بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Anda pernah dengar kisah ini?
Kisah Adik Iman bermain eskalator??
Pada suatu hari (intonasi bercerita)
Adik Iman berjalan-jalan di sebuah pasaraya.
Pintunya bergerak sendiri! "Wah, hebatnya!" kata
Adik Iman.
Beberapa langkah ke dalam, matanya tertancap terhadap suatu lagi perkara ajaib! "Hai, semua benda dalam bangunan ni nak dah lama tak berjalan agaknya. Tangganya pun bergerak sendiri! Subhanallah!"
Ada rasa aura? |
Adik Iman yang tinggal di kampung Tok Gajah tidak tahu apa itu "eskalator". Itulah kali pertama dia melihatnya.
"Wee..seronoknya main eskalator!" Adik Iman pun mulalah menaiki tangga bergerak itu.
Tingkat satu.
Tingkat dua.
Tingkat tiga.
Adik Iman terlalu asyik bermain dengan eskalator sehingga tidak tahu dia sudah di tingkat berapa.
7 jam kemudian
"Aduh, dah penatla. Kene balik rumah ni." Adik Iman yang sudah kehabisan tenaga bermonolog.
Adik Iman pun menaiki eskalator yang menurun ke bawah.
Tingkat 30...
Tingkat 17...
Tingkat 5...
Tingkat 1...
Bawah tanah..
"Eh, ni kat mana pulak?! Adik mana reti bawak kereta!" kata Adik Iman ketika terlihat kereta-kereta yang terpakir.
"Salah tingkat ni. Naik balik, naik balik."
Nasib baiklah si Adik kita tidak mudah panik. Cool aja. :)
Pengajaran
Apakah pengajaran yang saudara-saudari dapat daripada cerita Adik Iman kita?
(Entah.) (Bosan je) (Tah hape2) (Takde cerite lain ke??)
Eh kejap-kejap. Suatu cerita itu, tak kisahlah pendek ke, membosankan ke, buat penat mata ke, mesti ade mesej tersiratnya.
(Kalau tak, tak kan susah-susah orang tu menaip. Buat penat jari je. haha)
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,
Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, bukan suatu kebetulan. Bahkan ianya ketentuan Allah, betul? Betul.
Kita mesti membuka mata. Bukan setakat mengangkat kelopak mata yang berat macam peti besi setiap pagi. Tapi mata hati pun harus dihidupkan bersama.
Manusia yang paling bahagia ialah mereka yang dapat menafsirkan mesej Allah yang tersirat di sebalik setiap suratan takdirnya. Macam mana nak buat? Itulah gunanya mata hati.
Mata hati ni siapa sahabat-sahabatku?
Ya, anda bijak.
Mata hati ialah protagonist di dalam kisah kita tadi. (Sebenarnya satu-satunya watak dalam cerita tadi)
Mata hati ialah Adik Iman kita.
Iman yang mendiami hati setiap seorang daripada kita.
Mari kita kupas satu-persatu.
Pengajaran1: Adik Iman
Mengapa saya gunakan frasa "adik" untuk memperkenalkan iman?
Saya merujuk kepada keadaan iman kebanyakan kita pada hari ini. Termasuklah empunya diri.
Ia sangat kecil. Masih mentah. Belum berkembang. Dalam istilah saintifik, ia mungkin boleh dipanggil "nascent". Nascent faith.
Seperti kanak-kanak kecil, ia dalam fasa bermain-main. Dalam fasa belajar. Fasa meningkatkan diri. Menambah kualiti. Itulah iman majoriti masyarakat Islam pada hari ini. At least, saya rasa frasa "Adik Iman" cocok untuk menggambarkan kualiti iman dalam diri saya sendiri.
Anda mahu bukti? Boleh. Biar saya tunjukkan bukti-buktinya.
Saya bertanya kepada anda,
Kalau anda merancang membeli-belah, adakah anda memperuntukkan wang untuk bersedekah? Kalau ya, berapa peratus wang yang anda niatkan untuk sedekah kepada sesiapa yang memerlukan yang anda jumpa di jalanan? Berapa peratus pula peruntukan untuk membeli barang2? 50:50? 70:30? Berapa?
Jika anda diminta menyumbangkan semua wang di dalam dompet, ketika menghadiri ceramah tentang Palestin, adakah anda sanggup? Berapa pantaskah kesanggupan anda? Atau anda rasa sesuatu berlegar-legar di dalam dada anda, dan anda tidak dapat membuat keputusan?
Apabila telinga anda menangkap laungan azan dari masjid berdekatan, apakah tindakan anda? Adakah anda menangguhkan pekerjaan ketika itu dengan serta-merta? Adakah anda menunggu 10 minit untuk menyiapkan tugasan? Atau hati anda sedikit pun tidak terusik untuk membasahkan anggota wuduk, lantas menghadap kiblat dan mengangkat takbir?
Sebenarnya...apakah jawapan kita kepada Allah?
Hari ini saya yang bertanya. Esok lusa...bila Allah bertanya..? Siapa yang akan menjawab?
Sahabat-sahabatku sekalian,
amalan kitalah yang menjadi jawapannya.
Kita ni..apalah nilainya iman kita kalau ditimbang satu neraca dengan iman Abu Bakar as-Siddiq??
Teringatku kepada suatu sabda Nabi saw yang bermaksud, "Iman Abu Bakar jika ditimbang dengan iman seluruh manusia, nescaya iman Abu Bakarlah yang lebih berat timbangannya."
Para sahabat Nabi ra.hum. bersedekah dengan apa sahaja yang mereka ada. Walau hanya sebiji kurma. Kadang-kala, mereka mengutamakan peminta sedekah berbanding keadaan mereka sendiri, meskipun mereka juga memerlukan saat itu. Bolehkah kita bayangkan? Orang yang bersedekah itu...juga dikategorikan sebagai orang miskin! Kemiskinan tidak pernah menghalang mereka untuk bersedekah!
Pada hari ini, usah dituding kepada orang miskin, orang yang mampu pun susah hendak bersedekah! Pembayaran zakat pula bagaimana? Adakah para hartawan di Malaysia sudah melaksanakan hak orang miskin di dalam harta mereka? Kerana telah menjadi ketetapan Allah bahawa orang miskin juga mempunyai hak di dalam harta itu! Kerana itulah Allah Taala mewajibkan zakat, untuk mengagihkan bahagian-bahagian di dalam harta si kaya kepada si miskin seterusnya membersihkan harta itu. Barulah datang keberkatan Allah di dalam rezeki kita.
Para sahabat ra.hum sentiasa ternanti-nanti kedatangan waktu solat yang seterusnya. Mereka ghairah untuk bersolat. Bersolat berjemaah bersama-sama Nabi saw.
Pada hari ini, kita lupa kepada keutamaan solat berjemaah. Bukankah Rasul Allah Muhammad saw bersabda maksudnya, bahawa solat berjemaah itu 27 kali ganda pahalanya? Dan kita tahu, bahawa satu solat nilainya 10 pahala di sisi Allah, kerana ketika peristiwa Israk dan Mikraj, pada asalnya Allah Taala memfardhukan 50 solat ke atas umat Muhammad. Namun, dengan ketentuan Allah melalui nasihat Nabi Musa a.s., pada hari ini kita hanya diwajibkan solat 5 kali sehari. Namun kerana Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang, Dia mengekalkan 5 solat bersamaan 50 kali solat iaitu bernilai 50 pahala. Tetap nilainya 50 pahala di sisi Allah.
1 solat bernilai 10 pahala. Bagaimanakah nilainya apabila ditunaikan berjemaah? Hampir 270 pahala dengan hanya sekali solat berjemaah! Jika lengkap 5 waktu berjemaah maka nilainya ialah 1350 pahala! Insya-allah, keuntungan itu milik setiap muslim yang melaksanakan solat berjemaah dengan penuh kesempurnaan dan niat yang ikhlas.
Anehnya, mengapa kita masih bertangguh dalam meraih lambakan pahala itu? Hanya orang yang bodoh sahaja akan melepaskan peluang melabur saham akhirat seperti itu!
Tidak. Tidak. Saya tidak mengatakan kita bodoh. Kerana kita tidak bodoh.
Kita tahu semua fakta itu. Kita sedia maklum kelebihan-kelebihan setiap amalan. Bukan kita tidak belajar. Bukan tiada orang yang mengajar.
Namun...kunci persoalan ialah...kenapa kita masih tidak buat?
Jawapannya ialah iman kita masih "adik". Iman kita belum "raja".
Pengajaran 2: Naik, turun
Para pembaca yang budiman,
Ketahuilah,
bahawa iman itu tidak tetap. Adakalanya ia menaik. Adakala ia menurun. Ikut suka dia.
Oh, rupa-rupanya iman pun ada mood juga. :)
Namun jangan gusar! Kita mampu mempengaruhinya mengikut kesukaan kita. Sudah tentulah kita mahukan iman sentiasa dalam keadaan meningkat.
Dari satu tingkat, naik lagi ke satu tingkat.
Apakah tanda-tanda iman dalam keadaan meningkat?
1. Apabila solat terasa khusyuk
2. Apabila bacaan Al-Quran mengalirkan air mata
3. Apabila hati melihat semua ketentuan Allah itu baik
Antara tanda-tandanya. Saya tak tahu. Tapi saya pasti, anda lebih tahu dari saya. :)
Sebenarnya, anda sedang mengalami "kemanisan iman". Anda sendiri tak tahu bagaimana nak menggambarkannya, betul? Jika rakan anda bertanya, "Mat, kemanisan iman tu camna Mat? Manis lagu (macam) mana? Cuba habaq mai kat aku sat." Anda akan berkata, "Ish, aku tak tau la camna nak habaq kat hang. Hang kena rasa sendiri. Baru hang tau betapa powernya, betapa nikmatnya iman tu!"
Kemanisan atau halawatul iman ialah anugerah Allah. manusia tidak mampu menciptanya. Manusia hanya boleh meminta agar dikurniakan nikmat agung ini.
Bagaimana caranya untuk mengekalkan stamina iman?
1. Berdoa.
2. Berusaha.
3. Yakin dan berharap kepada Allah.
Ya, saya tidak ada banyak inventori nasihat untuk anda. Maaflah, saya sendiri masih mencari. :)
Apa yang saya tahu, ketiga-tiga kunci amalan ini, memang berkesan.
Doa ialah senjata orang mukmin. Pernahkah anda terfikir maknanya? Doa tak tajam pun. Doa bukannya boleh bunuh orang jahat, eh, mana boleh doakan keburukan untuk orang lain. Doa, tadah tangan je?
Je?
Kekuatan orang mukmin, ialah pada keutuhan hubungannya dengan Tuhannya. Doa ialah hubungan itu. Kita tidak meminta kepada paderi supaya mendoakan keampunan dosa. Tidak! Seorang hamba Allah boleh meminta terus kepada Allah, apa sahaja yang ia mahukan! Kesihatan, kecerdasan, kebijaksanaan, harta, anak-anak soleh. Apa sahaja yang diinginkan hati, mintalah. Pasti Allah kabulkan.
Mukmin, tidak akan berdoa perkara yang memudharatkan kesihatan, imannya. Kesihatan imannya. Maka berdoalah dengan ikhlas. Bukalah hati anda kepada Allah, sungguh Dia Mendengar segala luahan hati anda. Hanya Allah yang mampu mengubati anda.
"Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Mafhum Al-Quran)
Doa tanpa usaha ibarat ikan yang enggan menggunakan ekornya yang kuat untuk berenang. Ikan, diciptakan dengan fizikal yang sesuai dengan alam air, jika ia kelaparan, maka adakah itu salah penciptanya? Ingatlah, seorang muslim tidak menunggu rezeki jatuh dari langit, atau kemanisan iman jatuh ke riba. Buktikan kesungguhan kita untuk meraih halawatul iman dengan meningkatkan kuantiti amalan yang berkualiti.
Jika hari ini anda membaca Al-Quran satu muka sehari, esok tambahlah dua muka surat.
Jika hari ini anda solat fardhu lewat, esok awalkan, sehinggalah mampu untuk solat tepat pada waktunya.
Jika hari ini anda solat fardhu berseorangan, esok carilah rakan atau keluarga untuk menemani anda berjemaah.
Awas, jangan lakukan dengan drastik. Perlahan-lahan, kemudian beristiqamahlah. Kemudian berdoa lagi, supaya dikuatkan iman dan diberi istiqamah melaksanakan perubaha tersebut.
Akhirnya,
yakinlah bahawa pertolongan Allah itu dekat.
Allah tahu perkara ini baru dan sukar buat kita. Yakinlah, Allah tidak pernah mensia-siakan niat kita. Usaha kita. Doa kita. Bersangka baiklah kepada Allah, kerana Allah seperti yang hamba-Nya sangkakan.
Langit tidak selalunya cerah. Iman kita mungkin jatuh semula setelah susah payah mendaki.
Beringatlah, pendaki yang baik tidak akan mengalah sebelum menawan puncak! Halangan-halangan lalu menjadi pengajaran baginya. Dia lebih berhati-hati. Dia kini lebih berpengalaman.
Seperti juga halnya dalam menjaga iman. Melalui pengalaman, kita belajar perkara yang jika kita buat, akan mengurangkan kemanisan iman dalam beribadah. Itu tandanya Adik Iman sedang menaiki eskalator menurun! Cepat halangnya! Awas, jangan ambil jalan itu lagi.
Pengajaran 3: Iman perlukan bekal
"Aduh, dah penatla. Kene balik rumah ni." Adik Iman yang sudah kehabisan tenaga bermonolog.
Iman memerlukan 'minyak' bagi memastikan enjinnya sentiasa berfungsi.
Sebelum keluar rumah, kita memastikan kereta kita mempunyai minyak yang cukup supaya dapat sampai ke destinasi.
Sebelum ke kuliah, kita pastikan sudah bersarapan supaya perut tidak menggangu kosentrasi di dalan dewan.
Begitulah juga iman. Apakah bekalan iman? Apakah keperluan iman?
Apa jua amalan yang mendekatkan diri kepada asal-usulnya. Dan dari manakah asalnya iman?
Dari Allah Taala.
Antara bekalan yang baik:
1.Solat fardhu pada awal waktu.
2.Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksud.
3.Menyenangkan hati ibubapa.
4.Bersedekah.
5.Menambah solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat rawatib
Pengajaran 3: Iman perlukan bekal
"Aduh, dah penatla. Kene balik rumah ni." Adik Iman yang sudah kehabisan tenaga bermonolog.
Iman memerlukan 'minyak' bagi memastikan enjinnya sentiasa berfungsi.
Sebelum keluar rumah, kita memastikan kereta kita mempunyai minyak yang cukup supaya dapat sampai ke destinasi.
Sebelum ke kuliah, kita pastikan sudah bersarapan supaya perut tidak menggangu kosentrasi di dalan dewan.
Begitulah juga iman. Apakah bekalan iman? Apakah keperluan iman?
Apa jua amalan yang mendekatkan diri kepada asal-usulnya. Dan dari manakah asalnya iman?
Dari Allah Taala.
Antara bekalan yang baik:
1.Solat fardhu pada awal waktu.
2.Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksud.
3.Menyenangkan hati ibubapa.
4.Bersedekah.
5.Menambah solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat sunat rawatib
Penutup
Anda tahu suatu tempat?
Namanya "jannah". Melayunya "Syurga". Inggerisnya "heaven".
Jannah itu bertingkat-tingkat.
Penghuninya juga bertingkat-tingkat.
Tingkat-tingkat teratas didiami para Nabi, Rasul, syuhada', orang-orang soleh dan ulama yang benar.
Kita...hendak tinggal di tingkat mana?
(Tiba-tiba ada orang angkat tangan)
Ya, Adik Iman nak cuba jawab?
(Adik Iman tersenyum seraya menjawab):
"Saya mahu satu taman dengan Rasul yang memperkenalkan saya kepada semua manusia. Saya mahu paling dekat dengan Allah yang mengurniakan saya kepada semua hamba-Nya. Sebab saya sangat..sangat merindui mereka. Di dunia lagi saya tak dapat hidup tanpa mereka...apatah lagi di alam akhirat yang abadi."
Jagalah iman kita.
Jagalah iman rakan-rakan kita.
Jagalah iman keluarga kita.
Kerana pastinya kita mahu hidup bersama-sama mereka semua, bukan? :)
1 comment:
Sweetnya cerita ni...analogi yg bagus....yup, bukn hnya perlu berdoa...tp perlu berusaha utk cpai thp iman yg baik n menjga agar bekal yg dperlukan x diabaikan...=)
Post a Comment