"Gruuukk.. kreeukk...mmbek.." (oi mmbek tu kambing! - abaikan..)
Perut bergendang menyanyikan lagu lapar tak terhingga.
Jagalah perut. Jagalah pemakanan. Makan biar tepati masanya. Kerana walaupun kita solat bukan menggunakan perut, tapi perut itu akan mengganggu tumpuan andai kehendaknya tak dipenuhi terlebih dahulu.
Untuk dapat menumpukan perhatian, kita bukan sahaja kena berusaha meningkatkan tumpuan, tetapi berusaha membuang faktor2 yang menghilangkan tumpuan. Mudah sahaja kan? (tersenyum)
Lagipun, tubuh badan juga ialah salah satu amanah Allah Taala buat manusia, bukan sahaja hati, iman dan hidayah. Amanah untuk dijaga, bukan untuk disia-siakan. (Ha, dengar tu Ummu Hurairah)
Kesimpulannya, pastikan diri tidak terlalu lapar, tapi jangan pulak kenyang bedooh (sebut be-do-oh = kenyang sangat2..betul ke bahasa aku ni ha?). Islam itu kan - sederhana. Pandai pun. (tersenyum)
2. Berdiri tegak & hadapkan seluruh tubuh menghadap kiblat yang satu
Tip ini saya belajar sewaktu di CENFOS, IIUM PJ (Centre for Foundation Studies, IIUM, Petaling Jaya).
Suatu ketika, sekumpulan pelajar membuat satu pameran di AMF (Al-Malik Faisal Hall). Saya tidak ingat pula bertemakan apa, tapi yang saya betul-betul ingat ialah beberapa tips untuk khusyuk solat yang saya terbaca pada sekeping manila kad kuning.
Hmm...ambil wuduk dengan sempurna...dot.dot.dot...hadapkan wajah, dada dan seluruh tubuh ke arah kiblat.
Pulang ke bilik, saya cuba amalkan apa yang dah dipelajari sebentar tadi.
Dan terus mengamalkannya.
Berterusan...sehinggalah ke hari ini.
Dan Insya-Allah akan berterusan sehinggalah malakul Izrail menjemput.
Kamu tahu?
Hmm...best sangat!
Mungkin kedengaran mudah..terlalu mudah mungkin...tetapi kalaulah begitu senang, kenapa tidak diamalkan?
Senang sangat sampai tidak perlu amalkan? Mudah sampai rasa tiada nilainya?
Hmhmhm...ruginya.
Orang2 tua kita pandai kan? Mereka berkata, "Sikit2, lama2 jadi bukit."
Wahai sahabat2ku,
Pertama, berdirinya seorang insan di atas tikar sembahyangnya..dalam keadaan bersedia.
Kedua, dipalingkan seluruh tubuhnya kepada satu arah sahaja. Ditegakkan dadanya..diluruskan wajahnya..kepada Tuhannya.
Ketiga...dilafazakan niatnya...seiringan dengan detikan hatinya, maka bertakbirlah ia.
Bayangkanlah dirimu sedang seorang diri, menghadap Tuhanmu yang satu. Dalam satu ruang yang asing. Tiada siapa pun di situ, kecuali engkau dan hamparan sejadahmu.
Pandanglah kiblatnya dengan wajahmu itu...seolah-olah RumahNya itu benar2 berada di hadapanmu.
Tegakkanlah dadamu menghadap arah itu...hanya arah itu...tariklah nafas sedalam-dalamnya dan berkatalah di dalam hatimu,
"Wahai Tuhanku! Pancarkanlah cahaya hidayahMu kpd dadaku ini, kerana sesungguhnya di dalam dadaku terdapat hatiku yang merindui petunjuk, cahayaMu itu. Penuhilah ia dengan sinaran yang dapat menerangi alam ini. Sinarilah ia wahai Tuhanku, sepertimana mataharimu menyinari bumi selama-lamanya.."
Kemudian, bertakbirlah seolah-olah "Allahu Akbar" itu benar2 drpd bahasamu!
Dan menghadaplah kamu kpd Tuhanmu dalam keadaan ikhlas, yang dipamerkan dengan bahasa tubuhmu...tidak berselindung di sebalik apa2, tiada halangan di antaramu dan Tuhanmu...benar2 inginkan hidayahNya...serahkanlah, wajahmu dan seluruh tubuhmu untuk Allah 'basuhi' dengan nur-Nya..
Allahu Akbar..
Allahu akbar..
Sami `Allahu liman hamidah..
Sehinggalah ke akhirnya, tetap dalam posisi sebegitu. Setiap kali berdiri tegak semula untuk rakaat seterusnya, tegakkan lagi wajah, dada dan seluruh tubuhmu..kakimu tetap teguh berdiri di tempat yang sama..mengingati-Nya...dalam keadaan sebegitu...
Ingatlah Rasulullah saw yang bercakap dengan menghadapkan seluruh tubuhnya kpd org yg bercakap dengannya...dan contohilah baginda...sesungguhnya solat itu 'percakapan cinta' seorang hamba kpd Tuhan-Nya...
3. Berwuduk dengan Niat Membersihkan Dosa
Solat itu tidak sah tanpa wuduk.
Hmm..kenapakah solat tidak diterima tanpa wuduk? Apakah keistimewaan wuduk di sisi Allah, sehingga Allah tidak mahu 'berjumpa' dengan kita (di dalam solat) tanpanya?
Ibarat seorang CEO syarikat yang tidak mahu bertemu dengan kita walaupun selepas kita membuat temu janji melainkan kita buat sekian dan sekian.
Kenapa ya? Apakah sebab di sebaliknya?
Mungkin ada banyak faedah dari segi kesihatan, dan ada yang telah pun dibuktikan dengan fakta2 saintifik.
Yang paling jelas ialah berwuduk menggunakan air, tentulah ianya bersifat membersihkan. Apabila bersih, insya-Allah tubuh akan sihat dan kuat.
Rasulullah saw bersabda, berwuduk membersihkan dosa (maaf saya akan mencari rujukan slps ini).
Pre-requisite (Asas yang penting/ Fundamentals) solat ini penting supaya dilakukan dengan betul agar solat itu sendiri menjadi lebih sempurna dalam pandangan Allah Taala.
Tatkala air sejuk membasuhi tapak tangan,
berniatlah dan bayangkanlah...kamu sedang mencuci dosa yang pernah dilakukan oleh kedua tanganmu itu..
Pernah menampar rakan akibat tidak tertahan amarah...
Pernah mencubit anak dengan kuat padahal anak itu tidak tahu apa kesalahannya...
Pernah memegang puntung rokok di antara kedua jari itu...
Membuang sampah merata-rata...
Memasukkan makanan yang diragui kehalalannya...
Memegang botol arak dengan niat meneguknya...
Menghulurkan rasuah...
Berkumur...
Ingat..
Apa yang dimakan selama ini..
Arak...
Makanan yang syubhah (meragukan)..
Apakah yang telah mulut ini kunyah dengan begitu enak sekali...tanpa mempedulikan punca rezeki halal atau tidak..
Membasuh wajah...
Mata ini..apa yang ia lihat sepanjang waktu celiknya?
Harta...
Wang..
Wanita yang bukan muhrimnya..
Membasuh kedua tangan sehingga ke siku...
Membasuh sebahagian dahi...
Apa yang sering difikirkan?
Asyik bermalasan...tidur berlebihan...diri sendiri...tension study...berhiburlah jawapannya...
Membasuh telinga...
Telinga...apa yang masuk melalui corongnya yang sempurna penciptaannya?
Artis itu main kayu tiga...artis B bercerai...si X menipu kawannya...ahli politik disyaki dalam video seks.....GOSIP...FITNAH..
Membasuh kaki...
Kaki...ke manakah sepasang kaki kuat dan sempurna ini telah melangkah?
Ke disko...club...panggung wayang...berdating dengan boyfriend...
Wahai sahabat2ku...hari ini air sejuk yang membasahi anggota2 kita...
Awaslah dengan tipu daya dunia ini...
Jangan sampai api neraka yang panas menjamah daging kita kelak...
Anggota yang sama yang mengingkari Tuhannya ketika di dunia..akan memberikan kesaksian atas perbuatan pemegang amanahnya pada hari akhirat nanti...
Astaghfirullah al-azim...sama-samalah kita saling mengingati. Ingatkan saya esok, lusa, tulat sampai bila2..
Penutup: Kuncinya ialah beramal
Memahami maksud bacaan dalam solat, mengikhlaskan niat..banyak lagi tips yang baik untuk meningkatkan kekhusyukan di dalam solat.
Maaflah jika anda kecewa dengan perkongsian yang kecil ini.
Tengok, bukankah sudah saya katakan, saya bukan ulama dalam hal ini. (tersenyum) Hanya tips2 yang mudah ini yang saya tahu...semoga ianya bermanfaat walau sekelumit.
Walau begitu banyak tips atau panduan yang diberikan, semua itu tidak akan membuahkan walau sekecil zarah kesan...jika hanya meniti di bibir tetapi sepi dalam amali.
"Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda; 'Perbuatan yang paling disukai Allah Taala ialah yang dilakukan berterusan, walaupun sedikit.'"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment