Tuesday, February 16, 2010

Bermula Semula..dengan Kejujuran

Tuesday. Feb 16, 2010.

8 bulan.

Kalau ibu mengandung tambah sebulan lagi maka genaplah tempoh tumbesaran anak di dalam rahimnya.

Apakah ertinya 8 bulan itu?

Tempoh masa aku meninggalkan halaman maya ini.

Sejak aku memasuki alam universiti Julai tahun lalu, sehinggalah kini..aku tiada kesempatan untuk melakar isi hatiku di sini.

Sibuk? Emm, semua orang sibuk. Semua makhluk sibuk. Lebah sibuk mengutip madu. Burung sibuk membina sarang. Semut..sibuk mengacau bilik aku..!:D

Mungkin sibuk hanya alasan. Aku bersembunyi di sebalik perkataan itu kerana sebab yang lain.

Pada mulanya, semangatku berkobar-kobar. Diri ini merasakan ia mempunyai tugas yang besar. Tugas yang 'suci' untuk 'berdakwah' menggunakan teknologi abad ke - 21 ini. Aku punya kebolehan memutar kata-kata. Namun aku tidak pintar menuturkan kata-kata. Aku berasa kerdil kerana tidak mampu melontarkan pandanganku dengan lisan kurniaan Tuhan.. aku berasa kecil kerana hanya mampu menggarap di atas kertas..lantas di medan seperti inilah aku berasa "hidup". Berguna. Dan semangatku tambah membara.

Ku katakan pada diri, "Walau aku cuma manusia biasa, aku juga boleh menyumbang pendapat. Walaupun aku bukannya pelajar jurusan agama, tapi aku tetap seorang muslim. Insya-allah akan ku sumbang setakat yang mampu."

Tapi aku ini jenis yang "cepat". Cepat bersemangat, dan cepat pula mengalah.

Permulaan blogku berjalan dengan baik. Aku rajin meng'update'kan blog. Malah hampir setiap hari aku cuba menulis idea-idea baru..apa sahaja yang terlintas di fikiranku, sewaktu cuti habis matrikulasi dulu.

Kemudian aku masuk ke alam universiti. Di sinilah perjuanganku benar-benar bermula. Seperti yang ku katakan, aku ni seorang yang cepat mengalah. Aku terumbang-ambing sewaktu semester pertama.

Fikiranku kusut sekali.


'Hanya orang lain yang layak berada di universiti ini. Aku tak layak. Aku tak dapat capai 'standard' pelajaran di universiti. Fikiranku tak matang macam orang lain..'

Bisikan-bisikan itulah yang terngiang-ngiang dalam mindaku.

Seorang yang rendah diri. Mempunyai low self esteem atau rendah penghargaan pada diri. Itulah aku yang sebenarnya.

Aku sangka, to be able to inspire others, I have to have high standards for myself. Aku memarahi diriku setiap kali solatku tidak khusyuk. Aku memaksa diriku menghafal sekurang-kurangnya 3 hadis sehari. Asalnya aku rela hati melakukan semua itu. Tapi, pada akhirnya, aku telah meletakkan satu target atau standard yang tinggi secara tidak disedari. Jika targetku tidak dapat dicapai, penyesalan bagaikan ombak yang menenggelamkan hati. Dan akhirnya..aku biarkan penyesalan itu bertamu dan tidak pergi.

Emosi. Bahaya, jika terlalu beremosi. Kesudahannya, aku tidak lagi menulis blog..dan tanpa disangka-sangka, aku berhenti belajar. Mengambil cuti untuk merungkaikan kekusutan minda.

Ish. Menyedihkan betul. Setakat ni la.:D(bosan pun ada)

Well (angkat tangan) apa-apa pun, sekarang aku dah sambung belajar semula di UIAM.

Sebenarnya aku tidak ketemu jawapan semasa cuti. Tentang apa?

About my role.

I am a student of worldly knowledge (ilm dunya)..and yet I am also a muslim. I feel the responsibility to preach Islam and to be close to God. I wish I was born during the time of prophet Muhammad, so that I can fight in battles with him and his companions. I wish I could see him pray with my very own eyes, and emulate him. Be close to Allah and never blink an eye to the world again. I wish I would forget the world, its pleasures and just be zuhud. I wish I could turn my back on the world and just pray 24-7.

Hari ini. Baru kutemu jawapannya.


MENUNTUT ILMU ITU JUGA NAFAR

(surah at-Taubah: 122)

Keluar menuntut ilmu, digelar Allah dengan kalimah nafara, iaitu kalimah yagn lazimnya hanya terguna pada mengungkapkan soal keluar berjihad perang di jalan Allah. Pemilihan kalimah itu harus kita teladani, bahawa Allah SWT mahu kita melihat proses menuntut ilmu di jalan Allah sebagai suatu medan tempur. Justeru, persiapan kaum yg keluar berperang harus juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu di jalan Allah.

Petikan buku Rindu Bau Pohon Tin, Hasrizal Abdul Jamil.

Aku terbaca bait-bait ini sewaktu di dalam bas tadi. Hmm..fuuh. Aku menarik nafas lega. Rupa-rupanya Allah SWT dah lama menjawab soalanku, cuma aku saja yang cetek ilmu. Terima kasih ustaz Hasrizal.

As long as there's people like Abu Saif, I will have strength and a clear mind. From them will I draw strength and wisdom in everything I decide to do, and keep a clear conscience.


Aku tak boleh jadi zuhud macam Saidina Uthman ra. Tengok baju cantik sikit, mulalah nak beli. Aku tak boleh solat lama-lama macam para alim. Tak tahan, kembung perut. he3. Dahla khusyuk pun belum tentu. Aku bukan hafizah, penghafal Quran. Juzuk 30 pun tak habis.
I'm just a regular person.

Tapi itu tak bermakna aku tak boleh berdakwah juga. Tak bermakna kata-kataku tak ada kualiti. Ok, mungkin agak tak boleh pakaila. :D

But HONESTLY, niat aku ikhlas. Ilmu itu boleh dicari. Selebihnya terserah kepada diri masing-masing.

Pencari ilmu dunia tidak semestinya melupakan ilmu akhirat. Yelah, nak balik kampung akhirat nanti, kenalah tahu jalannya, betul kan?

Hari ini...aku bermula semula, dengan kejujuran.

No comments: