Thursday, April 21, 2011

Kronologi Sejarah Palestin

edited on April 26, 2011.

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejarah.

"Sejarah hanya bermakna kepada Ulil Albab" 

kata Ustaz Syaari.

Allergikkah kita dengan perkataan itu?

Wahai sahabat2ku sekalian,
History doesn't have to be boring. History IS NOT boring..for those who seek to find the meaning behind the story.

Sejarah ialah kisah
Kisah2 para Nabi alahis solatu wassalam di dalam Al-Quran yg kita baca dan tadabbur (fahami) setiap hari, ialah sejarah! Mengapakah Allah Taala menceritakan kisah2 itu kepada sekalian manusia? 

"Pada kisah2 mereka itu terdapat pengajaran untuk mereka yang sempurna dan tajam akal fikirannya. Kisah itu bukanlah bicara yang direka-reka, bahkan kenyataan yang mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab2 yang terdahulu daripadanya. Kisah itu juga keterangan yang menjelaskan setiap perkara, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu beriman." 
(Surah Yusuf, ayat 111)

petikan drpd buku "Kuasa kepemimpinan al-Fateh" karangan Muhammad Syaari Abdul Rahman.

Sebagai pengajaran.
Sebagai keterangan.
Sebagai petunjuk dan rahmat bagi mereka yang mahu beriman...

Kronologi Sejarah Palestin
Tahun 60M

63M - Palestin ialah sebahagian drpd empayar Rom.

Tahun 600M

638M - Khalifah Umar bin al-Khattab ra. menawan Palestin.
685-705M - Khalifah Abd al-Malik membina Kubah al-Sakhrah (Kubah batu/ Dome of the Rock).

Tahun 700M

705-715M - Khalifah al-Walid membina Masijidil Aqsa.

Ketahuilah, kubah emas yang selalu kelihatan di TV sebenarnya ialah KUBAH AS-SAKHRAH. MASJID AL-AQSA ialah masjid BERKUBAH HITAM.

Tahun 1000M

1071M - Tentera Seljuk menawan Jerusalem.
1099-1187M - Tentera Salib menubuhkan Kerajaan Jerusalem.

Tahun 1100M

1187M - Sultan Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib dan mengambil alih Jerusalem.
1187-1260M - Dinasti Ayyubiyah memerintah Palestin.

Tahun 1200M

1260M - Dinasti Mamluk mengalahkan Ayyubiyyah dan memerintah Palestin dari Kaherah.
1517M-1917M - Palestin menjadi sebahagian drpd Daulah Uthmaniyyah.

Tahun 1800M

1882-1903M - Kumpulan imigran Yahudi pertama memasuki Palestin melalui Eropah Timur.
1896M - Theodore Herzl, seorang penulis Yahudi Austro-Hungary menyokong penubuhan negara Yahudi.

Abad ke-20 M (1900-1999)

1904-1914M - Kemasukan kumpulan kedua imigran Yahudi.
1909M - Tel Aviv diasaskan.

1910M

1916M - Perjanjian Sykes Picot membahagikan wilayah Arab Empayar Uthmaniyyah kpd Britain dan Perancis.
1917M - Pengisytiharan Balfour (Declaration of Balfour) menyatakan bahawa kerajaan British "menyokong penubuhan wilayah Yahudi di Palestin".
1918M - Palestin diduduki oleh pasukan Bersekutu (Allied forces) di bawah Jeneral Allenby.
1919M - Kongres Kebangsaan Rakyat Palestin yang pertama di Jerusalem menghantar memorandum ke Persidangan Keamanan Perancis menolak Pengisytiharan Balfour dan menuntut kemerdekaan.

1920M

1922M- Setiausaha kolonial British, Winston Churchill, menyediakan 'Kertas Putih' (sebuah laporan kerajaan/ dokumen dalam bentuk bertulis) yang mengeluarkan Transjordan drpd skop Pengisytiharan Balfour.

-Analisa peribadi: Transjordan tidak termasuk di dalam kawasan yang akan dijadikan 'negara' Yahudi.

1922M - Bancian British yang pertama di Palestin menunjukkan 78% Arab Muslim, 11% Yahudi, 9.6% Arab Kristian.
1924M, Mac 3 - Kejatuhan Khilafah/Daulah Uthmaniyyah secara rasmi.

1930M

1939M - Parlimen British mengundi untuk kemerdekaan bersyarat bagi Kesatuan Negara Palestin selama 10 tahun, kemasukan tahunan 15,000 imigran Yahudi ke Palestin selama 5 tahun dan perlindungan hak2 tanah air Palestin menentang anggota Zionis.

1940M 

1945M - Setiausaha Luar British mengumumkan kemasukan orang Yahudi ke Palestin diteruskan selepas kuota pada 1939 tamat.
1947M - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations/UN) mencadangkan pelan pembahagian untuk mengagihkan 56.5% kepada yahudi dan 43% kpd Arab. Jerusalem diberi status antarabangsa.


1949M - 'Negara' Israel diisytiharkan di Tel Aviv. Tentera2 Jordan, Syria, Mesir, Lebanon dan Iraq menyerang negara baru tersebut. Rakyat Palestin beramai-ramai meninggalkan tanah air mereka.

**********

Jadi (So)?

Ya akhawat wa ikhwan (wahai saudara2 perempuan dan saudara2 lelakiku),

Apa yang anda rasakan tatkala membaca kronologi peristiwa di atas? Bersedihlah di atas hati kamu jika kamu tidak merasakan walau sedikit pun belas kasihan! Kerana Nabi saw pernah bersabda, "Apa yang dapat kulakukan jika Allah Taala telah mencabut perasaan belas kasihan drpd (hati) kamu?"

Ya akhawat wa ikhwan,

Bukankah mereka juga ikhwan dan akhawat kita? Bukankah mereka juga saudara2 yang sama pegangan tauhid dengan kita? Bukankah mereka itu juga MANUSIA?

Bukankah mereka juga berhak mendapat keamanan seperti di Malaysia ini? Bukankah mereka berhak mendapat makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, perkhidmatan kesihatan dan lain2 hak asasi manusia? Bukankah mereka juga berhak untuk hidup?

Situasi Kini

Pedulikan hak asasi manusia! 

Apa gunanya undang2 kemanusiaan itu...sekiranya saudara2ku..saudara2 kita tetap disekat kebebasan mereka selepas hampir satu abad? 

Sahabat2ku...adakah kita mendengar? satu ABAD.

Bukankah kita begitu bijak dalam ilmu matematik? Jadi mari kita congakkan...

2011-1917 = 94

94 tahun sahabat2ku.
Sembilan puluh empat.

Kamu tahu apa maksudnya sembilan puluh empat itu (Do you realize the meaning of ninety-four)?

Oh, itu umur datukku sekarang, jikalau dia masih hidup.

Sahabat2ku,
usiaku sendiri tidak sampai suku abad. Kedua-dua datukku dan seorang nenekku telah lama kembali kepada rahmat Allah...tapi sahabat2ku, saudara2 kita di Palestin masih menderita dalam tempoh itu.

Datuk kita telah pergi! Nenek kita telah tiada! Akan tetapi...Palestin tetap seperti itu?

Adakah kita telah mengerti sekarang? Adakah sekarang..kita memahami apa yang mereka lalui daripada satu generasi kpd satu generasi yang lain?

Jadi, itulah makna 94 tahun wahai sahabat2ku. 

94 tahun penantian dan panggilan kepada umat Islam yang lena, leka dan dilalaikan dengan cinta mereka kepada dunia, melebihi cinta mereka kepada saudara sendiri.

Wahai para sahabatku yang disayangi Allah Taala,

Janganlah terdetik di dalam hati kita selepas selesai membaca fakta2 sejarah seperti di atas, "Jadi? Kenapa? (So what?)" atau lebih buruk lagi, "Apa kaitannya dengan aku?"

Kaitan. Connection. It has every connection to do with us.

Memadailah saya kongsikan satu ibrah yang saya dapati drpd suatu video tentang Palestin, di mana seorang sheikh bertutur di dalam bahasa Arab yang bermaksud, 

"Wahai kaum muslimin. Saya menyeru kepada anda..saya memperingatkan anda.. apakah yang akan anda jawab di hadapan Allah subhanahu wa Taala kelak..ketika anda dibangkitkan..dan di sebelah anda..ialah anak kaum Muslimin di Palestin 
Kemudian anak itu akan berkata, "Ya Rabbi! Aku menyeru...meminta pertolongan kaum Muslimin untuk membantuku...tetapi tiada siapa yang menyahut..Di mana mereka ya Rabbi! Ketika aku memerlukan mereka.."

Pada ketika itu...apakah jawapan kita kpd Tuhan sekalian alam? 

Mahu menafikan?
Bagaimana mahu menafikan, sedangkan anak itu kudung sebelah tangannya..buta kedua-dua matanya..ususnya terkeluar berjuraian drpd perutnya...darah merah mengalir segar membasahi kakinya..

Sakit...tapi apakan daya, hospital tidak cukup peralatan

Hangus sehingga kelihatan tulang paha dan terputus kaki

Budak kecil...darah segar mengalir...

Anak dan bapa sama2 cedera

Mati ditembak

Dan kamu...elok sempurna fizikalnya.

Saya tidak bermaksud supaya kita pergi berjihad menggadaikan nyawa di jalan Allah. Mungkin itu...cita2 suatu hari nanti.

Mungkin kita tidak berupaya untuk mencari syahid di medan perang, lantaran disekat undang2 internasional dsb.

Tetapi fikirkanlah, wahai ulul albab, bentuk-bentuk sumbangan lain.

Misalnya apabila terbaca atau sengaja membaca fakta2 sejarah Palestin, cubalah mencari ibrah/pengajaran di sebaliknya.

Beberapa Ibrah Peribadi

Di sini saya senaraikan pendapat peribadi terhadap sejarah Palestin sehingga ke hari ini:

1. Palestin aman di bawah pemerintahan Islam

Sudah semestinya. Dari zaman Khalifah Umar ra., kemudian Umayyah, Abbasiyyah, Ayyubiyyah (saya berpendapat zaman pasca/selepas Sultan Salahuddin al-Ayyubi) sehinggalah kepada Uthmaniyah, alhamdulillah, rakyat Palestin, sama ada muslim, Kristian mahupun yahudi, saya percaya mereka semua bebas mengamalkan pegangan hidup masing2. 

2. Titik permulaan kemusnahan selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah

Perhatikan, betapa musuh2 Islam tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan Palestin. Mereka tahu selagi sistem khalifah masih teguh di dalam dunia Islam, maka selagi itulah ianya mustahil untuk menduduki Palestin. Maka bermulalah perancangan mereka untuk melemahkan pemimpin khilafah terakhir Islam, termasuklah rakyat2nya yang juga merupakan kekuatan sesebuah negara. 

Strategi mereka memisahkan umat Islam drpd Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw bukan secara zahir (seperti membakar naskhah2 al-Quran dsb) tetapi secara halus, secara spiritual. Umat Islam dilalaikan dengan pelbagai jenis hiburan yang sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran, semangat dan keimanan mereka. Akhirnya, lahirlah generasi pewaris yang cintakan dunia dan bencikan kematian.

Firman Allah Taala, "Takutlah kamu dalam meninggalkan di belakang kamu zuriat yang lemah."
petikan drpd buku "Kuasa Kepemimpinan al-Fateh" m/s 103

Khilafah Uthmaniyyah jatuh secara rasmi pada 3 Mac 1924, kalau tidak salah, apabila Mustafa Kamal at-Tartuk mengisytiharkan Turki sebagai Republik, dan tidak lagi mengamalkan sistem khilafah.

3. Perencanaan Yahudi melihat 100-200 tahun ke hadapan

Jika diamati, sebelum memasuki tahun 1900-an lagi, Yahudi telah memasuki Palestin secara beransur-ansur. (Rujuk catatan kronologi di atas). 

Baik sahabat2. Sekarang tahun ke berapa? Era 2000-an.

Mereka bermula, merancang, sejak sebelum saya dan anda dilahirkan lagi. Sekarang, zaman di mana kita hidup ialah zaman kita melihat kesan2 perancangan mereka. 

Apa yang diiktiraf negara2 besar dunia sebagai "Palestin" hanyalah Tebing Barat/West Bank dan The strip of Gaza. Itupun hanya diberi 'status' "occupied territories atau kawasan2 yang diduduki". Saya menyebut Gaza sebaga "The strip" kerana jika anda google map of Palestin atau Gaza...anda akan dipaparkan dengan gambar Gaza sebagai satu...(bagaimana harus kujelaskan) garisan. Seperti a strip of meat, satu koyakan/kepingan daging. Strip itu suatu gambaran akan betapa kritikalnya keadaan Gaza, hanya satu jalur di tanah Palestin yang menghadap laut Mediterranean. Satu jalur dengan populasi 1 juta manusia...bayangkan kepadatan penduduknya, dengan sumber/resources yang terbatas. Dengan sekatan nelayan tidak boleh pergi ke laut untuk mencari makanan laut yang halal kurniaan Tuhan...dengan keadaan kerajaan Mesir tidak membuka sempadannya ke Gaza..Allahu Akbar.

Saya...dalam terpaksa, harus memuji sikap Yahudi ini. Anda tahu kenapa

Kerana mereka berpandangan jauh. 
Kerana mereka bergerak dalam keadaan tersusun. Terancang. 
Dan...mereka bersabar

Well, dalam perkataan yang mudah, ya, mereka bersabar. Tentu kita semua tahu bagaimana sebuah penantian itu suatu seksaan bukan? Mungkin dalam konteks yang berlainan (penantian cinta itu suatu penyeksaan.. jiwang sekejap =) ), tapi untuk menunggu 100-200 tahun untuk menuai hasilnya...subhanallah. Bukankah itu sabar namanya?

4. Rencana bertambah pantas bermula 1900-an

Ya. Rencana Yahudi kelihatan bertambah pantas berkali-kali ganda setelah mereka berjaya menjatuhkan khilafah. Seolah-olah..anda dapat merasakan betapa ghairahnya mereka dalam keinginan menguasai Palestin. 

1917 - Deklarasi Balfour menyatakan bahawa kerajaan British menyokong penubuhan negara Yahudi, Israel.

Baiklah. Saya tidak tahu peristiwa2 yang menyebabkan terjadinya Deklarasi Balfour ini. Saya menjadikan alasan, "Mana aku lahir lagi time tu" dan "Alah, malas lah nak ambik tau, kena baca buku sejarah tebal2 tu..dahla takdak gambaq kaler, semua black and white je.." sebagai sebab2 saya tidak cukup ilmu tentang perkara ini. (tersenyum)

Walau apapun, bermula drpd Balfour inilah, kita menyaksikan peningkatan usaha Yahudi dalam menjadikan tanah Palestin milik mereka, dengan apa jua cara sekalipun.

Undang2 moden berasaskan black and white. If the law is written on paper, then it becomes the law. Jadi sahabat2, dengan adanya Deklarasi Balfour, ianya seperti kertas hitam putih yang me'legal'kan segala perbuatan ke arah penubuhan negara Yahudi. Mudah bukan? Haa..itulah undang2 ciptaan manusia. Penuh dengan kelemahan, loop holes yang boleh diambil kesempatan. Anehnya, ianya tetap diterima walaupun bertentangan dengan logik akal manusia. Bagaimanakah tiba2 boleh dibuat satu negara lain, dengan rakyat import (imigran Yahudi dibenarkan masuk) di atas sebuah tanah yang sememangnyan ada rakyat asalnya? Aneh...tapi benar. Boleh masuk Ripley's believe it or not ni (tersenyum). Agaknya semut pun membantah kalau jadi macam tu kpd mereka...

Tambahan lagi dengan berakhirnya khilafah Islam, maka siapakah lagi yang berkuasa dan berani menentang British, empayar terkuat pada zaman itu?

Kemudian, pada tahun 1939, Parlimen British mengundi untuk kemerdekaan bersyarat bagi Kesatuan Negara Palestin selama 10 tahun, kemasukan tahunan 15,000 imigran Yahudi ke Palestin selama 5 tahun dan perlindungan hak2 tanah air Palestin menentang anggota Zionis.

Ok. Pertama kali membaca statement ini, dalam hati, "What the heck is this?" Can you believe it? Saya tidak dapat menahan drpd menggelengkan kepala bbrp kali. Suka hatinya British...sudahlah bagi kemerdekaan bersyarat dalam tempoh 10 tahun, dibenarkan pula kemasukan 15,000 imigran yahudi setahun dalan tempoh 5 tahun. (sambungan ayat tu saya tak berapa faham)

I mean, this is outrageous. Berat sebelah. But then, what do you expect from British rulers? 

Adakah dengan memasukkan imigran2 yahudi itu, British mengharapkan berlakunya peningkatan populasi Yahudi sehingga menjadi majoriti maka akan menjadikan negara itu automatiknya milik Yahudi? 

Saya sering mendengar cerita ibu2 muslimin di Palestin. Mereka melahirkan ramai anak, walaupun ada yang sudah sangat tua, mereka masih melahirkan anak. Apabila ditanya, kenapa mereka masih sanggup melahirkan pada usia sebegitu (padahal telah ramai anak2 yang dilahirkan sblm ini), ini jawapan mereka,

"Saya akan tetap melahirkan anak agar kaum muslim kekal sebagai penduduk majoriti. Inilah (cara) jihad kami."


Apakah jihad kita pula, wahai pemuda-pemudi Islam?

Setelah 1939, pada tahun 1945, Setiausaha Luar British mengumumkan kemasukan orang Yahudi ke Palestin diteruskan selepas kuota pada 1939 tamat.

Hah! Dari dulu, sejak zaman para Nabi alahissolatu wassalam...tak pernah berubah! Penipu besar! 

Sahabat2ku, anda nampak atau tidak?
Apa yang dijanjikan pada tahun 1939 itu, tidak lain hanyalah diversion atau taktik mengalihkan perhatian umat pada perancangan mereka yang sebenar. Apakah kita menyangka mereka akan berhenti selepas kuota 5 tahun? Hah! Datanglah deklarasi baru yang entah apa namanya...Ya, kemasukan imigran diteruskan. Bahkan saya meyakini, masih berterusan sehingga ke saat ayat ini behenti. Malah akan berterusan, jikalau tiada siapa yang menoktahkannya.

Kemudian enam tahun selepas itu, pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations/UN) mencadangkan pelan pembahagian untuk mengagihkan 56.5% kepada yahudi dan 43% kpd Arab. Jerusalem diberi status antarabangsa.


Suggested UN Partition Boundaries


Arrgh! Gerammm..

Tanah aku dibahagi-bahagikan kepada pendatang yang masuk dengan cara haram ini, dengan tujuan yang tersembunyi ini...bahkan ialah musuh Islam sejak zaman-berzaman...

Adakah kita akan rela jika kita di tempat mereka, wahai saudara2ku?

Akhirnya, rencana Yahudi membuahkan hasil pertama,

1949 - 'Negara' Israel diisytiharkan di Tel Aviv. Tentera2 Jordan, Syria, Mesir, Lebanon dan Iraq menyerang negara baru tersebut. Rakyat Palestin beramai-ramai meninggalkan tanah air mereka.

Sahabat2, satu perkara.
satu perkara. (penegasan)
Cuba anda lihat...pada tahun 1939, dijanjikan kemerdekaan bersyarat kepada Palestin selepas 10 tahun.
10 tahun berlalu. Apa yang mereka dapat? 

1949...Permulaan penderitaan yang tidak berkesudahan...

Kesimpulan

Wahai sahabat2ku,
saya amat berharap, amat2 berharap, anda telah mendapatkan kalau tak banyak, sedikit pun jadilah, manfaat drpd perkongsian ini. 

Kalau anda tidak faham kenapa kita sebagai umat Islam harus bangun, meninggalkan hiburan yang tidak berkesudahan, atau setidak-tidaknya kurangkan tempoh waktu menonton TV, kalau anda tidak faham kenapa..."Why? Why should I not watch/reduce watching TV?"...then at least, remember the dates. Ingatlah tahun2 yang bersejarah, yang penting buat rakyat Palestin itu. 1917, 1939, 1949...tolong. Tolong ingat. Ingat apa yang berlaku pada tahun2 tersebut, walaupun ibu kita pun masih belum dikandungkan.

Ambil tahu sejarah. Sejarah British, Perancis, kerana merekalah yang membuka jalan kepada kemasukan Yahudi di Palestin. 

Ingat, musuh2 kita mengkaji kekuatan dan kelemahan kita. Dan mereka telah berjaya mengalahkan kita. Mengaku sajalah, kita, pada hari ini, umat yang kalah.

Mengakui kelemahan itu sebuah kekuatan. 

Kamu tahu kenapa? Kerana apabila ego telah diruntuhkan, dan digantikan dengan rasa rendah diri, bahawa kita hanyalah...MANUSIA. 

Manusia itu siapa? 

HAMBA TUHANNYA. 

Dan seorang hamba tidak ada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Tuhan-Nya Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ayuh! Musuh2 kita bergerak dengan pantas! Masih ada lagikah yang mahu tidur dibuai cinta dunia? 

Sedangkan akhirat yang kita imani menanti...dengan cinta Allah dan RasulNya yang kekal abadi...
sumber: 

"Palestin: Sejarah dan Budaya yang Dilupakan / Palestin: A Forgotten History and Culture" di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

"Kuasa Kepemimpinan al-Fateh" karangan Muhammad Syaari Abdul Rahman.

No comments: