Sunday, July 19, 2009

Minggu Pertama di Kuantan

Sunday, July 19, 2009

Sudah seminggu lebih aku tidak membuka blog. Bukan tidak mahu, akan tetapi kepadatan jadual kuliah membuatkanku hampir tiada kesempatan untuk melakukan kerja-kerja sampingan dan hobi-hobi kegemaranku. Tambahan lagi jaringan internet tidak sampai di asrama tercintaku ini, semakin melemahkan semangatku untuk terus menyuburkan diari mayaku ini. Aku juga seorang manusia, mudah diserang penyakit malas..masakan aku akan rajin melangkah ke 'cyber cafe' semata-mata untuk menulis diari? Cukuplah kakiku melangkah ke kuliah setiap hari, rasanya sudah cukup senaman yang kuberikan pada kedua kakiku yang amat berjasa ini. (memang dasar pemalas..)

Pertama sekali aku ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada teman sebilikku yang begitu baik hati meminjamkan laptop beserta kemudahan internetnya sekali. Tanpanya, mungkin aku terpaksa menunggu seminggu lagi untuk membuka blog ini, dan anda semua sudah tentu akan merana tanpa kehadiranku di alam maya ini, bukan?? (boo..!) Maafkan diri ini, sudah lama tak 'syok sendiri'..haha, sekali-sekala ingin aku perasan sendiri..

(19-7+1= berapa ye?) Hari ini genaplah 13 hari kehidupan baruku di bumi Kuantan. Kampus Kuantan ini masih muda berbanding 'abangnya' iaitu kampus Gombak. Fasiliti di sini masih belum siap sepenuhnya. Hanya Kuliyyah of Medicine (KOM), Kuliyyah of Sciences(KOS) dan terbaru, Kuliyyah of Pharmacy(KOP) sahaja yang mempunyai bangunannya sendiri. Sementara Kuliyyah of Nursing(KON) dan Kuliyyah of Allied Health Science(KAHS) terpaksa menumpang dahulu di KOM manakala Kuliyyah of Dentistry(KOD) pula menumpang di KOS. Kesemuanya berjumlah enam kuliyyah. KOM bolehlah dikatakan "abang long" dan KOD pula "adik su" kerana KOD ialah kuliyyah yang termuda sekali.

'Batch'ku merupakan batch ke-8 untuk KOP. Ada cadangan daripada pelajar lelaki, katanya tak naklah panggil "KOP", tak sedap bunyinya. Apa kata panggil "KOPha"? (haha) Macam comel saja bunyi "KOPha" tu. Aku tak kisah, KOP ke KOPha ke, sama saja.

Semester pertama ini aku belajar 5 subjek 'core' dan 2 subjek 'university required'.

1. Intro to Pharmacy, Philosophy dan History
2. Basic anatomy and Histology
3. Fundamentals of Physiology
4. Pharmacy Practice 1
5. Organic Chemistry
6. Bahasa melayu lanjutan
7. Islamic worldview

Ya, anda tak silap tengok dan saya juga tak salah taip. Memang saya belajar Bahasa Melayu. Terpaksa, nak buat macam mana..huhuhu.. Sewaktu di matriks dulu memang ada diuar-uarkan kene ambil BM, tapi ingatkan diorang main-main je, tak sangka pula mimpi ngeri menjadi kenyataan. Well, not the 'ngeriest' one, but still..(teruk betul bahasa, memang patut belajar balik BM!)

Walau apapun hidup harus diteruskan. Macam makan ubat, walaupun pahit, tetapi ianya demi kebaikan tubuh badan sendiri juga. Walaupun ada sesetengah perkara yang tidak disukai, tetapi demi mendapatkan kebaikan mutlak, segala keperitan harus ditempuhi. Matlamat akhirku tetap ialah mendapatkan ijazah B. of Pharmacy. Insya-allah, Tuhan akan memberikan kekuatan kepada kami semua..huhu

Bila tengok budak-budak kos lain, jealous pula rasanya. Jadual mereka begitu lengang. begitu banyak ruang kosong yang boleh diisi. Umpama barisan gigi yang rongak. Boleh diisi dengan macam-macam aktiviti yang disukai. bagi budak-budak KOPha pula, kami ialah juara kelas. Senior-senior pun sudah terlalu maklum dengan jadual kuliah budak-budak KOPha. Biasalah tu, memang juara contact hour, kata mereka.

Anda tahu tentang 3M bukan? Membaca, menulis, mengira. Budak-budak KOPha pun ada slogan juga, bukan 3M, tapi 3K. Nak tahu apa 3 K tu? Kelas, Kafe, Katil. Itulah rutin harian budak-budak KOPha. Bezanya senior-senior kami berpesan supaya jangan ikut budaya ini. Tapi, nampak gayanya memang 3K lah kehidupan kami. Kuliah bermula seawal 8 atau 9 pagi, dan habis lewat petang, paling awal pun pukul 4, paling lewat pukul 6. Balik kuliah perut meminta-minta untuk diisi, apalagi, terus pergi ke kafe. Selesai melayan perut, harus melayan mata yang semakin terkatup. Apalagi, melayanglah badan ke atas katil. Pagi esok, ulang lagi perkara yang sama. Hmm..minta maaflah senior, memang jadi budak-budak 3Kla kitorang ni..


Satu perkara yang paling aku tak puas hati ialah..susah nak dapat berita. Bayangkan, dalam sebesar-besar alam kampus Kuantan ni, (bak kata roomate ku), cuma ada satu kedai saja yang menjual surat khabar! Dahla tu, hari minggu pulak tutup! Tv? Haa..pasal Tv aku ada satu cerita menarik untuk perkongsian. Dalam kampus ni, Tv ialah antara barang yang disenaraihitamkan, dalam erti lain, haram. Tapi, jangan bimbang, kata pihak administrator, kami ada sediakan bilik tv untuk para mahasiswa sekalian. Satu untuk CF(central facilities) lelaki, dan satu untuk CF perempuan. Hendak ke CF, harus berpakaian elok dan menutup aurat, tidak bolehlah pakai pakaian yang selekeh seperti di matriks dulu. Satu hari, aku dan kawan-kawanku pergilah menjenguk bilik tv tu. Mereka pun bukalah tv..keluarlah skrin astro. Cewah! Ada astro tu! Hebat, hebat. Lepas tu mereka pun cubalah mencari tv1. Cuba teka apa yang keluar di skrin tu? "This channel is not in our subscription." Ok, tv1 tak ada. Cuba tv2 pula. Cuba teka apa yang keluar lagi? Ya, sama juga. Kami pun tersenyum sesama sendiri. Ada piring astro, tapi channel basic pun tak langgan. Brothers yang lalu-lalang pun ketawa tengokkan gelagat kami yang cuba mencari channel. Agaknya mereka pun dah terkena. Kami pun putus harapan, terus tutup tv tu dan pergi membeli makan malam. Tak lama lagi jadilah kami katak jadian di bawah tempurung..

Begitulah serba-serbi minggu pertamaku di Kuantan..

p/s: aku tetap 'syahid' di dalam kelas..(ish3x..)

Posted at 3:33pm

No comments: