Esok ialah hari yang penuh makna. Mendebarkan..setelah hampir 3 bulan lebih goyang kaki dan bekerja menghabiskan beras di rumah( ini ungkapan yang pernah terkeluar daripada sepupuku, kak aisyah), akhirnya percutianku akan tamat dalam masa kurang 24 jam dari sekarang. Macam cerita 24 hours pulak..tik-tok, tik-tok..
Esok aku akan kembali ke sekolah. Walaupun aku akan memasuki universiti, tapi entah kenapa aku lebih gemar membahasakannya "sekolah". Entahla..rasa janggal nak sebut "balik U". Hakikatnya universiti berfungsi seperti sekolah juga. Tiada bezanya. Mungkin cuma tahap ilmu yang diajarkan berkali ganda lebih tinggi berbanding 14 tahun yang lalu..waktu pertama sekali aku masuk sekolah. Masa itu, aku juga tidak memanggilnya "sekolah", tetapi aku memanggilnya "tadika".
Setiap kali musim cuti berakhir dan sesi persekolahan akan bermula semula, aku akan diserang suatu penyakit. Penyakit yang tidak menampakkan simptom-simptom yang nyata. Penyakit ini hanya boleh dikesan apabila pesakitnya mengadu sakit-sakit perut. Bukan sakit perut kerana fitrah, tetapi..kerana..ada rama-rama di dalam perut!! Tentu anda pernah mendengarnya bukan, "Having butterflies in my stomach". (gelak) Okla, sebenarnya takda apa-apa pun. Tapi, kenyataannya, aku memang akan berasa begitu setiap kali aku kene belajar semula selepas cuti. Lagi teruk kalau cuti itu panjang, maka lebih banyaklah "rama-rama" dalam perutku. Geli tau..rama-rama terbang dalam perut..(sengih) Walaupun cuma cuti semester, dan bukannya aku bertukar ke sekolah baru pun, tapi aku tetap berasa begitu gemuruh. Hari-hari pertama apabila pulang semula ke sekolah memang aku berasa satu macam. Tak selesa. Mungkin memang betul kot ada rama-rama dalam perutku? Hehe..Tapi beberapa hari selepas itu semuanya kembali normal. Mungkin rama-rama itu dah mati agaknya..(mengarut tak habis-habis..)
Tapi kan..kali ini, perasaan aku lain sedikit. Aku berasa..teruja, kata orang Melayu. Kata orang Inggeris, excited. Rasa..tak sabar nak belajar semula. Rasa tak sabar hendak ke kelas..atau kuliah. Ya, sekarang 'tak main'lah kelas, kuliah baru sedap sikit namanya. Walhal, aku ni antara orang yang paling lambat ke kel..kuliah. Betul, bukannya hendak menconteng arang ke muka sendiri, tapi memang dah terconteng pun. (sengih) Tanyalah mana-mana kawanku, mesti mereka mengangguk sambil tersenyum simpul. Nak tanya kawan sekolah rendah boleh, sekolah menengah boleh, kawan kat matrikulasi? Lagi-lagila boleh! Sama saja polaku ke kuliah, tak pernah nak berubah.
Jadi, perasaan baru ini bagiku memang pelik. Pelik sebab belum pernah berlaku sebelum ni. Bahkan, to tell you the truth, dah lama aku ternanti-nanti hendak masuk kampus semula. Sebenarnya tak boleh guna perkataan "semula", sebab inilah kali pertama aku akan mendaftar secara rasminya di kampus UIA di Kuantan. Akhirnya..ketika kawan-kawanku yang lain sudah masuk tahun ketiga, atau tahun yang terakhir..aku..baru nak masuk U. Sedikit antiklimaks di situ..tapi tak apalah. Lebih baik ada peluang daripada tidak ada langsung.
Mungkin apa yang berbeza kali ini, ialah aku benar-benar MAHU belajar. Ianya merupakan keinginanku sendiri. Jadi, yang selama ini, bukan belajarlah namanya? Hmm..aku tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan sebegini. Mungkin jawapanku ialah, "Ya. Memang selama ini aku belajar bukan mengikut kemahuanku. Akan tetapi kerana diaturkan untukku." Aku belajar segala subjek di sekolah kerana ibu bapaku, agamaku, kerajaanku mahukan segala itu untukku. Mereka ingin mendidikku supaya menjadi generasi yang berilmu. Mereka inginkan supaya aku menjadi manusia yang berjaya. Pada waktu itu, aku cuma mengikut sahaja apa yang telah ditetapkan untukku. Belajar bersungguh-sungguh, dapatkan keputusan yang cemerlang, straight A's dan ultimately, menggembirakan hati ayah dan emakku. Itu sahaja yang aku fikirkan. Untuk menggembirakan orang tuaku. Tetapi..akhirnya tiba satu saat di dalam hidupku, di mana aku mula mempersoalkan kehidupanku selama ini. "Apa yang aku buat selama ini?," bisik hatiku. "Memang bagus menggembirakan hati mak ayah..tapi terasa seperti ada sesuatu yang masih tidak cukup. Seperti kekurangan sesuatu yang membuatkan hidupku tidak lengkap." Akhirnya, setelah sekian lama, aku temui 'unsur yang aku kekurangan' itu. Ianya ialah matlamat hidupku sendiri. KEINGINAN HIDUPKU SENDIRI. KEMAHUAN DIRIKU SENDIRI. UNTUK DIRIKU. For me. Bukan untuk orang lain, not even for my parents.
Seorang guruku sewaktu di sekolah menengah pernah berkata begini kepada kami,
"Kalau nak buat sesuatu, buatlah demi diri kamu sendiri. Jangan buat demi orang
lain atau sebab lain. Kalau kamu betul-betul nak berjaya, buatlah demi diri
sendiri. Do it for yourself."
Tiba-tiba aku jadi terkenangkan nasihatnya di ambang kemi hendak menghadapi PMR. Aku tidak memahami kata-katanya itu, bahkan aku tidak setuju dengannya. Kerana apa yang aku lakukan selama ini, aku belajar, semuanya demi mendapat keputusan cemerlang. Supaya dengan keputusan itu pula, ayah dan emakku akan gembira. Dan juga kerana semua orang inginkan keputusan yang cemerlang. Dalam mindaku, mendapat keputusan cemerlang merupakan sesuatu yang baik. It's a good thing. But that's just it. That's the extent of WHY I STUDIED LIKE MAD. Hanya setakat itu sahaja doronganku untuk cemerlang. Because everybody else wants it. Because it's a good thing to get. Because it will make my parents the happiest people on earth. BUT NOT BECAUSE I WANTED IT.
Demi Tuhan, memang semua ini sangat, sangat pelik, tapi aku memang tak pernah, genuinely, mahukan semua itu. Dan sekarang ni, aku harus mengakui, bahawa kata-kata Cikgu Marlina pada waktu itu, memang benar. Segala usahaku selama ini, bukanlah demi diriku, tetapi demi orang lain, atau perkara lain. Aku..tak pernah ada hala tuju yang tersendiri. Tapi aku juga tahu, bahawa kalaulah aku tiada peluang untuk sambung belajar..aku akan kehilangan satu-satunya matlamat yang telah ditetapkan untukku. I don't know what I'll do. Jadi, aku bersyukur dan berasa beruntung kerana masih ada peluang untuk menyambung pelajaran. Ramai lagi anak-anak muda seusiaku yang tidak mendapat peluang sepertiku. Tak sangka juga, akhirnya aku akan masuk ke universiti. Sesuatu yang aku tidak pernah sasarkan sekuat hati, berbanding dengan kawan-kawanku yang memang dah plan dari awal lagi.
Mungkin semua ini sememangnya takdir Yang Maha Esa. Walaupun keinginan untuk menuntut ilmu tidak pernah datang secara tulus dari diriku sendiri, tetapi Allah SWT menetapkan supaya perjuangan yang bermanfaat, murni dan mulia itu menjadi sebahagian daripada hidupku juga. Supaya apabila fikiranku benar-benar matang suatu hari nanti, apabila aku benar-benar mengerti dan telah membina kemahuan sendiri, I'll realize that this was not a bad path afterall. Not bad, not bad at all, Allah. Alhamdulillah and thanks, for everything.
Posted at 5:12pm
No comments:
Post a Comment