بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Perkongsian hari ini sebenarnya sudah lama tertangguh. Saya berharap para sahabat sekalian, terutama para wanita akan mendapat manfaat daripada penyampaian kakak usrah saya ini (tersenyum).
Al-Quran 37:48-49
Pada suatu petang yang mendamaikan, kami berusrah di sebuah taman rekreasi berdekatan dengan universiti. Setelah aku dan para akhawatku kelihatan telah duduk dengan selesa, di tepi tasik, kami bertilawah surah as-Soffat bermula daripada permulaan surah sehinggalah ayat 57.
Selesai berkongsi pendapat tentang ibrah yang masing-masing dapati, Kak Sarah memulakan 'agendanya'. (tersenyum semasa menulis ini)
"Haa, adik-adik, sebenarnya kali ini akak nak bercerita pasal...telur!"
"Fokus kita ialah pada ayat 48-49 yang berbunyi;
"Dan di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang bermata indah, dan membatasi pandangannya.
Seakan-akan mereka ialah telur yang tersimpan dengan baik."
"Adik-adik tahu tak, kalaulah adik-adik scan seluruh al-Quran, nescaya adik-adik tidak akan menjumpai ayat lain... selain ayat 49 ini yang tersebut perkataan "telur" ".
Wah...betulkah begitu?, monolog hatiku. Hmm...agaknya orang Arab tak pernah makan telur tak?, berloyar buruk pula hatiku. (Sesungguhnya al-Quran ialah firman Allah Taala, dan bukannya karangan manusia.)
"Jadi, agak-agak kenapalah selepas Allah Taala menceritakan tentang bidadari-bidadari syurga, Allah Taala mengumpamakan pula mereka seperti "telur yang tersimpan"? "
Hmm...dalam banyak-banyak perumpamaan di dunia ini, Allah Taala memilih TELUR? Dan digandingkan pula dengan BIDADARI? Bukankah bidadari itu cantik...bukankah banyak lagi ciptaan ilahi yang cantik di dunia ini...contohnya emas, permata, berlian, mutiara...(mata duitan nih..hehe)...tapi, di dalam Al-Quran yang mulia ini, yang telah dibaca oleh ribuan generasi...Allah Taala tetap memilih TELUR? Hmm..musykil, musykil.
monolog diriku yang gemar bermonolog.
Bidadari dan Telur
Kami berpandangan antara satu sama lain. Saling musykil agaknya.
Tiba-tiba...
"Telur? Hmm mungkin cantik macam telur rebus tak?" bersuara akhawatku, Nani.
Aini pulak terus pecah perut, err ketawalah. Mungkin terbayang-bayang telur rebus dengan bidadari...macam lucu bunyinya.
"Ha, betullah tu. Telur, bila dah direbus, kan nampak putih, licin, mungkin kulit bidadari tu licin dan putih, cantiklah tu. Wallahu alam (hanya Allah yang tahu) bagaimana rupanya bidadari itu, " ulas Kak Sarah sambil melihatkan kami yang masih bersisa tawa.
Kak Sarah menyambung,
"Ummu Salamah pernah bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, terangkan kepadaku tentang firman Allah SWT, seolah-olah mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik.” Rasulullah saw. menjawab, “Kelembutan mereka seperti lembutnya kulit yang terdapat pada bahagian dalam telur, yang terletak setelah kulit bahagian luar. Itulah yang disebut dengan ghirqay.” (HR Thabrani)
Ummu Salamah ra. bertanya kepada Rasulullah saw.: “Ya Rasulullah, beritakanlah kepada kami, manakah yang lebih utama di syurga, wanita di dunia atau bidadari syurga?”
Baginda menjawab: “ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan sesuatu yang dapat dilihat daripada yang tidak dapat dilihat.”
Tanya Ummu Salamah “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari?”
Jawab Rasulullah “Wanita dunia lebih utama karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah swt. memberi cahaya di wajah mereka, mereka mengenakan sutera di tubuhnya, warna kulit mereka putih, pakaian mereka hijau, perhiasan mereka kuning, pedupaan (sesuatu yang mengeluarkan bau harum seperti setanggi) mereka mutiara dan sisir mereka adalah emas. Mereka berkata, ‘Kami adalah perempuan-perempuan abadi yang tidak akan mati. Kami adalah perempuan-perempuan bahagia yang tidak akan pernah miskin. Kami adalah perempuan-perempuan penduduk tetap yang tidak akan pindah selamanya. Ketahuilah, kami adalah perempuan-perempuan yang redha dan tidak akan marah selamanya. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami menjadi miliknya.’” (HR. Thabrani)
[Atsar] Aisyah ra.pernah berkata: “Perempuan-perempuan Solehah di dunia akan berkata kepada bidadari syurga,
‘Kami melakukan solat sedangkan kalian tidak melakukan solat. Kami berpuasa sedangkan kalian tidak melakukannya. Kami bersedekah sedangkan kalian tidak. Kami, perempuan solehah di dunia, mengalahkan bidadari syurga.
Subhanallah, cantik tak gambaran wanita solehah sahabat-sahabat?
Sekarang, tahulah kita bahawa wanita-wanita solehah lebih utama berbanding para bidadari yang cantik dan terpelihara rapi di syurga itu. Nabi Muhammad saw sendiri mengakuinya.
Ahah! Tapi ingat, bukan sebarangan wanita boleh mengaku,
"Aku lebih hebat daripada bidadari!"
Hanya wanita-wanita SOLEHAH sahaja yang layak mengeluarkan kenyataan sedemikian. Wanita-wanita solehah itu, bagaimana pula ciri-cirinya?
Wanita-wanita tersebut menunaikan solat, berpuasa, dan bersedekah pada jalan Allah Taala. Kesemua ibadah-ibadah itu mempunyai adab dan cara perlaksanaannya.
Jadi, soalan cepumas;
Sudahkah kita (wahai para wanita) menunaikan solat? Malah sudahkah kita menyempurnakan solat, iaitu (pada pandangan peribadi) menunaikannya pada awal waktu, secara berjemaah, sempurna segala rukun dengan penuh khusyuk dan tawaduk (rendah diri)?
Sudahkah kita, wahai muslimat, berpuasa? Bukan sahaja berpuasa pada bulan Ramadhan yang diwajibkan, termasuklah juga puasa sunat. Adakah kita turut menahan lidah daripada memperkatakan keburukan saudara-saudara kita, daripada membuka aib mereka...adakah hati dan lisan turut berpuasa sepertimana nafsu makan berpuasa?
Sudahkah kita, bersedekah di jalan Allah Taala? Sedarkah kita ramai saudara-saudara seislam yang miskin, yatim malah lebih teruk lagi, ditindas? Sedarlah, bahawa harta itu amanah, dan setiap amanah pasti akan dipersoalkan di mahkamah Allah pada hari yang tiada siapa pun dapat menolong saudaranya, walaupun seorang ayah terhadap anaknya. Dan adakah dengan sedekah itu kita membanggakan diri? Adakah kita mengungkit-ungkit pemberian itu?
Antara Telur dan Wanita
Para sahabatku yang dikasihi Allah Taala,
Selain daripada penerangan daripada hadis Rasulullah saw di atas, agak-agak, apakah lagi sebab Allah Taala mengumpamakan wanita dengan telur?
Cuba bayangkan sebiji telur...
Luarannya berwarna coklat - tak menarik langsung.
Haa, tetapi tersembunyi di sebalik 'kohodohan' itu ialah...
Para sahabatku yang dikasihi Allah Taala,
Selain daripada penerangan daripada hadis Rasulullah saw di atas, agak-agak, apakah lagi sebab Allah Taala mengumpamakan wanita dengan telur?
Cuba bayangkan sebiji telur...
Telur - luarannya dull |
Haa, tetapi tersembunyi di sebalik 'kohodohan' itu ialah...
Tada! Putih berseri rupanya! |
Ooo...jadi di sebalik kulit yang keras itu rupa-rupanya tersembunyi kelembutan dan kecantikan yang anggun! (Err..telur 'anggun'??)
(tersenyum)
Sahabat2ku,
yakinlah bahawa setiap kejadian dan perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita itu mengandungi seribu satu hikmah yang berguna.
Kak Sarah menyimpulkan beberapa sebab mengapa wanita diibaratkan Allah Taala seperti telur:
1. Perempuan yang baik ialah yang menutup auratnya (dengan sempurna) pandai menjaga kehormatannya.
Sepertimana fizikal sebiji telur, benteng pertahanannya yang paling luar ialah 'cangkerang' coklatnya yang paling keras. Di bawah kulit telur pula terdapat selapis selaput nipis yang bewarna putih (waktu kupas telur rebus mesti perasan). Lihatlah, telur diciptakan dengan beberapa lapisan yang ingin melindungi putih dan kuning telur yang amat bernilai khasiatnya itu.
Ingat kembali firman Allah;
"Dan di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang bermata indah, dan membatasi pandangannya.
Seakan-akan mereka ialah telur yang tersimpan dengan baik."
Bidadari yang membatasi pandangan - seakan-akan mereka ialah telur yang tersimpan dengan baik.
Wahai para muslimah,
berbanggalah dengan gelaran muslimah itu. Sedarkah kita siapakah yang menamakan kita sedemikian?
Allah.
Kerana Allah lah kita menjadi Islam. Kerana yakin akan kebenaran ajaran Islam, kerana itulah kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kerana itulah kita muslimah.
Akan tetapi, layakkah kita menyandang penghormatan yang begitu tinggi?
Apabila kita tidak mengendahkan perintah Allah,
Apabila kita seronok memperagakan kecantikan kepada sembarangan lelaki,
Apabila kita berasa berat hati dalam menutup aurat dan membatasi pandangan kerana Allah?
Stokin.
Handsock.
Baju yang tidak ketat dan tidak jarang.
Tudung yang menutupi paras dada.
Wahai wanita muslimah,
tidak teringinkah kita menjadi seperti telur yang disebut di dalam al-Quran?
Telur yang berlapis-lapis pertahanannya.
Telur yang tidak kisah 'cercaan-cercaan' manusia.
Seolah-olah ia berkata,
"Biarlah orang kata kulitku buruk, berbintik-bintik, calar-balar. Alangkah ruginya mereka. Jika mereka hanya bergantung kepada rupa luaran sahaja, sudah tentu mereka tidak akan tahu dan mendapat manfaat khasiat sebenarku!"
Orang berhenti memuji kita, kerana kita berubah, menyarungkan baju kurung instead of jeans ketat yang lazimnya dipakai? Dah nampak tak 'hot' pada pandangan kawan-kawan, baik lelaki, mahupun perempuan?
(tersenyum)
Biarlah. Biarkan mereka. Pujian manusia sebentar sahaja. Sekadar ketika kita menggayakan fesyen terkini.
Tapi...sedarkah kita, Allah Taala 'memuji' kita di dalam kitab-Nya?
Kitab yang dibaca sejak zaman berzaman, dan akan terus dibaca oleh manusia yang beriman kepada-Nya dan Hari Akhirat.
Allah Taala mengangkat darjat wanita-wanita solehah dengan mengabadikan suatu perumpamaan, yang hanya dijumpai di dalam satu ayat sahaja di dalam seluruh ribuan ayat-ayat Al-Quran.
Kita...tidak dapatkah kita merasai keistimewaannya?
Satu 'pujian' yang ABADI di dalam kitab-Nya yang benar.
(saya letakkan tanda apostrophe kerana bagi saya, segala kata-kata pujian hanyalah untuk Allah Taala, tetapi sebagai bahasa yang mudah difahami, saya menggunakan juga perkataan "pujian" untuk menggambarkan penghormatan yang Allah berikan kpd para wanita muslimah)
Pujian yang sementara hasil daripada penilaian manusia terhadap fizikal
dan
Pujian abadi Pencipta daripada pengetahuan-Nya terhadap pegangan hati nurani
Yang manakah lebih baik di antara keduanya?
Fikirkanlah.
2. Asal kejadian manusia juga daripada 'telur'
Ovum (dan sel koronal) |
Sains telah membuktikan kejadian manusia terjadi daripada persenyawaan antara ovum dan sperma. Dalam penulisan sarjana barat, mereka turut menyebut ovum sebagai 'sel telur' or egg cell.
Perumpamaan di antara wanita dan telur mengingatkan kepada asal usul kejadian kita. Bahkan, ovum hanya dapat dihasilkan oleh ovari, organ reproduktif wanita.
Sudah tentu, tanpa kehadiran sperma daripada seorang lelaki, tidak akan berlaku persenyawaan dan terciptanya zigot, akhirnya menjadi bayi.
Begitulah Allah Taala menciptakan makhluk-makhluk-Nya secara berpasangan, sedangkan Dia Tunggal dan tiada sekutu bagi-Nya.
Pada pendapat peribadi, Allah Taala memberi indikasi wanita sebagai 'pembekal' sel telur untuk kemandirian manusia, dengan perumpamaan tersebut.
3. Golongan-golongan manusia
Baiklah, sampailah kepada bahagian inti perbincangan ini.
Ya ikhwan wa akhawat,
Perhatikan pembahagian sebiji telur. Secara kasar;
Pertama; kulit luar.
Kedua; selaput nipis.
Ketiga; putih dan kuning telur.
Keempat; nukleus sel.
Setiap pembahagian ini menggambarkan golongan-golongan manusia.
Mari kita telusuri bermula dari bahagian paling luar sehingga ke bahagian paling dalam.
Bahagian pertama; kulit luar
Kulit luar digambarkan oleh kak Sarah sebagai manusia secara umumnya. Tidak kira latar belakang agama, bangsa dan negara, semua manusia secara keseluruhannya berada di bahagian ini.
Bahagian kedua; selaput nipis
Bahagian ini diumpamakan seperti golongan muslim, iaitu manusia yang beragama Islam.
Semakin ke dalam, diibaratkan pula isi telur sebagai golongan muslim YANG BAIK.
Mereka mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Akhlak yang baik, sentiasa menunaikan solat, membantu fakir miskin, memuliakan tetamu dan sebagainya.
Sampailah kita ke destinasi paling dalam, iaitu nukleus telur itu sendiri.
Sahabat2ku,
Nukleus sel ialah organel yang paling utama, betul? Kedudukannya sudah cukup memberi gambaran betapa pentingnya ia di dalam organisasi keseluruhan sel itu. Ia berada pada di tengah-tengah sel. Di tengah-tengah telur.
Bukan sahaja kedudukan, nukleus turut menyimpan DNA yang diperlukan untuk menjalankan semua aktiviti sel. Pendek kata, nukleus ialah nadi kehidupan sel. Tanpanya, sel akan mati.
Sahabat2ku,
curiouskah anda untuk mengetahui golongan manusia apakah yang bersifat seperti nukleus ini?
...........................................
Jawapannya, nukleus umpama muslim YANG FAHAM.
Bagaimanakah cirinya seorang muslim yang faham? Faham apa?
Seorang muslim yang faham, ialah muslim yang memahami kenapa dia memeluk Islam. Ini pemahaman paling asas, pada pendapatku. Kerana berdasarkan pemahaman inilah, muslim/muslimah itu akan dapat memahami rasionalnya tindak-tanduknya sebagai penganut ajaran Islam.
Sebagai contoh; kenapa kita menunaikan solat?
Kerana ianya perintah Allah.
Baik. Tapi kenapa hendak mengikut perintah Allah?
Kerana aku meyakini mentaati perintahNya akan membuatkan Allah redha kepadaku, dan hanya dengan keredhaan dan keizinan-Nya dapatlah aku masuk ke dalam syurga.
Kerana hanya di dalam syurga aku dapat bertemu dengan Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan para sahabatnya yang aku cintai.
Kerana aku amat merindui untuk bertemu dengan Tuhanku, Penciptaku, Cintaku di dunia dan di akhirat.
Kerana aku menyakini kewujudan kehidupan yang kekal selepas mati, di mana setiap manusia akan diadili dan dibalas sesuai dengan amalan dan segala tindak-tanduknya di dunia.
Jika aku mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka aku selamat daripada kemurkaan-Nya. Manakala jika aku memilih untuk membelakangi Tuhanku, maka binasalah aku di dalam seksa yang kekal...
Muslim yang faham ialah muslim yang meyakini pegangannya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Di samping itu, dia juga memahami selok-belok ilmu agama. Contohnya solat, maka dia tahu dan memahami hikmah rukun dan syarat sah solat. Dia menunaikan solat dengan ilmu yang sahih daripada para ulama yang benar, bukan ikut semberono sahaja, tanpa mengetahui adab dan cara solat yang betul. Apabila diri sendiri sudah faham agama, maka barulah muslim ini dapat berdakwah dengan baik, iaitu mengajak manusia lain untuk sama-sama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Peranan inilah yang dikatakan bak nukleus; golongan yang paling sedikit, tetapi bermanfaat buat semua manusia.
Penutup
Untuk mengakhiri perkongsian kali ini, saya sangat suka untuk berkongsi kisah "Malaikat Kecil". "Malaikat Kecil" inilah sebagai contoh MUSLIM YANG FAHAM.
***
Setiap hari Juma’at, selepas menunaikan solat Juma’at, seorang Imam dan anaknya yang berusia 9 tahun berjalan menyusuri jalan di kota kecil itu dan menyebarkan artikel “Jendela Syurga” dan beberapa karya Islami yang lain.
Pada satu Juma’at yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa membagi-bagikan Artikel Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mengenakan baju hujan seraya berkata, “Ayah! Saya sudah siap”
Ayahnya terkejut dan berkata “Siap untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini saatnya kita akan keluar untuk membagi-bagikan Artikel Risalah Allah?”
“Anakku! Bukankah di luar hujan begitu lebat dan udara sangat dingin.”
“Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan tersesat dan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?”
Ayahnya menambah, “Iya, tapi Ayah tidak sanggup keluar dalam cuaca begini.”
Dengan merintih anaknya merayu, “Izinkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan artikel-artikel itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersamamu!”
“Terima kasih Ayah!” Dengan wajah bersinar-sinar anak itu pergi meredah hujan dan tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan.
Anak kecil itu pun membagikan artikel-artikel tersebut kepada siapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan artikel itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tersisa satu artikel “Jendela Syurga” ada pada tangannya. Dia merasa tanggungjawabnya tidak selesai jika masih ada artikel di tangannya. Dia berputar-putar ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diberi artikel terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia melihat satu rumah yang agak tersorok ke dalam dari jalan itu dan akhirnya dia melangkahkan kakinya menghampiri rumah itu. Dan apabila sampai di hadapan rumah itu, terus ditekannya loceng rumah itu. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun tidak juga ada jawapan.
Seolah seperti ada sesuatu yang memeganginya sehingga anak itu enggan pergi. Mungkin rumah inilah harapannya agar artikel ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan sekitar umur 50 tahun.
Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang boleh ibu bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Ibu, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyampaikan khabar gembira dari ALLAH karena sesungguhnya Allah amat sayang dan senantiasa memelihara Ibu. Saya datang ini hanya ingin menyerahkan artikel terakhir ini dan Ibu adalah orang yang paling beruntung”.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak. Semoga Tuhan melindungi kamu.” Dengan nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Juma’at dimulakan, seperti biasa Imam naik ke atas mimbar untuk memberikan maklumat tentang masalah dan perkembangan yang terjadi di masjid itu. Sebelum mengakhiri sesi tersebut, dia bertanya, “Ada yang ingin bertanya sesuatu?”
Tiba-tiba ada yang bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh baya. “Saya rasa tiada yang mengenal diri saya. Saya tidak pernah hadir ke majlis ini. Untuk pengetahuan kalian, saya bukanlah orang Islam. Suami saya meninggal beberapa tahun yang lalu dan meninggalkan saya seorang diri dalam dunia ini.” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada hari Juma’at lalu saya mengambil keputusan untuk bunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi saya ikatkan di leher. Ketika saya ingin terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.”
“Saya jadi tertanya-tanya siapakah yang datang itu, sehingga saya longgarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu.”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat. ‘Ibu, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyampaikan kabar gembira dari ALLAH karena sesungguhnya Allah amat sayang dan senantiasa memelihara Ibu''Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca artikel itu. Akhirnya kerusi dan tali kuletakkan kembali ditempat asalnya.
“Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, Di belakang artikel terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini dan saya ingin masuk Islam. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya saya sudah menjadi penghuni neraka.”
Tiada satu pun air mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir “ALLAHUAKBAR!”
Imam lantas turun dari mimbar dan memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan tanpa dia sedari air matanya pun mengalir.
Hari Juma’at ini adalah hari paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari hari ini; iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang bagaikan malaikat.
Biarkanlah air mata itu menetes. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
***
"Seindah ciptaan telur - kitalah terasnya!"
No comments:
Post a Comment