Alhamdulillah, tamatlah sudah program ta'aruf semalam. Selama 3 hari dua malam kami bertaaruf, berlatih berbaiah, mengenali ahli keluarga UIA Kuantan. Akhirnya kami selamat menjadi sebahagian daripada keluarga yang besar ni..
Kelas akan bermula pada minggu depan. Nama je minggu depan, selang sehari lagi je dah sampai minggu depan. Aku bagaikan pekerja kerajaan sebab jadual yang sangat padat. 8-5, macam office hours pulak. Hai..betulkah jalan yang aku pilih ni?
Mula-mula memang excited..tetapi realiti tidak selalunya indah. Dan aku takut tak dapat menghadapi realiti ini dengan baik.
Aku bakal menempuh suatu perjalanan yang baru. Perjalanan yang akan membawa bersama-samanya pengalaman kehidupan yang baru. Alam dewasa yang penuh dengan tanggungjawab. Beban yang harus ditanggung dan dijawab. Maka jadilah ia tanggungjawab. Sendiri tanggung dan sendirilah jawab.
Aaah! Lepas ni memang susah nak blogging. Tambah-tambah dengan ketiadaan laptop dan juga kemudahan internet. Aku sengaja meninggalkan teknologi itu di rumah, dengan harapan ia tidak akan menjadi tempatku membuang masa dengan sewenang-wenangnya. *menyesalla pulak..* Kemudahan wifi pula ada di banyak tempat, KECUALI di asrama. Aah..realiti memang tak selalunya indah.
UIA: The Garden of Knowledge and Virtue. Itulah slogan atau moto UIA. Jika sewaktu di matrikulasi dulu kami disambut dengan kata-kata, "Welcome to the Gate of the Garden of Knowledge and Virtue". Benar, dulu kami berada di hadapan pintu pagarnya sahaja. Masa dua tahun terasa penuh dengan keringat. Hakikatnya itu hanyalah keperitan untuk sampai di hadapan pagar taman ilmu. Selepas ini..segala yang bakal datang selepas ini, barulah cabaran yang sebenar.
Ya Tuhan,
mampukah hambaMu,
menelusuri liku-liku kehidupan
yang masih bersisa ini?
Mampukah daku
menyahut seruan jihad ini
Apakah aku akan bisa
Kuat melawan malas
Bersengkang mata
Berkorban masa
Demi segulung ijazah?
Atau adakah aku
akan terkulai layu
sebelum perjalananku
belum pun bermula?
Tuhan,
khabarkanlah takdirku
Adakah benar aku akan menjadi
Manusia berjaya
4 tahun dari saat ini
Saat tatkala jari-jemariku
Menari di atas papan kekunci
Melakarkan kegusaran hatiku
Di alam maya ini
Wahai Tuhan,
Berikanlah daku kekuatan
Kerana segala kekuatan adalah berasal daripadaMu
Segala kekuatan adalah milikMu
Pinjamkan ya Tuhan
Nanti akan kupulangkan kembali
Tika Engkau memanggilku pulang
Ya Tuhan,
Soal takdir, kuserahkan padaMu,
Namun aku juga punya kuasa,
Iaitu kuasa untuk memilih,
Maka saksikanlah,
Bahawasanya hambaMu memilih hanya dua;
Kejayaan di penghujung jalan,
Atau syahid di tengahnya.
Dan syahidku bukanlah 'syahid' di dalam kuliah,
Akan tetapi syahid kerana
Mengikut pesuruhMu Izrail
Menuntun jejakku
Kembali ke alam baka.
Posted at 10:00pm, cyber cafe CF Talhah, UIA Kuantan.
No comments:
Post a Comment